Ads Powered By ClixSense


Sunday, June 6, 2010

Melayu Liberal musuh ummah Melayu dan Pribumi Malaysia


Hari ini sudah ada satu kelompok Melayu yang kononnya merasakan diri mereka berfikiran terbuka dan ultra-moden.

Dan kebanyakkan mereka ini maaf cakaplah adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Mereka beranggapan diri mereka berfikiran moden dan ke hadapan hanya kerana menolak idea-idea seperti keistimewaan Melayu dan sebagainya.

Disebabkan kononnnya pemikiran mereka liberal, menyebabkan mereka rasa merekalah yang paling bijak dan tahu semua benda baik buruk di negara ini.

Tetapi hakikatnya, mereka ini sebenar satu kumpulan manusia bodoh yang tidak sedar diri mereka dipergunakan masyarakat Cina chauvanist yang ada agenda politik lebih besar di negara ini.

Kepada Melayu-melayu yang bersemangat menjiwai falsafah Pakatan Rakyat secara membabi buta...ingatlah, hak keistimewaan Melayu di bawah kerajaan yang ada hari ini terjamin dalam Perlembagaan.

Namun, itu tidak bermakna ia tidak boleh dipinda.

Bila Pakatan Rakyat memerintah dengan DAP sebagai kuasa de facto belakang tabir ... silap hari semua yang ada itu akan hilang.

Meloponglah masa tu.


Yang bagusnya ... segelintir Melayu yang menyokong beriya-iya dengan idea Melayu tidak perlukan tongkat dan keistimewaan ... sanggup mencadangkan agar ia dihapuskan dengan alasan Melayu boleh menjadi lebih berdikari.

Dan yang lagi best ... orang-orang Cina yang tidak puas hati dengan keistimewaan Melayu tidak pula bercakap agar sekolah aliran Cina ditamatkan.

Bacalah dalam blog-blog, ada sahaja mangkuk Cina yang akan mengutuk sedikit kelebihan yang masih dipegang orang Melayu di negara ini.

Mereka yang sudah kaya raya sejak beberapa keturunan lalu cuba menzahirkan merekalah mangsa dan Melayu bangsa yang jahat.

Hak keistimewaan Melayu mereka akan cadangkan agar ditarik balik tetapi hak mereka seperti yang penulis sebutkan yakni sekolah aliran Cina tidak pula mereka sebut apa-apa. Tang tu ok pulak ikut puak-puak ni!


Pandai memang pandai ... yang menjadi hak keistimewaan masyarakat Cina perlu dikekalkan ... hak keistimewaan Melayu dipersoalkan dan the best part ia ... ada Melayu 'bijak pandai' yang bersetuju.

Boleh menerima idea-idea yang hak keistiemewaan Melayu sudah ketinggalan zaman dan tidak diperlukan ... contohnya macam Zaid Ibrahim.

Namun, pernahkan antara kita mendengar barang sekali pun ada bijak pandai Cina yang mencadangkan agar sistem sekolah vernakular atau sekolah jenis kebangsaan Cina ditamatkan?

Tak pernah bukan ...

Mana yang menjadi kelebihan kepada mereka ... mereka pertahankan sepenuh jiwa raga ... yang menjadi hak Melayu mereka mahu dihapuskan.

Malah sampai ke peringkat melabel Melayu sebagai pendatang di kepulauan Melayu ini sendiri.

Gelaran Orang Asli diubah menjadi Orang Asal (mencerminkan Melayu pendatang ... diri sendiri tak sedar pulak).

Dan sekali lagi ... the best part is ... ada Melayu yang menyokong idea-idea seperti ini.

Penulis nak cakap ... untuk Melayu seperti ini ... kau orang bukannya moden dan bijak ... kau orang sebenarnya bodoh dan bebal hingga dipergunakan kaum lain ...

Tapi takpelah ... kalau dah suka dibuat camtu ... teruskan ajelah ... nak kata apa lagi kan?

Sumber: Malaysia Instinct

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers