Ads Powered By ClixSense


Tuesday, December 28, 2010

AKHIRNYA KARPAL SINGH MENGAKU JUGA !!!

Akhirnya setelah lama kita menunggu dari dulu nampak nya Karpal mengaku pernah mendesak supaya bekas Timbalan Perdana Menteri,Anwar disiasat kerana didakwa oleh beberapa pihak terlibat dengan perbuatan liwat.kenapa tak mengaku dari dulu ??? adakah Karpal ni takut segala rahsia anwar terbongkar ???

Ahli Parlimen Wangsa Maju,Wee Choo Keong berkata,Karpal dalam pengakuan yang disiarkan menerusi laman web KLIK DI SINI selasa lalu menjelaskan,desakan yang dibuatnya pada 1997 adalah atas kedudukannya sebagai wakil rakyat pembangkang di Dewan Rakyat.

"Saya sendiri telah mendedahkan di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa dalam satu ceramah DAP di Hotel Federal di Kuala Lumpur pada 1997, Karpal telah menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.Akhirnya pendedahan saya disahkan sendiri oleh Karpal, jika tidak sudah pasti satu lagi saman fitnah akan difailkan beliau terhadap saya. Surat saman terbang di merata tempat. Ini adalah menakutkan," katanya dalam blognya KLIK DI SINI semalam.

Dalam perkembangan lain Choo Keong berkata,beliau masih menunggu penjelasan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berhubung tindakannya mengubah pendirian untuk terus menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Pada 8 Februari 2009, Karpal telah membuat desakan supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai ketua pakatan pembangkang.Sebulan selepas itu iaitu pada 8 Mac (2009), Karpal telah berpusing dengan menyatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh boleh kekal sebagai ketua pembangkang kerana mendapat sokongan semua Ahli Parlimen pembangkang," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers