Ads Powered By ClixSense


Wednesday, October 20, 2010

Kami Tak Guna Duit Pelabur – PNB

Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini berkata, pembangunan projek Warisan Merdeka yang mempunyai menara tertinggi di Malaysia, akan dibiayai melalui dana dalamannya sendiri tanpa ‘menyentuh’ langsung dana pemegang unit amanahnya.
Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, PNB, sebuah firma pelaburan terbesar di Malaysia, memiliki dana operasinya sendiri yang dikendalikan secara berasingan dengan portfolio dana para pemegang unit amanah.
‘‘Kami akan menggunakan dana sendiri yang dikumpul daripada keuntungan PNB sejak mula operasi (penubuhannya),’’ kata Hamad Kama Piah dalam satu taklimat tentang projek Warisan Merdeka di sini hari ini.
Pada taklimat itu, beliau menyangkal spekulasi bahawa projek milik PNB akan menggunakan dana amanah saham dan juga dibiayai oleh kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 pada Jumaat lalu mengumumkan bahawa PNB akan membina projek bersepadu melibatkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, dua bangunan sejarah negara, yang turut terletak di kawasan yang sama.
Keseluruhan projek itu bernilai RM5 bilion, dijangka siap pada tahun 2015.
Hamad Kama Piah tidak menolak kemungkinan PNB mendapatkan sumber pembiayaan lain tetapi ia tertakluk kepada sejauh mana usaha berkenaan mampu memaksimumkan pulangan daripada projek tersebut.
Katanya, projek pembangunan itu yang bakal disepadukan dengan dua bangunan warisan sejarah itu, akan dimajukan oleh PNB dan juga anak-anak syarikatnya tanpa menolak kemungkinan penyertaan mana-mana pelabur asing,
Beliau menambah, projek Warisan Merdeka yang dimiliki sepenuhnya PNB melalui PNB Merdeka Venture, adalah melibatkan pembangunan bercampur berkonsep bangunan hijau, di atas tapak seluas 19 ekar untuk tempoh pembangunan selama 10 tahun.
Katanya, selain menara yang bakal menempatkan ibu pejabat baru PNB, projek yang akan dimajukan dalam tiga fasa, akan turut mempunyai unit-unit kondominium dan kompleks membeli-belah.
‘‘Ibu pejabat PNB sedia ada yang terletak di Menara PNB (Jalan Tun Razak) akan mencapai usia 30 tahun pada 2016 dan ia perlu dinaikkan tarafnya,’’ tambah Hamad Kama Piah.
Beliau menegaskan, projek Warisan Merdeka bukanlah baharu dirancang dan dimasukkan dalam Bajet 2011 tetapi telah dirancang sejak 2004 selepas kawasan tanahnya dibeli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. pada tahun 2000.
Katanya, sejak itu keperluan projek berkenaan terus dikaji dan Lembaga Pengarah PNB merasakan sekarang adalah masa terbaik untuk melaksanakannya setelah lama tertunda dan ketiadaan banyak projek besar dijangka memudahkan usaha mendapat kelulusan.
Selain itu, kata Hamad Kama Piah, projek berkenaan akan membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau juga berkata, projek itu merupakan usaha PNB menukar kelas aset dan mempelbagaikan portfolio berbanding hanya tertumpu kepada pelaburan ekuiti.
Beliau mengakui projek itu kecil saiznya untuk dilaksanakan selama 10 tahun tetapi menyatakan tempoh masa yang ditetapkan dalam memajukan projek itu adalah strategi ke arah memaksimumkan pulangan.
Hamad Kama Piah menjelaskan, tidak timbul soal projek itu berdaya maju atau sebaliknya berikutan lambakan semasa ruang pejabat kerana sukar untuk menentukan masa yang dianggap benar-benar sesuai.
‘‘Pembinaan projek ini tidak disegerakan sebelum ini bagi mengambil faedah tidak banyak bangunan hijau yang ada,’’ kata beliau.
Hamad Kama Piah menambah, pelaksanaan projek ikonik adalah bertujuan mencetuskan minat ramai terhadap pembangunan di kawasan berkenaan dan serusnya meraih pulangan yang diharapkan.

