Ads Powered By ClixSense


Tuesday, May 3, 2011

Anwar berbogel, ramai muncul sebagai ilmuwan Islam.

Qazaf, qazaf, qazaf!!!
Laungan yang bersungguh-sungguh didendangkan oleh sebilangan manusia yang begitu keras hati enggan menerima petunjuk yang diberi Allah, di atas usaha mereka sendiri bersolat hajat mega tempoh hari.
Dilanggarnya masjid, selepas solat Jumaat, menghalang ratusan umat Islam untuk menunaikan solat sunat selepas Jumaat.
Fitnah-qazaf-konspirasi-provokasi.
Itu sahajalah yang menjadi darah daging sekelompok manusia yang dikenali sebagai penyokong tegar abadi Anwar Berahim ini.
Laman GAP kata 99% rakyat Malaysia sudahpun pasti yang pelakon porno tersebut adalah Anwar Berahim. Lagi 1% yang tak percaya… Nurul Izzah. ke sini untuk ke laman GAP.
Tapi, saya masih rasa yang masyarakat Melayu, khususnya, masih berbelah bagi mengenai perkara pembocoran babak Anwar berbogel ini.
Tempoh hari saya pulang berkenduri di sebuah kampung di kawasan Kuala Selangor. Selesai kenduri, beberapa orang hadirin yang lambat pulang mula membuka cerita mengenai video seks Anwar Berahim. Boleh dikatakan yang mereka ini bukanlah dari mana-mana parti politik. Jadi, saya pun duduk tumpang sekaki, sekadar mendengar dari tepi, menanti peluang untuk mendengar pandangan dari satu kelompok kecil masyarakat.
Satu belah, percaya yang pelakon video seks Carcosa itu adalah Anwar. Kata belah ini, sedangkan video Chau Soi Lek yang lagi tak nampak jelas muka pun boleh menjatuhkan CSL. Lagipun keengganan Anwar untuk bersumpah menafikan tuduhan yang dibuat Eskay turut membantu meyakinkan mereka. Kata mereka, kalau Anwar tidak bersalah, kenapa takut sangat nak bersumpah, kenapa tidak disaman sahaja Eskay dan Rahim?
Satu belah lagi pulak kata: mana ada sistem bersumpah-sumpah laknat macam itu dalam Islam. Nabi Muhammad pun tidak pernah buat! Lagi satu, orang yang menuduh Anwar berzina itu patut dihukum qazaf, kerana menuduh seseorang berzina tanpa mengemukakan bukti 4 orang saksi.
************************************************************************
Saya pernah kata, bukan semua Melayu yang sudah menerima bahawa Anwar mempunyai masalah moral yang sangat-sangat teruk. Kes video ini, misalnya, masih ramai lagi dalam masyarakat yang belum menerima maklumat yang tepat dan betul mengenai kes ini.
Satu contoh, qazaf. Tang mana yang trio Datuk T pernah tuduh Anwar berzina? Bukan diorang cuma kata yang Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana ada isu moral? Kalau saya yang salah baca, maafkan-lah.
Saya nak sangat orang yang duk melaung suruh Datuk T dihukum bawah qazaf untuk mula membaca mengenai kes-kes rogol yang duk berlaku di Pakistan.
Korang pun tak tahu apa yang berlaku di Pakistan, kan?
Zina adalah satu kesalahan yang diletak di bawah undang-undang Hudud di Pakistan. Ini bermakna, sebarang pertuduhan zina, harus disertakan dengan 4 orang saksi.
Sudah terjadi beberapa kes di Pakistan, di mana wanita-wanita yang dirogol, telah tidak berjaya mendapatkan pengadilan ke atas lelaki yang telah merogol mereka. Sudah-lah wanita ini dirogol, kemudian mereka telah dikenakan hukuman bawah QAZAF, kerana tidak mampu membawa 4 orang saksi, kemudian, mereka telah dihukum pula bawah ZINA, kerana telah mengandung di luar perkahwinan.
Ini-lah qazaf yang dilaung-laungkan oleh para penyokong tegar abadi Anwar Berahim ini. Sebab itu-lah di Pakistan, ada gerakan yang mendakwa hukum Hudud di tangan lelaki telah menjadi satu alat yang membawa musibah kepada para wanita.
Hukum Allah tidak salah, cuma pelaksana-nya sahaja yang menyebabkan bencana.
Tak tahu asal-usul, hendak digunapakai qazaf…
***********************************************************************
Iye ke tak ada istilah sumpah laknat?
Iye ke tiada konsep bersumpah laknat dalam Islam?
Telah ramai si-bijak pandai yang tiba-tiba muncul dengan pelbagai hadis dan petikan Quran yang berkata sumpah laknat adalah tidak sah dan tidak wujud.
Cuba tengok:
image
Petikan surah di atas adalah dari Surah al-Imran, ayat 61.
Baca dan faham sendiri…

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers