Ads Powered By ClixSense


Monday, December 13, 2010

PERJUANGAN MENENTANG KEMUNGKARAN INSAN MUNAFIK DAN PENGORBANAN SRI KANDI

Dari http://srikandi7.blogspot.com/
Saturday, December 11, 2010
Segalanya telah tersurat dan tersirat. Tiada siapa menyangka surat yang di tulis oleh seorang gadis biasa berusia 28 tahun ketika itu mengenai Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri setebal 19mukasurat bertarikh 5 hb Ogos 1997 akhirnya telah mengundang satu ledakan Hiroshima yang tiada siapa dapat menduganya yang akhirnya telah membawa kepada satu perubahan besar kepada senario politik tanahair negara.Itulah takdir namanya. Kun Fa Ya Kun apabila Allah mengatakan jadi maka jadilah ia tanpa siapa dapat menghalangnya

Apakah mungkin seorang gadis biasa yang tidak memegang sebarang jawatan dalam tampuk kepimpinan mahupun parti apatah lagi bukannya datang dari keluarga yang berpengaruh mampu mengoncang kedudukan seorang TPM yang begitu terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di persada dunia .

Namun ketajaman mata penanya dan fakta fakta serta bukti bukti yang dilampirkan telah mengundang satu suasana paling kontroversi pernah berlaku di dalam negara mahupun kepada penulis surat keramat itu.

Demonstrasi di sana sini,rakyat yang hilang hala tuju dek kerana propaganda insan munafik menjadi ganas , keadaan tidak terkawal , negara berada diambang kehancuran apatah lagi dengan kemelut ekonomi yang begitu meruncing dan desakan serta tekanan dari Amerika menambahkan lagi keadaan huru hara ketika itu. Index saham jatuh keparas terendah 200 index berbanding sebelumnya iaitu 1400index. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah 150syarikat yang tersenarai di papan kedua bursa saham akhirnya gulung tikar. Kadar peratusan pinjaman rumah dan kereta mencecah belasan peratus.

Mujurlah ayahanda Mahathir mengambil pelbagai tindakan drastik bagi menyelamatkan keadaan diantaranya dengan perlantikan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan bagi menstabilkan keadaan dimana dalam tempoh 6 bulan sahaja index kembali pulih ke paras 600 index dan seterusnya mengheret si pengkhianat kemuka pengadilan dan akhirnya si pengkhianat terhumban 6 tahun ke dalam penjara. Itu adalah sebahagian rentetan peristiwa bersejarah yang sukar di lupa oleh rakyat yang hidup di zaman tersebut apatah lagi kepada penulis pena perihal salahlaku TPM ketika itu, kerana terlalu banyak pengalaman yang begitu pahit , sedih dan ngeri yang harus di tanggung bersendirian demi sebuah perjuangan dan kasihnya sri kandi kepada agama, bangsa dan negara.
Dipendekkan cerita hikayat Al Anwar Al Sheikh Al Karut sesungguhnya si penulis surat keramat tersebut telah mengalami pelbagai trauma , kepayahan, kepedihan yang tidak mampu ditanggung oleh mana mana gadis sebaya dengannya ketika itu mahupun belia ataupun di kalangan orang politik sendiri.Inilah yang dinamakan Perjuangan Sri Kandi demi agama, bangsa dan negara yang tercinta. Tapi siapalah tahu apa yang dialami oleh sri kandi dalam menegakkan kebenaran dan jihad yang agung ini demi kepentingan ummah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul sedangkan ramai di atas sana yang memegang pelbagai jawatan raksasa hanya tahu mendabik dada seolah olah lembu punya susu sapi mendapat nama .

Sesungguhnya bukanlah sri kandi ingin mendabik dada namun perjuangan ini tidak dapat dinilaikan atau dibandingkan sama sekali dengan wang ringgit. Bayangkan kalau si pengkhianat menjadi PM ketika itu apa akan jadi pada negara? Negara dan ummah akan hancur , anasir kuasa asing mungkin akan bermaharajalela , negara hilang berbillion ringgit dalam sekelip mata. Namun alhamdulilah mengapa allah memilih saya di antara berjuta manusia untuk berjuang dengan jihad yang hebat ini yang tiada tolok bandingnya di alaf siber.Ini bukan kata kata saya, tapi datangnya dari seorang ulamak tersohor Indonesia Ustaz ArRahman Al Hafiz bahawa jihad ini amat mulia iaitu menentang kemungkaran seorang pemimpin ketika dia sedang berkuasa.

Amin, amin berkat doa ibu dan rakyat jelata akhirnya yang benar terbela dan yang berdosa telah kepenjara. Terselamatlah bumi Malaysia dari kehancuran manusia durjana.Selama sepenggal negara tenang, aman tanpa demonstrasi tanpa sandiwara kerakusan politik dan Parti Keadilan telah hampir-hampir berkubur ketika itu, namun setelah dia dibebaskan negara kembali lagi berada dalam zon bahaya ketika ini di kala sidurjana bermaharajalela. Maka kerajaan harus dan WAJIB mengambil kira dengan teliti, berhati hati dan perlu lebih tegas tanpa lewa walaupun seketika.Apatah lagi di kala semua sultan menjadi murka sehingga perkataan penderhaka telah terkeluar dari mulut Yang Teramat Mulia Sultan Perak baru baru ini, Ampun Tuanku, patik merafak sembah menjunjung kasih bersetuju dengan pendapat tuanku, sesiapa yang menyerang HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DI ANGGAP PENDERHAKA. Segala serangan fitnah di internet dan blog harus dipantau dan dipadam seperti yang dipraktikkan diArab Saudi agar rakyat tidak terpengaruh dan celaru. Harus ada badan khusus untuk memantau serangan siber ini.

.


PAHIT MAUNG DAN PELBAGAI KEPAYAHAN YANG DIALAMI.

Telah ditangkap polis di rumah kawan saya arwah Dr Ristina pada 17hb ogos 1997 selepas 2 minggu surat saya dikeluarkan atas arahan sipenderhaka kepada KPN ketika itu Tan Sri Rahim Noor.

Saya telah didera secara mental sepanjang malam dari pukul 12 hingga kesubuh tanpa henti
dengan cara yang pernah dilakukan kepada pelampau komunis 40tahun yang lampau. Ini disahkan sendiri oleh DSP Aziz di dalam mahkamah yakni cara dan teknik penderaan mereka keatas saya. Namun alhamdulilah Allah memberi kekuatan dalaman yang hebat dan maksimum untuk saya terus konsisten hingga ke subuh.

Pukul 7 pagi saya diheret kepejabat saya didanau kota setapak seperti seorang
penjenayah dan saya telah dimalukan didepan kakitangan saya. Segala perkakasan computer saya dirampas dan tidak pernah dipulangkan hingga kehari ini.

Saya telah dibawa semula ke bukit aman selepas itu untuk didera sekali lagi
sehinggalah saya dibebaskan keesokan harinya setelah dijamin oleh kakak saya
Norlia ali.

Bala tidak berakhir di situ, namun saya terus berada dalam cengkaman polis hampir
selama setahun sebelum surat saya setebal 19muka surat dimasukkan semula dalam buku 50dalil tulisan arwah Khalid Jefrey. Cengkaman yang dimaksudkan ialah dimana hampir setiap minggu saya diambil oleh pihak polis di rumah kakak saya untuk di soal siasat setiap pergerakan saya. Fikiran saya ketika itu benar benar ditahap yang paling derita, stress yang dasyhat. Trauma ditangkap dan didera masih belum luput dari ingatan. Saya dilarang bertemu dengan sesiapa ataupun membuat panggilan telepon.Setiap pergerakan diekori dan perbualan dirakam. Mereka akan memaki hamun saya sekiranya saya cuba mendapatkan mana mana pandangan ahli politik ketika itu. Bayangkan setahun hidup seperti penjara sebelum akhirnya surat keramat saya diterima oleh Dr Mahathir setelah bukti bukti kukuh diperolehi dari Tan Sri Musa Hassan sepanjang 6 bulan menjalankan penyiasatan dan akhirnya anwar dipecat pada 2hb sept 1998 setahun selepas penderitaan yang dahsyat yang dialami oleh sri kandi.

Saya juga telah terpaksa menghadirkan diri selama 100 hari di mahkamah
Sebagai saksi utama kepada pihak pendakwa dan sekali lagi saya berhadapan dengan keadaan yang paling huru hara dengan lautan manusia terutamanya golongon reformasi menanti dengan keadaan yang paling bahaya dan mencemaskan.

Saya di ludah, dicarut, dimaki hamun,, dibaling batu, dibaling telur dan tin minuman dengan pelbagai perkataan yang paling kesat dan hina. Siapa lah yang tahu trauma yang paling dasyhat saya alami ketika itu. Tidak ada pemuda umno , wanita umno atau mana mana ahli umno yang berjuta ramainya datang memberi sokongan moral kepada saya.TIDAK ADA .Kalau ada pun hanyalah rakan rakan baik dan sahabat seperjuangan yang kebetulan ahli Umno. Inilah yang menyedihkan saya di mana segelintirnya sibuk mengambil kesempatan untuk merebut pelbagai jawatan yang kosong ketika itu sedangkan saya dibiarkan terkontang kanting menghadapi keadaan yang paling kritikal, paling hina, paling bahaya diantara hidup dan mati ketika itu kerana rangsangan reformasi yang anti Mahathir dan saya begitu meluap luap.Walau apa pun kekecewaan saya pada parti keramat ini namun ianya tidak menghalang prinsip saya bahawa umno adalah parti keramat dato nenek moyang saya yang telah berjuang untuk agama, bangsa dan negara lebih lebih lagi dalam menjaga kepentingan dan hak istimewa orang melayu terpelihara zaman berzaman tanpa menindas hak dan kebajikan kaum lain.Apakah mungkin saya menderhaka kepada sumpah keramat pejuang pejuang pahlawan melayu di masa lampau yang telah bertumpah darah untuk mendapatkan apa yang kita nikmati hari ini.? Tidak sekali, sekalipun kalau tertakdir saya bertukar haluan di masa hadapan, namun parti keramat ini tetap didaulatkan dan dimuliakan.Ia adalah bagi saya perlanggaran perderhakaan terhadap nilai perjuangan di masa lampau sekiranya ia diserang penuh kezaliman sehingga mengenepikan norma norma batasan orang melayu yang tau mengenang budi menghargai dan menghormati .Maka ayuh marilah bersama kita memperbaiki apa saja kelemahan dan kesilapan kita selama ini supaya kita tak lupa diri dan tidak mengkhianati anak bangsa sendiri maupun tersasar dari landasan perjuangan dan prinsip mendaulatkan sistem berperlembagaan di bumi bertuah ini.

Berbalik kepada cerita perjuangan saya ketika itu nyawa saya seolah olah dihujung tanduk. Siapakah yang tahu, namun kebesaran dan kekuasaaan Allah mengatasi segalanya. Allah masih menyayangi saya sebagai pejuang dan sri kandi negara.Saya masih dalam lindungan Yang Maha Esa hingga kehari ini. Berkat doa ibu melalui tahjud setiap malam dan pengorbanan saya untuk bangun seawal4 pagi setiap hari sebelum kemahkamah bagi mengerjakan pelbagai solat dan bacaan ayatul kursi 170x sekali duduk mengambil masa hampir 1 jam setengah sebagai perlindungan saya menghadapi musuh musuh yang begitu agresif apatah lagi pelbagai bomoh dari pelbagai negara telah dibawa oleh setan yang tak tau dari mana datangnya untuk mensihirkan saya dan saksi saksi yang lain ketika itu dengan taburan pelbagai tangkal, garam, kemiyan , tahi besi dalam kandang saksi untuk melemahkan dan mencelarukan saya ketika itu, maka pergantungan saya kepada Allah harus dan wajib secara total kerana kebesaran ayatul kursi yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi itu amat besar mukjizatnya dan fadilatnya apatah lagi dalam keadaan menghadapi 13 peguam defendan yang paling berpengaruh dan dan paling berpengalaman di tanah air seperti arwah Fernando, Karpal singh, Gubachan singh, Sulaiman Abdullah, Aziz Druse, Zulkifli Nordin dan lain lain. Apakah mungkin saya mampu mematahkan mereka 13 orang hanya dalam masa 3 jam dan tidak sampai satu hari tanpa pertolongan Allah dan mukjizat ayatul kursi.Tapi bukan pertolongan pemimpin umno mahupun ahli umno walaupun hanya sekadar sokongan moral.Inilah yang mengecewakan dan menyedihkan saya hingga ke hari ini sedangkan saya berjuang demi agama, bangsa dan negara tapi dipandang remeh oleh parti pemerintah sedangkan simunafik ditemani dek lautan penyokong setiap hari kemahkamah.Bukan pangkat dan gelaran yang dicari tapi sekurang kurangnya penghargaan terima kasih kepada sri kandi kerana jihad ini adalah perjuangan yang menuntut tahap ketahanan mental yang tinggi, kekuatan dalaman yang tidak berbelah bahagi, masa , tenaga dan keselamatan diri yang mengundang risiko yang cukup tinggi antara HIDUP dan MATI.

Selepas hukuman dijatuhkan pada simunafik, nasib yang malang terus menimpa, persepsi masyarakat menjadi terlalu negatif kepada saya akibat propaganda cerita karut dan fitnah jahat oleh simunafik dan orang orang kanannya bagi menggugat kredibiliti saya sebagai saksi utama kepada kerajaan. Diantara fitnah yang begitu menghiris hati saya apabila keluar cerita diinternet kononnya saya telah diupah oleh DrMdan Tun Daim sebanyak 7 juta untuk membuat fitnah sedangkan saya tidak menerima walaupun sesen dibelah 7 dari mereka. Saya melakukannya di atas dasar perjuangan dan jihad demi negara dan ummah. Masyarakat mencemuh saya dan rakan perniagaan melarikan diri 100batu dari saya. Begitulah nilai perjuangan yang begitu hebat yang harus saya bayar demi kasihnya saya kepada agama , bangsa dan Negara saya.

Kereta merz saya yang baru dibeli ketika itu telah dibakar dan dimana mana saya tinggal saya telah diburu oleh gangster-gengster upahan dan menyebabkan saya terpaksa berpindah 7 kali dalam setahun. Hidup seperti orang nomad ketika itu , sentiasa berpindah randah.

Pernah satu ketika mereka menghantar kepala kucing yang dipotong dan masih berdarah didepan pintu rumah saya dengan perkataan Kau akan mampus dalam masa 3 hari Begitulah hebatnya ancaman bunuh buat saya ketika itu.

Beberapa kali peluru hidup telah dihantar kepejabat sayadi dalam sampul surat dengan ancaman bunuh.

Ketika saya membantu kerajaan berkempen terutama di seluruh Kedah ketika pilihanraya 1999pernah bom jangka juga telah diletak di tempat saya berceramah. Mujurlah naluri hati saya kuat meminta pihak polis memeriksanya dan akhirnya mereka terjumpa dan cerita ini telah keluar didada akhbar ketika itu. Alhamdulilah Allah melindungi saya kalau tidak mungkin saya akan mengalami nasib yang sama seperti Benazir Bhutto. Namun siapalah yang tahu penderitaan dan pengorbanan saya ketika itu?

Dengan segala luahan hati melalui pelbagai pengalaman ngeri yang penuh kontroversi bagi menyelamatkan bumi bertuah ini maka terpulanglah kepada rakyat dan pemimpin hari ini untuk menilai pengorbanan dan jihad yang cukup agung dan besar ini oleh sri kandi yang tiada ternilai dengan wang ringgit sekiranya si munafik tidak dicantas dan terus merampas tampuk kepimpinan dengan rakusnya. NAUZUBILAH MINZALIK.

Saya berhasrat menerbitkan satu filem dokumentari khas dan web tv mengenai perkara ini dibuat dengan begitu teliti dengan fakta fakta yang sahih dan benar belaka demi generasi muda hari ini dan rakyat seluruhnya mengetahui akan perkara sebenar sebelum pemikiran mereka diracuni oleh sipenderhaka menjelang pilihanraya 2013. Bahkan masih ramai rakyat diluar sana yang masih tidak tahu mengapa sipenderhaka dipecat, dibicarakan dan dipenjarakan. Mereka sering dimomokkan dengan cerita konspirasi . Maka persepsi jahat ini haruslah ditangani dan dikikis dari minda rakyat yang tidak berdosa melalui penerbitan filem dokumentari khas .Hanya fakta kebenaran akan dipaparkan.

Tiada siapa yang lebih layak menceritakan dan menerbitkan dokumentari khas ini selain dari saya kerana sayalah pencetus kepada jihad ini dan saya lah juga yang tahu pelbagai rahsia dan kronologi rentetan peristiwa paling bersejarah ini yang telah berjaya mengundang 76 negara membuat liputan khas keseluruh dunia ketika itu.

KANDUNGAN PAPARAN DALAM FILEM DOKUMENTARI ITU NANTI MELIBATKAN SEMUA SKOP INSIDEN BERSEJARAH DIANTARANYA:-

Mengapa dan apa yang menyebabkan saya mengambil langkah yang cukup drastik untuk membuat lapuran salahlaku Timbalan Perdana Menteri setebal 19mukasurat ketika itu beserta gambar dan bukti.
Tiada unsur konspirasi kerana Dr M tidak mengenali saya langsung ketika itu
Bahkan surat saya telah dibuang ke dalam tong sampah kerana ketaksuban Dr M terhadap si munafik yang amat tinggi. Hanya selepas setahun setelah pelbagai bukti dikumpul oleh pihak polis barulah surat saya dianggap sebagai aset penting dimahkamah dan mempunyai kredibiliti yang cukup tinggi. Penting bagi rakyat dan generasi hari ini untuk mengetahuinya kerana ia adalah sebahagian yang telah termaktub di dalam sejarah politik Malaysia yang penuh warna warni dan kontroversi.

Slot-slot insiden yang menunjukkan bagaimana saya telah ditangkap oleh 50polis seperti seorang penjenayah dan bagaimana saya telah didera sepanjang malam. Bagaimana ketahanan mental saya ketika itu dalam menghadapi situasi yang paling getir dan menakutkan demi agama, bangsa dan negara.
Insiden bagaimana pelbagai usaha membunuh saya oleh pembunuh pembunuh upahan dan salah satu insiden dimana saya telah dikejar oelh gangster-gengster yang amat menakutkan dan saya terpaksa meninggalkan kereta saya ditempat pembuangan sampah di setapak dan terpaksa berlari menyorok dibawah meja disebuah kedai cina apabila insiden kejar mengejar berlaku. Alahamdulilah tauke cina itu bekerjasama dengan saya dengan menafikan kehadiran saya dikedainya pada kumpulan penjahat tersebut.
Insiden penting bagaimana azmin merayu saya menarik balik pertuduhan saya dengan menawarkan sejumlah wang yang cukup lumayan di rumah dan di restoran seri melayu sebelum memberi kata dua kepada saya bahawa sekiranya saya berdegil maka dalam masa 48 jam saya akan ditangkap polis kerana dia mendakwa anwar begitu rapat dengan KPN ketika ituTan Sri Rahim Noor . Mujur saya berdegil demi agama dan ummah yang akhirnya membawa kepada penangkapan saya pada 17hb Ogos 1997.
Babak babak temubual ekslusif dengan semua orang kanan anwar yang telah meninggalkannya sepertiSenator ezam, anuar shhari, Dato Seri Zahrain, Peguam utama dia Zulkifli Nordin, Dato nalllakarupan, roslan kassim, Chandra muzaffar dan ramai lagi.Amat penting kerana banyak lagi cerita sensasi yang rakyat perlu tahu siapa sipenderhaka ini yang sebenarnya.Dato Nalla ada segala rahsia.

Mengenai penerbitan web tv atau internet tv saya rasa sudah sampai masanya UMNO patut lebih proakktif dan agresif selari dengan ledakan teknologi maklumat dizaman siber .,kerana generasi muda hari ini gemar pada cerita cerita sensasi dan benar bagi mengalihkan pandangan kepada blog blog cebisan yang banyak sebagai alternatif bagi mengisi hawa telinga dan informasi mereka , sebab itulah berdasarkan statistik pengunjung web tv mereka telah mencecah 7 juta orang satu angka yang cukup besar untuk meracuni pemikiran rakyat dan membakar hati dan perasaan mereka sedangkan kita tidak melakukan serangan balas, serangan saraf bagi mematahkan fitnah jahat mereka. Kita banyak bertenang dan kadangkala syok sendiri sedangkan 6 negeri sudah pun jatuh ketangan pembangkang sebelum ini hasil perang saraf mereka dengan menggunakan teknolojiMujurlah Perak dapat dirampas kembali. Jadi bangunlah kita semua sebelum segalanya terlambat menjelang 2013 takut kain kita terlondeh ditengah jalan sebelum kita sempat membetulkan keadaan.

KANDUNGAN PAPARAN DI DALAM INTERNET TV NANTI MELIPUTI PELBAGAI ASPEK BERITA YANG TELUS, PANAS, SENSASI, BENAR LAGI NYATA

1) Akan ada kumpulan paparazzi untuk mencari sampai ke lubang cacing setiap lapuran salah laku Ahli Yang Berhormat samaada dalam bentuk bukti mahupun reaksi spontan mereka.Tak kiralah dari kerajaan ataupun pihak lawan, kita harus adil dalam menegakkan kebenaran. Pergerakan mereka akan diburu di lobi parlimen, atau dimana sahaja dan saksi saksi kejadian juga turut membantu memberi keterangan.Macam rancangan Melodi Politiklah Contoh apabila Dato Nalla membuat kenyataan didalam akhbar maka perlu ada susulan kenapa Nalla tak henti henti menyerang bekas rakan baiknya. Rakyat boleh melihat lingguk orang berbohong atau bercakap benar melalui (body language ) mereka Jangan sama sekali isu yang panas seperti itu mati begitu sahaja. Apabila bukti bukti saham bernilai puluhan juta dikemukakan oleh anuar shari kepunyaan shamsidar sepatutnya ada paparazzi yang akan memburu shamsidar dan juga reaksi wan azizah, tidakkah beliau cemburu? Mengikut fakta anuar shaari wan azizah sering mengadu kepadanya betapa hancurnya hati beliau bila mengetahui hubungan suaminya dengan shamsidar.
KITA HARUS DAN WAJIB BUNUH HIPOKRASI MEREKA, SAMAADA KITA MATI ATAU MEREKA MATI DARI SEGI KERJAYA POLITIK DAN MARUAH DIRI.

2)Akan ada slot YB Cemerlang atau YB Temberang bagi memudahkan tahap penilaian
KPI tampuk kepimpinan Najib, samaada YB benar-benar menjalankan tugas mereka atau sekadar menjadi mat gebang yang pandai bermain kata kata . Rakyat akan terus memaklumkan salah laku mana-mana YB samaada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang samaada melalui sms atau berhubung terus dengan pihak kami. Rakyat juga berhak menjadi pelapur, pendakwa dan hakim dalam kewarasan penilaian sesuatu isu supaya suasana telus itu lebih praktikal.

Perlu ada slot Najib disana sini satu program realiti untuk menunjukkan kepada rakyat jelata betapa tugas seorang PM melangkaui batasan seorang manusia yang menuntut kesabaran, kesungguhan bekerja, ketahanan mental,kesuntukan masa untuk keluarga dan benar benar berkorban demi agama, bangsa dan Negara.
Banyak lagi bahan-bahan ilmiah dan sensasi yang rakyat ingin tahu dalam turut membantu kerajaan dan tampuk kepimpinan memerangi dakyah hipokrasi dan pembohongan dan fitnah jahat pihak pembangkang agar tampuk kepimpinan hari ini dapat memimpin dengan lebih lancar, telus, bermaruah dan berdaya maju.
........................
Penkomen yang diulas Srikandi dalam posting seterusnya
...............
Farihah Ahmad said...
"PERJUANGAN MENENTANG KEMUNGKARAN INSAN MUNAFIK DAN PENGORBANAN SRI KANDI"??? adoihh, terkencing terberak aku baca artikel ko ni Ummi... ayoyo Ummi...kantung sudah keringkah??

deyy...cuba tengok dakwaan-dakwaan ini dahulu sebelum saudari membuat dakwaan ke atas orang lain yg LANGSUNG TIADA BUKTI ni...

1. Apa benar dakwaan Ummi mendapat suatu projek di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebagai imbuhan untuk peranan yang dimainkan saudari??
(1 Nov 1999,Bernama)

2. Bagaimana pula dengan catatan bapa Ummi sendiri(Catatan Haji Ali bin Omar, 18.10.98) mengenai sikap Ummi?? antara kandungannya,
'Saya lucutkan warisan zuriat Ummi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat'
saya andaikan Ummi pasti lebih arif mengenai keseluruhan kandungan catatan ayahanda saudari itu...

3. Apa pula respon saudari terhadap kenyataan Mahathir’s Political Secretary Aziz Samsuddin yg mengatakan,
“Ummi Hafilda is a prostitute, sodomy would be the best way. Other ways would have no affect.”??

4. "takut pada Allah, atau sekurang-kurangnya malu pada malaikat"
suka saya dengan statement saudari yg ni...
Ummi tentu masih ingat pada perbicaraan anwar yang dulu ada seorang lelaki yang bernama Norazman Abdullah @Baginda telah mengaku mengadakan hubungan seks dengan saudari di London.

soalan saya : kenapa pihak berkuasa agama tidak mengambil tindakan ke atas pengakuan tersebut???

adakah ini sikap yg menunjukkan bahawa saudari, "TAKUT PADA ALLAH,ATAU SEKURANG-KURANGNYA MALU PADA MALAIKAT"??

5. saudari Ummi tentu masih ingat kes saman saudari terhadap Bacaria mengenai isu 'Bacaria yg menuduh saudari telah berkahwin....dan saudari mendakwa MALU BESAR..’
Saudari telah menang saman RM150K dalam kes Bacaria ini...

TAPI yg HAIRANnya kenapa saudari tak pula menyaman Baginda ?? kalau hendak diikutkan, pengakuan dan dakwaan Baginda(4) itu LEBIH SERIUS dan AMAT MEMALUKAN...
hehe, inikah yg dikatakan,
"TAKUT PADA ALLAH,ATAU SEKURANG-KURANGNYA MALU PADA MALAIKAT"??

Amat bersimpati dengan nasib saudari yg cukup menyedihkan apabila kaum keluarga saudari sendiri seolah-olah menganggap saudari tidak 'relevan' lagi sebagai anak ALI.

*cakap biar serupa bikin~
December 12, 2010 9:21 AM

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers