Ads Powered By ClixSense


Monday, December 13, 2010

WIKI’LICK’ Beri Masalah Kepada Anwar!

Dari http://gelagatanwar.wordpress.com/
Disember 13, 2010
Ini semua konspirasi. Apa yang asalnya adalah konspirasi Tun Mahathir, Dato’ Seri Aziz Shamsuddin, Ummi Hafilda dan Musa Hassan; rupa-rupanya melibatkan lebih ramai individu; waima di peringkat ANTARABANGSA. Singapura tahu Anwar meliwat. Australia DAH LAMA TAHU Anwar suka melakukan sodomi. Semua ini menjadi isu dan bual bicara di kalangan diplomat asing. Maknanya, Kuan Yew, dan ramai lagi Menteri Singapura dan Australia TERLIBAT di dalam konspirasi meletakkan ‘alat Anwar’ ke dalam dubur Saiful. Inilah hakikat dan kebenaran yang mahu dikatakan oleh Azmin Ali dan Tian Chua.

Kita ucap tahniah, atas nama ‘freedom of expression’ – yang juga menjadi TERAS PERJUANGAN Anwar selama ini; WIKILICK telah berjaya membongkar segala ‘isu yang berkait dengan kes sodomi’. Kita semua tahu, Singapura mempunyai kalangan pegawai polis dan risikan yang sangat ‘details’ dan cekap. Tak ada perkara yang tidak mereka ketahui. Malahan, betapa rapatnya Anwar dan Singapura; pernah didedahkan di dalam blog ini bahawa di awal perbicaraan Anwar di Mahkamah Jalan Duta; agensi keselamatan yang menjaga keselamatan Anwar adalah kalangan rakan-rakan dari Singapura! Ini kita pernah dedahkan.

Makna kata, TIDAK MUSTAHIL bahawa badan risikan Singapura sudah lama berada ‘dalam kain pelikat’ Anwar. Memang mereka tidak ‘charge’ Anwar sesen pun. Semuanya ditanggung beres. Anwar pun seronok; membayangkan bahawa dia adalah ANAK EMAS kepada diplomasi politik Malaysia-Singapura. Anwar tak sedar; semakin lama dan semakin jauh mereka berada di dalam ‘kain pelikat’ Anwar; selama itulah juga Anwar akan terhutang budi dengan Singapura.

Kuan Yew bukan kecil anak pemimpin. Untuk apa Kuan Yew menghantar nota ke ONA, Australia jika semua fakta tidak tepat dan tidak benar. Itu bukan cara kerja Kuan Yew. Dia tidak akan percaya dengan apa yang disifatkan sebagai ‘hearsay’ dan cakap-cakap kosong. Dengan Kuan Yew, semuanya mesti ada bukti. Ada kronologi. Sebab itu Kuan Yew lebih tahu ‘Saiful’ akan menjadi masalah kepada Anwar. Apatah lagi jika Anwar sendiri sanggup meratah punggung Saiful – dan MENGORBANKAN kepercayaan seluruh rakyat. Ke mana fikiran Anwar pada waktu itu???

WIKI’LICK’ sudahpun menampilkan ‘pandangan’ antarabangsa terhadap kes Anwar. Pandangan mereka jelas. ANWAR sendiri yang melangkah mencari masalah. Apa yang nak diragukan lagi?

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers