Ads Powered By ClixSense


Sunday, July 11, 2010

PROFESSOR AMY CHUA BUKTIKAN MELAYU BERHAK TUNTUT ATAS DASAR MAJORITI



Penulis sebenarnya tertarik dengan buku 'WORLD ON FIRE' karya Professor Amy Cua dari Yale University, USA. Beliau yang berketurunan Cina Filipina mempunyai keberanian mengupas globalisasi dimana etnik atau bangsa sebagai 'core of the argument'.

Beliau memberikan suatu contoh klasik yang berlaku di Asia Tenggara pada masa kini dimana bangsa Cina yang sebenarnya adalah minoriti dalam sesebuah negara baik Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia menguasai kekayaan keseluruhan dan menjadi kuasa dominan ekonomi sesebuah negara.

Beliau menyentuh "Di Filipina, berjuta rakyat Filipina bekerja untuk bangsa Cina: sedangkan hampir tiada satu pun bangsa Cina yang bekerja untuk rakyat Filipina. Bangsa Cina mendominasi setiap industri dan perdagangan di Filipina walaupun majoriti penduduk adalah rakyat bangsanya Filipina. Kebanyakan bilionair adalah bangsa Cina".

Sesuatu yang orang orang Melayu perlu fikirkan secara mendalam...
Professor Amy Chua juga mendakwa globalisasi sebenarnya mewujudkan perbezaan kuasa ekonomi yang didominasi oleh kaum minoriti akan mengakibatkan ketidakstabilan politik bagi sesebuah negara.


Bangsa Cina mendominasi kuasa ekonomi di Asia Tengara.


Beliau juga memberi contoh yang paling mudah seperti apa yang berlaku di Indonesia apabila bangsa Cina menguasai ekonomi dengan agihan 'kek ekonomi' yang tidak adil menyebabkan berlakunya 'anti Cina' dan rusuhan perkauman.

Penulis sebenarnya bukan mahu mencetuskan isu perkauman disini tetapi jika seorang bijak pandai seperti Professor Amy Chua yang berketurunan Cina Filipina membuat kajian bertahun lamanya dan dapat memberi kesimpulan mudah seperti ini, apakah bangsa Melayu yang sememangnya majoriti di Malaysia tidak berhak bersuara, tidak berhak menguasai ekonomi dan agihan kek ekonomi yang lebih adil hanya mampu membiarkan bangsa Cina menguasai segala galanya hingga ke atas kuasa politik.

Piagam PBB kategori sosio ekonomi juga menyebut penting bagi mana mana penduduk majoriti sesebuah negara yang masih ketinggalan dari sudut sosio ekonomi perlu menjadikan kepentingan majoriti sebagai agenda nasional. Setiap dasar yang digubal dalam sesebuah negara tidak boleh sama sekali mengubah dasar 'affirmatif' badan pemerintah dan penduduk majoriti.

Dalam hal ini, orang Melayu atau bumiputera sebenarnya layak untuk meminta apa apa saja dari Kerajaan kerana hakikatnya bumiputera masih jauh ketinggalan dalam sasaran 30% Dasar Ekonomi Baru (DEB) dari segi agihan kekayaan.
Kaum minoriti yang sudah mencapai agihan 'kek ekonomi' yang besar tidak layak menuntut sebarang tuntutan yang tidak munasabah.

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers