Ads Powered By ClixSense


Penulisan Dr Ridhuan Tee 2006

Melayu mesti ‘kiasu’ untuk berjaya

Melayu mesti ‘kiasu’ untuk berjaya
Pendapat

SAYA amat tertarik dengan syarahan Profesor Diraja Ungku Aziz, di Universiti Malaya minggu lalu. Beliau menyarankan orang Melayu supaya mempunyai sikap ‘kiasu’ untuk berjaya seperti mana amalan orang Cina.

Kiasu adalah perkataan Hokkien (Cina) bermaksud takut kalah. Kiasu boleh diaplikasikan dalam berbagai keadaan aspek hidup. Takut kalah dalam sebarang persaingan atau pertandingan atau peperangan. Dalam konteks ini, sudah tentu persaingan dan pertandingan yang sihat dalam perkara kebaikan. Dalam konteks Melayu, kiasu dengan bangsa lain dan mahu hidup gagah, dipandang hebat di bumi sendiri.

Sebenarnya, budaya hidup orang Melayu telah lama tersemat dengan sikap kiasu sejak mereka menerima Islam 600 tahun lalu. Terbukti, orang Melayu pernah berjaya mentadbir dan menguruskan negara sendiri iaitu kerajaan Melayu Islam Melaka sehingga terkenal seantero dunia, termasuk menjadi tarikan kerajaan negara China.

Tamadun Melayu pernah mengalami pasang surut. Melayu pernah hidup mewah dan pernah hidup susah. Pernah tinggal di bandar dan tidak kurang di kampung-kampung, pernah berniaga dan pernah mengusahakan hasil tani.

Pengalaman yang dilalui telah menjadikan mereka mempunyai semangat kental. Kita jangan lupa, siapa yang mengusir penjajah keluar kalau bukan orang Melayu. Inilah sikap kiasu. Takut kalah di bumi sendiri. Takut dijajah di bumi sendiri.

Inilah perkara yang cuba dibawa oleh Ungku Aziz. Tamadun Melayu Islam menjadi hebat juga disebabkan oleh ilmu. Kekuatan ilmu ini yang telah mencorakkan sikap Melayu untuk berdaya saing. Kekuatan ilmu telah menjadi orang Melayu mahu berfikir lebih jauh ke hadapan. Mereka tidak mengambil jalan singkat, tetapi sentiasa berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Penjajah demi penjajah datang, akhirnya berjaya mereka halau.

Cuma hari ini, mereka mulai lupa jerit pahit tok nenek moyang mereka. Mereka menjadi manusia yang malas berfikir, tetapi mahu hidup mewah. Akhirnya mencari jalan pintas.

Semangat kepahlawanan telah hilang. Semangat bendahara dan hulubalang telah lunyai. Mereka hanya berbangga menjadi ‘tuan’ negara ini. Mereka sudah lupa bagaimana ‘ketuanan’ itu wujud sebelum ini.

Budaya berfikir sudah tidak wujud lagi seperti sabda nabi, berfikir seminit lebih baik daripada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Berfikir adalah proses yang paling tinggi dalam pembelajaran. Ada yang suka membaca tetapi tidak mahu berfikir. Sekadar membaca tidak cukup kerana membaca tanpa berfikir tidak akan memberikan kesan. Inilah konsep generasi ulul albab yang diperbahaskan dengan panjang lebar dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Sebenarnya kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Idris Jusoh telah lama mempelopori istilah ini. Saya sering kali ke sana memberikan penerangan mengenai istilah ulul albab. Sebenarnya istilah-istilah dalam al-Quran, penuh dengan semangat kiasu. Cuma kita sahaja yang tidak mahu mencungkilnya.

Selain istilah ulul albab, ada satu lagi istilah yang membawa makna mengalahi kiasu ialah ulil absar, orang yang memiliki pandangan atau wawasan.

Dalam konteks ini, orang yang memiliki pandangan atau wawasan yang jauh ke hadapan. Orang yang memiliki fikiran dan wawasan jauh ke hadapan akan tetap kiasu.

Kalau kita bandingkan dengan orang Cina di negara kita, sejak awal-awal lagi mereka kiasu. Takut kalah di bumi orang. Takut merempat di bumi orang.

Sebab itu istilah Cina seberang laut, berbeza dengan Cina di tanah besar. Cina seberang laut, boleh dikatakan lebih berjaya daripada orang Cina di negeri China. Cina seberang laut mempunyai semangat kiasu luar biasa sehingga dapat membentuk sebuah negara sendiri iaitu Singapura yang asalnya sebuah negara Melayu. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Kerana mereka percaya kepada ‘satu Cina’ walaupun terdapat berbagai kumpulan atau istilah Cina, mereka tetap kiasu. Ke mana pun mereka pergi, mereka tetap Cina walaupun apa juga nama, kumpulan, bahasa, dan ideologi.

Berbeza dengan orang Melayu. Semua yakin bahawa Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Hanya ada ‘satu Melayu’ iaitu mereka yang beragama Islam. Tetapi Melayu Islam ini dipecah-pecahkan mengikut semangat kedaerahan, kumpulan, bahasa, parti politik dan ideologi. Tidak pada orang Cina, walaupun kita lihat di kalangan orang Cina itu sendiri ada berbagai-bagai agama seperti Buddha, Confucius, Toaism, Kristian dan Islam (ini tidak termasuk kelainan bahasa, dialek dan sebagainya) tetapi mereka berpegang kepada semangat ‘satu Cina’.

Sebenarnya, orang Melayu lebih mudah, sebab mereka hanya ada satu, ‘Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu’ iaitu Melayu Islam. Jika mereka mempunyai pemikiran dan wawasan berjuang atas nama ‘satu Islam’ maka banyak masalah yang boleh diselesaikan.

Satu Islam untuk semua manusia, tak kira apa bangsa sekalipun. Kita hanya ada satu kiasu. Tetapi semangat satu kiasu tidak tertonjol kerana kita membesar-besar perbezaan, lebih-lebih lagi perbezaan pendapat dan latar belakang politik.

 

PBT DAN AHLI MAJLIS

PBT DAN AHLI MAJLIS

Isu pembinaan istana Dato’ Zakaria Md. Deros tanpa kelulusan dan perlantikan ahli majlis PBT menarik perhatian saya untuk menulis kembali setelah jelek dan menyampah dengan sikap sesetengah ahli politik dan pimpinan PBT yang seolah-olah tidak mengetahui apa yang sedang berlaku atau cuba menutup sebelah mata sahaja apabila kejadian yang menimpa Dato’ Z hangat diperkatakan. Isu membina rumah tanpa kelulusan PBT dan cara perlantikan ahli majlis bukan suatu perkara yang baru, tetapi isu lapok yang telah sekian lama bermaharajalela tanpa apa-apa tindakan. Kebetulan Dato’ Z yang menjadi mangsa keadaan disebabkan oleh ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu yang tidak sehaluan atau mengambil pendekatan bermusuh dengannya. Maka ‘kelemahan’ beliau dijadikan satu ‘peluang’ untuk menjatuhkannya. Saya tidak pernah kenal dengan Dato’ Z, tetapi adalah tidak wajar menuding jari atau menyalahkan beliau semata-mata, yang lain menyucikan tangan dengan mengambil kesempatan yang ada termasuk PBT. PBT sebenarnya dua kali lima. Sekiranya mereka ini efisien dan professional sudah tentu kejadian ini tidak berlaku. Apapun, inilah pengajaran yang Allah ingin tunjukkan kepada manusia di atas kerakusan sesetengah pihak yang menganggap diri mereka kebal. Mereka tidak sedar bahawa ada yang lebih kebal.

Saya adalah rakyat marhaen yang tinggal di Ampang Jaya dan selalu berurusan dengan PBT. Sedikit sebanyak, saya telah masak dengan rentak tari PBT dan ahli majlisnya.
Hal yang sama pernah saya bangkitkan ketika perjumpaan dengan PBT di Ampang Jaya. Sikap PBT yang telalu menjaga orang politik sehinggakan kebajikan rakyat yang memilih mereka diabaikan. Misalnya aduan-aduan mengenai lubang-lubang jalan, masalah sampah, pembiakan nyamuk dan sebagainya.

Masalah jalan yang berlubang-lubang sebagai contoh. Oleh kerana jalan tersebut tidak dilalui atau berdekatan dengan rumah atau pejabat orang-orang besar atau ahli politik, maka dibiarkan sehingga keadaan menjadi teruk baru diperbaiki. Berbeza kiranya kawasan tersebut dilalui oleh orang-orang besar atau ahli politik tertentu, aduan mereka diambil tindakan serta merta terutama kawasan-kawasan Ampang Jaya, di mana golongan elit berada di sana. Tetapi bagi yang lain, aduan-aduan mereka dibiarkan sahaja bertahun-tahun lamanya. Saya mempunyai bukti-bukti dengan apa yang diutarakan ini.

Contoh lain, rakyat marhaen yang ingin membina atau membaik pulih (renovate) rumah dikenakan syarat ini dan itu. Tetapi bila kena pada ahli politik, semua pihak berdiam diri.

Sedangkan siapakah mereka jika rakyat tidak mengundi mereka. Dato’ Z tidak boleh dipersalahkan semata-mata atas isu ini. Beliau mungkin menjadi mangsa keadaan akibat sistem yang tidak telus. Banyak lagi projek PBT yang boleh diketengahkan. Ada projek yang tidak layak mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CF), tetapi dengan campurtangan ahli politik, semuanya lulus.

Cara pemilihan ahli majlis perbandaran amat menjelekkan sama sekali. Saya mengambil contoh PBT di kawasan tempat tinggal saya. Saya seringkali berdamping dengan mereka kerana banyak isu-isu berkaitan dengan perbandaran yang selalu dikemukakan. Sepanjang pengamatan saya, tidak ada seorangpun wakil ahli professional yang dilantik untuk duduk kerusi ahli majlis. Semuanya wakil parti-parti politik, yang mana kemampuan mereka untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat amat meragukan. Mereka adalah ketua bahagian UMNO, MIC, MCA, dan Gerakan. Tidak dinafikan ada ketua bahagian parti-parti politik yang professional. Namun, inilah praktis yang berlaku disemua PBT yang amat jelek sama sekali. Apatah lagi jika ditinjau dari segi kelulusan mereka. Disebabkan oleh mereka pemimpin bahagian parti politik maka mereka secara otomatik akan dilantik menjadi ahli majlis. Lebih menjengkelkan lagi ialah kebanyakan projek-projek PBT dibolot oleh mereka dan kroni-kroni mereka. Pernah berlaku, di kawasan saya ada ahli majlis bergaduh sesama sendiri (sesama parti) dalam mesyuarat kerana berebut projek PBT. Tidak puas hati kerana projek-projek PBT tidak jatuh ke tangan kroni-kroninya.

Saya ingin mencadangkan supaya ahli-ahli majlis ini turut dilantik dari kalangan professional, selain daripada pemimpin politik. Mereka mungkin ketua bahagian UMNO, MCA, MIC atau Gerakan, tetapi pastikan professional dan benar-benar meletakkan kepentingan masyarakat di hadapan dan bukannya menjaga periuk nasi mereka sahaja sepertimana yang berlaku pada masa kini. Wakil-wakil lain yang boleh diketengahkan ialah NGO-NGO yang aktif, wakil-wakil mengikut bidang profesionalisme, seperti perubatan, kejuruteraan, motivasi, agama, undang-undang, sosial dan sebagainya. Jadikan mesyuarat majlis sebagai tempat percambahan pemikiran, idea dan sumbangan yang boleh membangunkan dan memakmurkan PBT serta kawasan di bawah penyelenggaraannya. Ini selaras dengan pembangunan modal insan yang selalu dilaung-luangkan oleh YAB Perdana Menteri. Mesyuarat ahli majlis hendaklah diperluaskan skopnya, bukan sekadar menjadi medan untuk meluluskan projek-projek perbandarannya.

Bagi saya, sebenarnya PBT dan ahli majlis ini boleh bertindak sebagai ‘think tank’ atau tangki pemikiran. Ahli majlis cum ‘think tank’ akan menjadi medan berfikir, mengolah dan memerah idea demi kesejahteraan rakyat jelata.

PBT jangan lupa bahawa apa asas utama agenda local 21 yang diberikan penekanan oleh kerajaan pada masa kini, terutama oleh kerajaan Negeri Selangor? Ia tidak lain untuk memastikan persekitaran yang kondusif dan ceria, warganya yang berakhlak mulia, dan tidak berlaku vandalisme. 7 sifat pengguna yang ingin dilahirkan dalam agenda 21 ialah berbudi bahasa, bertimbang rasa, mengambil berat, berterus terang, kreatif, berani dan bijak.

Justeru, ahli majlis juga hendaklah mengambil sikap turun padang. Menyelami hakikat, dan masalah yang sebenar. Banyakkan membaca dan membuat R&D. Ini juga tugas sebenar wakil rakyat, ketua bahagian, cum ahli majlis. Bila semua ini berlaku, siapakah yang untung? Bukan ahli majlis? Kerana elaun mereka sikit sahaja. Yang untung ialah kerajaan dan PBT, demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Bahasa Melayu Mesti DiPerkasakan

Saya menyokong penuh kenyataan Senator Dr Mohd Fuad Zarkashi dalam perhimpunan Agong UMNO semalam, agar bahasa Melayu dapat didaulatkan dalam segala aspek cara hidup di Negara kita, apatah lagi mengenai pengajaran bahasa Melayu dalam semua aspek akademik di sekolah. Beliau mengambil contoh bagaimana pelajar-pelajar Melayu menjadi mangsa apabila matapelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya kajian demi kajian telah dibuat oleh pakar-pakar akademik di universiti-universiti tempatan sebelum ini, akan padahnya pengajaran bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan matematik. Namun, kajian ikhlas bernas mereka tidak diendahkan, kita ‘tongsampahkan’ kajian mereka. Kita banyak bersangka buruk terhadap mereka. Malah kajian mereka dikecam. Mereka dituduh sebagai golongan anti pembangunan, chauvanism atau amat tebal perkauman Melayu.

Bagi saya, ini bukan soal anti pembangunan atau tebal semangat perkauman Melayu. Ini adalah soal maruah dan masa depan bahasa Melayu dalam sebuah Negara berakarkan bangsa Melayu (Tanah Melayu). Terus terang, saya adalah orang bukan Melayu, berbangsa Cina. Namun saya amat prihatin soal pembinaan bangsa Malaysia berakarumbikan bahasa Melayu. Inilah satu-satu caranya untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan bangsa Melayu agar tidak pupus ditelan zaman. Adalah suatu yang amat malang apabila sesuatu bangsa atau bahasa pupus di tanahair sendiri. Mengikut sejarah Negara bangsa dunia,,semua Negara ditegakkan berasaskan kepada bangsa dan bahasa yang dijadikan oleh Allah SWT

Cuba bayangkan cantiknya kejadian Allah SWT. Apabila dijadikan atau dikumpulkan orang Cina, maka terbentuklah sebuah Negara yang bernama China. Bangsa India membentuk negara India. Bangsa Arab membentuk negara-negara Arab. Bangsa Melayu membentuk negara Melayu. Begitu juga dengan bangsa-bangsa lain. Pendek kata, sesebuah bangsa itu akan membentuk berasaskan nama bangsa dan bahasa mereka tersendiri. Usaha-usaha diambil oleh negara bangsa ini akan memperkasakan bahasa dan agama mereka dengan sebaik mungkin tanpa diganggugugat oleh anasir-anasir dan pengaruh luar.

Cuba kita kaji, berapa ramaikah orang bukan Melayu hatta menteri kabinet sendiri yang fasih atau boleh berbahasa Melayu dengan baik. Apabila ditanya atau diinterview oleh wartawan, bahasa Melayunya amat meloyakan. Apakah ini pembinaan bangsa Malaysia yang ingin kita jana? Kajian hendaklah dibuat secara serius mengenai penguasaan bahasa Melayu di kampung-kampung baru Cina atau di sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Berapa peratuskah yang boleh berbahasa Melayu dengan baik. Mengikut pengalaman saya, ada segelintir yang tidak boleh langsung bertutur dalam bahasa Melayu. Untuk fasih jauh sekali.

Kajian juga mesti dibuat terhadap keputusan UPSR pelajar-pelajar jenis kebangsaan. Rata-rata pelajar-pelajarnya tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Untuk makluman, UPSR di sekolah jenis kebangsaan mempunyai 7 matapelajaran, tambah 2 matapelajara bahasa Cina. Sebenarnya tidak ramai yang mendapat 7A. Rata-ratanya 5A. Kerana mereka tidak dapat A dalam 2 matapelajaran bahasa Melayu. Majoritinya gagal dan mendapatkan skor yang amat rendah dalam bahasa Melayu.

Bayangkan, berapa ramai yang boleh menguasai bahasa kebangsaan ini dengan baik?. Berapa banyak kelas peralihan yang terpaksa disediakan untuk membantu mereka ini memahami bahasa Melayu. Itupun tidak banyak membantu kerana bila mereka tidak dapat memahami bahasa Melayu, segala apa yang diajar dalam Melayu di sekolah menengah tidak dapat difahami. Ini mengakibatkan pelajar bukan Melayu ketinggalan dan tercicir..

Pengalaman Negara jiran kita, Thailand sudah cukup memberikan pengajaran kepada kita. Thailand, adalah antara Negara yang paling cepat membangun dengan kekuatan semangat ‘kesiamannya’. Thailand telah menghapuskan sama sekali sekolah berasaskan kaum sejak 1930an, dan yang ada hanya sekolah satu aliran sahaja. Tujuannya tidak lain untuk memperkasakan bangsa dan bahasa Siam itu sendiri. Hasilnya, Thailand amat berjaya melahirkan sebuah negara Siam yang beridentiti dan bermaruah. Walaupun, ada berlaku kudeta, tetapi ia tidak menghalang negara ini untuk terus meningkat maju. Rakyatnya begitu unik sekali, menjunjung bahasa Siam dan agama Budhha. Ini senjata perpaduan nasional yang paling berkesan.
Kerajaan Thailand berjaya ’mensiamkan’ rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum, tidak kira Cina atau Melayu. Semua orang melayu dan Cina fasih berbahasa Siam. Selain dari sistem pendidikan mereka berteraskan bahasa Siam, semua urusan seharian mesti berakarumbikan bahasa Siam. Semua iklan, produk (barangan), drama dan filem dari luar akan dialihbahasakan ke dalam bahasa Siam termasuk cerita-cerita Bollywood dan barat. Tetapi, apa jadi dengan Negara kita?. Adakah bahasa Melayu didaulatkan? Kita menerima semua filem daripada luar, tanpa dialih bahasakan ke dalam bahasa Melayu. Lebih menyedihkan lagi, stesen-stesen TV dan radio kita kadangkala beroperasi seolah-olah kita tidak berada di Malaysia tetapi berada di Hong Kong, di Amerika atau negara lain.

Lebih menyedihkan lagi, kita membenarkan sekolah berasaskan kaum ini beroperasi dengan penuh semangat perkauman sebelum dan selepas merdeka tanpa dipantau dengan bersungguh-sungguh. Sekarang ini merebak kepada universiti perkauman (Universiti Tunku Abdul Rahman - MCA dan Universiti Terbuka Wawasan –Gerakan). Dasar ini amat merbahaya dan ancaman kepada perpaduan nasional. Kenapa kita tidak bangunkan Malaysia dengan semangat ’kemalaysiaan’ berakarumbikan bahasa Melayu. Kalaulah sekolah dan universiti perkauman sudah menjadi dasar kerajaan, maka pemantauan hendaklah dilaksanakan tanpa kompromi. Bahasa Melayu mesti didaulatkan dan diperkasakan ditempat-tempat sebegini.

Mengikut kefahaman saya, yang menganut berbagai agama sebelum memeluk agama Islam, tidak ada satupun agama didunia ini yang menolak untuk mempelajaran bahasa asing. Apatah lagi agama Islam. Tuntutan Islam mengenai perlunya mempelajari bahasa lain amat jelas. Nabi Muhammad SAW amat menuntut umatnya menuntut mempelajari bahasa lain sebagai mesej dakwah hatta sampai ke negeri China sekalipun. Tetapi janganlah sampai keghairahan mempelajari bahasa lain sehingga bahasa sendiri di kesampingkan. Kita mesti ingat, bahasa ini adalah anugerah Allah SWT. Setiap bangsa yang dijadikan oleh Allah SWT mempunyai kekuatannya tersendiri. Kita tidak boleh memperlekehkan bahasa atau agama sendiri. Kerana ia anugerah Allah. Apatah lagi jika ada yang sanggup mengatakan ‘saya kelihatan bodoh (stupid) jika bercakap dalam bahasa Melayu’.

Kita mesti ingat bahawa, Malaysia dari segi sejarahnya adalah sebuah negara Melayu. Malaysia berasal dari akar kata Tanah Melayu. Ini kerana kejadian asalnya. Allah kumpulkan orang Melayu di kepulauan Melayu, maka terbentuklah sebuah negara bangsa bernama Tanah Melayu. Malangnya, semua dasar negara kita tidak berasaskan Melayu malah berbau perkauman yang ketara, sekolah perkauman, universiti perkauman, parti perkauman, surat khabar perkauman, stesen radio dan tv perkauman, NGO perkauman dan berbagai contoh lagi.

Saya tidak kisah sama ada kementerian yang menjaga bahasa Melayu ini diletakkan di bawah menteri Melayu atau bukan Melayu, apa yang penting ktia mesti mempunyai DASAR yang mesti dipatuhi oleh semua kaum dan pihak. Tidak ada gunanya kita letakkan Menteri Melayu menjaga bahasa Melayu, jika orang ini tidak ada roh untuk mendaulatkan bahasa Melayu.

Sebab masalah sosial remaja berleluasa

Sebab masalah sosial remaja berleluasa
HEADING CADANGAN: JATI DIRI REMAJA KITA TELAH MATI

KEHIDUPAN remaja hari ini penuh dengan pelbagai permasalahan sosial yang bukan sahaja merunsingkan ibu bapa tetapi juga pemimpin negara. Banyak cara dan kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke
arah kebaikan untuk menjadi insan berguna namun jalan yang salah dan hitam juga mereka pilih. Kes rogol,
ragut, penyalahgunaan dadah, berpeleseran di pusat-pusat beli belah, lumba motor haram dan terbaru
kes Black Metal yang mana semua ini semakin berleluasa dari sehari ke sehari. Mereka seolah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudharatan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Apa punca dan kenapa? Untuk itu SIASAH melalui wartawannya Kalsum Hj Ahmad telah menemui Saudara Mohd Ridhuan Tee Abdullah, seorang pendakwah bebas merangkap Pengarah Eurobest Holding Sdn Bhd. Banyak huraian dan penjelasan yang diungkaikan berkaitan dengan permasalahan remaja hari ini. Ikuti penjelasannya di bawah.

SIASAH: Pada pandangan Saudara Mohd Ridhuan mengapa dan kenapa para remaja kita mudah terjebak dengan perkara-perkara negatif yang bukan sahaja boleh merosakkan diri mereka tetapi juga agama, bangsa dan negara?

Ridhuan Tee- Melalui kajian yang dibuat, apa yang berlaku ke atas remaja-remaja kita hari ini kerana
mereka tidak memiliki hala tuju diri atau matlamat hidup. Mereka tercari-cari identiti yang mana satu hala yang hendak diikuti.Mereka tiada matlamat yang hendak dicapai. Nilai-nilai pegangan asas iaitu agama (kalau ianya Melayu- Islam) sudah tidak lagi sebati dalam hidup mereka. Mereka sedang mencari sesuatu. Dalam pencarian itu, yang tidak baik itulah yang menjadi pilihan mereka. Dengan sebab itu kita lihat bermacam-macam perkara yang merosakkan berlaku. Ada yang terjebak dengan Black Metal, seks bebas, penyalahgunaan dadah, rogol dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan kebanyakannya berlaku kepada mereka dalam usia remaja yang gagal peperiksaan (SPM). Gagal SPM tidak beerti gagal dalam hidup. Masih banyak peluang yang menanti. Pokoknya, jangan mudah putus asa.

Bagi pelajar yang masih bersekolah, menurut kajian yang dibuat juga 80% daripada pelajar-pelajar di sekolah menengah tidak mendirikan solat.Kalaulah kajian ini benar, sudah tentu, harapan pemimpin kita untukmelihat Wawasan 2020 tercapai masih samar. Oleh itu sebelum keadaan lebih teruk lagi berlaku kerajaan kena pantau atau mengambil tindakan yang bersesuaian dengan permasalahan ini. Kalau tidak negara kita nanti akan menghadapi krisis identiti. Ini kerana sesebuah Negara dikenali kerana identitinya.

Berbanding negara-negara lain contohnya negara Vietnam, Thailand, Filipina, Jepun masing-masing tebal dan
bangga dengan budaya dan cara hidup mereka. Sepatutnya remaja Melayu mesti bangga dan berbesar hati dengan identiti orang Melayu. Tetapi itu tidak kelihatan. Mereka dengan mudah mengambil pengaruh dari barat sedangkan mereka tahu pengaruh dari Barat itu tidak elok tetapi 'kita' sengaja membiarkan perkara ini berlaku. Cuba lihat televisyen kebanyakan programnya berbentuk hiburan (kebaratan), filem-filem barat, sudahlah ekonomi dikuasai oleh barat. Saya sedih orang kita khususnya remaja terlalu mudah menerima pengaruh dari luar. Mana jati diri sebagai remaja Melayu, Cina atau India? Saya juga berasa pelik
mengapa pengaruh dari luar ini diterima begitu pantas, cepat dan diterima secara bulat-bulat. Apakah kita kekurangan budaya dan jati diri sehingga terpakso cedok orang lain punya.

Misalnya muzik. Boleh dikatakan 98% remaja dan anak muda kita menyukai dan meminati muzik rentak barat. Apa istimewanya RAP, Heavy Metal, Hip Hop, RnB, kalau dibandingkan dengan lagu asli seperti Inang, Zapin, Joget, Keroncong yang sudah menjadi identiti kita. Ia bukan sahaja lembut tetapi begitu syahdu dan mengasyikkan bila didengar. Kenapa lagu-lagu seperti itu tidak mahu ditonjolkan. Kenapa kita perlu cedok budaya orang lain sedangkan kita ada budaya akita sendiri. Sepatutnya bila pelancong-pelancong datang, kita kena tunjukkan budaya dan identiti kita sendiri yang penuh kesopanan, nilai-nilai kelembutan. Di
situlah kekuatan kita seperti apa yang dilakukan oleh negara China, Jepun, Thailand, Vietnam dan sebagainya. Mereka tetap mengutamakan ciri-ciri seni budaya yang diguna pakai sejak zaman dulu. Bukan berbangga dengan budaya dan cara hidup barat.

Contoh, Kerajaan Melaka 600 tahun, sebuah kerajaan yang hebat, terkenal di seluruh dunia. Kerajaan Melaka terkenal kerana Bangkit kerana pengaruh Islam yang menunjangi kekuatan budayanya. Dunia tidak kenal kerajaan Melaka sebelum kerajaan Melaka menerima Islam. Tetapi bilamana kerajaan Melaka menerima Islam, secara otomatik, kerajaan Melaka terangkat. Inilah kekuatan Islam. Tetapi hari ini kita sedih kerana generasi kita lupa kepada sejarah. Kita ambil budaya dari luar. Inilah kegagalan kita dalam memahami sejarah peradaban bangsa di dunia. Di Negara lain, sejarah tetap diingat sampai bila-bila dan cuba diulangi kegemilangannya.

Untuk menuju ke arah itu kita perlu ada persediaan yang rapi terutama mengenai kekuatan jati diri yang acuannya mestilah mengikut bangsa kita sendiri.

Untuk itu kita perlu ada lima asas penting yang menjadi tonggak dalam membentuk jati diri.

Pertama -Pegangan iaitu agama.
Agama hendaklah menjadi pegangan dan asas dalam kehidupan kerana agamalah yang memartabatkan kehidupan dan tamadun manusia. Tanpa agama, manusia akan terumbang ambing tanpa haluan dituju. Justeru, dengan asas yang kukuh ini, para remaja boleh membawa diri ke mana jua mereka pergi. Bagi orang Melayu Islam. Bila kita ada pegangan, kita akan redha setiap apa yang diberikan oleh Allah sama ada ketentuan baik atau burukKita tidak akan keluh kesah atau kesal di atas apa yang berlaku. Tetapi kalaulah sebaliknya, sudah pastilah kita akan mencari jalan mudah atau jalan yang tidak baik. Contohnya gagal dalam peperiksaan, cara mudah mengatasinya hisap dadah, berpoya-poya dan sebagainya.Kerana itu kita perlu ada pegangan.

Kedua- Perjuangan- merdeka diri dari jiwa hamba, hamba kepada anasir yang merosakkan (pengaruh barat). Remaja mesti berjuang memerdekakan jiwa hamba, maksud saya hamba kepada kepada perkara negatif dan pengaruh barat yang amat mudah meresap dalam jiwa mereka. Jadi remaja Islam yang berjiwa merdeka, bebas dari sebarang kemungkaran dan kejahatan. Kita tidak akan sesekali mudah menerima perkara-perkara yang bertentangan dengan cara hidup, budaya kita.

Ketiga- Hubungan- yang sering dikaitkan dengan bahasa.
Hubungan manusia diperindahkan lagi melalui bahasa. Bahasa adalah alat untuk berinteraksi dan berdakwah. Bahasa lambang jati diri setiap bangsa. Bangsa sendiri hendaklah pertahankan agar ia tidak lenyap ditelan zaman.

Kita mesti mengagongkan bahasa kita. Orang Melayu bahasanya Bahasa Melayu. Sementara tulisannya adalah tulisan Jawi. Tetapi apa yang berlaku sekarang, tulisan jawi kita telah kuburkan dan bahasa kita
sedang menuju ke arah kehancuran. Kalau begitu di mana bahasa kita yang melambangkan sebagai alat penghubung kita sebagai bangsa Melayu dan juga sebagai alat perpaduan. Kalau kita tidak mempertahankan dan memperbaiki apa yang berlaku, acuan yang telah sedia ada dalam jati diri atau identiti remaja terbantut.
Bahasa tidak akan jadi lagi sebagai lambang yang menunjukkan sesuatu bangsa itu. Contohnya banyak
iklan-iklan yang kita lihat tidak melambangkan bahasa dan budaya hidup kita. Bila remaja melihat semua ini,
dia keliru dan dia hanya mengambil mana yang dia rasa sesuai dengan jiwanya. Tetapi apa yang saya nampak sekarang DBP sedang mengorak langkah yang cukup bijak agar bahasa dan tulisan jawi dihidupkan semula.

Keempat- Hiasan- seni dan adab. Keindahan kehidupan manusia diserikan lagi dengan hiasan seni dan adab. Orang Melayu mempunyai seni dan adab yang amat baik dan lembut. Kehalusan seni termasuk hiburan adalah kekayaan Melayu Islam. Saya hairan kenapa kita berbangga menyanyikan lagu rentak barat seperti rock, heavy metal, rap, RNB, hip hop dan sebagainya. Tetapi kita tidak bangga menyanyikan lagu Melayu sering dikaitkan dengan seni dan adab. Pada saya seni dan adab yang ada pada orang Melayu cukup cantik dan halus kalau ianya dipamerkan. Contohnya cara duduk, cara bergaul sesama mahram, cara menghormati orang tua semua itu melambangkan peribadi yang sopan dan halus. Hiasan hidup ini kalau ditambahkan lagi dengan cara hidup Islam ianya akan menjadi lebih indah. Kalau boleh kita tidak mahu semua benda ini pupus.

Kelima- Susunan- dikaitkan dengan budaya. Budaya Melayu sememangnya sesuatu yang indah. Cara orang Melayu berpakaian, bercakap, bergaul dan Sebagainya. Sekiranya digabungkan kelima-limanya sekali
akan terserlahlah keindahan, kecantikan pada orang kita. Ini kerana semua perkara ini kurang ada pada
bangsa lain. Mereka sudah dipengaruhi oleh cara hidup orang barat.

Apa yang saya lihat, para pemimpin yang ada sekarang ini nampaknya sudah mulai sedar. Misalnya tulisan Jawi cuba diselamatkan dengan menghidupkan semula penggunaannya. Begitu juga dengan Bahasa Melayu,
dipertahankan kerana ianya tunjang dan menjadi bahasa rasmi negara. Kesedaran pada kerajaan juga sudah mulai ada. Mereka nampaknya cuba mendaulatkan semula tulisan jawi yang menjadi sendi kepada kedaulatan negara. Dalam hal ini kesemua perkara yang menjadi sendi kepada kedaulatan negara itu perlu ditegakkan dan didaulatkan agar ianya menjadi ikutan kepada remaja. Misalnya dalam kursus-kursus bina semangat yang mana ianya dihadiri oleh para remaja.

Kedua- kecantikan, kehalusan dan kelembutan agama Islam itu sendiri mereka tidak praktikkan. Mereka tahu perlunya agama dan setiap apa yang disuruh oleh agama itu perlu dilakukan tetapi mereka tidak mahu ikut. Contohnya orang perempuan wajib pakai tudung bagi menutup aurat. Kenapa mesti ada alasan kalau dah berkahwin nanti baru nak pakai tudung, kenapa tidak sekarang sedangkan dia tahu benda tu wajib. Kalau tidak tahu kenapa dia bercakap nanti lepas berkahwin. Ini menandakan dia tahu tetapi sengaja buat-buat tak tahu. Perkara seperti inilah yang saya katakan pemahaman yang sesat lagi menyesatkan. Mereka telah menyimpang dari arah asal kecualilah kalau mereka ini jahil tentang agama. Dalam hal ini kita kena buat kalau tidak buat itu bahaya.

Begitu juga orang kata nak 'enjoy' . Kalau ikutkan boleh 'enjoy' 24 jam tetapi mengikut orang kita kalau
dikatakan 'enjoy' kena pergi berhibur di 'nite club', panggung wayang, siber cafe dan sebagainya yang
membuatkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Sebenarnya 'enjoy' ni buat 'something' yang manusia
suka dan Tuhan suka yang tidak bertentangan dengan fitrah manusia dan bercanggah dengan cara hidup kita.
Bukan seperti menyertai Black Metal, bercampur bebas lelaki perempuan, mengamalkan seks bebas, pijak quran, pakaian yang tidak melambangkan ciri-ciri budaya kita. Apakah itu yang kita kehendaki.

Ketiga sikap tidak kisah ibu bapa, satu isu yang basi. Sepatutnya sebagai ibu bapa kita perlu mengambil berat akan kehidupan anak-anak. Bukan lepas tangan semata. Dalam hal ini kita ambil contoh tentang jari kita yang lima ini. Kenapa orang tua dulu-dulu menamakan jari kita dengan nama jari kelingking/anak jari, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Sebenarnya ada cerita disebaliknya. Jari kelingking atau anak jari
diumpamakan anak kita di peringkat umur bayi sehingga 10 tahun. Sebagai bayi dan kanak-kanak pada peringkat ini, kita pkena bermain-main dengan mereka, ia perlu juga dibelai, dimanja dan diberi perhatian
yang khusus. Jari manis, peringkat anak di alam remaja. Di peringkat ini anak-anak diumpamakan berdarah manis. Ia perlukan pengawasan yang rapi dan disiplin diri. Waktu ini anak gadis kita sering diambil kesempatan oleh golongan tertentu. Misalnya, kes-kes cabul, rogol dan sebagainya. Mereka masih belum boleh diharap. Remaja lelaki pula kalau tidak dikawal boleh terjebak ke lembah masiat dan perkara-perkara yang tidak diingini. Justeru, ibubapa hendaklah mengambil berat dan memerhatikan pergerakan mereka. Selalu telefon di rumah, Tanya apa dia buat, dah sembahyang ke belum. Kalau tengok internet, apa yang dilayarinya.

Peringkat jari hantu, peringkat kritikal atau kehidupan hantu. Ketika anak-anak berusia 20 hingga 40 tahun. Hidup di peringkat ini ia lebih ke arah nafsu nafsi. Mereka mula ada keinginan berumahtangga dan keinginan seks yang tinggi. Justeru, perlu ada asas kukuh. Sekiranya anak-anak di peringkat 1 dan 2 diberi'basic' yang mantap dari segi didikan agama, kasih sayang, pelajaran dan sebagainya apabila dia masuk ke peringkat ini, dia dapat mengenal sifat-sifat yang tidak elok, jadi dia tidak akan menjadi hantu tetapi memberi petunjuk kepada orang lain (peringkat jari telunjuk).

Tetapi kalau dia sudah sampai ke peringkat ini dan berusia 40 kalau dia tidak juga berubah, suka berpoya-poya lupa tanggungjawab akhirnya sampai bila-bilapun dia tetap seperti itu. Nabi Muhammad s.a.w ketika berumur 40 telah menjadi Rasul memberi petunjuk kepada orang lain. Tetapi kalau sudah tiga peringkat tidak menjadi, dia tidak akan dapat memberi petunjuk (jari telunjuk) apalagi untuk memberi manfaat kepada orang lain

Jika kita berjaya melepasi tahap jari telunjuk itu tadi, maka tibalah kepada penghujung hidup kita o tahun ke atas. Kita akan bertindak sebagai ibu jari, ibu kepada segala kebijaksanaan – mother of widom. Itulah peringkat paling tinggi menuju kehidupan abadi. Jika kita tidak dapat lepasti semua tahap ini, ibu jari tidak akan jadi ibu kepada kebijaksaan tetapi akan jadi ibu ayam. Justeru, hindarkanlah dengan kita berjaya melepasi kelima-lima nama ibu jari itu.

Ada banyak contoh yang boleh kita kaitkan dalam hal ini. Misalnya syarikat-syarikat muslim berjaya yang
diterajui oleh ahli-ahli korporat yang rata-rata berusia 40 tahun ke atas. Mereka lebih rela memberi
tajaan kepada perkara-perkara yang tidak membangunkan jiwa, agama dan banga. Lebih bangga kalau dapat memberi hadiah puluhan ribu, kereta, rumah kepada pertandingan yang berunsurkan hiburan daripada memberi hadiah kepada profesor-profesor, atau ahli ilmuan yang bertungkus lumus menjalankan kajian atau penyelidikan bagi mengembangkan kajian ilmu. Atau kepada tokoh Maal Hijrah. Perkara ini sengaja kita buat yang mana kita tahu hasilnya dalam jangka masa panjang adalah merosakkan. Dia kaya tetapi kekayaan itu tidak dapat membantu orang lain. Dia bijak tetapi kebijaksanaannya tidak digunakan ke jalan kebaikan.

Sejarah membuktikan, dan kita tahu tidak ada satu pun bangsa di dunia ini maju atau berjaya bertunjangkan kepada hiburan tetapi berjaya sesuatu bangsa mencipta peradaban adalah kerana kekuatan ilmu dan akhlaknya yang berasaskan kepada agama.

Apa yang berlaku hari ini kerana ibu bapa buat-buat tak faham tentang apa yang saya perkatakan tentang
lima jari di atas tadi. Tanggungjawab diabaikan, ibu bapa tidak berjaya mengawasi anak-anak mereka. Maka wujudnya masalah sosial yang berleluasa dan kepada mereka yang berusia 40an pula, mereka ada duit atau kaya tetapi tidak tahu ke arah mana kekayaan itu hendak digunakan.

SIASAH: Kenapa ibu bapa sekarang, ramai yang lalai dalam mendidik anak-anak?

RIDHUAN TEE: Apa yang saya nampak melalui pengalaman
saya sebagai pengerusi PIBG, kebanyakan masalah ini
adalah disebabkan kejahilan dalam ilmu keibubapaan.
Ibu bapa hanya pandai melahirkan anak tetapi tidak
pandai dalam mendidik anak-anak. Sepatutnya sebagai
ibu bapa, mereka perlu tahu ilmu keibubapaan ini yang
mana ianya berkait rapat dengan agama Islam itu
sendiri. Sebagai ibu bapa sikap paling utama perlu ada
ialah sikap sayangi pasangan anda walau di mana sahaja
anda berada. Kalau isteri perlu sayangi suami dan
sebaliknya. Misalnya sebelum pergi kerja, si isteri
bersalam dengan suami, si suami mencium dahi isteri.
Bersikap sopan santun, bercakap baik, berpakaian
sopan, makan bersama malah ada banyak perkara lagi
yang boleh dilakukan. Contoh paling jelas sebagaimana
yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri
kepada semua isteri-isterinya. Tidak timbul perkara
pukul memukul atau bergaduh suami isteri.

Sebenarnya apa yang ibu bapa lakukan itu, dilihat
serta menjadi contoh kepada anak-anak. Anak-anak
lebih terpengaruh dengan apa yang dia lihat daripada
apa yang kita katakan.
Oleh itu kalaulah ibu bapa itu suka bergaduh atau
bertengkar di depan anak-anak, mereka tiada tempat
mengadu. Lalu cari jalan keluar dengan berjumpa
rakan-rakan. Kalaulah rakan tersebut baik maka baiklah
tetapi bagaimana kalau mendapat rakan yang tidak baik.
Bawa ke tempat yang tidak senonok, maka rosaklah dia.

Masalah timbul kerana ibu bapa tidak menghidupkan
jemaah dalam keluarga. Contoh paling mudah ialah
sembahyang. Sembahyang berjemaah antara bapa, ibu dan
anak-anak. Bila kita berjemaah, hati kita menjadi
rapat seolah-olah bertaup antara satu sama lain. Cara
ini bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah tetapi
juga mendekatkan sesama manusia.
Saya sewaktu berdoa(setiap kali lepas sembahyang) suka
menyebut nama isteri kemudian nama anak-anak satu
persatu. Bila isteri atau anak-anak mendengar yang
kita muliakan mereka di hadapan Allah sudah pastilah
hati mereka tersentuh dan dekat dengan kita.

Kerana itulah bila ada ibu bapa yang datang mengadu
mengatakan anak-anaknya bersikap kurang ajar, melawan
atau derhaka, saya bertanya ibu bapa ini bagaimana
keadaan solatnya. Kalaulah ibu bapa sendiri tidak
solat, tidak tunduk kepada Allah (menderhaka) bagaimana
si anak hendak taat dan menurut perintah ibu bapa.
Kalaulah ibu bapa sendiri menujukkan sikap saling
sayang menyangi, wujudkan sikap ukhwah di kalangan
keluarga saya percaya anak-anak tidak akan jadi liar
atau rosak. Kalaulah mereka hendak membuat perkara
yang tidak baik misalnya, mereka akan teringat ibu
bapa yang sangat menyayangi mereka.

Oleh itu dalam konteks ini, kalaulah kita tidak
mempunyai sikap sayangi pasangan kita, kita bukan
sahaja akan gagal pada diri tetapi juga keluarga,
masyarakat, negara dan agama. Sebabnya sikap ini beri
makna yang sangat luas dalam kehidupan kita seharian.

Ibubapa meletak harapan kepada orang lain untuk bantu mendidik anak mereka, contoh guru sekolah. Yang pelik, bila ditanya siapakah guru sekolah anaknya, ibubapa tidak kenal. Lebih menyedihkan lagi ibubapa tidak tahu anak berada di kelas mana, pergi sekolah ke tidak.

Sebenarnya banyak lagi factor lain, ringkasnya, saya boleh katakana ibubapa tidak mengamalkan cara hidup beragama (Islam) sehingga menjadi tidak wujud keberkatan dalam rumahtangga. Agama dianggap sebagai perkara enteng. Bila kejahilan telah menyelubungi hidup, bayangkanlah apa akan jadi kepada anak-anak.

SIASAH: Bagaimana cara untuk mengatasi masalah remaja
yang bermasalah ini?
RIDHUAN TEE: Itulah yang saya kata tadi. Sekiranya ibu
bapa faham dan membuat seperti apa yang saya sebutkan
lima jari di atas tadi, perkara seperti ini tidak akan
berlaku. Selain itu kita perlu membina persekitaran
yang boleh membina jiwa remaja ke arah yang positif.
Contohnya Teater Putri Gunung Ledang atau Putri Gunung
Ledang The Musical. Sepatutnya kalahlah kita mahu
tonjolkan sebuah sejarah (metos) tentang citarasa
budaya masyarakat kita (jati diri kita sebagai sebuah
negara bertuankan Melayu) adakah Putri Gunung Ledang
itu benar-benar berkemban? Dan setahu saya pada
sejarah apa yang berlaku ialah lelaki yang buka dada
dan perempuan yang tutup dada. Tetapi apa yang dilihat
adalah sebaliknya. Ia bukan sahaja bercanggah dengan
nilai-nilai kelembutan dan kesopanan diri orang Melayu
tetapi juga cuba menutup dan memutarbelitkan sejarah
dan tidak dapat mengislamisasikan sejarah. Kita nak tonjolkan sejarah atau pakaian berkemban pelakonnya

Salah ke kalau Putri Gunung Ledang itu kita
mencerminkan cara hidup keislaman? Pada saya semua
mereka yang terbabit dalam pementasan tersebut tak
kiralah pereka fesyen ke siapa ke semuanya tidak
faham, gagal sebagai orang seni. Pejuang seni
sepatutnya mengislamisasikan seni yang begitu indah ke
dalam budaya Melayu tetapi lebih suka mengambil benda
dari luar. Mereka sengaja menambah masalah yang sedia
ada. Masalah di atas masalah. Umpama api kalau
diletakkan petrol pasti membakar. Sampai bila masalah
sosial remaja akan berakhir kerana kita sendiri
membakar mereka dengan tidak menonjolkan nilai-nilai
kita yang sebenar. Nilai-nilai yang pernuh dengan
kelembutan, kesopanan yang bertunjangkan kepada
peradaban bangsa Melayu.

Apa yang sering ditonjolkan adalah ciri-ciri hidup
orang barat. Sampaikan iklan-iklan yang ada di merata
tempat tak kira di dalam LRT, TV atau sebagainya semuanya
menonjolkan kebaratan. Selalunya orang akan menerima
apa yang dilihat dan difikir. Kalau sudah setiap hari
benda yang sama 'masuk' akhirnya ia akan menjadi jati
diri pada seseorang. Dalam hal ini kita nak salahkan
siapa negara kita ini negara Melayu (negara ketuanan
Melayu) tetapi lebih kebaratan. Dan negara kita inilah
satu-satunya negara di dunia ini di mana tamadun
peradapan atau jati diri penduduk asalnya (Melayu)
tidak tertonjol. Kenapa ketuanan Melayu tidak jadi Tanah
Melayu. Nasionalisme Melayu tidak menjadi Negara Melayu. Pelancong-pelancong yang mendarat KLIA, tidak dapat melihat nilai-nilai atau jatai diri keMelayuan pada lapangan terbang tersebut. Begitulah seterusnya sehingga masuk ke ERL, LRT dan sebagai. Tetapi ini tidak terjadi kepada Thailand, Vietnam misalnya. Nasionalisme Vietnam melahirkan Negara Vietnam. Nasionalisme China melahirkan Negara Chian, begitu juga dengan Thailand, India dan sebagai. Mereka begitu kental dengan jati diri dan mempertahankan bangsa mereka. Tetapi nasionalisme Melayu tidak membentuk sebuah Negara Melayu yang dihormati oleh bangsa minority yang lain. Hatta penggunaan bahasa Melayupun tidak dihormati, apatah lagi penggunaannya dalam iklan-iklan, papan tanda, nama taman dan sebagainya. Oleh itu saya berharap, kita jangan jatuh ke lubang
yang sama setelah kita tahu di tempat itu penuh noda, dosa dan pelbagai masalah.

Kedua sedarkan mereka siapa diri dia sebenarnya (motivasi diri). Tanamkan rasa cinta pada bangsa. Cari
di mana puncanya. Bentuk proses pentarbiahan sesuatu anak bangsa yang menonjolkan ciri-ciri ke Melayuan yang menjadi tonggak penduduk negara kemudian barulah sebut ciri-ciri ke Malaysiaan yang mengambil kira bangsa lain, Cina, India dan sebagainya. Inilah yang patut ada pada jiwa merdeka.

Kelebihan seseorang manusia dengan makhluk lain ialah kekuatan akal. Berbeza dengan binatang. Kalaulah
remaja tersebut berada di persekitaran yang buruk di tambah dengan kelalaian ibu bapa dalam mendidik,
sekurang-kurangnya gunakan kekuatan akal. Pilih mana yang baik dan buruk. Mereka perlu sedar, akal
pemberian tuhan itu boleh membezakan mana yang buruk dan mana yang baik.

Kuatkuasakan undang-undang yang tiada kaitan dengan badan yang kita lantik dalam kerajaan untuk
memperbetulkan benda-benda yang tidak baik. DBP tidak membangun kenapa tidak rujuk kepada badan yang telah sedia yang kita lantik sendiri. Begitu juga dengan masalah sosial yang melanda remaja kita. Masalah tidak akan selesai kalau kita tidak rujuk kepada masalah remaja itu sendiri.

Saya sedih, artis yang menjadi idola kepada remaja, ramai yang tidak mempunyai kekuatan ilmu dan kekuatan akhlak mereka hanyut. Oleh itu melalui berita-berita yang tersiar di akhbar atau di majalah tidak boleh membina remaja ke arah yang baik. Sepatutnya mereka perlu memiliki ilmu, kalau tidak tinggipun tahu
membawa diri ke arah nilai-nilai positif.

Sepatutnya remaja kita jadilah manusia yang memiliki jati diri dan pandai membawa diri diumpamakan seperti
ikan di laut yang masin. Walaupun persekitarannya yang tidak elok (masin) tetapi ia tetap gagah membawa diri dan dagingnya tetap manis bila dimakan. Bila dia mati sahaja, bila kita letakkan garam barulah dia masin.
Tetapi apa yang berlaku hari ini, golongan remaja kita jiwanya telah mati. Apabila melalui persekitaran yang
buruk dengan segala macam masalah maka dia turut menjadi buruk diumpamakan menjadi bangkai yang tidak elok. Bila jiwa telah mati maka matilah dia.

 PENDEKATAN TEORI SOSIALISASI POLITIK (POLITICAL SOCIALISATION)

PENDEKATAN TEORI SOSIALISASI POLITIK (POLITICAL SOCIALISATION)

Budaya dan Budaya Politik

Sebelum membicarakan lebih lanjut tentang teori sosialisasi politik, konsep asas mengenai faham budaya dan budaya politik mesti difahami terlebih dahulu menurut perspektif sosiologi dan antropologi. Ini kerana, sosialisasi politik berlaku disebabkan oleh ‘proses pembudayaan’ yang berlaku dalam kehidupan masyarakat dari pelbagai sudut seperti politik, ekonomi dan sosial.

Mengikut pengertian Melayu, budaya berasal daripada perkataan Sankrit Budi atau kata jamaknya Budhaya yang membawa maksud rohani. Budaya adalah cantuman perkataan budi dan daya. Budi bermaksud kerohanian dan daya ialah pekerjaaan yang dihasilkan daripada cetusan kerohanian yang ditiupkan dari dalaman. Menurut Al-Faruqi, budaya Islam adalah budaya al-Quran itu sendiri kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam kesemuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu . Ini bermakna budaya itu adalah satu cara hidup.

Bagi ahli antropologi dan sosiologi, cara mereka melihat istilah budaya berbeza berbanding dengan cara yang dikaji oleh ahli sains politik walaupun ketiga-tiga bidang ini saling berkaitan antara satu sama lain.

Dalam kajian antropologi dan sosiologi, budaya memberi makna tentang kehidupan, tindakan dan kepercayaan sesuatu komuniti. Menurut Herskovits, budaya adalah satu cara hidup, sama seperti definisi sarjana-sarjana Islam (Al-Faruqi). Bagi sarjana lain seperti Ralph Linton, beliau memberikan makna budaya sebagai satu warisan sosial kemanusiaan (the total social heredity of mankid) . Yakni satu warisan sosial yang diturunkan dari generasi ke generasi melalui proses cara sedar, naluri dan pengalaman. Menurut Dowse, Robert E. dan John A. Hughes bukunya Political Sosiology, budaya dilihat sebagai

For an individual the cultures gives meaning to the actions and objects of social life.

Definisi budaya agak berbeza sedikit melalui pemerhatian ahli sains politik. Mereka melihat budaya daripada perspektif politik atau dikenali sebagai budaya politik.

Almond dan Verba mengaitkan hubungan budaya dan budaya politik seperti berikut:

Here we can only stress that we employ the concept of culture in only one of its many meanings: that of psychological orientation toward social objects. When we speak of the political culture of a society, we refer to the political system as internalized in the cognitions, feelings, and evaluations of its population. People are inducted into it just as they are socialized into non-political roles and social systems .

Perbahasan mengenai budaya politik juga tidak berkesudahan, sama juga perbahasan mengenai budaya. Setiap sarjana mempunyai pandangan yang berbeza-beza atau interpretasi tersendiri. Ia dijelaskan dengan panjang lebar oleh Yung Wei dalam kajiannya mengenai budaya politik Cina. Menurut beliau,

It must be pointed out, however, that the scholars of Chinese political culture should not be the only ones blamed for their failure to provide a clear operational definition of “political culture”. Other political scientists who are not China scholars have already cast doubt on the usefulness of this concept as a research tool. Indeed, if the term “political culture” is to be used so loosely as to include political values, political attitudes, political participation, and other aspects of human behavior in politics, it will definitely cease to be a manageable and measurable concept for research.

Buku-buku yang ditulis oleh Gabriel Almond dan Sidney Verba , Lucian Pye , Roy Macridis , Talcot Parsons, S.E. Finer, Dennis Kanavagh, Robert E. Dowse, John A. Hughes, dan sebagainya boleh dijadikan rujukan dalam memberikan maksud budaya politik. Mehran Kamrava dalam buku Politics and Society in the Third World merumuskan budaya politik sebagai:

entails the collective political attitudes of a population, their views and orientations toward the body politic in general and toward specific political events, symbols, and activities. Political culture is part of the more general culture of society and as such is deeply affected by it, and its orientations are implicit, unconscious, and often taken for granted and treated as a priori. Political participations do not consciously reflect on the doctrinal orientations or the political characteristics that a brought on by political culture, and are not even aware that political culture expresses itself in their daily activities and thoughts. As such, political culture is a shared and society-wide framework for political orientation and encompasses the society in its entirety.

Berdasarkan kepada definisi ini, memang tidak boleh dinafikan lagi bahawa budaya dan budaya politik tidak boleh dipisahkan. Ia amat berkait rapat. Menurut Almond, budaya politik adalah pattern of orientation to political action . Ini seterusnya diperincikan oleh oleh Sidney Verba yang mengatakan:

Political culture refers to the system of beliefs about patterns of political interactions and political institutions. It refers not to what is happening in the world of politic but what people believe about those happenings. And these beliefs can be of several kinds. They can be empirical beliefs about what the actual state of political life is, they can be beliefs as to the goals or values that oughts to be persued in political life; and these beliefs may have an important expressive or emotional dimension

Definisi tidak banyak bezanya dengan apa yang dikatakan oleh Douglas, budaya politik dilihat sebagai

… as the process of acquiring information and attitudes about politics

Robert E Dowse dan John A. Hughes menegaskan,

The political culture is the product of the history of both the political system and the individual members of the system, and, thus, is rooted on public events and private exrerience

Berdasarkan kepada pelbagai interpretasi di atas dan relevannya kepada kajian ini maka penulis boleh simpulkan bahawa dalam konteks Malaysia, budaya politik boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kepercayaan bagaimana orang awam atau rakyat mendapatkan pandangan, pendapat dan sikap terhadap politik. Ia bertepatan dengan kata-kata Lucian Pye yang menitik beratkan perkembangan politik di negara-negara baru. Ukurannya berdasarkan kepada skop politik, matlamat dan kaedah politik, penilaian terhadap tindakan politik dan nilai-nilai yang membawa kepada tindakan politik. Secara langsung kata-kata Finer yang mengatakan bahawa kewibawaan pemerintah dan institusi-institusi serta percaturan-percaturan politik adalah turut berkaitan dalam kajian ini terhadap persepsi orang Cina terhadap politik orang Melayu di Malaysia. Namun demikian, ada satu lagi teori politik yang amat berkait rapat dengan budaya dan budaya politik iaitu teori sosialisasi politik. Pendekatan teori adakan digunakan dari masa ke semasa berbanding dengan budaya politik, kerana proses sosialisasi politik yang dilalui hasil daripada budaya politik yang membentuk keunikan dalam kajian ini.

Sosiologi Politik dan Sosialisasi Politik

Sosiologi politik adalah salah satu cabang dalam ilmu sosiologi yang mempelajari dimensi sosial dari sudut politik. Definisi ini mempunyai persamaan dengan Rush yang mengatakan bahawa ia adalah untuk menjelaskan hubungan antara gejala sosial dan gejala politik . Secara umumnya, istilah sosiologi diketengahkan (dipopularkan) oleh Auguste Comte (1798-1857) pada tahun 1839. Sosiologi adalah kajian mengenai masyarakat (ilmu mengenai masyarakat) yang dilihat daripada beberapa aspek tertentu. Ahli sosiologi moden berusaha menjelaskan sosiologi sebagai ilmu yang membahaskan kelompok-kelompok sosial dan interaksi sesama mereka (manusia). Reece Mcgee dalam bukunya Sociology: An Introduction meurumuskan tiga pengertian sosiologi iaitu, pertama, sosiologi adalah pengajian tentang kelompok-kelompok manusia dan pengaruhnya terhadap perilaku individu. Kedua, kajian mengenai sosial dan perubahan yang berlaku dan ketiga, mencari sebab-sebab sosial dari hal-hal, cara-cara di mana fenomena sosial mempengaruhi perilaku manusia.

Sama ada Comte atau Herbert Spencer (1820-1903), juga bersependapat bahawa masyarakat adalah unit asas dalam kajian, sementara yang lain-lain seperti perlembagaan, keluarga, lembaga-lembaga politik, ekonomi dan keagamaan serta interaksi yang berlaku antara mereka adalah sub-sub unit dalam kajian sosiologi politik . Bukan sekadar itu, bagi Rush juga, sosialisasi politik dalam beberapa hal merupakan konsep kunci sosiologi politik . Pendek kata, fokus utama adalah tingkah laku manusia sama ada secara individu mahupun kolektif dalam konteks sosial. Bidang ini agak berbeza sedikit dengan kajian bidang psikologi dan psikitri yang lebih menekankan aspek kejiwaan walaupun ada kaitan antara satu sama lain.

Menurut Rush, subjek sosialisasi politik adalah bidang yang amat luas dan sering mendapat perbahasan dan kritikan. Secara akademik, subjek sosialisasi politik mendapat perhatian berat dalam tahun 1960-an dan 1970-an. Namun demikian, selepas itu ia menjadi subjek yang mendapat perdebatan dan kritikan hebat para pengkaji.

Herbert Hyman (1959), dalam bukunya Political Socialization: A Study in the Psychology of Political Behaviour, diperakui oleh ahli sains politik sebagai orang yang pertama yang mengemukakan pendekatan sosialisasi politik secara sistematik . Namun demikian, menurut Rush, pendekatan beliau juga mendapat kritikan dan perdebatan yang hebat kerana skop yang dikaji terlalu luas dan ada yang terlalu sempit. Sebenarnya, kajian secara aktif hanya bermula pada tahun 1969 . Tetapi diperakui, tulisan Hyman adalah yang pertama dalam bidang ini. Jika kita ingin melihat dari segi sejarah, maka pendekatan sosialisasi politik telah disentuh secara tidak langsung oleh sarjana klasik politik seperti Plato, Aristotle dan Rousseau. Misalnya pandangan Plato dan Aristotle tentang pentingnya melatih para anggota masyarakat dalam aktiviti-aktiviti politik. Sedangkan bagi Rousseau, mengakui akan pentingnya pendidikan bagi memahami nilai-nilai . Ringkasnya, kita boleh katakan bahawa sosialisasi politik bermula apabila masyarakat belajar mengenai politik dan kerajaan dengan melalui putaran hidup bermula dengan zaman kanak-kanak, dewasa dan zaman tua.

Selain Hyman, pada tahun-tahun berikutnya (1960-an) sarjana-sarjana klasik lain yang membuat kajian, dan mempercambahkan lagi perbahasan pendekatan sosialisasi politik yang dibawa oleh Hyman adalah Fred I. Greenstein, Richard E. Dawson dan John J. Patrick. Seterusnya oleh Robert S. Sigel, Dawson dan Kenneth Prewitt. Diikuti oleh David Easton, Robert D. Hess, Gabriel A. Almond, Sidney Verba, Greenstein, William C. Mitchell, Lewis A. Froman, Lucian W. Pye dan sebagainya . Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai persamaan dan perbezaan pendekatan sarjana-sarjana yang telah disebutkan makan rajah di bawah boleh membantu menjelaskannya:





Taxonomies of Orientation Presented by Various Students of Political Socialization
______________________________________________________________________________________
Contributor Values Affect Cognition Overall Other (roles Organization skills, moti-
vations, etc.)
___________________________________________ ___________________________________________
Common Basic Expectations

David Easton Standards Feelings Perceptions and used in interpretation evaluation
Type of Basic Orientations

David Easton Values Attitudes Knowledge
& Robert D. Hess
Set of Attitudes

Gabriel Values Feelings Cognition
Almond Standards (Knowledge)

Modes of Orientation

Gabriel Evaluational Affective Cognitive
Almond & Orientations Orientation Orientatiton
Sidney Verba
Basic Dispositions, Beliefs and Attitudes

Fred Values Information Practices
Greenstein
Awareness of the world (and Events)

Lucian W. Values Attitudes Common Roles
Pye Judgment (?) Apprecia- Knowledge Techniques
tion(?) Understanding and skills

A State of Mind

William Values Information Norms
C. Mitchell (Roles)
Motivation

Lewis A. Identifications Personality
Froman
Psychological States
Lewis A. Values Attitudes Belief Intra-Psychic
Froman Processes
Orientations and Styles of Thinking
Herbert Emotion Reason
Hyman Knowledge Mental Motivation
Judgment Organization
Intelligence Personality
Perception
________________________________________________________________________
Dipetik dari Dennis, Jack (ed). Socialization to Politics: A Reader. Canada: John Wiley & Sons, Inc. 1973. ms 9
Berdasarkan kepada rajah di atas, jelas kelihatan persamaan dan perbezaan dari sudut cara bagaimana sarjana-sarjana membuat kajian terhadap orientasi sosialisasi politik. Easton dan Hess membahagikan orientasi politik kepada tiga iaitu ilmu pengetahuan (knowledge), nilai-nilai (values) dan perlakuan (attitudes). Tiga perkara asas berkaitan dengan orientasi yang dipersetujui iaitu keberkesanan (affective), kognitif (cognitive) dan penilaian (evaluational) .

Ringkasnya, oleh kerana istilah sosialisasi politik ini bergantung kepada interpretasi individu-individu yang membuat maka, perbincangan, perbahasan dan kritikan mengenainya tidak akan berkesudahan. Malahan bidang ini pada sekitar tahun 1970-an menurut Niemi dan Hepburn dalam tulisannya bertajuk The Rebirth of Political Socialization, sudah hampir terkubur disebabkan oleh salah interpretasi (salah faham) dan kajian yang dangkal.

Research on political socialization began in the late 1950s and died a premature death in the 1970s. The field atrophied because it was based on exaggerated premises and because of misinterpreted and misunderstood research findings (and lack of findings)……Research on political socialization began in the late 1950s as part of a broader shift in the focus of political science research to political behavior. Among other developments, there was increasing awareness that political behavior was learned behavior .

Ilmu sosiologi dan sosialisasi politik melibatkan proses dan sudah pasti pengkajian adalah sesuatu yang relatif serta sukar untuk mendapat jawapan yang tepat seperti ilmu matematik. Apatah lagi ia melibatkan banyak disiplin ilmu yang turut akan disentuh seperti ilmu politik itu sendiri, sosiologi, psikologi, dan antropologi. Inilah bidang yang tidak boleh diketepikan oleh ahli sains politik dalam membuat kajian proses sosialisasi politik. Penulis bersetuju dengan kata-kata Ira S. Rohter dalam artikel bertajuk A Social-Learning Approach to Political Socialization yang berbunyi,

Although political socialization has a diversity of meanings (Dawson, 1966; Dawson and Prewitt, 1969), its fundamental concern is with the functional relationships between the antecedents conditions that individuals experience and their subsequent political behavior.

Kesimpulannya, pengajian dan penyelidikan terhadap sosialisasi politik agak berbeza dengan disiplin ilmu yang lain. Misalnya, kalau dalam ilmu matematik, semestinya jawapan yang tepat boleh diperolehi (2 x 2 = 2 atau 1 + 2 = 3) kerana berdasarkan fakta dan angka. Tetapi disiplin ilmu sosialisasi politik adalah sesuatu yang relatif dan boleh dipertikaikan kerana melibatkan disiplin ilmu kemanusiaan dan perlakuan politik manusia itu sendiri. Penilaian dan pencernaan sudah pasti tidak dapat mengundang jawapan yang tepat kerana pendirian, pandangan dan cara seseorang itu menilai politik dan perlakuannya berbeza-beza bermula dari alam kanak-kanak, alam remaja, alam dewasa dan alam tua. Inilah keunikan dan keajaiban disiplin ilmu sains sosial. Justeru, jika sekiranya kajian penulis mungkin mengundang kontroversi, perbahasan, kritikan dan perdebatan dalam menggunakan pendekatan teori sosialisasi politik, itulah adalah satu yang lumrah dan normal.
In summary, an attempt to resurrect socialization theory and research must accommodate itself to the fact that attitudes and behavior change throughout life and that some, possibly much, of early learning is of limited consequence for adult political behavior. But this is not a call, similar to others we have seen, to resurrect socialization through the study of lifelong learning. In our view, the focus of socialization research should remain on young people. Let us, therefore, confront directly the question of why we should be interested in what mature adolescents or young adults learn about politics .
Proses Sosialisasi Politik
Sepanjang pembacaan dan pemerhatian penulis, hampir semua pengkaji politik bersetuju bahaw sosialisasi politik adalah suatu proses. Menurut Maran, sosialisasi politik adalah suatu proses yang memungkinkan seseorang individu mengenali sistem politik, yang kemudian menentukan persepsinya terhadap politik serta reaksi-reaksi terhadap gejala-gejala politik. Alex Thio dalam buku Sociology: An Introduction juga bersetuju dengan pandangan ini di mana pada beliau sosialisasi politik adalah proses dengan mana individu-individu memperolehi pengetahuan, kepercayaan-kepercayaan dan sikap politik. Secara umumnya, proses yang dilalui adalah seperti berikut:

sosialisasi  keperibadian  kepercayaan politik  tingkahlaku individu  corak tingkahlaku berkelompok

Norah Rosenau mempunyai pandangan begitu luas, agak berbeza dan mempunyai persamaan dengan pengkaji politik mengenai teori sosialisasi politik. Bagi beliau, dalam pembelajaran sosialisasi politik, pengkaji politik seharus menumpukan perhatian kepada proses bagaimana sosialisasi itu dihasilkan. Beliau terpengaruh dan mengambil pendekatan teori Piaget dalam usaha untuk memahami proses sosialisasi dengan lebih lanjut. Sosialisasi politik menurut beliau pada umumnya adalah apa jua pembelajaran politik berkaitan dengan proses dan institusi-institusi kerajaan tidak kira ditahap mana sekalipun.

My position agrees with this broader view and treats such phenomena as leadership, influence, conflict, and conflict resolution as political, whether they occur in governmental settings or in families, classrooms, peer groups, and the like.

Oleh kerana budaya politik mempunyai kaitan rapat dengan sosiologi politik, maka K. P. Langton mengatakan:

Political Socialization in the broadcast sense, refers to the way society tranmits its political culture from generation to generation. This process may serve to preserve traditional political norm and institution, on the other hand when secondary socialization agencies inculculate political values different from those of the past or when children are raised with political and social expectation different from those of their forebears the socialization process can be a vehicle of political and social changes.

Melalui definisi Langton ini, boleh dikatakan definisi konsep sosialisasi politik tidak banyak berbeza antara pengkaji-pengkaji politik seperti Gabriel Almond dan Sidney Verba, Dennis Kavanagh, Michael Rush, Herbert Hyman, Lucian Pye dan ramai lagi. Kebanyakan pengkaji politik bersependapat bahawa budaya politik dibentuk dan ditentukan oleh sosialisasi politik. Sosialisasi Politik adalah satu “proses yang melibatkan individu belajar mengenai dan membina orientasi politik.

Hujah ini tidak banyak bezanya dengan apa yang dikatakan oleh Almond:

The concepts of “political socialization” is a useful tool for conceptualizing the process whereby political culture is formed …..Political socialization is the process of induction into the political culture. Its end product is a set of attitudes – cognitions, value standards and feelings – toward the political system, its various roles and role incumbents. It also includes knowledge of, values affecting, and feelings toward the inputs of demands and claims into the system, and its authoritative outputs .

Mehran Kamrava menambah:

Political socialization is basically the process of attitude formation towards political objects, values, and processes

Pendekatan teori budaya politik dan sosialisasi politik seperti aur dengan tebing. Saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Tanpa sosialisasi politik, tidak akan terbentuk budaya politik. Begitu juga tanpa budaya politik, bagaimana mungkin sosialisasi politik boleh berlaku?

Proses sosialisasi politik bersifat tidak statik tetapi ia sentiasa berkembang dan berubah. Ia boleh berlaku di mana sahaja dalam jangka hayat seseorang individu. Bermula dengan pendedahan kepada budaya (persekitaran) yang umum, diikuti penglibatan dalam proses sosiolisasi yang lebih nyata dalam penghidupan berpolitik. Hujah ini seterusnya diperincikan lagi oleh Almond dan ramai lagi sarjana, proses pembelajaran ini, mungkin berlaku sama ada melalui pengalaman secara langsung dengan, dan pendedahan kepada politik serta juga ia boleh berlaku secara tidak langsung .

Richard E. Dawson dan Kenneth Prewitt mengatakan sosialisasi politik adalah proses yang mana rakyat mendapatkan pandangan peribadinya mengenai gambaran politik secara keseluruhannya.

Perbahasan seterusnya menegaskan:

Political socialization is seen as encompassing “all learning, formal and informal, deliberate and unplanned, at every stage of life cycle, including not only explicitly political learning but also nominally nonpolitical learning that affects political behavior

Sosialisasi politik merupakan proses yang berterusan, ia tidak terhenti pada peringkat alam kanak-kanak atau persekolahan. Bahkan boleh dikatakan bahawa pengalaman-pengalaman politik yang nyata seperti hubungan dengan pihak polis dan kakitangan awam, serta tanggapan terhadap ahli-ahli politik dan dasar kerajaan adalah agen penentu budaya politik sesebuah negara. Ini kerana apabila seseorang semakin meningkat dewasa, perubahan-perubahan akan berlaku dan peranan dalam sistem politik itu sendiri akan semakin bertambah.

Misalnya, kepercayaan politik di kalangan kanak-kanak mungkin berbeza apabila mereka meningkat dewasa. Pada zaman kanak-kanak mungkin mereka menerima sahaja apa yang telah diajar atau didedahkan oleh ibubapa atau guru-guru mereka. Keadaan ini mungkin berubah apabila seseorang itu mencapai tahap kematangan berfikir yang akhirnya akan membawa kepada pembentukan watak dan perlakuannya. Inilah rata-rata hasil kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji politik seperti Kavanagh, Herbert Hyman dan sebagainya. Menurut Kavanagh, sosialisasi politik adalah merupakan istilah yang digunakan bagi menerangkan proses apabila seseorang mempelajari dan membentuk penyesuaian terhadap politik. Kamrava bersetuju dan turut memetik dengan kata-kata Kavanagh dengan membuat kesimpulan:

Most scholars maintain that political culture is shaped and determinded by political socialisation, which they broadly define as “the rocess whereby the individual learns about and develops orientation to politics.

Definisi ini tidak banyak beza seperti dalam laman web internet yang berbunyi:
Thus political socialization is the process by which people form their ideas about political issues and absorb political values. In early life, we are strongly influenced by the family and the educational system. As we grow up, however the influence of our peer groups and of the mass media including television and the newspapers, is stronger .
Idea ini juga dipersetujui oleh oleh Kavanagh iaitu keluarga dan pendidikan adalah pengaruh yang paling besar dalam sosialisasi politik. Keadaan ini mungkin berubah apabila seseorang mendapat pendedahan di luar seperti rakan sebaya, media dan kumpulan-kumpulan sekunder yang lain . Kumpulan-kumpulan ini diperincikan oleh Michael Rush termasuk rakan sekerja, pekerja dan majikan kesatuan sekerja, pertubuhan-pertubahan sukarela, pertubuhan-pertubuhan sukan, sosial dan sebagainya. Interaksi antara agen-agen ini banyak mempengaruhi politik sesebuah Negara. Bagi menutup perbincangan ini maka pendekatan Stephen A. Douglas boleh dikaitkan sama di mana bagi dalam membuat kajian terhadap sosialisasi politik maka beberapa perkara berikut harus diberi pertimbangan iaitu pengalaman sosialisasi politik yang berlaku, sosialisasi yang berlaku sepanjang hayat seseorang, pengaruh sejarah dan persekitaran yang berubah, interaksi antara agen-agen tersebut dan personaliti seseorang .

Secara lebih tepat gambarajah yang dinukilkan oleh Michael Rush boleh dijadikan panduan dan boleh difahami dengan jelas dalam membuat kajian terhadap sosialisasi politik.

RAJAH I

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, maka penulis dapat menyimpulkan bahawa sosialisasi politik adalah satu proses yang dilalui oleh manusia dalam mengharungi budaya politik. Bentuk budaya politik yang telah dan akan dilahirkan adalah ditentukan oleh proses sosialisasi politik yang berlaku. Sosialisasi politik amat bergantung kepada sejauhmana dominannya agen-agen yang telah dibincangkan di atas mempengaruhi setiap individu terbabit. Walaupun begitu, itu tidak bermakna, agen-agen itu yang menentukan segala-galanya kerana sosialisasi politik tidak statik, ia boleh berkembang dan berubah kerana sifat manusia itu sendiri mudah berubah dari segi mental dan fizikal.

Political socialization is an ongoing process and may occur at various periods in the life of citizen.

Seperti yang dikatakan oleh Pye, terdapat dua period atau peringkat yang dikenalpasti akan dilalui oleh seseorang iaitu, pertamanya, pengenalan kepada budaya secara umum yang selalu (walaupun kadang-kadang tidak) dilalui oleh manusia apabila meningkat dewasa. Peringkat kedua, melibatkan proses sosialisasi yang lebih jelas dan nyata (explicit) dalam kehidupan politik, yang mana pada ketika inilah pendapat dan kepercayaan dibentuk secara lebih berkesan terhadap politik. Namun demikian, Pye menambah bahawa tidak semestinya sosialisasi politik berlaku mengikut peringkat yang disebutkan tadi. Ia boleh berlaku pada ketika awal kehidupan sama ada berlaku secara serentak atau sebelum seseorang itu mengalami proses sosialisasi atau pendedahan kepada budaya secara umum .

Daripada kenyataan Pye ini, maka penulis dapat merumuskan bahawa pembelajaran politik adalah hasil daripada interaksi dan pendedahan antara dua keadaan iaitu pertama, keadaan persekitaran dan kedua, bagaimana individu memberikan tindakbalas kepada keadaan tersebut. Mengambil pendekatan Piaget, penulis bersetuju dengan pendekatan Rosenau banyak menekan soal pembelajaran secara semulajadi (nature). Untuk seseorang terus hidup dan berfungsi, setiap individu mesti tahu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memanfaatkan persekitaran tersebut untuk memenuhi keperluannya sepertimana yang berlaku pada makhluk lain (binatang). Mereka mesti juga tahu menseimbangkannya kedua-dua proses ini. Pendek kata, proses sosialisasi politik boleh berlaku melalui dua cara iaitu semulajadi (nature) dan proses pembelajaran (nurture).

Ini dapat dilakukan melalui pembangunan proses kognitif. Proses kognitif berlaku melalui keadaan dan pengalaman yang digelar sebagai skema yang membolehkan individu mengatur perhubungannya dengan persekitaran serta berurusan dan menyesuaikan dengannya. Tiga proses yang terlibat saling berkaitan iaitu asimilasi (assimilation), penyesuaian diri (accommodation) dan keseimbangan (equilibration). Proses ini dikenali sebagai pembelajaran secara semulajadi atau (nature). Sementara proses yang dilalui melalui pendidikan dan pengajaran digelar sebagai proses nurture.

Agen-Agen Sosiolisasi Politik

Terdapat dua agen yang begitu dominan dalam proses sosialisasi politik yang dibincangkan dengan panjang lebar oleh sarjana-sarjana politik dan sosiologi iaitu agen keluarga dan sekolah yang boleh berlaku dari sudut nature dan nurture. Kedua-dua agen ini kadang-kadang ditonjolkan secara meluas dan berlebihan. Robert E. Dowse dan John A. Hughes dalam bukunya Political Sosiology membahagikan agen-agen ini kepada dua iaitu utama dan sekunder. Faktor keluarga dan sekolah adalah utama, sementara yang lain-lain adalah sekunder.

People are not born with political ideas, nor do we manufacture them: We learn them through a process called political socialization. Beginning in early childhood and throughout our lives we are exposed to a variety of individuals and groups known as agents for political socialization. These individuals or groups teach us about their political opinions and the workings of the political system. Some of these agents have a greater impact on our independent personal beliefs than others. Agents for political socialization include; our families, schools, peer groups, media, and secondary groups .

Secara peribadi, penulis boleh bersetuju dengan pendapat ini, tetapi oleh kerana kajian sosialisasi adalah suatu yang relatif, tidak semestinya agen-agen utama dan sekunder berlaku secara berturutan walaupun secara semulajadinya (nature) ia boleh berlaku sedemikian. Kekuatan pengaruh agen ini mungkin berubah melalui proses pembelajaran (nuture). Ia bergantung kepada sejauhmanakah penerimaan dan pencernaan individu terbabit terhadap proses sosialisasi yang berlaku sepanjang kehidupan.

Keluarga (Unit Asas)

Hyman amat menekan agen keluarga sebagai factor yang dominan membentuk orientasi politik dan partisipasi politik dalam proses sosialisasi .

A major class of studies which provide evidence on agents of socialization of the individual into politics involve the determination of intra-family correlations in attitude or behavior. When children and their parents are measured independently and agreements in political views are established, it supports the inference that the family transmits politics to the children.
Menurut Hyman lagi :
By listening to our parents talk at the breakfast table, we begin to form our ideas of the world. In the family we acquire the basic attitudes that will shape our future opinions. We form opinions towards our neighbors, other types of people, as well as towards local rules and society in general. R.M. MacIver also admits that the family is "the primary agent in molding of the life habits most of human beings." Most of us conform to our family’s choice of political party, whether Republican or Democrat .

Menurut Kavanagh, agen seperti keluarga boleh dianggap sebagai latent socialization, berbeza dengan purposive socialization yang lebih mirip kepada mempengaruhi sikap. Pada peringkat awal kehidupan seseorang, keluarganya memainkan peranan utama tetapi setelah memasuki alam persekolahan, kemudian bekerja serta terlibat dengan kumpulan-kumpulan baru, maka individu ini akan disosialisasikan oleh agen-agen yang semakin bertambah dan pelbagai ini.

The family plays a major role as an agent for political socialization, because it has the earliest access and most influence. Through parents children can feel a sense of belonging to a particular political party. This feeling of belonging can become very resistant to change throughout their adult lives. When parents discuss they’re political opinions in the home; their children absorb this information and tend to adopt their views.
Hujah ini turut dipersetujui oleh Langton di mana beliau mengatakan bahwa keluarga adalah kumpulan sosial yang pertama dalam mempengaruhi kehidupan seseorang kanak-kanak. Ibu bapa dan saudara mara adalah antara terdekat yang mendidik dan berinteraksi dengan mereka dalam proses sosialisasi ini
Faktor ini turut dipersetujui oleh M. Kent Jennings, Richard G. Niemi, Steven H. Chaffee, Jack M. McLeod dan Daniel Wackman.
The family, educational system, peers, mass media of communication and important political events all have socializing effects; but the first two of these agencies hace had most intensive scrutiny.
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas memang tidak dinafikan lagi bahawa agen keluarga merupakan faktor yang amat berpengaruh dalam proses sosialisasi. Penulis bersependapat kerana ini mungkin disebabkan oleh hubungan rapat antara keluarga yang melibatkan hubungan antara suami, isteri, ibu dan bapa serta anak-anak. Jika semenjak lahir lagi anak-anak telah dididik oleh ibubapanya sedemikian rupa, maka adalah tidak mustahil jika faktor keluarga ini memberikan kesan yang amat kuat. Tetapi ia bukan bermakna, faktor ini tidak boleh berubah.

Ini disebabkan oleh apabila seseorang itu membesar dan boleh berdikari, mungkin apa yang dipelajari sewaktu kecil berbeza dengan apabila mereka meningkat dewasa, terutama telah menamatkan alam persekolahan
Pendidian (Sekolah)
Agen kedua yang amat dominan dalam proses sosialisai ialah sekolah seperti yang dibincangkan panjang lebar oleh Kenneth Langton dan M. Kent Jennings . Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua pentingnya dalam sosialisasi politik, tetapi pengaruhnya memang tidak boleh dinafikan sama sekali. Kadang kala ia lebih dominan daripada agen keluarga. Ia amat bergantung kepada penerimaan individu terbabit. Misalnya ada kanak-kanak yang lebih mempercayai gurunya daripada ibubapanya sendiri. Ia bergantung sejauhmana keberkesanan sistem pendidikan itu.
The schools do not play an important role in influencing individuals’ opinion however; they provide political education within a neutral environment. Schools generally teach children the values of the community in which they live. The provide children with civics classes and many socializing experiences. In civics classes children are taught how to comprehend and participate in the political world
Keadaan ini telahpun berlaku di banyak tempat di seluruh dunia lebih hebat lagi di negara yang sedang berkembang seperti Malaysia. Anak-anak mempertikaikan kesahihan perbuatan bapanya yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang dipelajarinya di sekolah. Misalnya, kes anak-anak dihantar di sekolah agama. Ketika belajar di sekolah agama, anak-anak didedahkan oleh guru-guru mereka tentang kepentingan menjaga sembahyang sebagaimana yang diwajibkan oleh agama. Bila kembali ke rumah, didapati nilai-nilai ini tidak dihayati oleh kedua ibubapa mereka. Maka di sini akan timbul konflik. Adakah agen keluarga atau sekolah lebih berpengaruh?
Contoh lain yang boleh diketengahkan ialah mengenai sosialisasi di sekolah-sekolah negara yang mengamalkan corak pemerintahan komunis. Seperti yang kita sedia maklum, sekolah-sekolah di negara komunis terlalu tunduk kepada arahan politik. Ini bermakna pelajar-pelajar tidak ada pilihan, mereka mesti menerima dogma dan segala propaganda yang diajar di sekolah. Sama ada proses ini akan berubah atau tidak, ia bergantung kepada pembesaran dan pendedahan yang berlaku seterusnya kepada individu terbabit.
Budaya Popular/Media Massa/Elektronik/IT
Schwartz dan Mannella mempunyai pandangan yang agak berbeza berbanding sarjana yang membuat kajian tentang sosialisasi politik (Dawson dan Prewitt, 1969; Dennis, 1973; Greenstein, 1965; Hess dan Torney, 1967; Hyman, 1959; Jaros, 1973) yang meletakkan agen keluarga dan sekolah adalah yang paling dominant dalam proses sosialisasi politik.
Hujah ini turut dipersetujui oleh Steven H. Chaffee, L. Scott Ward dan Leonard P. Tipton yang tidak sependapat dengan sarjana-sarjana klasik yang membuat kajian mengenai sosialisasi politik yang mengenepikan pengaruh pengaruh media massa (elektronik) dan juga budaya popular . Lebih hebat lagi kini dunia telah memasuki era teknologi maklumat (IT) dan komunikasi (ICT).
Sarjana-sarjana klasik sering mengenepikan pengaruh budaya popular. Kalau adapun mereka hanya menyentuh sepintas lalu sahaja mengenai pengaruh televisyen dan media massa. Sedangkan agen-agen seperti muzik popular, tayangan gambar, novel, iklan, drama, lawak jenaka atau khabar angin amat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Ini berdasarkan kajiannya di Amerika yang menunjukkan ramai orang terutamanya remaja menghabiskan masa dengan budaya popular ini. Ada bukti yang menunjukkan bahawa muzik popular mengandungi kandungan politik selari dengan apa nilai-nilai politik yang dipegang oleh kebanyakan keluarga dan guru.
Penulis amat bersetuju dengan pandangan Schwartz dan Mannella kerana dalam konteks kajian di Malaysia, unsur-unsur budaya popular merupakan agen yang amat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Budaya popular ini yang dipelopori oleh media massa dan media elektroknik telah berjaya mempengaruhi daripada peringkat kanak-kanak hingga peringkat usia tua juga. Apatah pada hari ini segala maklumat berada di hujung jari sahaja. Boleh didapati dengan begitu cepat dan pantas. Pengaruh internet sebagai budaya baru dalam proses sosialisasi politik pasti menjadikan kajian teori ini semakin hebat dan tidak berkesudahan.
Kesimpulan yang dibuat oleh Rush juga boleh diambilkira dalam kajian ke atas politik di Malaysia. Bagi Rush, sosialisasi adalah ‘proses’, dengan mana individu-individu dapat memperolehi pengetahuan, nilai-nilai dan sikap-sikap terhadap sistem politik masyarakatnya. Peristiwa ini tidak menjamin bahawa masyarakat mengesahkan sistem politiknya, sekalipun ia hal ini mungkin boleh terjadi. Sosiolisasi juga boleh pengingkaran terhadap legitimasi, sama ada ia menuju keapda pembekuan atau perubahan, bergantung kepada keadaan yang menyebabkan pengingkaran tersebut.
Masalah Kajian Sosialisasi Politik

Dalam proses pembelajaran sosialisasi politik, Jack Dennis menimbulkan tanda soalan yang perlu dijawab dan dicari jawapannya agar kajian menjadi lebih menarik dan berkesan. Persoalan adalah kenapa (why), apa (what), bila (when) dan di mana (where) atau untuk siapa (for whom) . Persoalan yang dimajukan oleh Jack mendapat perhatian serius daripada Michael Rush yang turut mengemukakan empat persoalan penting dalam proses membuat kajian ke atas pendekatan teori sosialisasi politik .

1) What is it learned?
2) When is it learned?
3) How is it learned?
4) What is the relationship between political socialization and political behaviour?
Persoalan-persoalan ini perlu dijawab dalam kajian sosialisasi politik. Jack Dennis memperincikan lagi dengan mengemukakan 10 permasalahan asas perlu diambil kira dalam membuat kajian mengenai sosialisasi politik iaitu :
1. System relevance of political socialization
2. Varieties of content of political socialization
3. Political socialization across the life-cycle
4. Political socialization across generations
5. Cross-Cultural aspects of political socialization
6. Sub-group and sub-cultural variations
7. The political learning process
8. The agenst and agencies of political socialization
9. The extent and relative effects of political socialization upon different individuals
10. Specialized – especially elite - political socialization
Dennis menghuraikan dengan panjang lebar kesepuluh aspek yang dibentangkan itu. Contohnya, aspek yang paling relevan dalam kajian teori sosialisasi politik ialah yang pertama, iaitu ‘the system relevance of political socialization’. Ia berkaitan dengan persoalan apakah kesan sosialisasi politik ke atas kehidupan politik. Sosialisasi politik sama ada memberikan sumbangan atau mengikut trend atau rentak sesuatu sistem politik.
Political socialization may either contribute or serve as an impediment to the persistent and stability of political system and its component parts
Semua persoalan ini akan diambil kira dalam mengkaji sosialisasi politik, termasuklah agen-agen dominan lain seperti media (media cetak/media elektronik/internet), parti-parti politik, rakan sebaya, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pertubuhan-pertubuhan lain seperti sukan, sosial, kebajikan dan sebagainya. Sejauhmanakah pengaruh, penglibatan kerajaan dan cengkaman kerajaan terhadap agen-agen ini, ia bergantung kepada corak pemerintahan sesebuah Negara yang ingin dibuat kajian, terutamanya Negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Adakah demokrasi itu benar-benar wujud atau sekadar menjadi laungan slogan sahaja? Dalam hal ini, negara-negara dunia ketiga yang mengamalkan sistem demokrasi amat menarik untuk dibuat k ajian.
Kesimpulan – Masa Depan Pengajian Sosialisasi Politik

Kajian mengenai sosialisasi politik yang merupakan sebahagian daripada budaya politik dan sosiologi politik memang tidak berkesudahan. Oleh kerana ketiga-tiganya amat berkait rapat, penemuan-penemuan baru akan terus dicari apatah lagi dalam keadaan dunia tanpa sempadan pada hari ini (globalisasi). Ini bermakna, pengaruh agen-agen sosialisasi politik yang dibincangkan di atas, juga mungkin berubah dari masa ke semasa.

Ini diperakui oleh Richard G Niemi. Menurut beliau, walaupun kajian sosialisasi memerlukan kepada kajian lapangan seperti penyelidikan, interview dan soal selidik, namun persoalannya adakah valid atau tidak data-data yang perolehi . Dipersetujui oleh Maran, yang mengatakan masalah kajian ialah bila berhadapan dengan kanak-kanak di bawah umur 9 tahun yang masih tidak matang. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan, walaupun mereka tahu tahu siapakah presiden Amerika misalnya, tetapi bila sampai kepada peringkat lebih rumit seperti penglibatan parti-parti politik, maka di sini timbul masalah sejauhmanakah kebolehan dan kebenaran untuk kanak-kanak ini mencernakan isu-isu sebegini. Dengan sebab itu peranan orang tua dalam keluarga amat penting dalam proses sosialisasi ini.

Justeru, dalam usaha ke arah melengkapkan kajian proses sosialisasi politik, ia tidak dapat lari daripada melakukan kerja lapangan dan soal selidik dalam menilai sesuatu proses yang berkaitan dengan nilai-nilai, persepsi, kepercayaan, pendidikan dan sebagainya yang mana ia dilalui oleh setiap manusia dalam melayari kehidupan politik seharian. Dengan ada kajian lapangan ini, sekurang-kurang ia meredakan sedikit perdebatan, perbahasan dan kritikan terhadap pendekatan teori ini.

Pendek kata, oleh kerana kajian sosialisasi ini tidak ada noktahnya, berkembang dan berubah, maka subjek ini akan terus mendapat perhatian dan relevan dari masa ke semasa. Maka dalam konteks kajian terhadap sosialisasi politik di Malaysia, pendekatan-pendekatan yang diambil oleh sarjana klasik dan moden akan diambil kira mengikut kesesuaian bidang yang dikaji.

MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR

Statistik PDRM bagi tempoh 12 tahun yang lalu, iaitu 1994 sehingga Oktober 2004 menunjukkan bahawa 33,156 kes dilakukan oleh juvana yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 18 tahun. Sebanyak 3,016 kes jenayah juvana yang membabitkan tangkapan 4,674 kes yang dilaporkan sepanjang Januari hingga Oktober tahun lalu, juvana Melayu menduduki tangga teratas, iaitu sebanyak 3,205 orang, diikuti Cina (455) dan India (451) dan selebihnya bangsa lain.

MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR

Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

Makna Cemerlang

Dari perpektif kemanusiaan, cemerlang bermakna, mencapai satu tahap yang tinggi dan memuaskan. Misalnya, mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Berbeza sedikit definisinya dalam konteks agama Islam. Islam melihat, cemerlang bukan sekadar berjaya dalam sesuatu bidang tertentu, contoh peperiksaan, pekerjaan dan sebagainya, Islam melihat lebih jauh dari itu. Kecemerlangan yang sebenar ialah cemerlang dalam semua aspek kehidupan manusia beragama. Cemerlang dalam seluruh aspek hidup manusia. Jika kita cemerlang dalam peperiksaan, semestinya kita juga cemerlang dalam aspek ibadahnya, akhlaknya, dan lain-lain lagi. Pendek kata, kecemerlangan dalam Islam ialah menuju kepada kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Kenapa Cemerlang

Islam agama yang cemerlang. Umat Islam dalam al-Quran disebut sebagai `khaira ummah’ (umat yang cemerlang). Justeru, kita perlu buktikan bahawa agama Islam adalah suatu yang cemerlang yang terdapat pada umatnya. Islam amat mengutamakan kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehidupan terutama dalam mendapatkan kejayaan hidup seperti peperiksaan. Ia amat juga berkaitan rapat dengan kehidupan seorang pelajar. Cuba renungkan hadis ini, sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

Sesiapa yang membunuh kutu pada tindasan pertama, maka akan ditulis baginya seratus kebaikan. Sedangkan tindasan kedua di bawah tingkatan itu dan tindasan ketiga di bawahnya lagi (riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a).

Ia membawa maksud, dalam kita melakukan sesuatu kerja, lakukanlah ia dengan cara yang paling baik hatta membunuh kutu sekalipun. Dalam konteks sebagai seorang pelajar, sewajarnya kita mempersembahkan sesuatu yang terbaik, misalnya dalam peperiksaan.

Yusuf al-Qardhawi, dalam bukunya Fiqh Awlawiyyat (Memahami Keutamaan), mengatakan, untuk mendapatkan kejayaan cemerlang, manusia mest tahu prioriti dalam hidup. Mana satukah yang perlu diberikan perhatian dahulu dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, perkara ini amat penting. Jika kita tersalah prioriti, kita akan menemui kegagalan dalam hidup. Misalnya, menumpu yang sunat dahulu daripada yang wajib. Contoh lebih jelas kepada pelajar, menuntut ilmu itu adalah wajib, justeru, ambil peluang ini untuk menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh. Lupakan dahulu soal cinta, pergaulan tanpa batas, membuang masa melepak dan lain-lain aktiviti yang mungkin tidak mendatangkan faedah. Para pelajar seharusnya menumpukan sepenuh perhatian dalam proses pembelajaran di alam persekolahan. Alam persekolahan merupakan masa yang amat penting sebagai batu loncatan untuk mendapatkan kejayaan seterusnya. Gagal di alam persekolahan bermakna, kita gagal untuk mendapatkan tempat ke institusi pengajian tinggi. Ini bukan bermakna mereka yang gagal dalam alam persekolahan akan menemui kegagalan dalam hidup, tetapi yang dimaksudkan ialah kebiasaannya mereka yang berjaya menjejaki institusi pengajian tinggi, peluangnya untuk berjaya lebih cerah berbanding mereka yang tidak berjaya. Justeru, peluang sebagai pelajar perlu direbut dengan belajar bersungguh-sungguh.

Ilmu Teras Kecemerlangan

Ilmu adalah teras kepada kecemerlangan. Menurut kamus Dewan, ilmu adalah pengetahuan, kepandaian dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Lawan kepada ilmu ialah jahil atau ignorance. Ilmu diperolehi hasil dari pembelajaran dan pengalaman. Kepentingan ilmu dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi:

Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yang menciptkan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam (surah al-Alaq ayat 1-4.

Tuntutan menuntut ilmu telah dianjurkan sejak permulaan Islam. Kata-kata tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina membuktikan akan pentingnya ilmu kepada manusia dan berusaha untuk mendapatkannya. Imam Malik berkata, ilmu itu tidak datang secara otomatik kepada kita tetapi ia mesti dicari. Justeru, sebagai pelajar, kita mesti tanpa jemu-jemu menuntut ilmu terutama ilmu-ilmu yang diajar di sekolah dan ditambah dengan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat. Sabda Rasulullah SAW:

Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah memudahkan jalannya untuk menuju syurga. Bahawasanya malaikat itu akan meletakkan naungan sayapnya pada orang yang menuntut ilmu itu kerana mensyukuri apa yang dilakukannya.Bahawasanya orang-orang yang berilmu pengetahuan adalah pewaris para Nabi. Bahawasanya para Nabi itu tidak mewariskan wang dirham atau dinar, tetapi yang diwasiatkannya adalah ilmu. Oleh sebab itu barang siapa yang mengambilnya (mendapatkan ilmu itu) ia telah memperolehi bahagian pusaka yang sangat banyak – Hadis riwayat Abu Darda r.a.

Dalam beberapa hadis, ilmu pengetahuan dianggap lebih utama daripada ibadah, keranan manfaat ibadah hanya kembali kepada pelakunya sahaja sedangkan manfaat ilmu adalah untuk manusia melalui sebaran yang dilakukan. Antara hadis tersebut ialah:

Kelebihan ilmu pengetahuan itu ialah lebih aku cintai daripada kelebihan ibadah dan agamamu yang paling baik adalah warak – Hadis riwayat al-Bazzar dan Thabrani

Kelebihan orang yang berilmu berbanding dengan orang yang beribadah ialah bagaikan kelebihan bulan purnama berbanding dengan seluruh bintang bergemerlapan – Hadis riwayat Abu Nu’aim

Kelebihan ilmu akan bertambah lagi apabila orang yang berilmu itu berkeinginan untuk mengajarkannya kepada orang lain. Cuba renungi Sabda Nabi SAW:

Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikatNya, serta penghuni langit dan bumi hingga semut yang ada pada lubangnya dan ikan yu yang ada di lautan akan membacakan selawat atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia – Hadis riwayat at-Tirmidzi

Oleh kerana ilmu ini amat penting sebagai teras kecemerlangan individu dan umat Islam, maka adalah menjadi kewajipan kepada para pelajar mempelajarinya sama ada melalui pembacaan, perbincangan, pengamatan dan lain-lain lagi. Seterusnya berusaha untuk mengamalkannya seperti kata pepatah Arab, Ilmu tanpa direalisasikan atau dilaksanakan ibarat pokok tanpa buah.

Persediaan Menuju Kecemerlangan

Setelah kita mengetahui akan peri pentingnya ilmu, maka seterusnya kita akan berbicara pula soal ilmu dan kaitannya dengan kecemerlangan akhlak dan peperiksaan yang menjadi matlamat setiap pelajar. Oleh kerana orientasi pendidikan negara kita lebih cenderung kepada melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan maka, kertas ini akan menumpukan motivasi kecemerlangan ke arah itu, tanpa memisahkan dengan aspek keagamaan

Demam Peperiksaan

Demam peperiksaan sudahpun bermula. Bagi pelajar yang terlibat mengambil peperiksaan yang penting seperti PMR, SPM dan STPM, saat inilah merupakan saat penentuan. Ada yang terpaksa bercekang mata yakni berjaga malam sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Tidak kurang yang mengambil sikap tak kisah atau acuh tak acuh. Sebagai pelajar yang ingin mendapatkan kecemerlangan, sudah tentu kita perlu bersikap proaktif, yakni sentiasa bersedia. Walaupun peperiksaan sudah semakin hampir, masih tidak terlambat lagi untuk kita membuat persediaan bagi mencapai cemerlangan. Antara persediaannya ialah:

Cemerlang Rohani

Sebagai pelajar yang percaya bahawa Islam adalah agama yang terbaik, sudah tentu persediaan kerohanian tidak dapat dipisahkan dari hidup kita. Persediaan rohani adalah proses menuju ketenangan dalam hidup. Kehidupan yang tenang akan melahirkan jiwa yang tenang jua. Perlu diingat, Allah akan sentiasa menolong hambanya yang tidak lupa kepadaNya sebagaimana firmannya:

Kerana itu ingatilah kepadaKu, nescaya Aku ingat kepada kamu – surah al-Baqarah ayat 152.

Maka pelajar sekelian diharapkan dapat menunaikan kewajipan sebagai hamba kepada Penciptanya. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang. Selalulah berdoa kepada Allah SWT, agar mendapat kejayaan di dalam peperiksaan. Sebenarnya sembahyang dan doa adalah suatu lambang kekuatan jiwa.

Dr Brill, seorang pakar ilmu jiwa mengatakan orang yang kuat kepercayaan kepada Tuhan tidak akan menghadapi tekanan penyakit jiwa. Kata-kata beliau turut disokong oleh Dale Carnegie, juga seorang pakar ilmu jiwa. Katanya, keimanan yang mendalam dan berpegang teguh kepada ajaran agama sudah cukup untuk mengalahkan kegelisahan dan ketegangan urat saraf dan seterusnya boleh menyembuhkan penyakit.

Justeru, pelajar seharusnya tidak meninggalkan kewajipan ini. Ia berkait rapat dengan keseluruhan hidup untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Mungkin ada yang akan bertanya, rakannya tidak pernah sembahyang tetapi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pelajar sekelian perlu memahami bahawa kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah tiket untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Adalah suatu perkara yang amat baik kiranya, kita cemerlang dalam peperiksaan dan pada masa yang sama cemerlang dalam soal ibadah dan akhlak. Inilah sebenarnya kecemerlangan yang diidam-idamkan dan bukannya kecemerlangan yang pincang.

Pastikan para pelajar menunai solat subuh terlebih dahulu sebelum melangkah keluar rumah untuk ke dewan peperiksaan. Berdoalah kepada Allah SWT, mudah-mudahan kita diberikan ketenangan dan kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki.

Taat kepada Rasul. Ikut sunnah Nabi

Taat kepada ibu bapa

Ikut Nasihat guru

Jaga hati kawan

Cemerlang Mental dan Emosi

Cemerlang dalam bidang kerohanian akan membawa kepada kecemerlangan mental. Manusia yang selalu mengingati Allah, fikirannya tidak berserabut dengan pelbagai masalah. Kalau adapun masalah yang dihadapi, ia dapat dikurangkan melalui aktiviti-aktiviti seperti berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.

Mental yang cemerlang adalah mental yang dapat menerima dengan mudah apa yang dilihat, dibaca dan sebagainya. Mental yang baik memerlukan suasana yang kondusif, aman dan tenteram. Elakkan menelaah sambil mendengar radio, menonton televisyen dan pelbagai unsur yang boleh menimbulkan gangguan.

Cuba elakkan pergaduhan atau perselisihan sesama rakan dan ahli keluarga ketika menjelang peperiksaan. Suasana tension sebegini sukar untuk ditenangkan dalam jangkamasa yang singkat. Ia kadangkala akan mengganggu emosi kita. Perkara ini pernah berlaku kepada seorang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan. Ketika peperiksaan sebenar, pelajar ini bergaduh dengan gurunya. Ini mengakibatkan emosinya terganggu sedang keesokan harinya ada satu kertas yang perlu diduduki. Apabila keputusan diumumkan, ternyata kertas yang didudukinya itu mencatatkan keputusan yang amat kurang memuaskan, walaupun pelajar ini berjaya dengan cemerlang dalam mata pelajaran lainnya.

Sebaik-baiknya, lepas sahaja peperiksaan terus balik ke rumah untuk membuat ulangkaji. Kurangkan masa untuk berbual-bual atau berbincang dengan rakan-rakan akan kertas-kertas yang telah dijawab. Ia akan mengganggu konsentrasi kita dan mengganggu emosi kita. Perlu diingat, Pelajar tidak boleh mengubah jawapan yang telah dijawab, melainkan hanya doa sahaja yang mengiringi.

Elakkan dari mewujudkan suasana menggelabah atau kelam kabut. Ketika musim peperiksaan, dapatkan tidur yang cukup dan bangun awal pagi dengan mengunci jam agar tidak ketinggalan bas atau lewat ke dewan peperiksaan. Suasana yang kelam kabut atau menggelabah akan meninggalkan kesan kepada minda kita.

Sediakan segala kelengkapan pembelajaran dan peperiksaan. Misalnya, keperluan alat tulis. Ketika melangkah keluar rumah menuju ke sekolah, pastikan segala kelengkapan telah disediakan dengan sempurna seperti yang dikehendaki dalam peperiksaan.

Cemerlang Fizikal

Teknik pembelajaran amat penting kepada setiap pelajar. Teknik yang salah, biasanya akan membawa kesan yang kurang memuaskan. Ini yang membezakan antara `study hard’ dengan `study smart’. Menghabiskan masa enam jam sehari mengulang kaji mata pelajaran bukan bermakna kita akan menjadi pelajar cemerlang. Berbanding dengan mereka yang menghabiskan masa selama tiga jam untuk mengulang kaji. Ini amat bergantung kepada cara atau teknik yang digunakan serta keserasian pelajar dan teknik pembelajaran.

Misalnya, saya adalah pelajar dalam kategori yang suka mengulang kaji di saat-saat akhir kerana ia cara saya belajar. Pada awalnya, saya suka membuat nota-nota kecil sahaja. Nota kecil inilah yang saya akan gunakan ketika mengulangkaji tanpa perlu merujuk kepada buku lagi.

Namun demikian ada juga pelajar yang menggunakan teknik yang berlainan. Semuanya ini bergantung kepada keserasian antara diri kita sebagai pelajar dengan penyesuaiannya.

Perlu juga dijelaskan juga, makanan yang seimbang, memainkan peranan penting. Pelajar diingatkan supaya tidak makan terlalu kenyang kerana ia akan menyebabkan kita mengantuk. Banyakkan memakan buah-buahan, terutama sebelum makan nasi. Bila menjelang peperiksaan, elakkan mengambil makanan yang terlalu pedas, meminum air terlalu banyak sehingga menyebabkan kita kerap ke bilik air. Ini akan mengganggu konsentrasi untuk menjawab peperiksaan.

Jangan kedekut ilmu. Bincang dan sebarkan ilmu. Cth, dapat soalan bocor, beritahu kawan

Istiqamah

Kecemerlangan yang disebutkan di atas memerlukan kepada istiqamah atau tetap pendirian atau berkesinambungan. Amalan yang baik mesti selalu dilakukan dan tidak bermusim. Ia merupakan asas kepada kejayaan manusia. Menuntut ilmu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat, bukan hanya di musim peperiksaan sahaja. Begitu juga bila memperkatakan soal solat, ia tidak hanya dilakukan hanya menjelang musim peperiksaan sahaja, tetapi hendaklah dilakukan setiap masa dan ketika tanpa rasa bosan dan jemu, sebalik sentiasa rasa seronok apabila melakukan sesuatu kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda:

Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang paling berkesinambungan walaupun sedikit – Hadis riwayat Muttafaq Alaih daripada Aishah

Perbanyakkan DOA. Doa senjata Mukmin

Kesimpulan

Berjaya dalam peperiksaan, bukanlah tiket yang boleh menjamin bahawa kita akan terus berjaya, begitu juga dengan kegagalan dalam peperiksaan, bukan bermakna bahawa kita akan terus gagal dalam hidup. Semua ini bergantung kepada diri individu itu sendiri. Kejayaan sebenarnya bermula daripada kegagalan, kegagalan menjadi alat untuk mengajar kita untuk terus berjaya. Pepatah barat ada mengatakan kejayaan adalah hasil daripada 99 peratus kegagalan. Ini bukan bermakna, kita perlu gagal duhulu, baru boleh berjaya. Maksudnya di sini, jika kita boleh terus kekalkan kecemerlangan, maka terus beristiqamah untuk mengekalkannya. Ini adalah suatu yang ideal, tetapi jika sekiranya gagal, ambil iktibar dari kegagalan itu. Kembali bertikad, berazam dan berusaha. Semoga dengan itu akan berputik kejayaan yang bakal ditempuhi.

Bila ada orang yang berjaya mesti ada orang yang gagal. Bila ada pelajar yang dapat nombor satu, mesti ada yang dapat nombor dua dan seterus hinggalah ke akhir. Dengan itu, jika ditakdirkan kita mendapat yang diakhir, ingatlah bahawa kita tidak akan terus gagal selama-lamanya. Tetapi, kita tetap akan berjaya, kalau tidakpun dari segi akademik, pastikan akhlak kita cemerlang. Cemerlang akademik, gagal dalam akhlak, sebenarnya merupakan kegagalan dalam hidup kita.

1. Do unto others you would that they should do unto you
2. Know thyself
3. Life is what you make it
4. If at first you don’t succeed, try,try,try again
5. Anything that is worth doing at all is worth doing well
6. The great essentials of happiness are something to do, something to love and something to hope for
7. Knowledge is power
8. Be calm and self-possessed, know what you are about, be sure you are right, then go ahead and don’t be afraid
(Leadership September 23, 1997)

Panduan (pasti boleh)
Membaca (mengulangkaji)
Riadah

Sihat (rohani dan jasmani)
Perteguhkan iman
Maju ke hadapan (muhasabah diri)

Solat (wajib dan sunat)
Taat (Allah, ibubapa dan guru-guru)
Peningkatan
Mardhatillah

Wassalam

Peranan Ibu Bapa

Banyak solat, solat sunat dan hajat, bukannya solat hajat beramai-ramai dlm masjid
Banyakkan doa
Ambil Cuti – Ada di rumah, hantar dan ambil anak

Ads


Followers