Ads Powered By ClixSense


Saturday, July 31, 2010

Pujian Nik Aziz kepada Anwar umpama 'boomerang

Oleh warisatuliman2010

A.w.w. sdr/sdri seiman. 

Setakat Nik Aziz puji Anwar dgn menyamakannya seperti Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. tidak sedikitpun mencemarkan kemulian dan darjat Kekasih Allah s.w.t. itu. Sebaliknya, seperti kejadian golongan kafirun di Barat yang mempersendakan Rasulullah s.a.w. dengan kartun2 yang menjijikkan, ia membawa kesan positif: semakin ramai orang Barat yang mahu kenali dan seterusnya menerima Islam sebagai agama mereka.
Dalam cubaan 'desperado' Nik Aziz dan penyokong2 taksub Anwar yang lain untuk memulihkan dan membersihkan kembali imej idola mereka yang semakin hari semakin robek akibat perbuatannya sendiri, ia membawa 'kesan boomerang'.

Mengapa tidak?

Banyak sekali sebab2nya. Pertama, dalam perjuangan mentauhidkan Islam Rasulullah s.a.w. memang tegas dan tidak sekali2 bersekongkol dgn musuh2 Allah s.w.t. Baginda cukup tegas MENJAUHI seteru2 Allah s.w.t. sebaliknya Anwar pula tegas bukan sahaja MENDEKATI malah BERBAKTI kepada musuh2 Allah s.w.t.

Kedua, Rasulullah s.a.w. tegas membawa mesej dan panji2 Islam sebagai satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah yang tidak sama dengan agama2 lain tetapi Anwar mengetengahkan konsep pluralisme agama di mana Islam=Kristian=Yahudi=agama2 lain.

Ketiga, Rasulullah s.a.w. juga tegas menegakkan konsep kejujuran dan keikhlasan tetapi sebaliknya Anwar lebih selesa dgn konsep hipokrit atau talam dua a.k.a. munafik. Ini jelas ditolak oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan menerusi sepotong Hadisnya yg disampaikan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:

"Sesungguhnya, sejahat-jahat manusia ialah orang yang bermuka dua." (H.R. Imam Bukhari).

Malah, Anwar sekarang bukan sahaja melanggar dasar perjuangan Rasulullah s.a.w. yang berusaha menyatupadukan seluruh umat Islam sebaliknya dia lebih rela melihat Islam dan umatnya berpecah seperti penolakannya terhadap sebarang usaha menyatupadukan umat Islam UMNO dan PAS.

Jadi, di manakah dapat kita melihat walau sedikit pun persamaan ketegasan Antara Anwar dgn Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. seperti penegasan Nik Aziz itu?

Jelas sekali 'kesan boomerang' akan terbukti apabila semakin ramai rakyat Malaysia sedar bahawa ciri2 keperibadian dan sifat Rasulullah s.a.w. iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah sebenarnya tidak dapat dilihat pada diri Anwar.

Atau mungkinkah Nik Aziz sebenarnya mempersendakan Anwar di sebalik hamburan pujiannya.....

Wallahhualambissawab.

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers