Ads Powered By ClixSense


Friday, December 3, 2010

MEMORANDUM GAPS KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR.

MEMORANDUM ISU ‘MENGGADAIKAN DAN MENGHAPUSKAN PERKATAAN MELAYU’.

MENJUNJUNG

TITAH UCAPAN DYMM TUANKU SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH, SULTAN SELANGOR sewaktu Majlis Pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan – Perspektif Sejarah, Kini, dan Masa Depan. Antaranya DYMM Tuanku telah menitahkan agar segenap laipsan rakyat ;

1) Memahami peranan Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan.

2) Membaca dan mempelajari sejarah kewujudan negaa-negara Malaysia serta perkembangan dan kemajuan negara bangsa Malaysia serta perkembangan dan kemajuan negara hari ini yang berasaskan semangat perpaduan.

3) Menyedari percubaan pihak tertentu termasuk dari kalangan orang melayu untuk merombak sistem Raja Berperlembagaan, membuangkan dan menggadaikan perkataan ‘MELAYU’ demi kepentingan perjuangan politik.

4) Berbangga dengan rakyat berbilang bangsa yang telah berganding bahu bersama-sama membangun dan memajukan negara.

BAHAWASANYA ;

Rakyat Negeri Selangor khasnya orang Melayu sangat prihatin dan memandang serius inti pati utama titah DYMM Tuanku Sultan Selangor khasnya isu ‘PERKATAAN MELAYU’ yang telah diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak di negeri selangor khasnya dan di Malaysia amnya.

MENGINSAFI ;

Wujud percubaan pihak-pihak tertentu termasuk di kalangan orang melayu sendiri untuk menidakkan konsep ‘Ketuanan Melayu’ , ingin menghapuskan perkataan ‘Melayu’ pada ungkapan Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan kedudukan serta hak istimewa orang melayu dan mempertikaikan relevansi serta peranan institusi Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan negara atau negeri. Ini berlaku kerana mahu memperjuangkan ideologi politik dan kepentingan kelompok tertentu.

MENYEDARI ;

Pembangunan dan kemajuan yang berasaskan perpaduan tiga kaum terbesar Melayu,Cina dan India sejak era kemerdekaan tahun 1957 mesti dipertahankan. Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang tubuh Negeri Selangor yang antaranya menjamin hak serta kebebasan beragama, pengamalan budaya dan mencari rezeki bagi semua kaum mesti dipelihara.Keadilan sosial, sikap toleransi dan saling bantu membantu mesti ditegakkan sebagai asas perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

MAKA KAMI GAGASAN ANTI PENYELEWENGAN SELANGOR ( GAPS ) BERSAMA MAJLIS BELIA NEGERI SELANGOR ( MBS ) DAN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA ( PERKASA ) SERTA PELBAGAI PERTUBUHAN NGO DAN RAKYAT SERTA ORANG MELAYU NEGERI SELANGOR YANG PRIHATIN , DENGAN INI MENJUNJUNG KASIH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU KERANA TELAH MEMBERIKAN TITAH NASIHAT DAN BUAH FIKIRAN YANG BENAR DAN BERNAS SERTA MEMBERIKAN KESEDARAN UNTUK SAMA-SAMA DIRENUNGI OLEH SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT DI NEGERI SELANGOR KHASNYA DAN MALAYSIA AMNYA. KAMI JUGA MENGADAP DAN MEMOHON PERKENAN KE BAWAH DYMM TUANKU UNTUK MEMPERTIMBANGKAN PERMOHONAN BERIKUT :-

PERTAMA ;

MENASIHATI KERAJAAN NEGERI AGAR MELUCUTKAN JAWATAN PENASIHAT EKONOMI SELANGOR. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama sebuah parti politik yang mencanangkan agar perkataan ‘melayu’ digadaikan dalam perjuangan politik mereka, harus dilucutkan jawatan beliau sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Jawatan tersebut hanyalah berkepentingan untuk mengukuhkan kedudukan politik beliau, bahkan tidak menyumbang apa-apa kemajuan kepada negeri selangor yang telah tersedia maju dan makmur.

KEDUA;

MENGHARAMKAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DARI MENJEJAKKAN KAKI KE BUMI SELANGOR . BELIAU MERUPAKAN VIRUS YANG MENJADI DALANG YANG MENYEMAI KEBENCIAN DAN CEMBURU SESETENGAH PIHAK TERHADAP KEMAJUAN DAN PERPADUAN UMAT MELAYU. BELIAU JUGA YANG MENJADI DALANG MEMECAH BELAHKAN KEUTUHAN PERSAHABATAN DAN PERPADUAN UMAT MELAYU.

KETIGA ;

Menasihati kerajaan Negeri Selangor agar mengawal dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pimpinan negeri yang mempersoalkan perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan atau undang-undang tubuh negeri selangor samada di pentas pentadbiran mahupun di gelanggang politik.

KEEMPAT ;

Melucut dan menarik balik sebarang anugerah bintang, darjah kebesaran atau gelaran terhadap mereka yang menerajui dan bersekongkol dengan pari politik yang menggadaikan perkataan ‘MELAYU’.

KELIMA ;

Terus memberikan titah nasihat yang boleh menimbulkan kesedaran kepada semua pihak agar tidak bertindak di luar batasan perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh negeri yang boleh menggangu gugat keharmonian antara kaum, kestabilan politik dan sosioekonomi serta pembangunan negara keseluruhannya.

KEENAM ;

Menasihatkan kerajaan negeri agar mengurangkan politiking dalam pentadbiran dan pemerintahan , mengutamakan kepentingan rakyat khususnya umat melayu dalam pemerintahan dan menyelesaikan pelbagai isu rakyat dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan dan isu bekalan air.

KAMI AKAN TERUS BERSAMA-SAMA DENGAN DYMM TUANKU UNTUK MEMPERTAHANKAN ISI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI DAN KONSEP-KONSEP KENEGARAAN YANG TELAH DISEPAKATI SEBAGAI TUNJANG KESTABILAN PEMERINTAHAN, POLITIK DAN SOSIOEKONOMI NEGARA.

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers