Ads Powered By ClixSense


Friday, April 22, 2011

Tun M Kata Gerakan "1Melayu, 1Bumi" Tidak Baik Untuk Negara

Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat berkata idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadang Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku. Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik, jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya ketika ditanya mengenai perkara itu selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di sini pada Jumaat.

Pada Khamis Perkasa mengumumkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" akan menjadi sebahagian daripada 'Perhimpunan Melayu' yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar.

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku.

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers