Ads Powered By ClixSense


Saturday, April 23, 2011

Gerakan perlu sedar mereka tiada mandat untuk jawab Perkasa Sarawak

Datuk Mah Siew Kiong, Naib Presiden parti Gerakan menjawab kenyataan Perkasa sarawak.

Datok Mah melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Abang Abdul Naser Abang Hadani, Pegerusi Perkasa Sarawak yang mendakwa kaum cina telah mengkhianati BN. Dia menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas.

Katanya lagi masyarkat cina Sarawak sebenarnya tidak pernah menabur janji kepada BN bahawa mereka akan menyokong BN dalam PRN Sarawak.

Dalam hal ini beliau membidas kenyataan Pengerusi Perkasa Satawak dan menyifatkan ianya sebagai satu kenyataan berunsur perkauman serta diskriminasi perkauman yang tidak matang.

Datuk Mah turut menjelaskan bahawa keputusan majoriti pengundi Cina perlu di hormati sedangkan bukan hanya pengundi Cina yang tidak menyokong BN, sebaliknya pengundi pelbagai kaum lain turut tidak menyokong calon BN.

Kerajaan sepatutnya melihat suara hati pengundi di bandar secara serius dan mengkaji masalah yang di hadapi oleh mereka.

Minta jawab tuduhan ini sebab saya rasa Datuk Mah tidak tahu apa yang dia cakap. Buta hati dan buta mata semata mata nak pertahankan kaum cina.

KOMEN: Dato Mah ini bercakap sebagai orang BN atau DAP?

Sebenarnya, dia tak ada "hak bercakap" kerana partinya tidak mwakili kaum Cina dan tak ada mandat untuk wakili sesiapa dengan hanya 3 kerusi saja di parlimen, dimana antara kerusi itu adalah atas ehsan UMNO di kawasan majoriti Melayu.

Dia patut sedar kedudukan politik Gerakan lebih teruk dari SUPP yang masih menang beberapa kerusi di Sarawak. Berbanding SUPP yang merupakan sebahagian dari BN Sarawak, BN ditendang keluar P Pinang kerana Gerakan kalah.

Sebagai parti mewakili semua kaum, Gerakan gagal membela orang Melayu Pulau Pinang yang dihalau dari rumah dan kedai.

Bukankah mereka hipokrit?

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers