Ads Powered By ClixSense


Thursday, December 23, 2010

PART 2 ! BACA, FIKIR GUNAKAN AKAL, RENUNGKAN DAN NILAIKAN.

Assalammualaikum,apa khabar semua, terharu saya membaca segala kata-kata dorongan,nasihat, pujian ,semangat dan doa yg tidak henti-henti dari anda semua, hamba pilihan Allah swt yg telah mendapat petunjuk dan hidayah dari Yang Maha Esa.Amin, amin, alhamdulilah hanya Allah yg balas kebaikan anda semua dan terimakasih kerana berbaik sangka dengan saya. Siapa lah saya, insan yg kerdil yg tak punya kuasa, cuma semangat juang menentang kemungkaran yg berapi-rapi  terhadap insan paling munafik di atas mukabumi ini.Nauzubilah minzalik dari dia terus mara kedepan.Laknatullah dari Allah sekiranya kita terus menghalalkan cara.

Maka bersambunglah cerita kita ya, bagi yg baru membaca topik ini jangan lupa buka Part 1, dan baca fakta dari 1-7, amat-amat penting bagi anda faham kronologi rentetan sejarah yg paling kontroversi diabad ini.
Mari, kita bersama-sama mengupas fakta-fakta dan hujahan berikut dengan hati yg terbuka.

PERSOALAN KE LAPAN (8)????????
Kenapa terlalu banyak kejadian ngeri terjadi sepanjang menegakkan kebenaran ini, siapakah dalang disebalik konspirasi keji ini yg terjadi kepada berapa saksi?Namun alhamdulilah Allah masih menyangi kami, walaupun ketika itu situasi ibarat nyawa di hujung tanduk diantara hidup dan mati, namun kecekalan hati dan penyerahan diri yg tidak berbelah bagi kepada Ilahi mengatasi segala-galanya. Bahkan dalam banyak keadaan perasaan berkobar-kobar seperti seorang pahlawan yg ingin kemedan perang menguasai diri, berkat mukjizat amalan ayatul kursi yg meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi sebanyak 170x sekali duduk selepas tahjud mengambil masa satu jam setengah sebelum kemahkamah menguasai diri. Begitulah hebatnya pertolongan Allah swt dan mukjizat alquran, kalau tidak mungkin dah lama mati tanpa pertolongan yg Maha Esa, berapa kali ugutan bunuh yg dihantar kepejabat saya beserta peluru hidup,ada satu ketika kepala kucing yg baru disembelih beserta darah sekali diletakkan didepan pintu rumah dgn perkataan kau akan mampus dalam masa 3 hari,kereta merz saya dibakar hangus ,patung-patung mainan beserta darah dan ugutan bunuh banyak kali diterima, bahkan yg paling dahsyat bom jangka juga diletak ketika saya ingin berceramah di kedah, mujurlah naluri hati ini amat kuat berkat amalan ayatul kursi, bila naik saje hati saya berdebar-debar, jantung saya mcm nak pecah, maka saya meminta pihak polis memeriksanya, dan terbukti nyata sememangnya ada , kalau tidak dah jadi Benazir Bhuto tinggal kenangan dalam lipatan sejarah .Amin, amin allah masih mahu saya berjuang hingga ketitisan darah yg terakhir dalam isu insan munafik ini dan pengkhianat negara no 1 ini.ALLAHHUAKHBAR 7x BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN INI DI LUAR JANGKAANKU KU DGN MUKJIZAT AYATUL KURSI INI YG MELIPUTI 7 PETALA LANGIT DAN 7 PETALA BUMI. Ketajaman ayatul kursi ni kalau diamalkan ia mengatasi ketajaman mata pedang bagi berhadapan dgn musuh yg dahsyat ini dengan syarat kita di pihak yg benar, bukan mengianaya bukan memfitnah.Bahkan banyak kelebihannya yg lain yg hanya ALLAH MAHA PEMBERI KEPADA SIAPA YG DIKEHENDAKINYA.

Begitu juga terjadi kepada azizan di mana kereta kancilnya (kata aljuburin kami dapat juta-juta tapi azizan masih pakai kancil dan hingga kehari ini masih menjadi pemandu kepada sebuah syarikat cina) , telah dirempuh oleh sebuah kereta pacuan 4roda dan mengakibatkan isterinya yg sarat mengandung terbunuh ditempat kejadian.Alfatihah untuk arwah, moga syahid baginya kerna perjuangan suami.Ketika itu juga Dato Aziz Samsudin juga terlibat dalam kemalangan yg tidak dijangkakan dimana tayarnya tercabut ketika menyusur dijalanan dan menyebabkan isterinya juga turut terbunuh.Kereta saya juga banyak kali mengalami tayar longgar dan pancit , mujurlah beberapa pekerja saya yg menemani sering melakukan pemeriksaan tayar sebelum memulakan perjalanan. Bahkan dalam satu insiden kejar mengejar antara saya dengan beberapa gengster disetapak, menyebabkan saya terpaksa meninggalkan kereta saya ditempat pembuangan sampah dibelakang bangunan dan berlari masuk kesebuah kedai cina berdekatan memohon pertolongan, dan saya sempat menyorok dibawah meja nya dan meminta kerjasamanya menafikan kehadiran saya disitu.Shukur Allah takdirkan walau tidak sebangsa dan seagama, tapi dia berhati mulia membantu menyelamatkan saya.So dont judge the book by its cover, jgn nilaikan buku itu hanya dari kulit luarannya sahaja tetapi isi dalaman dan ilmu yg dapat kita pelajari dari dalamnya.

Jadi bagi pendapat anda siapakah gerangan angkara durjana ini ? Saya tidak mahu menuduh tapi lu pikirlah sendiri...............Apa pun sebagai orang islam kita redha  di atas ketentuan Yang Maha Esa, kalau setakat itu sahaja hayat kita, tidak ada satu umat pun yg akan dapat menyelamatkannya.Namun selagi hayat masih ada, harus kita bertanya, apa tujuan kita dijadikan di atas mukabumi ini, sama-sama kita renungkan.

Tiba-tiba sahaja jiwa saya menjadi tersentuh, hati saya meruntun sayu yg amat sangat membaca pelbagai sokongan dan nasihat yg amat-amat positif dari anda semua, tanpa disedari air mata seperti hujan membasahi bumi tanpa henti.Subhanaullah, alhamdulilah, Allahhuakhbar, kalau dahulu saya berseorangan diri kecuali doa ibu, kakak-kakak dan ipar duai menghadapinya, namun ketika ini saya yakin dan percaya ramai yg turut berdoa serta merasai keperitan dan kesedihan saya yg amat sangat, kadangkala tak terbendung dengan kata-kata, saya tidak dapat mengelak dari menceritakan segalanya kerana kebetulan berhubung kait dengan keluarga, apakan daya saya, namun saya tidak rela sidurjana terus bermaharajalela, mana lebih penting menyelamatkan agama, bangsa dan negara atau menutup perbuatan subahat abang kandung sendiri dgn sidurjana. YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPINYA, DAN BERIKAN KEBENARAN DI ATAS APA YG KU PERJUANGKAN INI DEMI AGAMAKU, BANGSAKU DAN NEGARAKU.AMIN.Baru sebentar menalipon ibu tercinta, tak perlu berkata-kata hanya saya menangis dan menangis semahunya, kerana dialah sahaja yg faham diatas segala keperitan jiwa, hanya setelah reda tangisan saya, ibu saya yg bernama hajah che tom menasihatkan saya ,biar apa pun orang kata, yg penting nawaitu kita terhadap Allah Swt,inshaalah mak doakan segalanya selamat,cukup bagi saya penawar di kala duka, itulah doa ibu moga di malam jumaat ini nanti aku sedekahkan dengan bacaan Yasin untuk arwah abah dan jutaan rahmat kepada ibu tercinta.Amin

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers