Ads Powered By ClixSense


Monday, May 2, 2011

Video Seks, Lelaki Y…Bila Allah Buka Aib Anwar

Nik Abduh anak Nik Abdul Aziz, mursyidul am PAS dalam tulisan di blognya meminta para penyokongnya tidak menyebarkan klip video seks meskipun mempercayai pelakunya adalah Anwar Ibrahim.
Begitulah hebatnya kesan youtube merentasi sempadan negara dan politik dan dari kata-kata Nik Abduh itu tidak dapat dinafikan ada di kalangan ahli PAS sendiri mempercayai pelaku dalam video itu adalah Ketua Pakatan Pembangkang.
Skandal Anwar main dengan pelacur dari China yang dibuktikan melalui video seks itu hanyalah salah satu rentetan yang panjang berkenaan ‘pembukaan aib’ Anwar kepada umum.
Kalau tanpa keizinanNya, semua itu tidak akan berlaku. Manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukannya.
Selepas mangsa teraniaya, Mohd Saiful Bukhari Azlan melakukan sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 15 Ogos 2008 dengan mengucap dua kalimah syahadah, satu persatu aib pemangsanya dibuka.
“Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat.”
Tiga tahun selepas sumpah itu, satu persatu aib Anwar dibuka.
Mula-mula Anwar telah dikenali sebagai ‘Pembohong’ selepas kegagalannya mengotakan janji membentuk kerajaan baru dan menjadi PM pada 16 September 2008. We have the numbers..We have the numbers..We have the numbers..begitulah kata-kata Anwar yang masih tergiang-giang di telinga kita, yang sampai sekarang tidak dimakbulkan Allah menjadi PM.
Chameleon AKA Binatang Sesumpah
Kemudian, dituduh sebagai chameleon, yang menyamakan Anwar dengan seekor binatang, ‘Sesumpah’, yang boleh bertukar warna mengikuti keadaan dan tempat.
Dituduh binatang ‘sesumpah’ pula oleh majalah antarabangsa, The Economist(30 Julai 2009) yang selama ini begitu memuja muji Anwar.
Bukan dituduh ‘sesumpah’ oleh media yang Anwar anti, Utusan Malaysia, tetapi media yang pernah puja Anwar, The Economist yang di belakangnya adalah tali temali Yahudi.
Kemudian, Yahudi pula mula menjauhkan diri daripada Anwar, meskipun mentor Anwar, Paul Wolfowitz dan Al Gore, serta John Mallot berusaha keras mempertahankan Anwar sebagai salah seorang rangkaian mereka.Klik di sini
Kesannya rangkaian Yahudi dan Zionist terpecah dua, ada yang menentang dan ada yang menyokong Anwar. Anwar berusaha memulihkan sokongan Yahudi itu dengan program ‘Anwar’s Apology Tour’ yang sudah terbongkar kepada umum.Klik di sini, sini dan sini
Kini yang pasti Yahudi yang terus menyokong Anwar adalah dari aktivis LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang melihat Anwar merupakan simbol Biseksual yang boleh main depan-belakang di Malaysia.
Kedua aktivis Yahudi yang menjalankan misi liberalisasi agama berselindung di sebalik yayasan-yayasan penaja yang melihat Anwar sebagai ikon pluralisme agama. Yang sanggup jadi broker gadai kalimah Allah, Bible dalam Bahasa Melayu!
“Sayu tidak terkira hati kita mengingatkan bahawa (Anwar) asalnya tokoh dakwah Islam yang berfikiran kebangsaan, menjadi aktivis dakwah, penerajunya, gerakan Islam (dengan pemikiran dipengaruhi Maududi, Hassan al-Banna, Syed Qutb, dan yang sepertinya), akhirnya menjadi pendokong aliran John Hicks dengan aliran pluralisme agama dengan implikasi-implikasi rohaniah terakhir”, begitu gambaran kesedihan Dr Muhammad Uthman El-Muhamady terhadap Anwar Ibrahim.
Tsunami turut melanda partinya, PKR. Satu persatu orang-orang kuatnya meninggalkan PKR. Dari Salehuddin Hashim, YB Zahrain, YB Tan Tee Beng, YB Mohsin, YB Zul Noordin, YB Mohd Radzi Salleh, YB Badrul Hisham Abdullah, YB Tan Wei Shu, Fairus Khairuddin, Dr Halili Rahmat, Zaid Ibrahim dan ramai lagi.
Tidak tertulis di sini, kalau mahu disenarai satu persatu, dari ranting ke negeri-negeri.
Dua bekas pembantu Anwar, Mohd Rahimi Osman dan Rasid Rosidi yang sepatutnya membela Anwar, akhirnya muncul menikam Anwar semula. Rahimi dengan kisah syarikat dan pejabat Anwar di Amerika Syarikat, manakala Rasid pula dengan kisah dari penjara hingga ke rumah peribadi Anwar, rumah lama, di Jalan Setiamurni1, Damansara.
Sebelum itu muncul bekas dua orang kanan Anwar, Datuk Nallakarupan dan Ezam Mohd Nor yang terlibat secara langsung dalam inner circle dari dapur rumah peribadi Anwar hingga ke hotel-hotel penginapan Anwar.
Datuk Nalla dengan pendedahan kisah Anwar rembat duit judi Magnum sebanyak RM60 juta, manakala Ezam pula mendedahkan kisah arahan Wan Azizah supaya periksa dan jaga Anwar supaya tidak bermalam dengan mana-mana lelaki di rumahnya.
Bawa Akidah Pluralisme Agama
Seperti jatuh ditimpa tangga, sahabat-sahabat dalam ABIM yang dahulunya menyokong Anwar sejak dari zaman reformasi kini mula mempersoalkan pendirian aqidah Anwar. Penghijrahan Anwar ke Amerika Syarikat selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, 2004, mula jadi tanda tanya. Kenapa pilih berhijrah ke AS ?
Kemudian, muncul pula satu watak Zionis yang dibenci oleh majoriti umat Islam dunia, namanya Paul Wolfowitz. Anwar pula bela dia, malah jadi budak suruhan si Zionis itu. Itu jadi lagi tanda tanya. Siapa di belakang Anwar sebelum ini ? Kenapa Anwar sokong Negara Israel melalui Annapolis Summit ?
Anwar balik ke Malaysia, bawa benda-benda baru, demokrasi, hak asasi, kebebasan, bla..bla..bla..akhirnya terkantoi dengan ucapan Anwar di LSE, rupa-rupanya Anwar menuntut pluralisme agama aliran John Hick semasa dua tahun di AS.
Setelah berjaya dibuktikan aliran agama baru Anwar ini, seorang demi seorang sahabat-sahabat lama ABIM mula mempersoalkan Anwar.
Ismail Mina, Dr Yusri Mohamad, Ramli Musa, Hamid Rashid, Dr Amran, Dr Farid Shahran, Dr Sidek Baba, malah ramai lagi aktivis ABIM mula menjauhkan diri daripada Anwar.
Mereka ingatkan mula-mula Anwar main silap mata dengan Yahudi semata-mata untuk dapat dana, tetapi setelah diamat-amati, rupa-rupanya, memang sah Anwar penganut aliran itu dan berusaha mengembangkan di Malaysia melalui IKD.
Ramai yang bertanya, kenapa Anwar pilih pluralisme agama ? Sebabnya mudah, pluralisme agama halalkan Biseksual. Sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja. Itulah maksud pluralisme.
Jadi apa lagi pilihan yang mereka ada, kecuali menentang Anwar semula untuk membendung aliran itu daripada membinasakan Islam di negara ini!
Tanpa disangka, muncul pula, bekas juru fisioterapi Anwar bernama Eskay yang mendedahkan aktiviti rahsia Anwar yang terselindung, termasuk di hotel, kondominium, spa di Kuala Lumpur dan Thailand. Klik di sini
Aksi video seks Anwar dengan pelacur China memang menggemparkan rakyat Malaysia. Ramai yang tidak sangka, Anwar, dari Presiden ABIM yang pernah dinobatkan bakal Presiden PAS, rupa-rupanya tertewas di celah kelangkang pelacur China.
Ramai yang terkejut, seolah-olah bermimpi, adakah ini Anwar Ibrahim yang pernah dipuja selama ini. Yang terkejut adalah rakyat biasa yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi kepada mereka yang pernah turun naik di rumah Anwar, yang boleh minum kopi bersama Anwar di hotel-hotel mewah, seperti Ezam, Nalla, dan Eskay, mereka tidak terkejut. Malah dengan yakin berkata, “Itulah Anwar Ibrahim yang sebenarnya”.
Mengkaripapkan Saiful
Hari ini, identiti Lelaki Y telah didedahkan di mahkamah. Lelaki Y itu adalah Anwar Ibrahim.
Sankara Nair, dari ada rambut di kepala, hingga sekarang ini berkepala botak, terpaksa berhempas pulas untuk menyelamatkan majikan yang membayar gaji kepadanya.

Pelbagai usaha Sankara cuba lakukan untuk menyelamatkan imej Anwar supaya tidak terus padam. Spin sana, spin sini, akhirnya terpantul ke muka Anwar juga. Daripada cuba menyembunyikan Anwar suka makan karipap, akhirnya terdedah jua. Siapa yang dedah ? Tidak lain tidak bukan, portal pro Anwar, tajaan Soros juga.

Macam mana Karpal tahu “Saiful makan karipap dan minum kopi, jika Anwar tidak bagitahu” sebab Karpal tiada semasa kejadian di situ…jeng..jeng..jeng. Ini hujah masuk perangkap yang mengesahkan Anwar bersama Saiful dalam bilik 1151, kondo itu.
Hujah karipap, nampak simple, tetapi yang simple itu paling mahal dan melekat di minda rakyat, macam hujah jam tangan Omega. Orang kampung tak faham hujah DNA. Tetapi hujah karipap senang faham.

Dan semua orang tahu, hobi utama Anwar adalah makan karipap. Alahai makan karipap selepas mengkaripapkan Saiful !

Kenapa semua ini berlaku kepada Anwar. Kenapa aib bertimpa-timpa melanda Anwar. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Bila manusia sanggup menjadi broker penggadai KalimahNya, semata-mata untuk untung politik, tunggulah Allah akan buka aibnya satu persatu…

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers