Ads Powered By ClixSense


Friday, December 3, 2010

Hapus Ketuanan Melayu = New Malayan Union

Hapuskan Ketuanan Melayu? Bolehkah hapuskan wang Melayu sekali? Boikot Melayu! Kalau Melayu tidak menjadi penentu kuasa beli yang menjana ekonomi, barulah ketuanan Melayu itu hilang. Tak begitu?

Hakikatnya apa yang dilaungkan oleh PKR yang menjadi jurucakap DAP dalam PR itu semata-mata menghidupkan 'Malayan Union' versi baru. Kerat telinga kalau Anwar itu berani menyanggah kewujudan raja-raja. Tetapi dia seronok kerana niat nya yang di back-up puak anti Melayu. Niatnya cuma mahu jadi Perdana Menteri.

Malayan Union versi baru ini agak ganas malah lebih teruk kerana ia melibatkan jumlah besar umat Islam berbanding 65 tahun lalu.

Kalau dulu, British yang menekan orang Melayu hingga keluar ke jalanan membantah, lalu UMNO tertubuh. Kali ini, masyarakat bukan Melayu yang menyerang Melayu agar liberalisasi demokrasi dan tatanegara dibuat dendam terhadap UMNO dididihkan.

Amat tegas tindakan yang perlu diambil untuk mengelakkan berlakunya kebangkitan besar-besaran yang akhirnya merugikan negara. Puak pengkritik kerajaan dari golongan rakyat di Indonesia sendiri terkesan dengan perbezaan pemerintahan sesudah reformasi.

Beza konteks hari ini dengan masa yang lalu hanya satu. Kuasa beli Melayu. Jika ini berjaya dikecilkan, maka majoriti akan menghurung pai yang kecil. Maka negara akan bergerak dari yang kaya semakin kaya, dan miskin semakin miskin.

Jurang seperti di Indonesia akan jelas dan lebar. Golongan sedia kaya menjadi terlalu kaya. Golongan sederhana menjadi mengecil. Golongan pendapatan rendah pula menjadi majoriti utama. Sebab itulah Anwar Ibrahim selalu melakukan 'studi banding' di Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers