Ads Powered By ClixSense


Thursday, July 15, 2010

CNN dibayar tuduhan Blogger Amerika Bukan Utusan Malaysia

  1. Kelam kabut Anwar dan konco-konconya menerima serangan demi serangan. Perintah Panglima Perang Barisan Nasional Dato Seri Najib Tun Razak dipraktikkan tanpa banyak soal oleh para soldadu siber dan juga fizikal. Masa bertahan sudah berlalu dan sekarang masa membuat serangan demi serangan.
  2. Saman fitnah Felda ke atas Suara Keadilan isu fitnah Felda bankrap antara 'gol' permulaan BN dalam hal ini. Seterusnya 'penyerang utama' BN iaitu akhbar Utusan Malaysia sekali lagi mendahului dalam misi ini dengan membuat hantaran cantik kepada blogger pro BN dalam mendedahkan tulisan blogger Amerikan bernama Joshua Traviner yang menulis di portal The New Ledger berhubung dakwaan CNN dibayar Anwar.
  3. Tidak cukup dengan itu, 'penyerang import' BN iaitu penulis popular Rachel Motte yang berani menulis Anwar mempunyai sejarah menggigit hatta Yahudi apabila diperlukan berbuat demikian meskipun mempunyai ramai kawan dari golongan itu seperti Al Gore dan Paul Wolfowitz.
  4. Semalam juga 1Malaysia telah membaca berita di muka hadapan Utusan Malaysi isu pasir di Selangor yang menunjukkan muka bumi Dengkil yang semakin berlobang dek penangan 'penyamun pasir' yang rakus mengorek hasil bumi Selangor hingga menjejaskan Paya Indah Wetland dan habitatnya.
  5. Untuk menjawab isu CNN maka penyerang PR iaitu Malaysiakini seperti biasa dengan tangkas sekali menyerang Utusan Malaysia atas dakwaan membuat tuduhan palsu terhadap Anwar isu beliau dan temuramah CNN. Namun 'hantaran lemah' yang dibuat gagal membolos 'gawang' BN.
  6. Sebenarnya bukan Utusan Malaysia yang melontar tuduhan tetapi blogger Amerika yang menulisnya. Anwar dan Malaysiakini sepatutnya mencari pengesahan berita dari Joshua Traviner bukan menyuruh Utusan Malaysia mendapatkan pengesahannya.
  7. Isu ini gagal dijawab dengan baik oleh Malaysiakini dan blogger Pakatan Rosak lalu mereka terpaksa mengalih tuduhan kepada Utusan Malaysia dengan harapan rakyat yang bodoh akan terpedaya dengan alasan yang mereka berikan.
  8. Namun di zaman siber dan IT ini tidak ada orang yang mudah ditipu dan rakyat Malaysia harus sedar Anwar sudah pun tidak relevan lagi untuk negara kita. Semua blogger samada Malaysia atau pun luar negara sudah pun tahu diri beliau yang sebenar dan kita harus lebih bersungguh mendedahkan perangai beliau yang jelas tidak kisah apa sahaja digadai demi menjadikan beliau PM Malaysia seterusnya pada PRU akan datang.
  9. Tuduhan Elaine Meinel Supkis bahawa Anwar alat CIA pun gagal dijawab. Adakah dah habis jawapan atau mereka sudah kalah dalam pertempuran ? Dua dua betul bagi saya. Syabas kepada semua dan mari kita meneruskan serangan demi serangan dan jangan bagii mereka peluang walau sebesar kuman!!!

No comments:

Post a Comment

Ads


Followers