This is the article that caused DAP to run riot and frothing in the mouth by saying that Utusan Malaysia is racist and a harbringer of doom to the 1Malaysia concept.
By Datuk Zaini Hassan
ORANG Cina telah  bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya.  Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.
Perkembangan politik  muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa  era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan  berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah  orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di  atas muka bumi Malaysia ini. - FACT
Walaupun antara  mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan  arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi  yang sama. - FACT
Dalam ekonomi,  mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis  kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu  sama lain. - FACT
Budaya telah berjaya  menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah  yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam  bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang  tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina.  Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi  antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia. –  FACT at more than 400,000 copies daily
Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali. - FACT
Pendek kata, orang  Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini.  Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka  adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka  bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di  universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini  rata-ratanya orang mereka. - FACT
Saya telah nyatakan  perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas.  Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan  surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan  itu.
Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.
Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina,  yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di  kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough  (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia. - FACT
Slogan itu  sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada  orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam  pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini. – Maybe not Melayu but Melanau as asked by Violet Yong here.
Terus terang saya  katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan  masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau  bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik  mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.
Kita jangan salahkan  DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika  Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah  operatif licik DAP. - An astute observation about the DAP
DAP telah berjaya  menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan  SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya  berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang  Cina kini ke arah menyokong pembangkang. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan  digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.
Sebaliknya apa yang  orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup  selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup  bercelaru. - An astute observation about the Malays
Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?
Pandangan saya, apa  yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang,  ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi.
Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain. - A call for all malay political parties to unite
Jika Pas degil dan  tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini  tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat  NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib  bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke  hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.
Persetankan Pas yang  ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan  politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi  lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar  bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.
Saya kira, sekiranya  lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti  mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP  telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera,  bagi membolehkan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa,  tidak sedar semua itu. - An astute observation about PAS
Dalam usaha  meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan  kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam  BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi  kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu. - That means all malay parties unite in BN alongside MCA, MIC and other parties.
Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu. – Incorrect. Malays were united under Datuk Onn Jaafar but became fragmented when PAS was established.
Dalam  tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu  berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR,  Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.
Orang Melayu cukup  berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu  kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk  memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal. - FACT. If Malays are united in BN, DAP as the opposition will lose political power.
Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.
UMNO harus meniupkan  gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera  bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis  daripada tangan mereka.
Walaupun Melayu  berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan  bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini  ditulis berbunyi: “Tolong tulis…BN jangan lagi bagi kawasan majoriti  Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang… cukup sudah  pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur  kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik  dalam kerajaan…”
Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.
Saya bercakap bagi  pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat  saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup  kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di  atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.
Namun bagi Ridhuan,  dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan  mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.
Namun, penghargaan  harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan  tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.
Saya angkat topi  kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang  Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya  16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang  lain.
Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.
Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.
Oleh itu menjadi  kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai  parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi  menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.
Melayu harus dan  wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di  bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang  Melayu sendiri pun berpecah.
Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.
Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!
There you go. If all Malays are united  and joined Barisan Nasional alongside the MCA, MIC, and several other  component parties, what is there to lose? This was the gist of the  formation of The Alliance back in the early 1950′s.
This was the power-sharing, multi racial  harmony that help built this nation. Those who think this is bad should  rethink the way they see the Malays. Perhaps, they would be happier  when they see the Malays disunited? When it is good that a particular  community be united, why would there be anyone who want it to be  fragmented?
The article by Utusan clearly has no ill  will towards other races and it certainly did not advocate any racial  retribution towards other races.
But because of this article, the DAP has  labeled Utusan Malaysia as racist. I fail to see the logic in this. DAP  is trying to keep racial inflammatory statements alive in order to gain  more votes by playing with racial sentiments.
Just look at how Lim Guan Eng played the issue to pit the chinese against the Malays when in his Easter Day message, he said:
“We should move  away from the mindtrap of fear based on hate, racism, extremism. We  should not be taught to fear diversity. We should not be brainwashed  with Hitlerian ideas that one is superior to another merely because of  the colour of our skin.”
Yes Guan Eng, you can oppose Hitler.  But Hitler is long dead. Where is the current Hitler you are opposing?  How on earth could you become a Chief Minister if this country had  imposed Hitlerian ideas?
Why did you lie amongst the so many surrounding facts that could rebut your malicious remarks? The real fact is, the DAP is being run by despots that cling to nepotism and dictatorial tendencies. 
Yet, DAP has the cheek to defend themselves as innocent of all racial and hateful politics.
How shameful.
In all this fiery and divisive background, it is a welcome relief that the Prime Minister is calling PAS to join Umno in Barisan Nasional.
Najib Invites PAS To Join BNKUALA TERENGGANU, April 30 (Bernama) — Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak invited PAS to join the Barisan Nasional (BN) in efforts to champion the agenda on race, religion and the nation.He said the time had come for PAS to break off from the DAP which had clearly not fought for the cause of Islam.
“Why be friendly with the DAP? Can the DAP champion the cause of Islam?
“Hadi (PAS president Datuk Seri Hadi Awang), enough of the DAP, leave the DAP, join BN,” he said in his speech before an audience of about 15,000 at a gathering with the people in the Manir state constituency, at Kg Pulau Bahagia, near here, Saturday.
It is a timely suggestion by the Prime  Minister although this particular call had been suggested by past prime  ministers all through the years. The level playing field of politics  here in Malaysia had been bulldozed to dangerous heights by the DAP.
While the Malays’ quest for survival post Independence and through the NEP years did not deny the rights of other races to prosper themselves, the DAP seems to be playing the destructive zero sum game.
Their relentless power hungry ambitions to usurp power through whatever means necessary is alarming.
 
 
No comments:
Post a Comment