Ads Powered By ClixSense


Monday, December 27, 2010

BN Hadapi PRK Dun Tenang Untuk Kemenangan Demi Mandiri

BN Kerah Segala Sumber Hadapi PRK Dun Tenang
LABIS 27 Dis – Barisan Nasional (BN) Johor akan menggembleng segala sumber yang ada serta Umno negeri dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Jan depan.
Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar Johor berkata, segala kekuatan yang dimiliki BN dan Umno Johor akan dikerah untuk membantu kempennya di DUN Tenang.
“Kita berkeyakinan untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang,” katanya yang yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Tenang kepada pemberita selepas melawat keluarga bekas anggota DUN Tenang Allahyarham Datuk Sulaiman Taha di Labis Park di sini, hari ini.
Abdul Ghani yang juga Pengerusi Umno Johor berkata, BN Johor akan mengerah lebih daripada 70 wakil rakyatnya yang mewakili pelbagai kawasan DUN serta Parlimen di negeri ini untuk membantu kempen di kawasan terbabit.
Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya selama dua penggal daripada BN, Sulaiman, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur pada 17 Dis lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Jan tahun depan sebagai hari penamaan calon manakala 30 Jan ialah hari pengundian.
DUN Tenang mempunyai lebih 14,700 pengundi. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siram dengan kelebihan undi sebanyak 2,491.
Abdul Ghani berkata, BN akan memberikan perhatian kepada semua 12 daerah mengundi yang terdapat di DUN Tenang, bagi memastikan ia mampu memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum 2008.
“Kita akan melipat gandakan usaha di kesemua daerah mengundi dalam usaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik,” katanya ketika ditanya sama ada BN akan menumpukan kempennya di beberapa daerah mengundi yang ia tewas pada pilihan raya umum lepas.
Beliau berkata BN akan bekerja keras di setiap daerah mengundi di DUN Tenang, tidak kira walaupun parti itu menang besar atau kalah di daerah mengundi tersebut pada pilih raya umum lepas.
Mengenai calon BN di DUN Tenang, beliau berkata, Umno Bahagian Labis telah mengemukakan beberapa nama kepada Umno Johor untuk diajukan kepada Perdana Menteri yang juga Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Soal pemilihan calon BN adalah adalah hak presiden parti. Kita akan menerima apa sahaja yang diputuskan oleh presiden parti,” katanya sambil menambah, pengumuman mengenai calon BN itu akan dibuat beberapa hari sebelum hari penamaan calon.
Beliau berharap anggota Umno dan BN akan menyokong sesiapa sahaja yang diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang.
Abdul Ghani berkata, BN akan memberi tumpuan kepada beberapa isu tempatan bagi memastikan ia tidak dieksploitasi oleh pembangkang. - UMNO Online

Kemenangan adalah segalanya kalau ingin melihat jatidiri negara dengan semangat 1Malaysia, satu masyarakat sederhana dan saksama.

TERKINI! ROMBAKAN PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI YANG BARU!

1.PERLIS
PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR. MD ISA BIN SABU
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI SHAHIDAN KASSIM

2. KEDAH
PENGERUSI - YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR

3. KELANTAN
PENGERUSI - YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
TIMB. PENGERUSI - YB SEN. DATO' DR AWANG ADEK HUSSIN

4. TERENGGANU
PENGERUSI - YAB DATO' SERI AHMAD BIN SAID
TIMB. PENGERUSI - YB YAHYA BIN KHATIB MOHAMAD

5. PULAU PINANG
PENGERUSI - YBHG DATO' HJ ZAINAL ABIDIN HJ OSMAN
TIMB. PENGERUSI - YB SENATOR DATUK HAJI MUSA HJ SHEIKH FADZIR

6. PERAK
PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR. ZAMBRY B. ABD KADIR
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI HJ AHMAD HUSNI HANADZLAH

7. PAHANG
PENGERUSI - YAB DATO' SRI ADNAN BIN YAAKOB
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' HJ MOHD SHARKAR SHAMSUDIN

8. SELANGOR
PENGERUSI - YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI NOH B. OMAR

9. W.PERSEKUTUAN
PENGERUSI - YAB TAN SRI DATO' MUHYIDDIN MOHD YASSIN
TIMB. PENGERUSI - YB. SEN. DATUK RAJA NONG CHIK DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN

10. NEGERI SEMBILAN
PENGERUSI - YAB DATO' SERI UTAMA MOHAMAD HASSAN
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SHAZIMAN HAJI ABU MANSOR

11. MELAKA
PENGERUSI - YAB DATUK SERI MOHD ALI B. MOHD RUSTAM
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK WIRA ABU SEMAN B. YUSOP

12. JOHOR
PENGERUSI - YAB DATO' HAJI ABDUL GHANI B. OTHMAN
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK DR. HJ ABDUL LATIFF HAJI AHMAD

13. SABAH
PENGERUSI - YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ AMAN
TIMB. PENGERUSI - YBHG DATUK SP MOHD SALLEH TUN SAID

Sempurnakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah tanpa mengharapkan laba untuk kendiri.

GOL 1, 2, 3

GOL 1


GOL 2


GOL 3

Sunday, December 26, 2010

Syabas Harimau Malaya (Pasukan Harimau Muda Malaysia)

Tandur 3 - 0 Garuda Indonesia
Ulanggi di Jakarta...... Rabu ini
Bravo!!!

Saturday, December 25, 2010

ZAHRAIN: 818 Hari = 100 Hari ?

ZAHRAIN: 818 Hari = 100 Hari ?

Saya terima hukuman politik - Saidi

PASIR PUTEH 25 Dis. - Bekas anggota bahagian keselamatan Pas Pasir Puteh, Saidi Husin mendakwa dia sudah menerima 'hukuman politik' berikutan tindakannya mededahkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas ditangkap khalwat.

Katanya, kejadian keretanya dirempuh kenderaan lain di Kampung Dalam Ru dan diserang oleh orang yang tidak dikenali di rumahnya malam kelmarin mungkin amaran awal supaya dia tidak meneruskan pendedahan berkaitan.

"Orang yang melakukan tindakan sedemikian adalah tidak rasional kerana membelakangi perundangan. Kalau saya membuat fitnah, samanlah di mahkamah dan biarkan pihak berkenaan menghukumnya.

"Saya memang mengesyaki kejadian yang berlaku ini ekoran tindakan saya yang berucap dalam beberapa siri ceramah berkaitan isu berkenaan.

"Tindakan dan hukuman sudah diambil terhadap saya tetapi tidak mengikut undang-undang. Ini tindakan jahiliah, tidak profesional dan sedikit pun tidak mengikut tuntutan Islam," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Gali dekat sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan dakwaan Saidi dia diserang oleh sekumpulan lelaki di rumahnya kira-kira pukul 11.30 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, Saidi yang kini Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) tanpa mukim mendakwa dia tidak mengalami kecederaan namun bajunya terkoyak akibat libasan yang dilakukan tiga lelaki.

Saidi bagaimanapun tidak menamakan mana-mana pihak atau mengaitkan dengan politik dalam aduan polis berkaitan kejadian dia diserang kerana memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk meneruskan penyiasatan.

"Saya juga tidak membuat laporan polis apabila kereta saya dirempuh kerana menganggap ia boleh diselesaikan di luar mahkamah. Namun, sehingga hari ini orang yang melanggar kereta saya tidak pun kelihatan ataupun membuat aduan kemalangan di mana-mana balai polis," katanya.

Menurutnya, ekoran paparan laman blog berkaitan pendedahan isu khalwat yang didedahkan itu, menyebabkan dia sentiasa berwaspada untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak dapat diduga sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

"Saya tidak pernah menuduh ADUN berkenaan berzina. Ia tidak keluar daripada mulut saya. Apa yang saya dedahkan kepada umum adalah saya pernah menangkap ADUN berkenaan berkhalwat dalam koc VIP kereta api dengan menyatakan nama-nama saksi yang ada bersama.

"Tuduhan berzina itu hanya paparan blog tertentu yang menghangatkan isu berkenaan," katanya.

Beliau dukacita dengan kenyataan ADUN berkenaan yang membuat penafian bahawa orang yang membuat fitnah berzina dosanya sama dengan orang yang berzina.

"Saya tidak membuat fitnah kes zina. Apa yang saya cakap adalah kebenaran yang membabitkan kes khalwat dan menyatakan kes tangkapan itu diserahkan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tindakan lanjut.

"Itu sahaja dan saya tahu dosa dan hukuman memfitnah di sisi agama dan undang-undang," katanya.

Tambahnya, pihak tertentu tidak sepatutnya mengaitkan laporan yang disiarkan dalam blog tertentu sebagaimana 'ayat' yang diucapkan dalam ceramah sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar batas perundangan terhadap dirinya.

GOBALA OH GOBALA!! (Ammaaa..apppaa..Anwar sudah auta sama saya)

Salam 2 all.

Teman kasihan melihat rakan teman YB Gobalakrishnan yang nampak gayanya sudah mula akan menjadi korban "kambing hitam". Dalam satu kenyataan yang mengejutkan semasa pemilihan PKR, YB Gobala mendedahkan bagaimana Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali memanggil beliau sebagai "pariah". Beliau menyifatkan Azmin sebagai rasis.

Terbaru, YB Gobala membuat kenyataan semalam bahawa pemimpin yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan mengamalkan "politik pecahbelah" dan "Anwar dan Azmin membenci beliau kerana tidak hipokrit". Dan YB Gobala berkata beliau bersedia dikenakan tindakan disiplin "walaupun saya tahu kebanyakan mereka yang dipecat atau dikenakan tindakan sebelum ini tidak diberi peluang membela diri" (sila ikuti lapuran penuh yang teman siarkan dibawah).

Pada teman, apa yang berlaku sekadar mengesahkan apa yang teman sebut sebelum ini, iaitu politik Anwar dan PKR adalah politik yang diasaskan kepada elemen pembohongan dan cakap tak serupa bikin..semuanya untuk tujuan memahkotakan pemimpin anugerah tuhan ini di Putrajaya.

Kata bahasa undang-undang, res ipsa loquitur, things speak for itself, fakta itu berkata sendiri. Apa yang penting rakyat menyedari mainan politik kotor dan sempit Anwar dan PKR dan menolak mereka.

Dan kepada rakan saya YB Gobala, tunggu apa lagi Brader. Abang Zaid sudah ada parti baru. Susah-susah join parti tupperware ajelah.

Adios amigos.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
19 Muharram 1432
24 Disember 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran akhbar The Star hari ini)

PETALING JAYA: Padang Serai MP N. Gobalakrishnan has dropped hints that he might lower his profile in PKR over disputes with the party leadership.

He openly voiced his disillusionment with the party leadership through series of tweets yesterday.

In one tweet, Gobalakrishnan said that party adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim was playing divisive politics in Selangor, and that such politicking had been Anwar’s strength since his university days.

In another tweet, he announced that he was distancing himself from Anwar and deputy president Azmin Ali, who according to him, was the favourite to be the next Selangor mentri besar.

He also tweeted that “Anwar and Azmin do not like me because I am not a hypocrite”.

He criticised the party leadership, saying the exco members were busy talking about economics and international issues when the poor in Selangor were being neglected.

However, when contacted, Gobalakrishnan stressed that he would not be resigning.

“No, no, I am not going to resign. I am distancing myself from PKR leaders, not PKR,” he explained.

He said he was prepared to face the music from the disciplinary board for his outbursts.

“I see a lot of things that are unbecoming in the party. Doesn’t matter, I’ll sacrifice myself,” he said.

Gobalakrishnan said he merely wanted to be member who voiced the truth about the party.

“They can crucify me but if I don’t say it, I’d be a hypocrite.

“I don’t kowtow to anyone. I am a member of PKR, a party for justice,” he added.

However, he hoped the party leadership would give him a fair hearing if they were planning to sack him.

“Many who have been sacked were never given a chance to defend themselves,” he said.

Gobalakrishnan, who lost the vice-president’s race in last month’s party election, also slammed the party’s lack of transparency in its recent elections.

“Until now, all the candidates’ tallies have not been announced. I want the PKR election results to be made public,” he said.

He also questioned N. Surendran’s appointment as one of the party’s vice-presidents by the party leadership, alleging that the lawyer was not even a member.

“There are many other suitable Indian leaders who can be appointed to the post. Yet, Anwar chose him.

“We have checked and there is no record that he is a member of the party,” claimed Gobalakrishnan.

Ads


Followers