Ads Powered By ClixSense


Wednesday, May 4, 2011

DAP Sarawak cuba tutup sifat rasis


Semalam satu forum awam DAP bertajuk "The Myth of 2011 Sarawak State Elections: Only the Chinese voters swing to PR?" diadakan di Imperial Hall Thian Court, Crowne Square.

Forum itu menampilkan bakal ADUN-ADUN pemalas DAP Sarawak dan Lim Guan Eng, Setpolnya si Cina ngaku Melayu, Zairin Khir Johari, Dr Ong Kian Meng dan Tony Pua business bankrupt. Yang hadhir dari Sarawak adalah Chong Chieng Jen, Violet Yong, Christina Chiew, Wong King Wei, dan Voon Lee Shan.

Majlis ini adalah petunjuk bahawa perbincangan mengenai rasisma sebagai penentu sokongan Cina kepada DAP ternyata merisaukan DAP. Sekiranya slogan 1Pribumi meluas, pastinya kaum CIna yang bercita-cita mahu kuasa politik akan terus hilang segala-galanya.

Di dalam majlis itu, Setiausaha DAP Sarawak merangkap mewakili keluarga Chong yang menguasai DAP Kuching berkata pengundi cina dipersalahkan oleh BN kerana mengundi PR menyebabkan BN kalah di kawasan majoriti cina semasa prn yang lalu.

Chong menuduh BN memainkan isu berbau perkauman.

Ini adalah hujah biasa Cina bebal yang buat "dont know" realiti sebenar dan terus menuduh dan memfitnah tanpa peduli apa dijawapan terhadap tuduhan mereka. Perkara ini akan terus diulang selama-lamanya. Lihat cara mereka mainkan isu Teoh Beng Hock yang jelas salah DAP.

Chong menyuarakan rancangan DAP Sarawak untuk menarik undi bumiputera di kawasan luar bandar. Di sini jelas, DAP bukan hanya mahu setakat menang kawasan Cina tetapi akan cuba mengembang pengaruh untuk menguasai negeri Sarawak.


Cara mereka adalah menggunakan sentimen ugama Kristian. Itu pasal isu Bible bahasa Melayu diperbesarkan berlebih-lebihan hingga membakar emosi.

Sekiranya orang Semenanjung tidak bijak dan terperangkap dengan permainan isu ugama, seperti yang dilakukan Perkasa pada masa yang lepas, ia akan membantu DAP mengembangkan kuasa.

Chong berbohong dalam penilaianya bahawa beliau menang kerusi Kota Sentosa dengan mendapat 35% undi bumiputera, di mana ada peningkatan lebih 4000 undi, menunjukkan kaum bumiputera menyokong PR khasnya DAP.

Peningkatan adalah sepenuhnya dari peningkatan undi Cina dan pengundi Bumiputera tiada sampai 35%!!!

Dalam Lim Guan Eng berikutnya, dia turut cuba menafikan kebanyakkan pengundi cina mengundi DAP.

Guan Eng cuba mengaburi mata rakyat dengan mengatakan statistik undi menunjukkan keseluruhan pengundi bumiputera inginkan perubahan sistem kerajaan Sarawak. Statistik apa? Jika ada pastinya akan disebut.

Sokongan Bumiputera pada DAP tidak meningkat kerana DAP tidak tanding kawasan majoriti Bumiputera.

Guan Eng kaki penipu kata peningkatan pengundi di kawasan majoriti Cina di Padungan, Pending, Kota sentosa, Dudong dan Kidurong disebabkan para pemimpin DAP kerap turun padang untuk berjumpa dengan penduduk setempat.

Jauh dari kebenaran. Semua wakil rakyat DAP hanya tunjuk muka apabila nak dekat PRU. Violet Yong boleh pergi belajar undang-undang dan ekor Chong ke nite club dan disco saja sepanjang tempuh waktu ADUN yang lepas.

Guan Eng menyatakan bahawa semasa prn ke-10, penyokong dap sarawak telah meningkat iaitu Cina (74%), Iban (24%), di kawasan campuran (mix-zone) iaitu (25%-64%) manakala pengundi BN telah turun 8%.

Masih lagi mengatakan pengundi CIna tidak undi DAP saja?

Dia turut dengan seruan mahu KM Sarawak undur diri yang tersirat agenda rasis dan kepentingan diri dan perkauman orang Cina Sarawak mutakhir ini. Kononnya jika tidak, BN akan kalah.

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers