Ads Powered By ClixSense


Friday, December 31, 2010

ANTARA PERISTIWA PENTING DALAM POLITIK MALAYSIA SEPANJANG 2010




JANUARI:

1 - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.

FEBRUARI:

12 - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.

28 - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.

MAC:

1 - Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

3 - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.

6 - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

28 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.

APRIL:

25 - Calon Barisan Nasional P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

MEI:

14 - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

16 - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

JUN:

11 - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.

JULAI:

22 - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T.Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.

OGOS :

1 - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.

SEPTEMBER:

1 - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.

OKTOBER:

23 - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.

NOVEMBER:

4 - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

4 - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

19 - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.

20 - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.

24 - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.

28 - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

28 - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor

DISEMBER:

1 - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.

6 - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.

13 - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.

15 - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2

15 - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

16 - Empat wakil rakyat pembangkang -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, S.Sivarasa dan Azmin Ali -- digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar di dewan/ menghina dewan.

17 - Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat kencing manis.

27 - Umno Pulau Pinang, Kedah, Terengganu diketuai pengerusi perhubungan yang baru daripada kalangan pemimpin negeri.

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Harimau Malaysia


Syabas, anda semua telah memberi persembahan yang menarik, cool dan menyumbatkan gol yang cantik dan pergerakan yang menarik sepanjang permainan sekalipun mendapat tekanan dari pemain Indonesia dan penyokong mereka.

Di bawah adalah gol dan tendangan panelti.


Kemenangan dengan agregate 4-2 selepas bolos 2 gol dan menyumbat 1gol kegawang lawan.
Syabas Rajagopal

Syabas Khairul Fahmi

Syabas kepada semua pemain kesayangan kita. Anda semua telah mengunci mulut semua pengkritik anda.

PM isytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi rai kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.




Tuesday, December 28, 2010

Apabila Ummi Hafilda Bergabung Dengan Dato Nallakarupan

AIDCNews – 28/12/10 – Menurut maklumat dalaman, sebaik sahaja Ummi Hafilda Ali muncul kembali di muka depan Mingguan Malaysia pada 12 Disember lalu [klik di sini], Azmin Ali, (abangnya), panas punggung, dari pagi hingga ke petang menelefon adik-beradiknya bertanyakan soalan yang sama, “Adakah Dato Nallakarupan berada di belakang Ummi Hafilda ?”.

Siapa Dato Nalla ? Kenapa Azmin takut dengan Dato Nalla ?

Nallakarupan Cabar Azmin Ali

Sebelum Ummi Hafilda muncul kembali, Dato Nalla begitu konsisten menyerang Azmin Ali.

Cabaran Dato Nalla paling agresif bermula sekitar April 2010, apabila beliau melabelkan Azmin sebagai ‘Lelaki Dayus’. Tetapi Dato Nalla tidak menjelaskan lanjut kenapa beliau melabelkan ‘Dayus’ kepada Azmin itu. Klik di sini

Diikuti dengan dakwaan kedua yang mendakwa ‘Azmin Ali adalah Lelaki Istimewa Anwar Ibrahim’ sekitar Ogos 2010.

”Orang PKR sendiri mengatakan bahawa Anwar lebih layan Azmin daripada Nurul Izzah (anak perempuan Anwar).

”Justeru, saya minta Wan Azizah sebagai isteri Anwar dan juga Presiden PKR supaya memberi penjelasan mengenai perkara itu,” tegasnya. Klik di sini

Sekitar Oktober 2010 Nalla mendedahkan lagi bahawa Azmin dan Anwar saling berkongsi rahsia.

Utusan Malaysia melaporkan; bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, kesetiaan antara kedua-dua pemimpin PKR itu amat teguh dan tidak hairan jika Azmin menegaskan beliau bukan ‘pak turut’ kepada Ketua Pembangkang itu.

“Azmin tidak perlu berkata ‘ya’ kepada Anwar, sebaliknya Penasihat PKR itu yang akan selalu berkata ‘ya’ kepada Azmin.

“Beliau begitu istimewa kepada Anwar. Apa yang Azmin mahu Anwar akan pastikan anak buah kesayangannya itu akan perolehi,” katanya. Klik di sini

Ekoran kenyataan itu, bekas Setiausaha PKR Kedah, Zamil Ibrahim mencabar Azmin Ali supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Nalla, bagi membuktikan beliau seorang yang bersih.

“Sebagai seorang lelaki, Azmin sepatutnya berani kerana benar. Di mana letaknya maruah bakal Timbalan Presiden apabila didakwa sebagai dayus tetapi tidak berani mengambil tindakan undang-undang, sedangkan dakwaan tersebut terlalu berat untuk diterima.

Azmin Ali dan Shamshida Taharin

“Apakah Azmin takut mengambil tindakan undang-undang kerana bimbang lebih banyak rahsianya didedahkan? Jawapan kepada persoalan itu hanya Azmin yang tahu tetapi sudah menjadi rahsia umum, Nallakarupan mengetahui terlalu banyak perkara yang merisaukan Azmin dan Anwar,” katanya. Klik di sini

Pada 11 Disember lalu (sehari sebelum Ummi Hafilda muncul kembali), Nallakarupan mencabar pula Shamshida Taharin, isteri Azmin Ali supaya menjelaskan siapakah sebenarnya suaminya itu.

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau membuat cabaran itu kerana bosan terhadap kuasa 3A (Anwar, Azmin Ali dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail) yang sehingga kini belum menjawab setiap cabaran dilakukannya kepada mereka agar menceritakan perkara sebenar.

Beliau amat yakin Shamshida mempunyai pengetahuan luas mengenai Anwar kerana kedua-duanya mempunyai hubungan amat rapat suatu ketika dahulu.

“Shamsida bukan saja arif mengenai suaminya, malah turut mengenali siapa Anwar sebenar”

Nallakaruppan berkata, beliau dalam masa sama mahu Anwar jujur dan menjadi ‘lelaki sejati’ dengan mengakui kesilapan dan menceritakan kebenaran kepada umum.

“Usahlah terus menulis skrip filem untuk dilakonkan Azizah dan diarahkan Azmin. Rakyat bukan bodoh dan sentiasa menilai pergerakan anda sejak 1998 lagi,” katanya.Klik di sini

Ummi Hafilda Buka Rahsia

Daripada cabaran-cabaran Dato Nalla di atas, kesannya dapat dirasai oleh golongan yang pernah hidup ketika zaman reformasi 1998, tetapi tidak berkesan kepada generasi muda pasca reformasi. Tetapi kenyataan Nalla berjaya menimbulkan tanda tanya kepada generasi muda, apa yang sebenarnya berlaku ? Apa hubungan istimewa di antara Anwar, Azmin dan Shamshida Taharin ?

Setelah Ummi Hafilda muncul kembali, perasaan ingin tahu generasi muda pasca reformasi kembali bergelombang, perasaan ingin tahu membuak-buak, hinggakan blog srikandi7 (http://srikandi7.blogspot.com), milik Ummi Hafilda menerima ratusan komen untuk setiap artikel yang ditulisnya.

Apatah lagi Ummi Hafilda digelar sebagai Srikandi Bangsa, Wanita Pertama yang Menumbangkan Anwar [Klik di sini] menyebabkan Warkah Keramat faktor kejatuhan Anwar yang ditulisnya kira-kira 12 tahun lampau kembali meletup kembali. Klik di sini

Sebagai respon pendedahan semula Ummi Hafilda di Mingguan Malaysia baru-baru ini, Dato Nalla mengesahkannya sebagai benar.

Warkah Keramat Kepada PM, 5 Ogos 1997

“Semua itu benar.” Demikian tegas bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan yang mengakui kebenaran kenyataan Ummi Hafilda Ali berhubung apa yang dilaluinya pada 1997 dan 1998 yang membawa kepada pemecatan Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri.

“Wan Azizah juga tahu siapa Anwar dan Azmin. Apa yang mereka perlihatkan kepada awam ketika ini hanyalah suatu lakonan,” tegasnya.

Ditanya mengenai mengapa segala kenyataan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka bertiga tiada diberikan respons, beliau berkata : “Mereka tahu kita cakap benar. Bukan kita bohong. Sebab itu mereka tidak boleh jawab.”katanya. Klik di sini

Ummi Hafilda menulis di blognya bertajuk “Part 3, Baca, Fikir Gunakan Akal, Renungkan dan Nilaikan Sendiri” [klik di sini] meminta pembaca di blognya memikirkan satu persoalan, kenapa 12 tahun lampau Dato Nalla membela Anwar, kini bekas kawan karibnya itu pun meninggalkannya.

“Kenapa dari MY GOOD FRIEND kini menjadi MY ENEMY? Dulu kawan baik, kini menjadi musuh utama yang menyerang dia (Anwar) hampir setiap hari DENGAN AGRESIF SEKALI. KENAPA ? KENAPA?.

“Yang dimaksudkan, tak lain tak bukan ialah Dato Nallakarupan, wah dulu bukan main kau (Anwar) cakap dengan bangganya, tanpa segan silu, huh so what, Nalla is my good friend, MY TENNIS PARTNER,TENNIS PARTNER YA…

“Tak malu ke dia bila cakap Nalla kawan baik, bukan lah maksudnya saya hina Nalla, tapi satu Malaya tau dia TAUKE JUDI MAGNUM , bagi Dato Nalla tak salah, sebab dia bukan Islam, lantak dia lah, tapi soalnya al konon orang yang BACA KHUTBAH NAIK ATAS MIMBAR boleh mengaku TAUKE JUDI NO 1 KAWAN BAIK DIA, jadi nilaikanlah wahai penyokong-penyokong tegar aljuburin.. Sudah terang split personality…dua watak yang berbeza yang mampu dilakunkannya dalam satu masa”, katanya.

Nallakarupan, Anwar dan Shamshida, 12 tahun Lampau

Cerita lengkap Nallakarupan, Anwar dan Shamshida terkandung dalam “Warkah Keramat Buat Perdana Menteri” yang ditulis oleh Ummi Hafilda dan dihantar kepada Dr Mahathir Mohamad pada 5 Ogos 1997.

Warkah Keramat Kepada PM, 5 Ogos 1997

Dalam Warkah Keramat itu, Ummi Hafilda melampirkan sekeping foto kereta mewah Daimler WBV 37, milik Nallakarupan yang dirakamnya ketika mengintip Anwar dan Shamshida menaiki kereta mewah itu pada 30 Jun 1997, jam 5.35 petang (Isnin) ketika menuruni bukit di kondominium mewah, Tivoli Villa, Bangsar.

“YAB (Dr Mahathir), saya sempat mengambil gambar kereta Daimler WBV 37 ketika menuruni bukit di kondo Tivoli, Bangsar. Bersama-sama ini juga disertakan butir-butir pemilik kenderaaan bernombor WBV 37 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.(Pemiliknya Nalakaruppan).

“Kami menaruh harapan ke atas YAB untuk mengadakan siasatan terperinci ke atas balaci utamanya, Dato Nalla yang sering menjadi pemandu Daimler WBV 37 pada setiap kali pertemuan mereka”, kata Ummi Hafilda.

Pendedahan Ummi Hafilda dalam Warkah Keramat itu bergantung kepada pelbagai sumber, pertama; sumbernya sendiri (berdasarkan pengalamannya berada di rumah abangnya Azmin). Kedua; sumber kakak-kakaknya (berdasarkan perbualan dengan anak-anak saudara). Ketiga; sumber dari pembantu rumah Shamshida yang bernama Aton. Keempat; sumber dari pemandu peribadi Shamshida, Azizan Abu Bakar dan kelima; sumber dari pengintipan pada 30 Jun 1997, jam 5.35 petang.

Sebab itu ketika menulis Warkah Keramat untuk dihantar kepada Perdana Menteri, Ummi Hafilda mendapat sokongan dari adik-beradiknya. Kecuali Azmin Ali, keempat-empat adik beradiknya turut menandatangani mengesahkan kebenaran pendedahan tersebut.

Kakak-kakak dan abang-abang Ummi Hafilda yang menandatangani ialah Norlia Ali (Kak Long), Intan Dawini Ali (Kak Lang), Azwan Ali (artis) dan Mohd. Azman Ali.

Nallakarupan, Saksi Penting Pertemuan Anwar dan Shamshida

Salam Warkah Keramat itu, Azizan Abu Bakar, pemandu peribadi Shamshida mendedahkan modus operandi Nallakaruppan sebagai pengatur pertemuan Anwar dan Shamshida. Pendedahan itu dibuat oleh Azizan kepada Ummi Hafilda pada 12 Jun 1997 apabila pemandu itu datang sendiri membuat pengakuan selama dua jam setengah di pejabat adik bongsu Azmin Ali itu.

Menurut Azizan, waktu kebiasaan pertemuan itu pada hari Rabu, kira-kira jam 5.30 petang. Setiap kali pertemuan, majikannya (Shamshida) akan menyuruh membawanya ke Cafe Guana, di Bangsar Shopping Complex. Selepas itu, Dato Nalla bersama Anwar akan datang mengambil Shamshida menggunakan kereta kereta mewah Daimler WBV 37, yang dipandu oleh Dato Nalla yang membawa Shamshida dan Anwar ke kondominium mewah, Tivoli Villa.

Kehadiran Anwar ke Tivolli Villa tidak diiringi oleh polis pengiring kerana beliau memberi alasan beliau ingin bermain tenis dengan Dato Nalla di Bukit Kiara.

Kebiasaannya Dato Nalla akan membawa Anwar dan Shamshida ke Tivoli Villa itu dalam tempoh dua hingga tiga jam, pada hari Rabu, sekitar jam 5.30 petang, dengan kekerapan dua minggu sekali atau sebulan sekali.

Menurut rekod Mahkamah Tinggi, Di Tivoli Villa, Dato Nalla mempunyai dua unit kondo VVIP iaitu unit 2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5, Blok 2 yang diberikan oleh Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Urusan Magnum Corporation (syarikat judi) kepadanya.

Dato Nalla yang ketika itu Director Eksekutif Magnum Corporation menerima kemudahan kondo mewah untuk aktiviti melayan tetamu VVIP dan tugas Dato Nalla adalah menjaga Anwar Ibrahim, selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kondominium Tivoli Villa itu sendiri adalah kepunyaan Datuk T.K.Lim yang juga Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB).

Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan juga memiliki apartmentnya sendiri di kondominium itu iaitu di Unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa.

Sudah banyak kali pertemuan dan kaedah yang sama dilakukan oleh Anwar, sehinggalah Azizan membocorkan pertemuan pada 30 Jun 1997, jam 5.35 petang.

Pada tarikh itu Ummi Hafilda menyaksikan sendiri bagaimana Shamshida menunggu di Cafe Guana, di Bangsar Shopping Complex dan selepas itu kehadiran Anwar bersama Dato Nalla mengambil Shamsida menaiki Daimler WBV 37 ke Tivoli Villa.

Selain Ummi Hafilda, empat individu lain yang menjadi saksi melihat pertemuan itu, iaitu Mohd Azman Ali (abang Ummi Hafilda), kedua-dua rakan rapat Ummi Hafilda iaitu Puan Zamrah Lajis dan Puan Normala serta pemandu peribadi Shamshida Taharin iaitu Azizan Abu Bakar.

Baca pembongkaran skandal Anwar dan Shamsida melalui perantaraan Nallakarupan, klik di sini dan lihat juga kandungan penuh warkah tersebut, dalam bentuk google.doc Klik di sini


Nallakarupan Ditangkap, Terbongkar Semua Rahsia

(Datuk) Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) ketika itu Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah telah mengeledah rumah Dato Nalla di Bukit Tunku pada 31 Julai 1998.

Semasa penggeledahan, pihak polis telah menemui 125 butir peluru jenis Fiochhi 6.35mm yang dimilki tanpa lesen. Selain itu turut ditemui 150 butir peluru, 38 special, 96 butir peluru 12 bore dan sepucuk pistol, 38 Smith & Wesson.

Turut dijumpai ialah surat-surat asal peribadi kepada Anwar seperti surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), surat asal daripada sebuah syarikat awam memohon untuk membeli saham yang disenaraikan di papan pertama BSKL dan surat asal peribadi yang ditulis tangan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi kepada Anwar.

Lima surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama BSKL yang dialamatkan kepada Kementerian Kewangan memohon projek-projek kerajaan, dan surat terkelas daripada pegawai Kementerian Kewangan kepada Anwar.

Juga dijumpai ialah wang tunai bercampur-campur berjumlah kira-kira RM2 juta dalam matawang Pound Sterling, Dollar Amerika, Dollar Singapura dan Ringgit Malaysia.

Musa Hassan dalam afidavitnya menyatakan tujuh orang saksi telah memberi pernyataan bertulis semasa penyiasatannya.

Berikut ialah pernyataan-pernyataan saksi yang terkandung dalam afidavitnya:

+ Seorang saksi lelaki telah menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar sebanyak 15 kali. Kegiatan homoseksual ini telah dilakukan di beberapa tempat termasuk di sebuah apartmen, Tivoli Villa di Bangsar. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan adalah salah seorang pengarahnya yang mempunyai akses ke atas apartmen tersebut.

+ Seorang saksi telah memberi kenyataan bahawa dia mengesyaki kakak iparnya menjalinkan hubungan seks dengan Anwar dan perbuatan tersebut dilakukan di apartmen Tivoli Villa.

+ Bekas pemandu peribadi Nalla dalam kenyataannya menyatakan bahawa dia pernah membawa Anwar bersama Nalla pergi ke tempat tertentu untuk perkhidmatan seks haram. Dia pernah ditugaskan oleh Nalla untuk pergi mengambil perempuan-perempuan berbangsa Cina, Mexican, Eurasian dan bangsa lain untuk kegiatan seks haram. Pernah pada suatu ketika, selepas balik dari apartmen Tivoli Villa, saksi ini memandu kereta yang dinaiki oleh Anwar bersama Nalla dan seorang wanita, yang mana Anwar dilihat memakai rambut palsu.

+ Seorang saksi yang terlibat dalam pembekalan perempuan-perempuan bagi maksud pelacuran menyatakan bahawa Nalla pernah menghubunginya untuk mendapatkan khidmat seks haram. Saksi ini menyatakan dia juga beberapa kali telah membekalkan kepada Nalla perempuan-perempuan tersebut.

+ Seorang saksi wanita menyatakan bahawa Nalla telah memperkenalkannya kepada Anwar semasa di dalam kereta. Kemudiannya mereka bertiga telah pergi ke apartmen Tivoli Villa. Di sebuah bilik di dalam apartmen tersebut saksi ini menyatakan dia telah dicabul kehormatannya dan dia juga menyatakan bahawa Anwar telah merayu-rayu kepadanya untuk mengadakan hubungan seks tetapi dia telah menolaknya. Sewaktu kejadian ini berlaku Nalla berada di apartmen tersebut.

+ Seorang lagi saksi wanita menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nalla ke sebuah banglo dan diperkenalkan kepada Anwar. Saksi ini menyatakan dia diminta masuk ke sebuah bilik dan kemudiannya Anwar telah masuk ke bilik tersebut lalu mencium dan menghempapnya sambil memeluknya. Namun dia tidak menyerahkan dirinya untuk hubungan seks. Untuk mengelakkan dirinya daripada keadaan tersebut dia telah membuat helah yang dia di dalam keadaan haid.

+ Seorang lagi saksi wanita yang bekerja di sebuah syarikat yang mana Nalla adalah salah seorang Pengarah syarikat tersebut, menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nalla ke apartmen Tivoli Villa dengan kereta yang dipandu sendiri oleh Nalla. Di apartmen tersebut dia telah terperanjat apabila ditemukan dengan Anwar. Mereka telah mengadakan hubungan seks. Setelah selesai mengadakan hubungan seks dengan Anwar saksi ini menyatakan bahawa mereka telah berbincang tentang hal ehwal politik negara. Nalla telah memberi saksi ini RM350.

+ Pihak polis juga mempunyai keterangan bahawa Nalla ada memberi wang tunai berjumlah RM60 juta kepada Datuk Seri Anwar semasa pilihan raya umum tahun 1995.

+ Terdapat juga keterangan yang menunjukkan Nalla telah mengalihkan aktiviti-aktivitinya ke sebuah apartmen di Impiana Court, Ampang, Selangor selepas siasatan pertama yang dijalankan berkaitan surat layang terhadap skandal seks Anwar pada Ogos 1997. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur di mana dia merupakan seorang dari Pengarahnya. Kegiatan-kegiatan seks haram ini masih beterusan walaupun siasatan polis telah dimulakan.

Menurut afidavit itu, sewaktu polis menjalankan siasatan, satu lagi laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli korporat (Dato Hamzah) yang mendakwa bahawa Anwar cuba memikat isterinya.

Perkara itu berlaku ketika beliau dan isterinya mengikuti rombongan Anwar ke Washington.

Dalam siasatan polis, terbukti Nalla telah juga terlibat dalam aduan yang dibuat oleh ahli korporat itu.

Polis juga mempunyai maklumat bahawa Nalla sering mengikuti Anwar ke luar negara dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai orang tengah yang membolehkan Anwar dipergunakan oleh anasir-anasir jahat luar negara yang boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara. Klik di sini

Peguam bela Anwar berusaha untuk menggugurkan afidavit Nalla dalam kenyataan Musa Hassan di Mahkamah Tinggi, tetapi tidak berjaya. Klik di sini

Dalam afidavit itu, Nalla menyebut, “pada tahun 1997 kira-kira pukul 6 hingga 6.30 petang, dia diminta oleh Anwar untuk mengambil seorang wanita di kompleks membeli belah Bangsar menaiki kereta BMW nombor pendaftaran WCH 5959. Mereka ditinggalkan di Coffee House Tivoli Villa selama 45 minit. Coffee House itu terletak dalam satu bangunan dengan apartmen di Tivoli Villa di mana Anwar mempunyai kunci apartmen tersebut yang diberi oleh seorang yang bernama T.K Lim dan Nallakaruppan secara peribadi.Biasanya selepas menggunakan apartmen itu, dia (Anwar) akan menyerahkan kunci kepada saya dan kepada T.K. Lim” Klik di sini

Pada 12 Ogos 1998, Datuk Nallakaruppan telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki 125 butir peluru hidup tanpa kebenaran.

Nallakaruppan, dituduh memiliki peluru Fiocchi 6.35 milimeter kira-kira pada pukul 8 malam, 31 Julai 1998 di rumahnya No. 1-1, Selekoh Tunku, Bukit Tunku Kuala Lumpur.

Tertuduh yang dilarang jamin didakwa mengikut Seksyen 57(1)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Tertuduh diwakili oleh peguam Balwant Singh Sidhu dan Manjeet Singh Dhillon.Klik di sini

Nallakarupan Berpihak Kepada Anwar Perbicaraan 1998

Pada 2 November 1998, Anwar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas empat tuduhan rasuah. Pendakwaan kes ini berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri yang mengarahkan Pengarah Cawangan Khas dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia semasa 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos pertemuan di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, Kuala Lumpur.

Arahan Anwar supaya menangkap Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar bagi mendapatkan kenyataan bertulis daripada mereka berdua bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat yang sebelum ini dihantar kepada Perdana Menteri pada 5 Ogos 1997.

Sepanjang prosiding perbicaraan, nama Shamshida Taharin turut dibangkitkan di mahkamah.

Ujian DNA di tempat 'tempat pertemuan' di Tivoli Villa mengesahkan milik Anwar dan Shamshida.

Lim Kong Boon, seorang ahli kimia forensik, yang memberitahu Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur bahawa terdapat kesan-kesan tompokan air mani Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin pada tilam yang dirampas dari sebuah unit apartmen mewah Tivoli Villa.

Lim Kong Boon, saksi pendakwa ke 21 berkata, beliau menemui kesan air mani tersebut setelah menjalankan ujian DNA ke atas 13 tompokan yang terdapat pada tilam tersebut. Lim menerangkan bahawa beliau membuat perbandingan profil yang diambil daripada contoh darah Anwar dan Shamshida yang merupakan isteri bekas Setiausaha Sulitnya, Mohd. Azmin Ali.

Lim memberitahu, hasil kajian DNAnya, 13 tompok air mani itu sesuai dengan contoh darah Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin.

Nallakarupan pula melalui peguamnya Manjeet Singh Dhillon berusaha membantu Anwar di mahkamah. Surat Manjeet kepada Mohtar (Peguam Negara) yang diklasifikasikan sebagai ”persendirian/untuk tatapan anda sahaja” dibacakan di mahkamah yang menuduh Abdul Gani (pendakwa) memaksa Nallakaruppan memberikan keterangan terhadap Anwar sebagai pertukaran kepada tuduhan senjata api yang lebih ringan terhadap ahli perniagaan itu. Klik di sini, di sini dan di sini

Ekoran dakwaan itu, Abdul Gani Patail dan Azahar Mohamad telah membuat laporan polis. Klik di sini

Nallakarupan Meninggalkan Anwar

Nallakarupan tewas dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang didakwa memiliki peluru tanpa permit menyebabkan beliau dipenjarakan satu tahun.

Selepas dibebaskan dari penjara beliau membawa keluarganya berhijrah ke luar negara dan kembali semula ke tanahair pada tahun 2003.

Pada tahun tahun 2004, Anwar memujuk Nallakarupan untuk menyertai PKR untuk membantunya memperkasakan kaum India dalam parti tersebut. Namun Nalla menolaknya. Kemudian setelah dipujuk sekali lagi, pada tahun 2006, Nalakarupan menerima pelawaan Anwar itu.

Pada April 2007, Nallakarupan mendapat pencalonan tertinggi untuk posisi Naib Presiden PKR, namun terpaksa menarik diri daripada pencalonan tersebut setelah dinasihati Anwar yang mahukan Azmin Ali mengisi tempat bekas pemain tenis Anwar itu.

Pada 23 Mei 2007, Nallakarupan mengumumkan keluar dari PKR [klik di sini] dan menubuhkan parti baru, Parti Bersatu India Malaysia (MIUP). Klik di sini

Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan sebab keluar parti kerana tidak tahan lagi dipermainkan oleh rakan karibnya sendiri (Anwar).

“Kali pertama Anwar memberitahu saya patut bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok. Tetapi pada saat-saat akhir, beliau meminta saya menarik diri dan memberi kerusi itu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Nallakaruppan berkata beliau sekali lagi ‘dipermainkan” berhubung dengan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada 25 Mei 2007.

AIDC

PART 5, BACA, FIKIR GUNAKAN AKAL, RENUNGKAN DAN NILAIKAN SENDIRI

Assalamlualaikum, salam perjuangan kepada semua penyokong penyokong tegar saya, ha ha maaf gurau ya,terharu amat terharu dengan nasihat , pujian dan kata-kata semangat dan dorongan yg diberikan kepada saya dalam meneruskan perjuangan yg hebat ini yg rasanya telah sampai ke penghujungnya.Allah sahajalah yg membalas budi baik anda semua mendoakan untuk saya dan negara serta berbaik sangka di atas apa yg diceritakan.Moga hijab telah dibuka oleh allah swt untuk kita berfikir dan merenung seketika. SIAPA DIA YG SEBENARNYA, KENAPA SENYAP MEMBISU SERIBU BAHASA.Tak mampu diluah dgn kata-kata , apabila ramai yg telah dapat menilai siapa saya, dan siapa dia, ALLAH MAHA AGUNG, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA MENGETAHUI, ALLAH MAHA MENDENGAR RINTIHAN HAMBANYA.
IZINKAN KAMI YA ALLAH MENEGAKKAN KEBENARAN DGN PERTOLONGANMU, KAMI HAMBA YG LEMAH YG TAK MAMPU MENOLAK TAKDIR DAN MUSUH, NAMUN DGN RAHMATMU KAMI MEMOHON SELAMATKAN LAH BUMI BERTUAH INI DARI DIZALIMI OLEH PENGKHIANAT-PENGKHIANAT BANGSA.AMIN YA ROB BAL ALAMIN.
Huh semakin panas,tak tumbuh tak melata, tak sungguh bukti tak ditunjuk didepan mata, itu baru sedikit belum yg lain yg mungkin akan buat mereka lari malam , tak pe tungguuuuuuu, masih beri peluang kepada mereka supaya tinggalkan lah dunia politik, kerana sememangnya mereka tak layak untuk memimpin masyarakat, jauh sekali memimpin keluarga, hanya yg ada adalah nafsu rakus yg bermaharajalela,KUASA DAN HARTA , HIDUP BERTUHANKAN DUIT, NILAI DAN NORMA SEBAGAI HAMBA ALLAH DINODAI SEMAHUNYA,PULANG LAH KAMU KEPANGKAL JALAN WAHAI AZMIN, TINGGALKAN LAH WANITA YG KOTOR ITU DARI MENJADI SURI HIDUPMU,BANYAK LAGI WANITA YG BAIK DILUAR SANA YG LAYAK DIJADIKAN ISTERI, MENGAPA PERLU DISIMPAN BANGKAI DIDALAM RUMAH.TAKUT LAH KEPADA ALLAH, MALU LAH KEPADA MALAIKAT.
APA YG KAMU TUNGGU, SAMPAI NALLA NANTI HILANG PERTIMBANGAN LAMBAKKAN SEGALA BUKTI YG AMAT-AMAT NGERI.Jadi carilah jalan pulang, sebesar buih lautan pun dosa hambanya,namun bila anda kembali yakni bertaubat dan menginsafi dgn penuh takzim dan memohon maaf bagi semua yg telah difitnah dan dizalimi, sudah pasti ALLAH PENUH DGN SIFAT AR RAHMAN, SIFAT PEMURAH,INSHAALAH TAUBAT YG KONSISTEN PASTI DITERIMA. NAMUN MY LAST WARNING TO U, IF U STILL NAK MENEGAKKAN BENANG YG BASAH, DOSA YG KEJI,FITNAH YG MELAMPAU, AKU ISTIHARKAN PERANG HABIS-HABISAN KE ATAS KAMU ANWAR, AZMIN, AZIZAH DAN SAMSIDAR.KITA BERPERANG DGN MATA PENA, KITA BERPERANG DGN BUKTI DAN KEBENARAN, KITA BERTEMU DIMAHKAMAH DUNIA, KITA BERJAWAB DIMAHKAMAH TUHAN,AKU LEBIH RELA HILANG SATU ABANG DARI BERSUBAHAT DENGAN MU UNTUK MENGHANCURKAN 27 UMAT YG TIDAK BERDOSA.NAUZUBILAH MINZALIK, NOT ME AZMIN, NOT ME ,NABI NOH PUN BIARKAN ANAKNYA MATI KARAM DI DEPAN MATANYA SENDIRI, U KNOW ME WELL, IF I SAY NO, NO MATTER WHAT, THE ANSWER IS NO, EVEN KALAU AKU MATI SEKALI PUN KERANA PERJUANGAN INI, AKU PASTI AKU TELAH MELAKUKAN SATU JIHAD YG BESAR KEPADA AGAMAKU, BANGSAKU, TANAHAIRKU, ALIF, BA TA FALSAFAHKU YG TAK MUDAH DIGUGAT DENGAN DESAKAN DAN UGUTAN, NO WAY MIN, NO WAY MIN.ALLAHHUAKHBAR 7X
MARI KITA SEMUA BUAT SOLAT HAJAT DISERATA PELUSUK BUMI, MINTA ALLAH DATANGKAN KEBENARAN DGN KADAR YG SEGERA, SELAMATKAN LAH ORANG ISLAM DARI TERUS BERPECAH, DARI TERUS BERCAKARAN, DARI TERUS KELIRU DGN FITNAH DAN TEORI KONSPIRASI YG PALING KEJI,MOGA ALLAH AMPUNKAN SETIAP DOSA DARI KITA, MOGA ALLAH LAHIRKAN SEORANG PEMIMPIN YG HEBAT DIANTARA KITA UNTUK TERUS MEMACU MALAYSIA DAN ISLAM KE ARAH KEGEMILANGAN SEANTARIO DUNIA.AMIN YA ROB BAL ALAMIN.
PERSOALAN KE 11 ???????????
Kenapa azmin memusuhi kakak-kakaknya, kak long dan kak lang serta ipar duai selama berbelas tahun lamanya semata-mata kak long dan kak lang berpihak kepada kebenaran.Kakak dan famili tak mudah dijual beli,famili berpegang kepada apa yg diketahui.Kenapa kak long , kak lang dan azwan sanggup menemani saya selama 100 hari kemahkamah kalau bukan saya dipihak yg benar, Namun masyarakat tidak tahu, setelah segala teori konspirasi kotor mereka menghantui setiap benak fikiran rakyat yg tidak berdosa.Yg paling kesian ialah nama ayahananda Mahathir di heret kekancah hina dan fitnah yg amat-amat zalim dan tidak masuk akal. TUN, IBU SAYA HAJAH CHE TOM SAMPAIKAN SALAM DAN BERKALI-KALI MEMOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA TUN DI ATAS KEZALIMAN DAN KEHINAAN PERANGAI ANAKNYA AZMIN YG TELAH MENGHANCURKAN ISLAM DAN NEGARA YG TERCINTA. Namun ibu tetap ibu , kasih ibu kasih yg suci, kasih sepanjang zaman , masih mengharapkan sinar iman di hati anaknya azmin, sempat beliau menitipkan pesan kepada azmin sebelum berlepas ke Mekah , BERTAUBATLAH AZMIN, namun menyebabkan azmin naik angin mengatakan dia tidak mempunyai dosa, budaya angkuh dan riak ni mungkin dia belajar dari tok guru, semua orang umno masuk neraka, dia-dia je masuk syurga.
Kalau azmin nak menjadi pemimpin rakyat dia perlu menjaga hati dan kebajikan setiap ahli keluarganya terlebih dahulu, lebih-lebih lagi ibu yg semakin uzur. Wahai azmin, berapa kali dalam setahun , dua tahun ,5 tahun, 10 tahun kau bawak mak pegi jalan-jalan, pegi hospital tiap bulan buat check up, kalau tak keluar negeri pun sekurang-kurangnya kepasar tani, kerumah adik beradik dia, berapa kali, aku nak tanya, JAWAPANNYA TAK ADA LANGSUNG. Tapi kalau pasal aljuburin sanggup kehujung dunia,kemahkamah, sampai kena gantung sebagai MP pun sanggup, memang kau dah buta hati, akibat dosa-dosa yg semakin berdaki, sampai kak long dan kak lang pun kau nak musuhi.Cuma setahun sekali bila raya,kau paksa mak bagai nak gila datang kerumah kau, sebab apa, nak tunjuk pada dunia , drama bersiri kau tu, kononnya kau lah anak mithali, pada hal kalau mak telefon kau 10x satu hari pun kau tak angkat angkat. so pegilah azmin, peeeerah, cukup=cukuplah perangai munafik dan plastik kau tu, TOBAT NASUHALAH.TINGGALKAN LAH SI POMPUAN KEJI TU DAN SI TUA KUTUK ALJUBURIN TU, MUNGKIN LEPAS TU MATA KAU YG BUTA TU TERANG KEMBALI.
Kepada kak long dan kak lang serta abang jamal, dan abang said, jutaan terimaksih kerana prinsip anda semua tidak berubah, yg benar tetap benar, yg salah tetap salah, anda semua tak boleh dibeli dengan wang ringgit. TQ so much,kalau dahulu saya seorang sahaja yg bersuara, azmin telah meletakkan saya di tahap yg paling hina dgn fitnah dan teori konspirasi kotornya, tapi apa kata min, KALAU KALI NI SELURUH AHLI KELUARGA BERSUARA, KALAU KAK LONG , KAK LANG BUKAK MULUT SAPE KAU YG SEBENARNYA ,MACAM MANA ADAKAH KAU JUGA AKAN KATA PADA DUNIA KAKAK-KAKAU KAU DIUPAH ATAU PEREMPUAN HINA, SANGGUPKAH KAU MEMFITNAH MEREKA? MEREKA YG MENJAGA, MEMBELAI KAU,KETIKA KECIL, TERGAMAKKAH KAU MENZALIMI MEREKA. RENUNG-RENUNGKAN LAH MIN, CARI LAH JALAN PULANG, PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA, TINGGALKAN LAH DUNIA POLITIK , SEMEMANG KAU TAK LAYAK MEMIMPIN MASYARAKAT SELAGI ISTERI DIGADAIKAN.
PULANGLAH MIN , AKU SEDIA MEMAAFKANNYA DAN MELUPAKAN SEGALANYA,DGN SYARAT KAU BERTAUBAT DAN TIDAK MENIPU RAKYAT.
JUTAAN RAHMAT BUAT BONDA TERCINTA DAN JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA KAK LONG DAN KAK LANG SERTA SELURUH KELUARGA YG TELAH MENYOKONG PERJUANGAN SAYA. HANYA ALLAH LAH YG MEMBALASNYA.
Di bawah ini disertakan wajah kak long saya yg jelita, NORLIA ALI , berusia 53 tahun dan sering muncul dalam iklan-iklan perdana, samada di kaca tv mahupun diakhabar-akhbar. Dibawah gambar kak long dalam banyak akhbar menerusi iklan pelaburan di maybank TQ KAK LONG .
Sengaja saya redakan isu yg panas ini, kerana ada orang yg resah, gundah gulana, saya juga manusia, cuba bertimbangrasa, namun kalau kelihatan tiada jalan pulang, maka perjuangan harus diteruskan,.................
Ummi Hafilda

AKHIRNYA KARPAL SINGH MENGAKU JUGA !!!

Akhirnya setelah lama kita menunggu dari dulu nampak nya Karpal mengaku pernah mendesak supaya bekas Timbalan Perdana Menteri,Anwar disiasat kerana didakwa oleh beberapa pihak terlibat dengan perbuatan liwat.kenapa tak mengaku dari dulu ??? adakah Karpal ni takut segala rahsia anwar terbongkar ???

Ahli Parlimen Wangsa Maju,Wee Choo Keong berkata,Karpal dalam pengakuan yang disiarkan menerusi laman web KLIK DI SINI selasa lalu menjelaskan,desakan yang dibuatnya pada 1997 adalah atas kedudukannya sebagai wakil rakyat pembangkang di Dewan Rakyat.

"Saya sendiri telah mendedahkan di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa dalam satu ceramah DAP di Hotel Federal di Kuala Lumpur pada 1997, Karpal telah menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.Akhirnya pendedahan saya disahkan sendiri oleh Karpal, jika tidak sudah pasti satu lagi saman fitnah akan difailkan beliau terhadap saya. Surat saman terbang di merata tempat. Ini adalah menakutkan," katanya dalam blognya KLIK DI SINI semalam.

Dalam perkembangan lain Choo Keong berkata,beliau masih menunggu penjelasan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berhubung tindakannya mengubah pendirian untuk terus menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Pada 8 Februari 2009, Karpal telah membuat desakan supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai ketua pakatan pembangkang.Sebulan selepas itu iaitu pada 8 Mac (2009), Karpal telah berpusing dengan menyatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh boleh kekal sebagai ketua pembangkang kerana mendapat sokongan semua Ahli Parlimen pembangkang," ujarnya.

Monday, December 27, 2010

12 DALIL UCAPAN ANWAR YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM !

12 Dalil kesalahan-kesalahan Anwar yang dikupas oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady adalah seperti berikut :

1. Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.

Anwar Ibrahim : Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.

Uthman El-Muhammady : Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

2. Persoalan Pendapat Ahli Sufi Jelaluddin al-Rumi

Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jelaluddin al-Rumi yang menyebut; “Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan”(The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).

Uthman El-Muhammady : Pandangan ini tidak benar kerana Jelaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam dan bukannya di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Tentang simbolik ‘cahaya’ dan ‘lampu’ itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara tentang manusia yang perlu ‘menyeberangi’ sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat dan bukan meninggalkannya.

3. Persoalan Konsep Agama Adalah Universal

Anwar Ibrahim : Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.

Uthman El-Muhammady : Konsep ini berlawanan dengan anjuran Al Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.


4. Persoalan Pendapat Dante, Penyair Kristian abad ke-14

Anwar Ibrahim – Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan ‘Kuasa’ tetapi juga dengan ‘Akal’. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk al Farabi dan Ibn Rush :

Uthman El-Muhammady : Dante tidak menganjurkan pluralisme agama. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian) dan menolak agama lain. Dalam epik puisi ‘The Divine Comedy’, karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali rd ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al Quran maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain, dan ajaran Quran adalah universal. Dalam Islam, ‘Akal’ semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan tetapi juga bergantung kepada kepercayaan ‘Wahyu’ dan ‘Syariat’. Sebab itu al Farabi dan Ibn Rush tidak bergantung kepada ‘Akal’ tetapi beriman kepada ‘Wahyu’ Al Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW.

5. Persoalan Konsep Kebebasan Beragama VS Pluralisme Agama

Anwar Ibrahim : Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Uthman El-Muhammady : Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kerana kebenaran itu tetap ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.

6. Persoalan Firman Allah, ‘Tidak Ada Paksaan Dalam Agama’

Anwar Ibrahim : Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman ‘tidak ada paksaan dalam agama’, maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Uthman El-Muhammady :Tidak ada paksaan dalam agama’ (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam.
Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam ‘freedom of conscience’ (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.

7. Persoalan Konsep Menuju Kepada Yang Satu

Anwar Ibrahim : Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.

Uthman El-Muhammady : Dalam Islam konsep ‘Menuju Kepada Yang Satu’ perlu dilihat dalam konteks Quran. Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid juga bukannya Yang Satu, begitu juga kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam Al Quran.

8. Persoalan Semua Kepercayaan Agama Adalah Sama

Anwar Ibrahim : Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Uthman El-Muhammady : kebenaran-kebenaran yang tertinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) juga perlu dilihat dalam konteks Al Quran. Apabila diturunnya Al Quran, maka terputuslah kebenaran agama-agama lain (‘muhaiminan ‘alaih). Menurut Islam tidak ada yang benar, melainkan ajaran al-Quran.

9. Persoalan Perintah- Perintah Eksklusif (Exclusivist Claims)

Anwar Ibrahim : Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.

Uthman El-Muhammady : Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain Al Quran sebagai ‘wahyu’. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagian dan syurga tidak akan mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu Al Quran.

10. Persoalan Konsep Kebebasan

Anwar Ibrahim : kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.

Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Uthman El-Muhammady : Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience), pada muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara’: Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara’, maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu bertentangan dengan Syara’ maka ia perlu dijauhi.

Sudah tentu bagi Muslimin, Syara’ mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara’ dan ijma’, itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Pihak yang berbicara tentang nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya dan bukannyahendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.

11. Persoalan Syariat Islam

Anwar Ibrahim : Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang ‘pertembungan tamadun’ yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan ‘gendang purba’ itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan.

Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama(Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalist (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists).

Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat tentang Islamophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudahpun mencapai garis penyudah [dalam amalan demokrasinya] manakala jiran-jirannya yang muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya.

Uthman El-Muhammady : Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara’ yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara’ berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma’, kerana terpengaruh dengan ‘penemuan-penemuan’ para pemikir, ini tidak dibolehkan.

12. Persoalan Jihad

Anwar Ibrahim : Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam.

Uthman El-Muhammady : Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil untuk penafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak lepas, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.

rujukan AIDC.

PAKATAN RAKYAT SELANGOR HANYA MENABUR JANJI SAHAJA.

-Menteri Besar Selangor  merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor hanya pandai berkata-kata sahaja tetapi pembohong besar.

 Sumber: http://selangorterkini.com

Diwar-warkan selama ini dengan wujudnya Parti Keadilan Rakyat (PKR), maka kebajikan rakyat jelata akan dijaga dengan adil dan saksama seperti burung kakak tua dalam sangkar.   Alangkah sejuk  rasa hati rakyat Selangor pada ketika itu.  Tetapi persoalannya kini adakah PKR di Negeri Selangor menjaga kebajikan rakyatnya dengan adil dan saksama?  Adakah PKR Selangor peka pada masalah rakyatnya?
Lihat sahaja salah satu isu agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor iaitu Yayasan Selangor yang merupakan agensi pendidikan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor.  Kini, rakyat Negeri Selangor  yang berkhidmat di agensi tersebut mula meratap sedih dan berasa kecewa dengan keadaan organisasi yang dipimpin oleh Pengurusan baru (Tuan Haji Ilham Marzuki) yang dianggap sangat jujur dan bijaksana dan orang pandai bisnes oleh pucuk pimpinan Negeri Selangor.
Dimana kakitangan yang bertugas di organisasi tersebut telah dipandang rendah dan hina, diherdik dan dimaki serta difitnah sesuka hati seperti binatang periharaannya sahaja dan sehingga pengurusan baru ini sanggup meminggirkan salah satu hak mereka yang termaktub di dalam Skim Perkhidmatan sejak tahun 1978 iaitu bayaran Faedah Persaraan yang mana telah dibuat pindaan Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor Tahun 2001.
Untuk makluman bahawa setakat hari ini seramai 38 orang telah berhenti atau menamatkan perkhidmatan dengan Yayasan Selangor. Sebab kakitangan ini meletak jawatan adalah melalui dua taraf, Pertama adalah berhenti secara sukarela kerana tidak tahan dengan sikap Pengurusan Yayasan Selangor (Tuan Haji Ilham Marzuki), dan Kedua adalah berhenti kerana telah mencapai usia persaraan.
Yang sungguh malang diterima setakat ini adalah kesemua kakitangan ini telah mencapai usia perkhidmatan  lebih 10 tahun dengan Yayasan Selangor dan mengikut Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor Pindaan Tahun 2001 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor Tahun 2001 menyatakan kakitangan yang telah mencapai perkhidmatan lebih 5 tahun akan dibayar feadah persaraan sekiranya berhenti atau bersara. Tetapi dengan Pengurusan Baru Yayasan Selangor dibawah Pentadbiran Tuan Haji Ilham Marzuki (Pengurus Besar yang sombong mengaku pandai tetapi bodoh) telah mengubah segala peraturan sesuka hati, dimana, ada kakitangan yang berhenti/bersara dibayar penuh faedah persaraan, ada yang dibayar separuh (50%) daripada faedah persaraan dan ada yang langsung tidak dibayar setakat ini (hampir 6 bulan). Segala perubahan peraturan dibuat dengan sesuka hati tanpa merujuk dalam mana-mana Mesyuarat. Mengikut peraturan bahawa perjalanan operasi hendaklah dirujuk kepada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor untuk dilaksanakan.
Adalah difahamkan bahawa dalam Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor Tahun 2009 telah dibincangkan masalah faedah persaraan kakitangan dan memutuskan dimana Menteri Besar Selangor selaku pengerusi mesyuarat meminta supaya Pengurusan Yayasan Selangor dapat mengwujudkan Tabung Persaraan Warga Kerja Yayasan Selangor untuk memberikan kepada warga yang telah lama bertugas di Yayasan Selangor dan juga menggesa supaya Yayasan Selangor dapat membuat bayaran kepada warga kerja yang layak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Alangkah sedihnya terutama bagi kakitangan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun malah ada yang mencapai lebih 30 tahun tidak dibayar faedah persaraannya.  Yang lebih menyedihkan ada antara kakitangan yang tidak dibayar adalah bekas Pembantu Am Rendah (tukang cuci/sapu) yang jumlahnya hanya RM18,000.00 sahaja. Kesian makcik PAR kita yang asyik menunggu buah yang tidak gugur. Sedangkan Pengurusan boleh berbelanja ratusan ribuan malah berjuta untuk mengubahsuai asrama, kem dan bangunan Bayasan Selangor. Inilah contoh Negeri Berkebajikan gaya PKR tidak tahu ‘priority’ dan jasa kakitangan.
Sebelum pengambilalihan pengurusan baru, kakitangan diberi hak untuk menerima bayaran Faedah Persaraan mengikut tahun perkhidmatan dan sentiasa dikemaskini demi menjaga kebajikan kakitangan setelah tamat dalam perkhidmatan kerana tiada pencen diperuntukkan sepertimana kakitangan kerajaan.
Bagi memastikan kebajikan kakitangan tidak terabai dan kewangan organisasi terus kukuh, pengurusan terdahulu dengan persetujuan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor menetapkan untuk meneruskan bayaran Faedah Persaraan kepada kakitangan tetap  dan kontrak yang sedia kecuali kakitangan baru tahun 2010.  Walau bagaimanapun, kakitangan baru diberikan caruman KWSP (Majikan) melebihi 5% daripada kakitangan yang sedia ada sebagai ganti Faedah Persaraan  tersebut.
Malangnya, pengurusan baru telah meminda skim tersebut dan membatalkan pindaan yang terdahulu tanpa menarik balik tambahan 5% caruman KWSP (Majikan) yang diterima oleh kakitangan baru.  Kini kakitangan yang baru dilantik termasuk Pengurusan Tertinggi terus menerima kemudahan tersebut sedangkan hak kakitangan yang berkhidmat lama diabaikan.  Inikah yang dinamakan KEADILAN?
Oleh itu, sebagai rakyat Negeri Selangor, diseru kepada pemimpin-pemimpin di Negeri Selangor terutama Menteri Besar Selangor agar membuka mata dan hati seluas-luasnya.  Kakitangan yang ada bukanlah semuanya orang berada yang mempunyai perniagaan, memiliki harta dan mendapat tempat di kalangan orang-orang atasan.  Majoriti gaji mereka tidakpun mencapai berbelas ribu sebulan.
Tetapi sedarkah selama ini bahawa mereka inilah yang telah memberi kerjasama dan sentiasa berusaha untuk menaikkan prestasi organisasi, melahirkan anak-anak Selangor yang cemerlang dan sekaligus menjaga nama baik Negeri Selangor?  Jika masalah rakyat sekecil inipun tidak dapat diselesaikan dengan baik dan hanya dipandang ringan, bagaimana hendak memimpin dan menerajui sebuah Negara?  Inikah yang dikatakan merakyatkan ekonomi? Fikirkanlah yang terbaik demi kebajikan rakyat Negeri  Selangor.   Jangan terus biarkan orang berada bertambah kaya, orang di bawah dipinggirkan! 

Apa fatwa Nik Ajis Selepas Ini

Apa fatwa Nik Ajis?


Satu tamparan yang hebat buat wali selipar kelahiran Kelantan, Nik Ajis bila mana 20 sekolah pondok di Kelantan menolak kepimpinan PAS.

Sekolah pondok adalah suatu institusi yang benar-benar memperjuangkan dan bergerak berlandaskan ajaran Islam yang hak dan tidak sama sekali terbelenggu dengan mana-mana ideologi politik.

Apakah Nik Ajis akan mengeluarkan fatwa mengatakan sekolah pondok terbabit dibeli oleh UMNO? Adakah Nik Ajis akan mengatakan sekolah pondok terbabit tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar?Adakah Islam Nik Ajis dan Islam sekolah pondok tersebut tidak sehaluan?

Adakah Nik Ajis akan mengharamkan sekolah tersebut?

Jelas, Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah bersifat kepentingan politik. Lagipun di dalam buku 7 Wali Melayu, nama Nik Ajis tidak termasuk di dalam senarai. Di Kelantan, hanya nama Tok Kenali yang menjadi sebutan dan diiktiraf kealimannya.

Kenapakah Nik Ajis tidak mewar-warkan nama Tok Kenali sebagai wali besar dari Kelantan?

Wali-wali adalah ibarat sebutir permata..Sedangkan ulamak PAS ibarat kaca yang bersepah di tengah-tengah jalan. Justeru, sebab itulah wali-wali besar jarang dikenali orang bahkan mereka tidak mahu diri mereka dikenali umum..berbeda dengan ulamak PAS yang menayangkan wajah mereka di jalan-jalan bahkan di batang-batang pokok sehinggalah ke tong-tong sampah di dalam pilihanraya dengan poster-poster muka mereka yang bertebaran di jalanan.

Mungkin Nik Ajis dan ulamak PAS lupa bagaimana junjungan besar bersabda ..'Barangsiapa diam. dia akan selamat'. Hari ini ulamak palsu PAS lantang bersuara memperjuangkan sesuatu yang cukup kabur termasuklah bersetuju untuk si kafir menjadi Timbalan Perdana Menteri..

Dunia mahu kiamat??? 
 
Ya Allah selamatkanlah kami rakyat 1Malaysia dari mereka yang menjual agamaMu untuk keuntungan yang kecil didunia ini. Untuk pangkat, kedudukan, kuasa dan keuntungan material untuk kendiri!

Hypocrisy cannot be veiled forever


The biggest problem for hypocrites is the truth, truth is everywhere.

You see, hypocrites have to remember the lies that they have told and where it fits between the truth and they have to remember it every day and every time they open their mouth but people who only deal with the truth don't have to remember anything other than the facts.

For example Anwar Ibrahim lied about taking care of the Kampung Buah Pala land issue before the 12th General Elelction,he said that the problem would be solved within two weeks because "Karpal Singh is on our side' and 'the Chief Minister would be one of us'.

I don't understand what a an old lawyer has got to do with state decisions but even with the chief minister lording over land affairs, they did not solve the problem, in fact one of the first things Lim Guan Eng did was sign the permission or state consent for the land to be transferred to the developer.
Solving Kampung Buah Pala would have been a simple case of not signing the consent.

I am not saying that the development of Kampung Buah Pala is a bad thing, but Anwar promised and Pakatan promised ketuanan rakyat,Ketuanan Rakyat, from what I gathered at their heated political rallies meant that the Government listened to the Rakyat on everything and don't favour large corporations or development if it victimises the rakyat.

On this basis alone, Ketuanan Rakyat is a false promise,no Government in the world can operate by pleasing everyone,no Government in the world can operate without victimising some of the population.

Let me give you several examples, Do you remember Kampung Chubadak near Sentul?

Tian Chua rabble rousin at Kg Chubadak,
I wonder if he now drives on DUKE
to his political rallies or protests

Remember all the fuss that DAP and PKR kicked up when the Government wanted to relocate the squatters there and acquire land for a highway? Remember how everyone said that the Government was Zalim and heartless?

The truth is the Government was just doing its job,They were looking further ahead than the people could see and the Government saw that the nation's capital needed a quick link from Damansara to Ulu Kelang and as part of the masterplan they had made allocations in Ulu Kelang and Damansara for the highway alignment.

I used to wonder why the roundabout at AU3 was so large and why there was an unused tract of land in Wangsa Maju...they were DUKE highway but within the city centre and through parts of the older Gombak-Sentul area they had no choice but to relocate people.

The Government stood their ground and took the flak and pushed through the idea.

Well, now DUKE is one of the most useful highway in the capital reducing travel time from Damansara to Ulu Kelang from nearly two hours to just twenty minutes (10 minutes according to a regular user).

Ketuanan Rakyat is nothing more than pure Political Hype and propaganda, 

It is a feel-good message that Pakatan knows they can never deliver, heck they would not even be able to deliver a small portion of it.

In fact I dare say that pakatan cannot even deliver the parts about corruption and abuse of power. and I say this from observations in Penang, Selangor, Perak (under DAP rule), Kedah and Kelantan.

Anwar making promises at Kg Buah Pala 

In Penang we see the Chief minister incorporating all sorts of new bodies to push forward his political agenda to keep Penang in the hands of the Chinese -and I can bet that those supporting PR will blurt - 'well that's the same that Umno is doing for the Malays',so if you say A is wrong, why is it OK for B to do it?

They hike water tariff in Penang as they condemn water tariff increase in Selangor.

In Perak, they bulldoze the 999-year land policy without regard to convention and the National Land Code.A parliamentary democracy moves slowly on the basis of convention to prevent abuse of power  and in Perak they disregarded it.

In Perak DAP removed the safeguard of convention for the sake of their political convenience,they did not even have the decency to pretend to adhere to convention.

Meanwhile in Kedah we all know about Kabinet Batu 9,



Batu 9 Jalan Langgar is where the Dewan Harian Pas is held and most state decisions are made there to be rubber stamped by the PAS-Controlled State Assembly.

In reality, if PAS in Kedah is united, it would not make any difference where the decision is arrived at because they will still vote the same way in the assembly but the thing is, when Umno dominates the decision making they accuse Umno of sidelining the other parties.

Well that is the way of democracy isn't it? For the most time the majority gets their way, there are times when the minority is given priority

Then we move to the Selangor where the biggest campaign promises were to give free water and increase sand revenue.

Well the free water is flowing but then again the state has to pay to the water concessionaire for it and they can't continue to do it much longerthis is one of the main reasons why they want to take over Syabas.

I think limited free water is a good idea but one cannot implement a policy without looking at the financial implications to all the parties involvedbecause there is no such thing as a free lunch, someone is paying for it.

The Selangor state government is behaving like a bully against Syabas and that is not going to get them far because, Tan Sri Rozali Ismail, the boss of Syabas and Puncak Niaga is an old hand at this poltiical game, he is well known for his bully tactics.

Anyway good luck on Syabas

When it comes to the sand issue, Selangor's sand revenue for 2010 is lower than the last years under Khir Toyo. Why is that?

Some say because Kumpulan Semesta S/D (KSSB) the state monopoly of sand is leaking worse than a colander.

Bits and pieces of evidence have come up but I guess the authorities figure this is not enough, even the Selangor Committee on Accountability and Transparency SelCAT saw nothing wrong with KSSB..

Kalau gajah depan mata tak nampak nak buat macamana.

Meanwhile in Kelantan the people continues to put up with third world infrastructure and murky piped water while hanging on to the promise of paradise,as if living in less than sanitary conditions and with poor infrastructure promises Allah's pleasure.....

madness..

http://marahku.blogspot.com/

Ads


Followers