Ads Powered By ClixSense


Saturday, April 30, 2011

Azmin akan haramkan Perkasa bila PR perintah


KUALA LUMPUR 29 Mei: Azmin Ali hari ini mengecam Pertubuhan Pribumi Perkasa di bawah pimpinan YB Dato Ibrahim Ali dengan menyifatkan bahawa Perkasa adalah pencacai atau agen kepada UMNO yang kini telah di tolak oleh rakyat, sambil berjanji bahawa Perkasa akan di haramkan jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.

Dengan nada menyindir beliau berkata bahawa Perkasa kini di pimpin oleh seorang tokoh “berwibawa didalam dunia”, sambil membandingkan kekeliruan rakyat yang di bawa oleh UMNO melalui Presidennya Dato Seri Najib Tun Razak ia ini Satu Malaysia dan Perkasa kini membawa perjuangan “satu Melayu’.

Sambil berkata jika dirinya dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) berjaya ke Putrajaya Pertubuhan Pribumi Perkasa akan di haramkan kerana beliau beranggapan bahawa Perkasa boleh menjahanamkan keharmonian masa hadapan negara.

“Perkasa merupakan satu pertubuhan perkauman yang tidak membantu pembangunan negara hanya tahu memainkan sentimen perkauman yang boleh menghancurkan orang meayu dan juga kaum kaum yang lain” kata Azmin Ali.


Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Bandar Baru Ampang malam tadi yang turut di hadiri oleh YB Tien Chua, YB Zuraidah Kamarudin,YB Kassim Abd Aziz yang mana Dato Seri Anwar Ibrahim adalah penceramah utamanya.

Beliau turut juga menyentuh isu Kampong Sungai Putih di Bukit Belacan Ampang yang dikata tidak mendapat pembelaan dari orang UMNO dan Barisan Nasional yang sudah hampir 30 tahun dan mahu Perkasa menjawab dan bertindak “30 tahun orang Melayu tunggu dan saya mahu perkasa jawab, ini Perkasa kepala bapak kamu” dengan nada marah dan disambut oleh para hadirin yang memenuhi Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang.

Sambil memuji YB Zuraidah dan YB Kassim kerana berjaya menyelesaikan masalah kampong, Azmin Ali berkata tidak sampai satu tahun kedua YB tersebut berjaya mendapatkan hak milik untuk orang melayu di kampong tersebut.

”Mana Perkasa? Perkasa sebenarnya adalah Perkosa, Perkosa hak Melayu, rampas hak Melayu tendang orang Melayu”.

Beliau juga menyeru para hadirin untuk memberi sokongan kepada dirinya dan Parti keadilan Rakyat agar dapat memasuki Putrajaya supaya dapat menghentikan kezaliman yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO hari ini terhadap Anwar Ibrahim dan memberi jaminan bahawa mereka akan tetap mempertahankan keadilan didalam menjaga hak kaum kaum yang lain.

Perkasa

Kenapa DOng Zong tak diharamkan? Kenapa Militin Islam tak diharamkan? Kenapa Hindraf tak diharamkan?

Kerana Azmin adalah anti Nasionalis dan perosak alif ba ta.!

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers