Ads Powered By ClixSense


Tuesday, September 28, 2010

Mengapa Malu Mengaku Orang Melayu?


Oleh Shamshul Anuar

1. Setiap tahun berduyun-duyun orang Islam mengerjakan haji dan umrah di Arab saudi. Mekah dan Madinah terletak di ARAB SAUDI. Arab itu bangsa dan Saudi menngambil nama keluarga (bani) yang memerintah negara itu.

2. Malaysia dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Pengiktirafan diberi oleh dunia. Kenapa disebut Tanah Melayu. Kerana penduduknya berbangsa Melayu, bercakap dalam bahasa Melayu dan Raja-Rajanya juga Melayu. Tidak salah megah dengan bangsa. Itu adalah identiti kerana Allah SWt sendiri menjadikan manusia berbangsa bangsa, berpuak puak supaya kita saling mengenali.

3. Yang salah ialah "taksub" seperti mempertahankan seorang Melayu walaupun ia bersalah HANYA keransa ia Melayu. Begitu juga dengan bangsa lain. Tak boleh pertahankan seorang Cina yang bersalah HANYA kerana dia Cina. Masalah timbul bila ada satu puak mahu cari nikmat didunia dengan menolak faktor bangsa. Puak ini ialah PAS yang menolak UMNO kerana UMNO perjuangkan hak orang Melayu.

4. Apa hinanya jadi Melayu? Apa salahnya megah sebagai seorang Melayu. Megah bukan takkabur. Megah hanya sekadar bangga dengan warisan dan identiti. Mengapa mesti malu sebagai Melayu. Muhyiddin berkata benar yang dia Melayu baru Malaysia. Dia jujur. Kerana dia sedar dia jadi TPM kerana dia Timbalan Presiden UMNO , satu jawatan dalam parti yang perjuangkan hak orang Melayu.

5. Lim Kit Siang yang hipokrit. Mulut saja cakap Malaysia dulu, baru Cina. Semua orang Islam yang saya tanya terdiam bila saya tanya adakah mereka percaya Kit siang Malaysia dulu baru Cina. Dan orang yang saya tanya ialah dari golongan UMNO, PAS dan PKR. Kalau dari PAS pun terdiam juga. Maknanya mereka tahu yang Kit siang jaga orang Cina SAJA.

6. Sekurang-kurangnya UMNO walaupun tumpu pada orang Melayu juga adil pada bukan Melayu. Menidakkan bangsa sama seperti suruh seseoranng berhenti bernafas. Menidakkan bangsa samalah seperti orang yang hanya percaya Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Esa tetapi tidak menerima Nabi Muhammad SAW sebagai Pesuruh Allah.

7. Tidakkah kita semua sedar ada gerakan berterusan supaya orang Melayu malu dengan apa-apa berunsur Kemelayuan. Contohnya BTN difitnah . Utusan dilarang dalam sidang akhbar Pulau Pinang. Kenapa. Kerana akhbar ini dilihat perjuangkan Melayu. Perlembagaan mahu dirombak kerana tidak puas hati dengan peruntukan untuk Melayu dalsam Perlembagaan.

8. Dan Melayu yang bangang sudah boleh berbaring atas jalanraya menghalang kereta Sultan . Orang melayu sendiri sudah boleh kurang ajar dengan Raja-Raja tanpa mahu menyedari tradisi Raja-Raja mengingatkan dunia akan sejarah malaysia moden berpaksikan Raja Raja Melayu. Bila berakhirnya sistem beraja, maka berakhirlah satu satunya lambang yang mengingatkan diunia yang negeri ini asalnya negeri Melayu.

Sunday, September 26, 2010

Hargai roh Perlembagaan

PERIHAL Perlembagaan dan peruntukan-peruntukan istimewa untuk orang Melayu yang terkandung di dalamnya sering menjadi perhatian. Selepas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac dua tahun lalu, ketetapan yang disepakati dalam ‘kitab keramat’ itu semakin hangat diperkatakan.
Intipati Perlembagaan dipandang dan dibincangkan dari pelbagai sudut. Orang Melayu bercakap mengenai kedudukan dan keistimewaan mereka di sisi Perlembagaan. Orang bukan Melayu mahu diberikan perkara-perkara yang ‘difahami’ sebagai hak mereka yang turut membayar cukai di negara ini.
Turut dibahaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang ditakrif melangkaui apa yang diperincikan oleh Suruhanjaya Reid. Islam yang menjadi agama rasmi negara ini tidak dilihat sedemikian oleh bijak pandai perundangan. Maka ditimbulkan pula konflik Islam dan undang-undang Islam termasuk hudud dan qisas. Malaysia juga dilihat oleh bijak pandai itu sebagai bukan negara Islam berdasarkan fahaman bahawa Islam bukan agama Persekutuan. Maka dilaungkan Malaysia adalah negara sekular.
Muncul juga kumpulan yang mahu mewujudkan perlembagaan baru, kononnya peruntukan yang digubal kelak lebih sama rata. Tidak diketahui sejauh mana kesamarataan yang terkandung di dalam agenda perlembagaan kumpulan tersebut.
Lebih menarik lagi perihal yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia turut menarik perhatian pemimpin negara jiran yang satu ketika dulu pernah bernaung di bahawa Malaya. Selepas 47 tahun keluar dari Malaya, pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew mendakwa Malaysia sebuah negara yang tidak adil dan menyisihkan kaum-kaum lain.
Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar turut menyorot peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan berkaitan keistimewaan orang Melayu.
Menurut beliau, keadaan tidak sama rata timbul apabila pemimpin Melayu membuka pintu dengan memberikan kerakyatan segera kepada masyarakat bukan Melayu ketika negara mencapai kemerdekaan.
“Sekelip mata saja golongan bukan Melayu diberikan kerakyatan. Ini merubah peta demografi. Jadi, masyarakat Melayu sebagai tuan rumah yang membuka pintu kerakyatan negara kepada kaum bukan Melayu mahu memelihara kedudukan dan kepentingan mereka terutamanya dari segi pendidikan, pekerjaan dan pemilikan harta.
“Ini bagi memastikan orang Melayu tidak kehilangan atau kerugian apabila bersikap pemurah dengan pemberian kerakyatan berkenaan. Terma warganegara yang diberikan di Malaysia juga agak luar biasa,” jelas beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just).
Bilakah perihal Perlembagaan terutama berkaitan peruntukan berkait dengan orang Melayu seperti Perkara 153 berhenti diperkatakan? Atau perlukah peruntukan baru ditambah di dalam Perlembagaan untuk menghentikan polemik mengenainya.
Profesor Abdul Aziz Bari ketika diajukan persoalan tersebut berkata, sama ada peruntukan baru perlu ditambah atau tidak bukan isu kerana semua orang atau pihak ada perkara dan peruntukan yang mereka tidak puas hati.
‘‘Dan mungkin ada yang mahukan perlembagaan ini, atas apa alasan, dibuang terus dan diganti dengan yang lain. Kesimpulannya buat yang baru akan menimbulkan masalah dan dengan itu semua pihak kena menerima apa yang ada dan cuba berkompromi,’’ katanya.
Sempurna
Mengenai sama ada Perlembagaan negara telah sempurna, pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menegaskan, sebagai dokumen buatan manusia ia sememangnya tidak sempurna. Bagaimanapun tidak bermakna bahawa perlembagaan yang ada tidak sempurna atau cacat, katanya.
Seperkara yang ditegaskan oleh Abdul Aziz ketika ditanya mengenai hak bukan Melayu yang dikatakan pihak tertentu sebagai disisihkan adalah Perlembagaan sudah menyatakan bahawa ia tidak harus menafikan hak bukan Melayu dan persoalan itu sepatutnya sudah selesai.
‘‘Perlu ingat bahawa Suruhanjaya Reid hanya beri 15 tahun. Sekarang sudah lebih 50 tahun. Kalau diteruskan ekonomi negara akan hancur dan orang Melayu yang paling parah. Orang lain punya kekuatan untuk bersaing di luar negara,’’ katanya.
Persoalan yang sering dibangkitkan berkaitan peruntukan istimewa seolah-olah mahu mengatakan bahawa orang Melayu tidak perlu bekerja keras dan tidak perlu ada merit untuk mereka berjaya dalam sesuatu bidang.
Bagi Abdul Aziz, dakwaan seperti itu juga tidak timbul kerana tindakan afirmatif di mana-mana pun bertujuan membetulkan kepincangan; khususnya yang berpunca dari sejarah dan kesilapan lampau. Bukan memberi kelebihan.
Menoleh ke belakang, beliau menyoal semula, mengapa baru tahun-tahun kebelakangan ini perihal Perlembagaan dan hak istimewa orang Melayu beria-ia dibangkitkan.
Juga mengapa pula kaum-kaum lain semakin kerap melaungkan pelbagai hak yang dikatakan juga menjadi hak mereka.
Secara berterus-terang beliau mengaitkannya dengan kemerosotan prestasi parti induk Melayu dalam pilihan raya umum lalu yang membawa kepada kebimbangan kedudukan orang Melayu akan terjejas.
Sedangkan beberapa perkara yang berkait rapat dengan Melayu seperti kepentingan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak begitu dipertahankan sebelum daripada tempoh tersebut.
Katanya, tindakan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan Perlembagaan itu sendiri mesti dilihat dalam konteks negara dan bernegara. Soal kenapa ia dikekalkan tak perlu dijawab.
‘‘Yang penting Perlembagaan ini perlu dikekalkan kerana ia adalah tonggak pemerintahan; dokumen nilai dan jati diri negara.
‘‘Sampai kiamat isu tak puas hati ini tak akan selesai dan kita perlu dewasa menerimanya. Ini berlaku di semua negara. Di Amerika Syarikat mereka terpaksa berperang untuk menyelesaikan isu sama rata dan perhambaan. Mahukah, dan mampukah kita berbuat begitu?’’ soalnya.
Persoalan lain yang diajukan adakah tanpa perlembagaan kesemua ‘hak’ orang Melayu akan terhapus biarpun ada tindakan bersepadu yang kemudiannya akan ‘melayani’ semua kaum atas prinsip kesamarataan.
Katanya, apa yang tertera di dalam Perlembagaan bukan hak; ia sekadar kedudukan istimewa yang maksudnya kabur di sisi undang-undang.
‘‘Kalau kita baca betul-betul Perkara 153(1) ia sebenarnya ‘need-based’ dan bukan ‘race-based’ dan inilah sebenarnya yang kita boleh simpulkan kalau kita fahami Perkara 153 dalam konteks asal; yakni Perjanjian 1948, Perlembagaan 1957 dan 1963 dan seterusnya perkembangan sehingga sekarang,’’ katanya.
Mengenai sejauh mana perlunya kesamarataan dalam negara seperti Malaysia, beliau berpendirian bahawa prinsip atau hak itu perlu ada di mana-mana; hatta dalam keluarga.
‘‘Setakat mana? Itu kita tentukan mengikut keperluan dan keadaan semasa. Susah kita nak sebut macam mana,’’ katanya.
Apa yang pasti, memperkatakan tentang Perlembagaan dan peruntukan yang terkandung di dalamnya menuntut pemahaman, tolak ansur dan paling penting komitmen semua pihak untuk mengiyakan segala-gala yang telah diputuskan sejak negara mencapai kemerdekaan.
Jika Perlembagaan menetapkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, maka serlahkanlah fakta bahawa Malaysia bukan negara sekular. Seperti mana terang dan jelas peruntukan yang menyebut bahawa bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dalam semua hal, maka usaha ke arah memartabatkan bahasa tersebut baik dalam sistem pendidikan, perundangan, ekonomi mahu pun kehidupan seharian mesti dilaksanakan secara serius.
Apabila pihak-pihak yang sepatutnya menjaga ‘kemuliaan kitab keramat’ itu tidak bersungguh-sungguh menghargai segala keistimewaan yang telah ditawarkan, maka akan ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan setiap inci kelemahan untuk melaungkan tuntutan yang cuba dihalalkan atas nama pembayar cukai.
Hakikatnya, orang Melayu tidak perlu gentar akan terhapusnya segala keistimewaan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan jika kerajaan sedia ada terbukti telah melakukan segala-galanya untuk memenuhi keperluan bangsa Melayu dan bukan Melayu.
Sebaliknya, jika peruntukan sedia ada hanya murni di atas kertas dan tersorok di celah-celah lipatan sejarah, maka apa gunanya segala keistimewaan lantaran ‘tuannya’ sendiri tidak mahu memberi penghargaan.

Apa itu ‘kuasa Melayu’?

ORANG Melayu baru sedar bahawa ‘kuasa Melayu’ di negara ini akan pupus, atau setidak-tidaknya Melayu tidak akan berkuasa lagi di negeri ini. Beberapa tanda digunakan untuk membuat ramalan tentang kemungkinan pupusnya kuasa Melayu di negara ini.
Hasil Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dianggap oleh orang Melayu sebagai salah satu tanda terhakisnya kuasa politik Melayu apabila UMNO dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) hilang kuasa majoriti 2/3 dalam parlimen dan jatuhnya negeri kuasa UMNO sejak kemerdekaan ke tangan Pas atau gabungan parti-parti Pakatan Rakyat, dan hilangnya pengaruh politik UMNO di Pulau Pinang. BN mula-mulanya kalah di Perak tetapi disebabkan tiga orang anggota DUN PR keluar parti dan menjadi anggota DUN mesra-BN, maka Mahkamah memutuskan bahawa BN-lah yang layak memerintah di negeri itu. Tetapi orang Melayu kekal memerintah di Kelantan, walaupun parti yang memerintah bukan BN/UMNO tetapi Pas.
Orang Melayu mungkin mengenang akan kuasa yang diwarisi oleh orang Melayu dari sejarah pemerintahan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu. Sejarah sebelum kemerdekaan menunjukkan bahawa sejak zaman berzaman, sebelum kedatangan penjajah Inggeris, yang memerintah di Tanah Melayu bukan orang lain tetapi orang Melayu, kerajaan Melayu, raja-raja Melayu, pembesar-pembesar Melayu. Benar, sejak Perjanjian Pangkor tahun 1874, British mulai ‘mencampuri’ urusan pentadbiran negeri Melayu, terutama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Federated Malay States. Tetapi sejarah itu tidak menunjukkan bahawa kuasa pemerintahan Melayu jatuh sepenuhnya ke tangan kuasa baru, iaitu kuasa British. Tidak. Raja Melayu tetap bertahta (tidak diturunkan dari tahtanya) dan memerintah walaupun dengan ‘nasihat’ pegawai British. Di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah-Perlis) pentadbiran masih hampir sepenuhnya berada dalam tangan raja Melayu, menteri besar Melayu dan para pegawai pentadbir Melayu. British cuma menjadi ‘penasihat’.
Tetapi akhirnya kerana kelemahan raja-raja dan golongan bangsawan Melayu yang memerintah bersama-sama British itu, kuasa politik Melayu makin lama makin merosot sehinggalah sampai pada tahun 1946 apabila British kembali ke Tanah Melayu (selepas Jepun kalah Perang) untuk mentadbir semula Tanah Melayu dan kemudian cuba mengubah status Tanah Melayu atau ‘British Malaya’ menjadi ‘koloni British’ melalui rancangan Malayan Union-nya.
Orang Melayu seluruh Tanah Melayu bangkit menentang rancangan itu, kerana kalau tidak ditentang Tanah Melayu akan menjadi tanah ‘Jajahan British’, raja-raja Melayu akan hilang hak dan kedaulatannya dan akan dijadikan subject raja British dan bangsa Melayu menjadi ‘rakyat British’ sama seperti halnya dengan Hong Kong, tidak lagi sebagai rakyat raja Melayu atau negeri Melayu. Semasa seluruh bangsa Melayu di Tanah Melayu, termasuk Melayu di Singapura, bangkit menentang rancangan Malayan Union itu kaum-kaum lain tidak menyokong protes itu. Mereka mungkin itu adalah masalah orang Melayu, masalah raja dan negeri Melayu, bukan masalah mereka. Pada masa itu mereka bukan rakyat raja atau negeri Melayu. Mereka adalah ‘orang asing’ atau ‘pendatang’. Jadi, mereka tidak turut membantah kerana menganggap Malayan Union itu ialah masalah Melayu bukan masalah mereka. Barangkali mereka suka Tanah Melayu menjadi koloni British dan mereka menjadi ‘rakyat British’ atau ‘British citizens’.
Malayan Union yang gagal itu digantikan dengan kesatuan baru yang disebut Federation of Malaya yang diperintah oleh raja baru, iaitu the British raj (seperti di India) yang diwakili di Tanah Melayu oleh Pesuruhjaya British sebagai ‘ketua eksekutif’. Tetapi Federation of Malaya itu sebenarnya ialah Federation of Malay States atau ringkasnya Persekutuan Tanah Melayu, bukan Persekutuan Malaya. Ini menunjukkan bahawa ‘negeri Melayu’ tidak dihapuskan seperti yang cuba dihapuskan oleh British melalui rancangan Malayan Union-nya. Ada ‘Negeri Melayu’ bererti ada raja Melayu, ada kerajaan Melayu. Kita menyebut ‘sejarah’ ini untuk menangkis pendapat yang mengatakan bahawa sebelum kemerdekaan ‘Negeri Melayu’ atau ‘Kerajaan Melayu’, atau dengan kata lain ‘kuasa Melayu’ sudah tidak ada lagi. Maka orang pun percaya - dan ini termasuk para pemimim Melayu - bahawa dalam tahun 1957 lahirlah sebuah ‘negara baru’ yang disebut negara Federation of Malaya (kemudian dalam tahun 1963, menjadi ‘Persekutuan Malaysia’), tidak lagi ‘persekutuan tanah Melayu’ atau ‘persekutuan negeri-negeri Melayu’. Ini suatu penghinaan kepada bangsa Melayu yang sudah mempunyai negeri atau negara atau kerajaan sejak sekurang-kurangnya abad ke-13 lagi.
Kemerdekaan
Selepas kemerdekaan, UMNO yang pada waktu itu mampu memerintah tanpa bergabung dengan kaum-kaum lain, sanggup berkongsi dengan kaum-kaum lain untuk memerintah negeri ini selepas British meninggalkan Tanah Melayu, demi ‘perpaduan kaum’ (konon!). Dalam PRU pertama (1956), UMNO memenangi lebih daripada 2/3 kerusi Parlimen. Calon-calon dari parti komponen Perikatan, iaitu MCA dan MIC, kalau saya tidak silap, semuanya atau hampir semuanya menang di kawasan yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu.
Itulah agaknya yang dimaksudkan oleh Melayu sebagai ‘kuasa Melayu’, iatu kuasa politik Melayu. Tetapi mengapakah sekarang orang Melayu takut ‘kuasa’ itu akan hilang? Apakah yang mereka takut: hilang kuasa UMNO atau hilang kuasa Melayu? Dalam Parlimen, orang Melayu masih merupakan golongan majoriti, kalau kita ambil kira kerusi UMNO, kerusi Melayu Pas, dan kerusi Melayu dari PKR. Kuasa Melayu untuk terus menjadi pemerintah di negeri ini tidak semestinya bererti kuasa UMNO sahaja.
Hari ini, sudah mulai banyak orang Melayu yang berkata, apa untungnya rakyat biasa Melayu jika UMNO terus memerintah. Mereka melihat sebahagian orang Melayu yang berkuasa dalam UMNO sudah tidak ada semangat dan jiwa Melayunya lagi, seperti ibu bapa mereka yang berarak menentang Malayan Union. Mereka dilihat tidak berani lagi ‘memperjuangkan’ nasib bangsa Melayu; UMNO baru ini dilihat semakin menyerah dan bertolak ansur dengan apa sahaja kehendak dan tuntutan orang bukan Melayu, termasuk hal-hal yang mereka tidak tuntut namun diberikan juga, konon untuk mengambil hati orang bukan Melayu, sedangkan tuntutan Melayu dituduh sebagai tuntuan ‘rasis’. Sama ada ini hanya persepsi orang Melayu terhadap UMNO sekarang atau ini memang kebenaran, UMNO kenalah kaji dengan jujur dan secara rasional untuk mengetahui sebabnya yang sebenar. Maka dalam keadaan nasib Melayu yang tidak menentu ini, lahirlah NGO Melayu yang dituduh ‘rasis’, iaitu Perkasa. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perkasa lahir kerana mereka menganggap UMNO tidak lagi sanggup atau mampu mempertahankan hak dan kepentingan bangsa Melayu.
Dalam PRU yang lepas banyak penyokong tradisional UMNO lari ke parti-parti lain, khususnya Pas. Apa sebabnya? Apakah mereka sudah kecewa dan hilang kepercayaan kepada UMNO sebagai parti yang dapat membela nasib mereka atau apakah mereka percaya bahawa Pas dapat menjadi parti Melayu sebagai alternatif kepada UMNO? Dasar-dasar apakah yang dibawa oleh Pas yang menarik perhatian mereka?
Masalah
Saya rasa masalah ‘kuasa Melayu’ tidak terletak pada mana-mana parti politik Melayu atau pada soal ‘kuasa politik’ parti semata-mata. Kuasa politik bukan ditentukan oleh parti politik tetapi oleh rakyat, oleh pengundi. Sama ada kita suka atau tidak suka inilah demokrasi. Kuasa politik bukan terletak pada UMNO, atau Pas, atau DAP atau PKR tetapi pada rakyat. Dan rakyat hari ini, terutama golongan muda - ini termasuk pengundi Melayu yang masih merupakan pengundi majoriti di negara ini - nampaknya tidak lagi memilih parti hanya berdasarkan sentimen kaum tetapi berdasarkan soal sama ada parti itu dapat memerintah negara dengan adil, saksama, seimbang, bersih, cekap dan amanah. Mereka melihat apakah parti itu dipenuhi oleh golongan manusia yang perasuah, orang yang hanya mementingkan diri sendiri, kekayaan sendiri dan kesenangan kaum keluarga dan sahabat handai mereka, atau apakah parti itu dipimpin oleh orang-orang yang bersih dari segala macam rekod moral yang buruk, orang yang bercakap bohong, orang yang lebih mementingkan ekonomi ‘pasaran bebas’, ekonomi mesra pasaran, daripada ekonomi atau pasaran mesra-rakyat. Sehubungan ini saya teringat membaca suatu artikel dalam majalah Newsweek baru-baru ini yang menceritakan dasar ekonomi negeri China. Seorang pegawai tinggi kerajaan China berkata: In China we make the market economy to serve the people and the State, not the market, maksudnya, ‘Di negeri China ekonomi pasaran diarah berkhidmat untuk rakyat dan negara tidak untuk pasaran’. Barangkali kerana inilah China sekarang sedang berkembang untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dunia mengalahkan negara-negara Barat dan Jepun.
Kalau sesebuah parti Melayu diketahui oleh rakyat semua kaum sebagai parti yang ‘bersih’, yang akan memerintah dengan adil tidak kira kaum, saya kira semua kaum akan tertarik dengan parti itu. Ini soal prinsip, soal moral, bukan soal perkauman.
Jadi, soalnya, apakah dan siapkah yang salah jikalau ‘kuasa Melayu’ akan hilang. Jawabnya ialah, yang salah ialah orang Melayu sendiri, bukan kaum-kaum lain. Diberi kuasa yang banyak oleh rakyat, terutama pengundi Melayu, kuasa itu tidak digunakan dengan baik dan bijaksana; kuasa itu disalahgunakan, sehingga berlaku beberapa banyak skandal berlaku, skandal rasuah, skandal jenayah, skandal ekonomi. Selama 50 tahun orang Melayu mempunyai kuasa untuk mempertahankan hak dan kepentingan Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dalam soal dasar bahasa, dalam soal budaya dan lain-lain lagi, tanpa menjejaskan kepentingan kaum-kaum lain yang juga perlu diperjuangkan oleh penguasa-penguasa politik Melayu itu dengan adil dan saksama, sebagaimana dituntut oleh Perlembagaan, tetapi sejak mutakhir ini nampaknya keadaan orang Melayulah yang semakin terdesak. Maka lahirlah badan bukan kerajaan Melayu seperti Perkasa untuk mewakili suara dan keadaan rakyat Melayu yang terdesak itu.
Kemiskinan di kalangan orang Melayu, penduduk majoriti negara ini, dan kemiskinan di kalangan kaum lain juga makin meningkat. Jurang perbezaan antara golongan terkaya dengan golongan majoriti yang susah semakin membesar. Jikalau dasar ekonomi negara ini mesra-rakyat, keadaan ini sepatutnya tidak berlaku. Kita sibuk memajukan keadaan fizikal negara tetapi lupa memajukan keadaan moral rakyat dan negara serentak atau selaras dengan kemajuan materialistik.
Nasihat saya kepada orang UMNO ialah, tumpukan perhatian kepada reformasi atau transformasi moral dan budaya politik dalam UMNO. Ini akan menjadi asas atau ‘model’ untuk membolehkan UMNO menjadi ‘pejuang bangsa Melayu’ yang kredibel dalam bidang-bidang ekonomi, pendidikan dan sosial merentas kepentingan peribadi anggota-anggota parti itu sendiri. Saya tidak berkata bahawa ‘moral’ anggota-anggota dan kepimpinan parti-parti lawan semuanya bersih, hebat, cemerlang, Tidak. Yang penting ialah UMNO sebagai parti Melayu yang terbesar (atau masih terbesar?) hendaklah memperbaiki dan menampilkan imejnya sebagai parti yang benar-benar berjiwa ‘kebangsaan’, parti yang dapat menjadi pilihan utama rakyat, tidak sahaja rakyat Melayu tetapi juga rakyat bukan Melayu berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, keseimbangan dan kesaksamaan merentas kepentingan kaum dan kepentingan peribadi para anggota parti.
Akhir kata, ‘kuasa Melayu’ tidak bererti kuasa untuk orang Melayu yang berkuasa melakukan apa sahaja menurut nafsu mereka, memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan memusnahkan hak dan kepentingan bukan Melayu. Kuasa Melayu bererti kuasa untuk mentadbirkan negara dengan cekap, adil, bijaksana, bersih, bertanggungjawab untuk kepentingan negara, bukan untuk kepentingan etnik atau kepentingan golongan dan orang-orang perseorangan yang berkepentingan peribadi. Kuasa Melayu tidak bererti kuasa anti-bukan Melayu, atau hanya kuasa pro-Melayu, tetapi kuasa untuk semua rakyat, kuasa untuk mewujudkan kemajuan, kesejahteraan, kemakmuran untuk semua rakyat. Kalau ini maksud kuasa Melayu, tidak ada sebab mengapa rakyat mesti takut kepada kuasa ini. Yang kita takut ialah, jika kuasa Melayu ini diberikan kepada atau jatuh ke tangan orang Melayu yang tidak layak menerimanya dan tidak mampu menggunakannya dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan negara.

Tuesday, September 21, 2010

PayBox

PayBox
  • You start with a $50 balance and it's free.
  • PayBox will add up to $20 per day to your account for participating as we prepare to launch our new service.
  • You get $5 per person you refer to PayBox.

PayBox

PayBox

Tuesday, September 14, 2010

Justice For Sosilawati, Kamarudin,Noorhisham dan Ahmad Kamil



Pakteh masih menunggu sahabat2 Melayu dari parti Pas dan PKR untuk senada dan seirama dalam mencari kebenaran terhadap kemua mangsa di atas.
p/s: Semoga roh mereka dicucuri rahmat----Al-Fatihah
http://betoika.blogspot.com/

Tolak Perkasa: Mengapa UMNO perlu tunduk kepada MCA?

Orang Melayu sudah lama sedar bahawa hanya politik sahaja yang tinggal kepada orang Melayu. Itu pun belum tentu lagi. Orang Melayu sudah berpecah sesama sendiri. Melayu yang jadi penduduk majoriti sudah menjadi lemah seperti penduduk minoriti kerana kewujudan pelbagai parti politik. Jika UMNO menolak Perkasa dan mungkin Perkasa akan bertukar dari sebuah NGO kepada sebuah parti siasah. Melayu akan berpecah lagi. Melayu akan menghadapi masa depan politik yang sangat gelap jika NGOs Melayu dan UMNO tidak bersatu. UMNO sepatutnya menjadi tunjang ke arah penyatuan semua NGOs Melayu/Islam sebagai persiapan menghadapi PRU yang akan datang. UMNO tidak perlu tunduk kepada desakan dari rakan-rakan komponen lain. UMNO perlu beri penjelasan kepada pemimpin-pemimpin parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC bahawa UMNO perlu sokongan orang-orang Melayu melalui NGOs Melayu yang ada. Ini juga yang telah dilakukan oleh NGOs berteraskan bangsa seperti Jiao Zong, Dong Zong, Suqui, dan Hindraf yang memberi kekuatan kepada parti-parti politik berteraskan bangsa seperti MCA, DAP dan PKR.
Tapi kini NGOs Cina tidak begitu lantang lagi sebab hampir 90% perjuangan mereka hampir tercapai. Mereka telah menguasai semua sektor ekonomi-pendidikan swasta, perdagangan, perladangan, penternakan, pemborongan, peruncitan dan sebagainya. Hampir keseluruhan dalam sektor ekonomi negara dikuasai oleh kaum bukan Melayu sedangkan Melayu adalah penduduk terbesar di Malaysia. Cuma yang ada lagi hanya kuasa politik. Jika UMNO mengambil langkah yang silap, mungkin kuasa politik Melayu akan hancur selepas PRU13 akan datang. Melayu dalam PAS dan PKR tidak boleh diharapkan lagi. Perjuangan mereka berubah-ubah mengikut suasana politik. Perjuangan mereka tidak konsisten. PAS sanggup menguburkan perjuangan asalnya untuk tegakkan sebuah negara Islam kepada sebuah negara berkebajikan. Untuk menjaga hati rakan DAP, PAS tidak akan bercakap lagi pasal 'negara Islam' dan 'hukum hudud'. Parti Islam yang sangat kita harapkan suatu ketika dulu, kini sudah tersasar jauh. PAS sebenarnya punca kepada perpecahan umat Melayu dan Islam di negara ini. Fitnah dan memburuk-burukkan pemimpin Melayu adalah agenda besar mereka untuk mempengaruhi orang Melayu/Islam supaya menyokong perjuangan mereka. Melayu dalam PKR dan DAP langsung tak boleh diharapkan lagi dapat membela nasib orang Melayu.
Oleh itu NGOs Melayu/Islam perlu bersatu dan menyokong parti UMNO yang konsisten dalam perjuangan membela nasib kaum bumiputera/Melayu tanpa merampas hak bangsa lain di negara ini. Dalam keadaan UMNO/BN yang perlu menghimpunkan kembali seluruh kekuatan yang ada, peranan NGOs Melayu/Islam sangat penting. UMNO perlu mendekati NGOs yang ada. Jika tidak UMNO akan bersendirian. UMNO akan lemah. BN akan kalah. NGOs Melayu seperti Perkasa tampak racist kerana ada pemimpin-pemimpin bukan Melayu berani mencabar hak keistimewaan orang Melayu dan tidak menghormati perlembagaan persekutuan. Kaum lain terutama Cina perlu ingat bahawa orang Melayu masih mundur dari kaum Cina dan India sedangkan Melayu adalah penduduk pribumi. Melayu perlu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain di negara ini. Keamanan dan kedamaian hidup bernegara sangat bergantung kepada persefahaman dan toleransi antara kaum di sesebuah negara. Perkasa tidak akan lantang mempertahankan sesuatu isu jika Melayu sudah maju dan setanding dengan kaum lain. Kita tidak lupa, NGOs Cina seperti Suqui pernah mengemukakan beberapa tuntutan yang tidak munasabah semasa zaman pentadbiran Tun Mahathir. Tapi UMNO tidak pernah mendesak ketika itu supaya MCA dan Gerakan menjauhi Suqui ketika itu, kenapa? Bila NGO Melayu seperti Perkasa yang hanya lantang mempertahankan hak keistimewaan Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, UMNO diminta menolak Perkasa? Apakah Perkasa sebuah pertubuhan haram seperti Hindraf? Apakah perjuangan Perkasa tersasar dan menyanggahi dengan perundangan negara?
Pemimpin UMNO tertentu jangan tunjuk hero dan jangan mengecilkan peranan NGOs Melayu bagi menghadapi PRU yang akan datang. Pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan terutamanya perlu mendapat sokongan orang-orang Cina kembali menyokong mereka. Mereka gagal dalam PRU12 bukan disebabkan oleh NGOs Melayu seperti Perkasa. UMNO masih kuat dalam PRU12 yang lalu. Yang kalah teruk hingga hilang beberapa buah negeri berpunca dari kehilangan sokongan bukan Melayu terhadap calon MCA, MIC dan Gerakan. Pemimpin MCA dan Gerakan perlu beri perhatian kepada masalah parti dan pengundi-pengundi Cina bukan masalah dengan NGO Melayu. Orang Melayu sudah lama bertolak ansur hingga Melayu jadi penduduk majoriti yang mundur di tanah air sendiri. Mengapa kaum Cina dan pemimpin Cina nampak tidak mahu memahami masalah kaum Bumiputera/Melayu di negara ini? Mungkin kerana Melayu sudah berpecah sesama sendiri maka kaum Cina dan pemimpin Cina sudah tidak hiraukan lagi nasib orang Melayu? Apakah NGOs Melayu dan UMNO masih boleh bersabar lagi melihat orang Melayu/Bumiputera terus terhimpit di tanah air sendiri? Tepuk dada tanya minda untuk PRU13 akan datang!
http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com/

Perbezaan budaya Cina dan Melayu di dalam perniagaan

September 14, 2010 by jebatmustdie

Sehari sebelum Aidilfitri yang lepas, saya telah membaca satu artikel menarik yang ditulis oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation di dalam Harian Metro. Ya tuan-tuan dan puan-puan, di dalam Harian Metro. Tajuk artikel tersebut ialah ‘Budaya Bisnes Jepun sama dengan Melayu’.

Saya sedikit kesal kerana artikel sebagus itu sepatutnya ditempatkan di dalam Berita Harian dan di dalam Utusan Malaysia. Tidak perlu diletak di dalam News Straits Times kerana berdasarkan kepada bahan berita NST sejak akhir-akhir ini, mereka tidak mungkin akan meletakkan sebarang artikel yang memperkasakan Agenda Melayu di dalam ruangan rencana mereka.

Artikel tersebut amat menarik kerana ianya membahaskan lagi apa yang perlu diperbaiki di dalam saranan kerajaan untuk meningkatkan tahap kemajuan ekonomi Bumiputera di dalam negara ini. Artikel tersebut mempertikaikan kewujudan idealogi-idealogi asing yang mungkin lebih memudaratkan keadaan ekonomi Melayu. Ini amat ketara kerana wujudnya idealogi-idealogi tersebut di dalam intipati Model Baru Ekonomi yang jelas akan menggantikan dasar-dasar ekonmi negara sebelum ini. Ianya juga membincangkan secara lanjut apa yang perlu kita lakukan agar tiada pihak-pihak yang akan mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru sebelum ini.

Artikel tersebut berbunyi seperti berikut:

MINGGU lalu, saya telah menarik perhatian pembaca kepada perlunya Melayu membebaskan perniagaan daripada campur tangan politik dan kepentingan individu.

Tujuannya ialah mengelakkan berulang ketirisan dan kebocoran ekuiti seperti banyak berlaku sebelum ini, setelah dasar penswastaan dilancarkan secara agresif. Dalam konteks Melayu yang masih lemah mengurus bisnes serta bersaing di pasaran terbuka, dasar penswastaan menekankan keutamaan pemindahan hak milik kerajaan menerusi pegangan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada individu dan swasta Melayu mengakibatkan banyak pegangan ekuiti terlepas kepada orang lain.

Kosnya pula sangat tinggi, sama ada dari segi kewangan, pembaziran sumber dan kerugian akibat kehilangan masa serta terlepas bisnes ke tangan orang lain. Antara contoh kesilapan apabila Agensi Pembangunan Bandar atau UDA perlu dihidupkan semula, setelah melalui proses penswastaan sebelum ini.

Bagaimana ini boleh berlaku? Sebenarnya pada ketika itu terdapat pengaruh ideologi politik liberal yang mencontohi amalan di Britain dan Amerika Syarikat (AS). Model ekonomi liberal mendominasi pemikiran tidak senang dengan peranan kerajaan dalam ekonomi. Malah mereka berpandangan negatif terhadap penglibatan kerajaan dalam bisnes, sekalipun bertujuan menyeimbangkan keadaan. Saya percaya satu lagi pengaruh besar, berpunca daripada kalangan bukan Melayu khasnya sektor bisnes Cina menganjurkan kerajaan tidak terlibat dalam bisnes. Mereka dilihat meremehkan mana-mana tindakan kerajaan menjayakan agenda sosial seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan semua program melibatkan kerajaan untuk mencapai matlamat keadilan ekonomi dan melindungi kepentingan golongan lemah.

Pandangan anti-GLC dan penglibatan kerajaan dalam bisnes daripada perspektif orang Cina perlu kita fahami dengan lebih mendalam. Ia terbit daripada perspektif minda, konteks budaya dan perspektif hidup yang berbeza. Ia tidak semestinya diinterpretasikan sebagai bersifat anti-Melayu. Bagi saya ia mencerminkan nilai hidup yang menzahirkan budaya bisnes orang Cina di mana-mana, termasuk di negara China.

Untuk menjelaskan perbezaan budaya ini lebih lanjut, saya memetik pandangan penulis Cina keturunan Taiwan yang memerhatikan perbezaan organisasi bisnes Cina berbanding Jepun. Chin Ning-Chu dalam bukunya “The Asian Mind Game” menyatakan “…one Chinese look like a dragon. But when three Chinese get together, each one look like a pig. One Japanese look like a pig, while three Japanese look like a dragon.”

Sememangnya telah tertanam dalam minda orang Cina, khasnya di seberang laut untuk tidak meyakini kerajaan. Mereka tidak menyenangi semua pihak berkuasa, terutama kerajaan diterajui orang bukan Cina. Penulis Cina menyatakan antara sebabnya untuk mengelak membayar cukai tinggi serta menjamin rahsia kepentingan bisnes daripada diketahui orang luar, termasuk sesama Cina. Ramai berpendapat ini berlaku kerana budaya dan nilai hidup orang Cina berpaksi kepada institusi keluarga yang menjadi tunggak. Orang Cina mempercayai ahli keluarga dan kaum kerabat daripada orang lain. Dalam kata lain, pada umumnya Cina merupakan masyarakat yang tidak mengutamakan jemaah. Keluarga dan individu lebih diutamakan berbanding masyarakat atau bangsa.

Justeru, bisnes Cina sengaja memilih keluarga sebagai teras organisasi dan sekiranya terdapat korporat gergasi di kalangan mereka, ia kerap berpaksi kepada milik keluarga. Atas dasar ini, satu bisnes keluarga bersaing sengit dengan keluarga lain. Di peringkat individu Cina, masing-masing tidak mahu kalah, bersifat kiasu dan menurut Chin Ning-Chu, berkelakuan seperti babi apabila mereka ramai. Ini mungkin punca kenapa persepsi dan ideologi masyarakat Cina di Malaysia umumnya negatif dan tidak senang terhadap mana-mana anjuran kerajaan atau GLC ke dalam bisnes, lalu membangkitkan anti-GLC dan pro-penswastaan. Malangnya, diperhatikan ramai Melayu terbawa-bawa dan terpengaruh dengan pendirian apa yang baik buat bisnes orang Cina tidak semestinya baik juga untuk Melayu mengikut amalan budaya Melayu dan pegangan nilai Islam.

Terdapat perbezaan asas nilai budaya, minda dan persepsi Melayu, khasnya sebagai Muslim. Perbezaan ini sama dengan perbezaan antara nilai hidup dan budaya Jepun berbanding Cina, seperti digambarkan Chin Ning-Chu.

Nilai budaya Jepun kelihatan lebih banyak persamaannya dengan Melayu. Jepun juga mengutamakan kepentingan besar masyarakat dan berbudaya jemaah.

Itu sebabnya Jepun menyusun strategi bisnes dengan memilih corak organisasi berbeza dengan Cina. Mereka cenderung membina organisasi korporat dan memasyarakatkan kepentingan besar bisnes. Sebagai contoh, syarikat Matsushita dan Toyota, sekalipun asalnya dimiliki keluarga Matsushita dan Toyoda, apabila membesar, diberi dokongan penuh institusi Jepun dengan sumber modal besar daripada institusi termasuk bank dan institusi kewangan serta pelaburan dan syarikat perdagangan Sogo Shosha. Hari ini keluarga Toyoda, pengasas Toyota memiliki saham tidak lebih dua peratus dalam syarikat yang menjadi syarikat pembuat kereta paling berjaya di dunia.

Bahagian terbesar saham dimiliki institusi serta badan-badan untuk mewakili kepentingan masyarakat ramai Jepun.

Dengan demikian, kuasa politik oleh Melayu harus mengambil kira perbezaan budaya Melayu sebagai Muslim yang mengutamakan sistem berjemaah. Justeru, susunan strategi untuk kejayaan bisnes tidak boleh mengikut sepenuhnya cara orang Cina. Budaya politik Melayu perlu sedar hakikat ini dan menterjemahkannya ke dalam strategi menjayakan agenda bisnes Melayu.

Tegasnya, budaya politik Melayu perlu diubah. Ia tidak lagi harus didominasi mereka yang cuma memperjuangkan politik untuk kepentingan peribadi. Hadis Rasulullah tegas menyatakan: “Apabila tiga orang Islam keluar berjalan, hendaklah seorang daripadanya dijadikan imam (pemimpin)”. Ini menggambarkan betapa Islam mementingkan umatnya berjemaah. Dalam konteks bisnes, anjuran ini menekankan supaya kita mengambil pendekatan “bunyanun marsus”. (Al-Quran, Surah As Saff, Ayat 4), yang bermaksud kita diminta menyusun barisan seolah-olah berada dalam “satu binaan tersusun kukuh”.

Kesimpulannya, faktor utama merosakkan perjuangan membina kekuatan ekonomi dan dapat menyelamatkan Melayu daripada terus tercicir terletak pada budaya politik golongan berkuasa. Jika kita selama ini lemah, puncanya kerana budaya politik di golongan berkuasa yang melemahkan.

Misalnya, budaya politik yang hanya mengikut dan meniru saja segala rentak dan cara Cina (atau Barat) berbisnes, tanpa menyelami kesannya memudaratkan kepentingan Melayu. Pemikiran mempengaruhi ideologi politik seperti ini wajib dirombak dan diketepikan. Kejayaan bisnes untuk membina kekuatan serta keperkasaan ekonomi Melayu tidak dapat dicapai selagi ideologi politik dan susunan strategi tidak didasarkan kepada kaedah diserasikan dengan minda Melayu. Selagi ini berlaku, akan terdapat konflik, sama ada dalam individu terbabit, mahu pun semua anggota masyarakat. Kesannya, perpaduan Melayu terancam dan sukar hendak disatukan kembali.

Selain itu, jika sikap mementingkan individu diteruskan, ia menjadi punca utama majoriti Melayu menganggap ramai ahli perniagaan, bisnes dan korporat dalam masyarakat sendiri bersikap rakus. Selagi dasar penswastaan kepada kepentingan individu dengan agresif diperjuangkan, dan selagi GLC serta peranan institusi dinafikan, selagi itu kita akan berpecah dan berkonflik. Pakej dasar dan strategi tidak boleh memandang ringan usaha membela kepentingan Melayu sebagai masyarakat jemaah dengan membiarkan budaya politik Melayu mengenepikan amanah dan tanggungjawab kepemimpinan.

Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Artikel tersebut bukan sahaja dihasilkan oleh orang yang cerdik, malah ianya ditulis oleh seseorang yang bijaksana dan mempunyai akal yang panjang (wise). Kepandaian sahaja tidak cukup untuk menjadi arif di dalam sesuatu bidang. Seseorang tersebut mestilah ada pengalaman yang panjang di dalam menentukan hala tuju perjalanan ekonomi negara ini.

Malangnya, di dalam menentukan halatuju negara ini, kerajaan tidak menimba pengalaman daripada mereka yang arif, akan tetapi, kerajaan cuba mendapatkan nasihat dari mereka yang tidak layak untuk menjadi tuan penasihat.

Terima kasih.

Minda: Budaya bisnes Jepun sama dengan Melayu

2010/09/09

MINGGU lalu, saya telah menarik perhatian pembaca kepada perlunya Melayu membebaskan perniagaan daripada campur tangan politik dan kepentingan individu.
Tujuannya ialah mengelakkan berulang ketirisan dan kebocoran ekuiti seperti banyak berlaku sebelum ini, setelah dasar penswastaan dilancarkan secara agresif. Dalam konteks Melayu yang masih lemah mengurus bisnes serta bersaing di pasaran terbuka, dasar penswastaan menekankan keutamaan pemindahan hak milik kerajaan menerusi pegangan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada individu dan swasta Melayu mengakibatkan banyak pegangan ekuiti terlepas kepada orang lain.


Kosnya pula sangat tinggi, sama ada dari segi kewangan, pembaziran sumber dan kerugian akibat kehilangan masa serta terlepas bisnes ke tangan orang lain. Antara contoh kesilapan apabila Agensi Pembangunan Bandar atau UDA perlu dihidupkan semula, setelah melalui proses penswastaan sebelum ini.


Bagaimana ini boleh berlaku? Sebenarnya pada ketika itu terdapat pengaruh ideologi politik liberal yang mencontohi amalan di Britain dan Amerika Syarikat (AS). Model ekonomi liberal mendominasi pemikiran tidak senang dengan peranan kerajaan dalam ekonomi. Malah mereka berpandangan negatif terhadap penglibatan kerajaan dalam bisnes, sekalipun bertujuan menyeimbangkan keadaan. Saya percaya satu lagi pengaruh besar, berpunca daripada kalangan bukan Melayu khasnya sektor bisnes Cina menganjurkan kerajaan tidak terlibat dalam bisnes. Mereka dilihat meremehkan mana-mana tindakan kerajaan menjayakan agenda sosial seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan semua program melibatkan kerajaan untuk mencapai matlamat keadilan ekonomi dan melindungi kepentingan golongan lemah. Pandangan anti-GLC dan penglibatan kerajaan dalam bisnes daripada perspektif orang Cina perlu kita fahami dengan lebih mendalam. Ia terbit daripada perspektif minda, konteks budaya dan perspektif hidup yang berbeza. Ia tidak semestinya diinterpretasikan sebagai bersifat anti-Melayu. Bagi saya ia mencerminkan nilai hidup yang menzahirkan budaya bisnes orang Cina di mana-mana, termasuk di negara China. Untuk menjelaskan perbezaan budaya ini lebih lanjut, saya memetik pandangan penulis Cina keturunan Taiwan yang memerhatikan perbezaan organisasi bisnes Cina berbanding Jepun. Chin Ning-Chu dalam bukunya “The Asian Mind Game” menyatakan “...one Chinese look like a dragon. But when three Chinese get together, each one look like a pig. One Japanese look like a pig, while three Japanese look like a dragon.” Sememangnya telah tertanam dalam minda orang Cina, khasnya di seberang laut untuk tidak meyakini kerajaan. Mereka tidak menyenangi semua pihak berkuasa, terutama kerajaan diterajui orang bukan Cina. Penulis Cina menyatakan antara sebabnya untuk mengelak membayar cukai tinggi serta menjamin rahsia kepentingan bisnes daripada diketahui orang luar, termasuk sesama Cina. Ramai berpendapat ini berlaku kerana budaya dan nilai hidup orang Cina berpaksi kepada institusi keluarga yang menjadi tunggak. Orang Cina mempercayai ahli keluarga dan kaum kerabat daripada orang lain. Dalam kata lain, pada umumnya Cina merupakan masyarakat yang tidak mengutamakan jemaah. Keluarga dan individu lebih diutamakan berbanding masyarakat atau bangsa. Justeru, bisnes Cina sengaja memilih keluarga sebagai teras organisasi dan sekiranya terdapat korporat gergasi di kalangan mereka, ia kerap berpaksi kepada milik keluarga. Atas dasar ini, satu bisnes keluarga bersaing sengit dengan keluarga lain. Di peringkat individu Cina, masing-masing tidak mahu kalah, bersifat kiasu dan menurut Chin Ning-Chu, berkelakuan seperti babi apabila mereka ramai. Ini mungkin punca kenapa persepsi dan ideologi masyarakat Cina di Malaysia umumnya negatif dan tidak senang terhadap mana-mana anjuran kerajaan atau GLC ke dalam bisnes, lalu membangkitkan anti-GLC dan pro-penswastaan. Malangnya, diperhatikan ramai Melayu terbawa-bawa dan terpengaruh dengan pendirian apa yang baik buat bisnes orang Cina tidak semestinya baik juga untuk Melayu mengikut amalan budaya Melayu dan pegangan nilai Islam.


Terdapat perbezaan asas nilai budaya, minda dan persepsi Melayu, khasnya sebagai Muslim. Perbezaan ini sama dengan perbezaan antara nilai hidup dan budaya Jepun berbanding Cina, seperti digambarkan Chin Ning-Chu.


Nilai budaya Jepun kelihatan lebih banyak persamaannya dengan Melayu. Jepun juga mengutamakan kepentingan besar masyarakat dan berbudaya jemaah.


Itu sebabnya Jepun menyusun strategi bisnes dengan memilih corak organisasi berbeza dengan Cina. Mereka cenderung membina organisasi korporat dan memasyarakatkan kepentingan besar bisnes. Sebagai contoh, syarikat Matsushita dan Toyota, sekalipun asalnya dimiliki keluarga Matsushita dan Toyoda, apabila membesar, diberi dokongan penuh institusi Jepun dengan sumber modal besar daripada institusi termasuk bank dan institusi kewangan serta pelaburan dan syarikat perdagangan Sogo Shosha. Hari ini keluarga Toyoda, pengasas Toyota memiliki saham tidak lebih dua peratus dalam syarikat yang menjadi syarikat pembuat kereta paling berjaya di dunia.


Bahagian terbesar saham dimiliki institusi serta badan-badan untuk mewakili kepentingan masyarakat ramai Jepun.


Dengan demikian, kuasa politik oleh Melayu harus mengambil kira perbezaan budaya Melayu sebagai Muslim yang mengutamakan sistem berjemaah. Justeru, susunan strategi untuk kejayaan bisnes tidak boleh mengikut sepenuhnya cara orang Cina. Budaya politik Melayu perlu sedar hakikat ini dan menterjemahkannya ke dalam strategi menjayakan agenda bisnes Melayu.


Tegasnya, budaya politik Melayu perlu diubah. Ia tidak lagi harus didominasi mereka yang cuma memperjuangkan politik untuk kepentingan peribadi. Hadis Rasulullah tegas menyatakan: “Apabila tiga orang Islam keluar berjalan, hendaklah seorang daripadanya dijadikan imam (pemimpin)”. Ini menggambarkan betapa Islam mementingkan umatnya berjemaah. Dalam konteks bisnes, anjuran ini menekankan supaya kita mengambil pendekatan “bunyanun marsus”. (Al-Quran, Surah As Saff, Ayat 4), yang bermaksud kita diminta menyusun barisan seolah-olah berada dalam “satu binaan tersusun kukuh”.


Kesimpulannya, faktor utama merosakkan perjuangan membina kekuatan ekonomi dan dapat menyelamatkan Melayu daripada terus tercicir terletak pada budaya politik golongan berkuasa. Jika kita selama ini lemah, puncanya kerana budaya politik di golongan berkuasa yang melemahkan. Misalnya, budaya politik yang hanya mengikut dan meniru saja segala rentak dan cara Cina (atau Barat) berbisnes, tanpa menyelami kesannya memudaratkan kepentingan Melayu. Pemikiran mempengaruhi ideologi politik seperti ini wajib dirombak dan diketepikan. Kejayaan bisnes untuk membina kekuatan serta keperkasaan ekonomi Melayu tidak dapat dicapai selagi ideologi politik dan susunan strategi tidak didasarkan kepada kaedah diserasikan dengan minda Melayu. Selagi ini berlaku, akan terdapat konflik, sama ada dalam individu terbabit, mahu pun semua anggota masyarakat. Kesannya, perpaduan Melayu terancam dan sukar hendak disatukan kembali.

Click Here

Selain itu, jika sikap mementingkan individu diteruskan, ia menjadi punca utama majoriti Melayu menganggap ramai ahli perniagaan, bisnes dan korporat dalam masyarakat sendiri bersikap rakus. Selagi dasar penswastaan kepada kepentingan individu dengan agresif diperjuangkan, dan selagi GLC serta peranan institusi dinafikan, selagi itu kita akan berpecah dan berkonflik. Pakej dasar dan strategi tidak boleh memandang ringan usaha membela kepentingan Melayu sebagai masyarakat jemaah dengan membiarkan budaya politik Melayu mengenepikan amanah dan tanggungjawab kepemimpinan.

> Penulis ialah mantan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.www.businessjihad.com

Tuesday, September 7, 2010

Khoo Kay Kim! Hak Orang Melayu tak boleh dipadamkan!

Artikel Hak Istimewa Orang Melayu Tak Boleh Dipadamkan Kecuali Melayu Setuju – Khoo Kay Kim yang dilaporkan oleh Bernama (sini) dan dipetik oleh Malaysiakini dengan tajuk Khoo Kay Kim: Hak Istimewa orang Melayu tak boleh dipadam (sini) menegaskan mengenai Perkara 153 yang termaktub di dalam perlembagaan tidak boleh dipinda sekiranya tidak dipersetujui oleh majoriti orang Melayu.

Ini bermakna, sekiranya ia hanya dipersetujui oleh Melayu Pakatan Haram yang diketuai Anwar, Nurul Izzah, Wan Azizah, Nik Aziz, Haji Hadi dan gerombolan-gerombolan bangsat lain semata-mata mahu menjilat DAP, ia tetap tidak boleh dipinda kerana mereka itu hanya Melayu minoriti yang bersetuju, bukannya majoriti.

Majoriti Melayu hari ini (mengikut jumlah kerusi Parlimen di Dewan Rakyat) adalah bersama UMNO yang sudah semestinya akan menentang sebarang usaha dari Pakatan Haram untuk meminda apatah lagi untuk memansuhkan Hak Istimewa Orang Melayu.

Penulis percaya, jika perkara ini diperkatakan oleh orang Melayu ataupun datangnya dari mulut orang UMNO, pasti puak-puak Pakatan Haram akan mengatakan ia tidak lebih dari satu retorik untuk mengekalkan kuasa. Tetapi, kebenaran ini diperkatakan sendiri oleh Khoo Kay Kim, pakar sejarah negara yang tidak berkepentingan politik dan merupakan seorang Profesor Emeritus berbangsa Cina.

Penulis berharap puak-puak Pakatan Haram khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam cukup-cukuplah mempertikaikan Hak Istimewa Orang Melayu sebagaimana yang diperlakukan oleh Nurul Izzah baru-baru ini. Jika anda tidak mahu hak berkenaan, jauh lebih ramai lagi Melayu yang mahu ia dikekalkan. Jangan gadai maruah bangsa dan agama semata-mata nak merasa berkuasa! Tolonglah!

Berikut salinan artikel yang diperkatakan oleh Prof Emeritus Khoo Kay Kim sebagaimana yang dilaporkan BERNAMA:

Hak Istimewa Orang Melayu Tak Boleh Dipadamkan Kecuali Melayu Setuju – Khoo Kay Kim

Oleh Haslinda Zainal KUALA LUMPUR, 6 September (BERNAMA) Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

"Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948.

"Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud," katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

"Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini," katanya.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

"Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu," katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

"Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda," katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea 'hak orang Melayu' yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat PKR itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

"Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu," katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

"Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa," katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

"Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat," katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

"Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka," katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

"Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini.

Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.

"Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak," katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

"Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire," katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara," katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah "terlajak sejarah" iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

"Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan)," katanya.

Beliau berkata fenomena "terlajak sejarah" itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman.

Dipetik dari blog 153

Sunday, September 5, 2010

Keistimewaan Melayu adalah hak

Oleh DR. SHAMRAHAYU ABD. AZIZ

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak istimewa orang-orang Melayu. Ia hendaklah ditafsir menurut sejarah dan falsafah yang ada di sebalik kewujudannya. Ini kerana peruntukan itu wujud dengan nilai, sejarah dan falsafah yang tertentu. Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Mereka mungkin berkata, perubahan masa dan keadaan menuntut perubahan kepada budaya, keadaan sosial dan falsafah Perlembagaan negara. Walau apa pun, saya amat yakin bahawa majoriti masyarakat Melayu menganggap keistimewaan ini sebagai hak dan mereka inginkan nilai, sejarah dan falsafah kewujudan Perkara 153 diambil kira dalam membuat tafsirannya.

Amat menyedihkan apabila orang Melayu yang mendapat manfaat daripada Perkara 153 sendiri telah mentafsir peruntukan ini dengan menafikan "hak" orang Melayu. Atas apa alasan sekalipun ulasan atau tafsiran terhadap Perkara 153 dibuat, ia amat tidak adil kepada orang Melayu.

Hakikatnya, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi asas kepada kedudukan istimewa orang Melayu telah dikategorikan sebagai perkara sensitif. Mempersoalkan kedudukannya sehingga mencadangkan supaya ia dilupuskan daripada Perlembagaan secara perundangannya dikategorikan sebagai satu hasutan. Peristiwa berdarah 1969 juga mempunyai kaitan dengan Perkara 153. Atas alasan kestabilan negara, perkara berkaitan keistimewaan Melayu diberi perhatian serius dan diklasifikasi sebagai perkara sensitif. Walaupun pendakwaan jarang sekali dilakukan berkaitan perbuatan mempersoalkannya, peruntukan berkaitan amat jelas wujud di dalam Akta Hasutan.

Keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukan perkara baru. Ia adalah antara menu utama dalam pembentukan asal negara ini.

Istilah keistimewaan Melayu bermula sejak campurtangan British di Tanah Melayu. Ketika pemerintahan British, keistimewaan orang Melayu dijaga melalui polisi di dalam pentadbiran British. Polisi keistimewaan Melayu diiktiraf British kerana rungutan dan permintaan para raja Melayu.

Disebut di dalam laporan Suruhanjaya Reid bahawa keputusan untuk memasukkan peruntukan berkaitan keistimewaan Melayu ke dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mendapat tentangan yang menyerlah walaupun tindakan untuk menambahkan lagi keistimewaan tersebut mendapat reaksi negatif banyak pihak. (lihat Perenggan 165)

Suruhanjaya Reid juga menyebut mengenai pertembungan antara kehendak prinsip kesamarataan antara rakyat yang berbilang bangsa. Walaupun begitu, Suruhanjaya berpendapat, peruntukan mengenai keistimewaan Melayu amatlah diperlukan bagi menjaga kedudukan bangsa Melayu. Selain daripada itu, keistimewaan Melayu juga diperlukan bagi menjamin kedudukan Melayu dalam proses integrasi antara kaum-kaum di negara ini setelah prinsip "common nationality" diperkenalkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957 (lihat Perenggan 165). Apa yang dapat dihujahkan daripada kenyataan Laporan Suruhanjaya Reid ini ialah proses integrasi antara pelbagai bangsa yang ada di Tanah Melayu akan mengambil masa yang agak panjang. Pada andaian Suruhanjaya Reid sekiranya proses integrasi antara pelbagai kaum di negara ini menjadi bertambah baik, ia akan seterusnya dapat mengurangkan atau menghapuskan keistimewaan Melayu. Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Suruhanjaya Reid ini adalah, selagi mana integrasi antara pelbagai kaum belum mencapai tahap matang, kedudukan istimewa Melayu harus dikekalkan.

Sehingga 53 tahun merdeka integrasi antara pelbagai bangsa di negara ini masih menjadi agenda utama negara. Perkara berkaitan perpaduan atau integrasi antara kaum kekal menjadi isu sensitif. Ada yang berpandangan bahawa perpaduan di kalangan rakyat Malaysia agak rumit kerana negara kita tidak menjalankan proses asimilasi yang mahukan semua pihak melenyapkan identiti bangsa masing-masing dengan menerapkan satu identiti sahaja.

Semua kaum di Malaysia masih mengekalkan identiti kaum masing-masing. Seorang cendekiawan mengibaratkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa seperti beberapa batang besi yang diikat bersama. Batang-batang besi tersebut akan terlerai sekiranya tali pengikat yang menggabungkannya terputus. Batang-batang besi tersebut tidak dilebur dan dibekukan untuk menjadi satu batang besi yang lebih besar dan tegap. Batang-batang besi yang dilebur dan dikeraskan ini tidak akan terlerai sekiranya tali pengikatnya terputus.

Walaupun bersetuju dengan cadangan Parti Perikatan mengenai kedudukan istimewa Melayu, Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya keistimewaan Melayu disemak semula selepas 15 tahun. Kenapa 15 tahun? Adakah jangkamasa 15 tahun ini satu jangkamasa yang substantial? Jawapan kepada persoalan ini tidak dijelaskan oleh Suruhanjaya Reid.

Jangkamasa 15 tahun adalah andaian Suruhanjaya Reid. Hakikatnya, hanya masyarakat Malaysia selepas merdeka yang menentukan. Secara prinsipnya, kenyataan Suruhanjaya Reid ini bukanlah sesuatu yang mengikat. Sejauh manakah Suruhanjaya Reid dapat menentukan integrasi kaum di Malaysia akan berjalan lancar dan boleh mencapai objektifnya hanya dalam masa 15 tahun. Hatta negara-negara yang tamadunnya beratus-ratus tahun masih lagi mempunyai masalah berkaitan perkauman dan ia kekal sampai ke hari ini. Pengajarannya ialah jangkamasa 15 tahun cuma jangkaan Suruhanjaya Reid. Ia tidak semestinya benar dalam realiti.

Walaupun mencadangkan jangka masa 15 tahun untuk disemak semula peruntukan ini, Laporan Suruhanjaya Reid juga menyebut bahawa, ia terpulanglah kepada keputusan kerajaan yang memerintah, sama ada untuk mengekal, atau mengurang atau melupus keistimewaan tersebut. Keputusan kerajaan tersebut tertakluk kepada keadaan masyarakat Melayu semasa semakan tersebut dilakukan (lihat Perenggan 167).

Hakikatnya keputusan sama ada keistimewaan Melayu perlu diteruskan ataupun tidak bergantung kepada keadaan dan status orang Melayu. Sekiranya integrasi antara pelbagai kaum tidak mencapai tahap matang seperti andaian Suruhanjaya Reid, kemungkinan untuk kerajaan meneruskan status quo Perkara 153 menjadi jelas. Selain daripada itu, sekiranya kedudukan ekonomi Melayu masih belum mencapai tahap yang boleh dianggap mampu bersaing dengan kaum bukan Melayu, Perkara 153 ini masih diperlukan. Atau, selagi orang Melayu fikir mereka masih memerlukan keistimewaan seperti yang termaktub, ia harus dikekalkan di dalam Perlembagaan.

Perlembagaan

Perkara 153 adalah di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. Perlembagaan tidak memberikan Parlimen kuasa penuh untuk meminda Perkara 153. Peruntukan ini hanya boleh dipinda sekiranya mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Selain daripada itu, apa juga polisi yang diperkenalkan berdasarkan Perkara 153 tidak boleh diubah kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Majoriti ahli Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong menjalankan tanggungjawab menjaga keistimewaan Melayu atas nasihat Jemaah Menteri. Justice Abdul Hamid, ahli Suruhanjaya Reid dari Pakistan, dalam nota kecualiannya menyatakan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini adalah kuasa budi bicara. Baginda boleh menjalankan kuasa berkaitan keistimewaan Melayu di atas keputusan sendiri tanpa mendapatkan nasihat Jemaah Menteri.

Keadaan ini amat kukuh untuk dihujahkan bahawa keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153 adalah satu "hak" dan bukanlah hanya keistimewaan dalam kata harfiahnya.

Saya perlu nyatakan bahawa Pekara. 153 adalah sebahagian daripada hak asasi. Pengiktirafan sebegini juga diamalkan di negara-negara lain. Hak asasi ini diiktiraf oleh kebanyakan negara untuk menjaga kestabilan sosial supaya sesuatu kaum tidak terpinggir dan keadilan dapat dicapai dengan memberi peluang kepada semua. Hak asasi ini boleh dikatakan sebagai pengecualian kepada dasar kesamarataan menggunakan prinsip diskriminasi positif atau juga dikenali sebagai affirmative action.

Di negara seperti Amerika Syarikat, dasar affirmative action ini tidak disebut di dalam Perlembagaan. Ia hanyalah polisi pentadbiran negara. Negara kita mengiktiraf keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaannya. Ini menjadikan kedudukan istimewa ini lebih "istimewa" berbanding amalan di Amerika Syarikat.

Perkara 153 diperkenalkan bukan kerana sifat rendah diri atau inferiority complex orang Melayu sebagaimana anggapan sesetengah pihak. Ia bukan tongkat kepada Melayu. Ia merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu kerana asal negara ini adalah "Tanah Melayu". Ia tiada kaitan dengan kedudukan kaum lain yang telah lama berada dan menyumbang kepada negara ini.

Objektif Perkara 153 bukan juga untuk mempersoalkan kehadiran kaum bukan Melayu di negara ini. Kaum bukan Melayu tidak harus merasa bimbang dengan kekalnya Perkara 153 di dalam Perlembagaan.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah penghormatan harus diberikan kepada kaum Melayu dan penghormatan tersebut sebenarnya di iktiraf oleh Perlembagaan. Walauapa pun, saya tidak fikir keistimewaan Melayu ini satu diskriminasi, walau dikatakan sebagai diskriminasi positif. Ia adalah satu struktur sistem yang telah dicipta untuk kestabilan negara ini.

Oleh itu prinsip keluruhan Perlembagaan atau ketinggian Perlembagan harus sentiasa diberi perhatian sewajarnya. Keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu di dalam Perkara 153 adalah satu hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan tidak harus dipertikaikan.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat kedudukan kaum bukan Melayu di negara ini. Walaupun peruntukan telah wujud sepanjang 53 tahun lepas, ia tidak menjadi penghalang yang besar kepada bangsa bukan Melayu untuk memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini. Perkara 153 tidak menafikan kedudukan kaum bukan Melayu. Sebenarnya tiada hujah yang konkrit untuk dikatakan kuota Melayu menerusi Perkara 153 ini telah menafikan kedudukan kaum bukan Melayu sehingga menjadikan kaum bukan Melayu merempat di negara ini. Malah, apa yang kita saksikan dengan nyata ialah, kaum Melayu, atas apa sebab sekalipun, masih lagi di belakang kaum bukan Melayu dalam aspek kedudukan ekonomi. Tiada kemudaratan yang dilahirkan oleh Perkara 153 walaupun ia seringkali dijadikan alasan amalan ketidaksamarataan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

- MINGGUAN MALAYSIA

Ads


Followers