DAP, ISTANA NEGARA AND WARISAN MERDEKA

By

What is the relationship between those three? Here we go. DAP criticize Istana Negara. DAP against the project of Warisan Merdeka. The intention to criticize New Istana under progress is to give the image of the Istana been build on the people misery. How rude is that you think?. That is the same people who oppose the monarch system just what they had done to the monarch in China.


Now i tell you the purpose of Warisan Merdeka lead to the reason why DAP hates that project so much. Government intention to build this building in the middle of crowding KL is to attract and gather Malay Businessmen. Just like KLCC which Malays hard to get any shop lot, but this time around, Warisan Merdeka will change all that. After all, this is a project by PNB which own by Bumis. Yes i said it. Malays should realize this. Thanks to Najib.
Read here and here.

Tuesday, October 19, 2010

Menjulang Perjuangan, Mengisi Harapan

Oleh YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2010

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

YB Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita

YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda

YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Ketua Pergerakan Puteri

YB Naib-Naib Presiden UMNO

YB Setiausaha Agung UMNO

Ahli-ahli Majlis Tertinggi

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian

1.      Marilah kita dahului dengan sembah tahmid kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. atas nikmat kurniaan-Nya bagi membolehkan kita bersama-sama untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2010 pada malam ini.

2.      Inilah kemuncak pertemuan para perwakilan daripada tiga sayap penting parti UMNO dari seluruh pelusuk tanah air bagi menzahirkan suara akar umbi, yang mahu melihat bangsa dimartabatkan, Islam didaulatkan, negara dipertahankan dan perjuangan parti berkelangsungan. Inilah perhimpunan yang mewakili suara rakyat - suara keramat. Inilah perhimpunan yang mempasakkan muafakat perjuangan.

Pisang sesikat sayur sebelanga
Tanda muafakat makan bersama

Gunung yang tinggi sama didaki
Lurah yang dalam sama dituruni

Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama dicicah

Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

3.      Setahun yang lalu saya berdiri di sini di hadapan saudara dan saudari membicarakan tentang kepentingan wahdah atau kesatuan dalam usaha kita untuk menggalas tuntutan perubahan. Kita mulakan langkah perubahan dengan wahdatul fikr (kesatuan minda) untuk memahami aspirasi orang Melayu dan rakyat seluruhnya, dalam suasana landskap politik yang sedang berubah; kita perkukuhkan wahdatul qalb (kesatuan hati) untuk bersama-sama menghayati nilai politik luhur yang disanjung oleh rakyat; kita perteguhkan wahdatul amal (kesatuan tindakan) untuk melaksanakan gerakerja mendekati rakyat secara kolektif; dan kita bulatkan wahdatul hadaf (kesatuan matlamat) untuk menjayakan hijrah jiwa dan sikap bagi melahirkan para pejuang UMNO yang kukuh iman dan taqwanya, utuh nilai moral dan etikanya.

4.      Alhamdulillah, hari ini UMNO telah mula berubah. Telah wujud kesedaran baru dalam minda kepimpinan dan ahli-ahli parti, baik dari segi psikologi dan gerakerja. Telah berlaku perubahan dalam gaya kepimpinan, pindaan terhadap perlembagaan parti, transformasi dalam kerajaan yang diterajui, pendekatan baru  pengurusan ekonomi pertiwi  dan kesedaran baru tentang hubungan kaum melalui Barisan Nasional.

5.      Dalam nafas semangat kesatuan dan perubahan ini juga, marilah kita menjengah kembali bagi menghayati matlamat asal perjuangan UMNO seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. Fasal 3 Perlembagaan UMNO menegaskan bahawa “UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara”. Ini termasuklah (i) mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara; (ii) mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri dan Raja Berperlembagaan; (iii) menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama; (iv) mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial demi mengamalkan sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya; (v) menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu; dan (vi) mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak asasi manusia dan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

6.      Merenung kembali asas penubuhan parti ini, akan membolehkan kita membuat penegasan semula, dan mengingatkan ahli-ahli dan seluruh warga, khususnya generasi muda, bahawa UMNO adalah sebuah wadah politik yang mempunyai prinsip perjuangan dan idealisme yang murni, namun tetap pragmatik dalam pendekatannya. Meskipun UMNO sebuah parti yang besar dan  bertunjang kepada kebangsaan Melayu-Islam, namun sifat keadilan, akomodatif dan inklusif Melayu itu, tidak pernah mengkhianati atau menzalimi kaum atau agama lain yang bernaung di bawah politik Melayu.

7.      Ini berbeza dengan sikap parti-parti pembangkang. Mereka tidak mempunyai landasan perjuangan. Sebab itulah, setiap kali mendengar dentuman guruh politik di langit, maka tiap kali itulah juga mereka bergegas membuang air di tempayan, merubah citra dan pendekatan, sehingga melupakan matlamat asal parti masing-masing. Mereka caca marba, seperti sesumpah yang kerap bertukar warna, sanggup menjadi penglipur lara, yang mendongengkan cerita. Matlamatnya mudah, semata-mata untuk mendapatkan laba politik yang sementara sifatnya, hingga sanggup menggadai maruah negara, menjadi pengkhianat di pentas antarabangsa, dan mencerca sesama bangsa. Kepada mereka kita ingatkan pesanan Pak Hamka:

Berapa pula penjual negeri
Mengharap emas perak bertimba
Untuk keuntungan diri sendiri
Biarlah bangsa menjadi hamba

8.      Ada di kalangan mereka yang segan silu untuk berbicara mengenai matlamat parti mereka. Takut kalau-kalau hilang sokongan rakan dan penyokong yang baru. Malah mereka sanggup berdolak dalih. Kepada penyokong setia berkata lain, kepada rakan baru berkata lain. Walaupun berbeza pandangan dan prinsip dalam banyak perkara, mereka sanggup berdiam diri dan mengalah saja. Malah mereka memberikan pelbagai alasan untuk membela rakan-rakan bersekedudukan. Dulu musuh ketat, dituduh kafir dan keparat, kini jadi sahabat, dipeluk rapat-rapat. Berlumba-lumba mereka membongkar korpus-korpus perbendaharan politik Islam bagi menghalalkan tahalluf siasiy– persefahaman politik sementara bagi mencapai matlamat sebenar; menggunakan kaedah sirr – merahsiakan niat sebenar dan matlamat perjuangan; serta prinsip maslahah siasah – melakukan sesuatu demi kepentingan politik.  Ada pula yang  sanggup berpegang kepada konsep taqiyyah - berpura-pura bagi menyembunyikan matlamat utama yang hendak dicapai. Tindakan mereka ini tidak ubah seperti pepat di luar runcing di dalam.

9.      Mengapakah perkara ini boleh terjadi? Apakah rakan-rakan baru mereka sudah berubah prinsip? Apakah rakan-rakan baru ini sudah mula menyokong matlamat parti mereka? Apakah rakan-rakan baru ini benar-benar ikhlas untuk bersahabat? Jawapannya kita semua tahu – tidak sama sekali. Jauh panggang dari api. Rakan-rakan baru ini masih memusuhi matlamat yang mereka dokong dahulu; masih tegar menolak syariat Islam; masih kuat memusuhi negara Islam; masih alergik dengan perkataan dakwah Islam; masih tebal faham sekularisme; masih sarat dengan cauvinisme yang mewujudkan kebencian sesama umat. Tetapi mengapakah mereka sanggup bersekongkol dengan rakan-rakan baru ini? Jawapannya mudah. Kuasa. Bagi mereka kuasa politik adalah segala-galanya.

10.    Permainan politik ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Kuasa yang diperolehi cuma sedikit sahaja. Malah mereka tidak boleh berbuat apa-apa pun untuk melaksanakan agenda parti, kerana kelangsungan kuasa mereka bergantung kepada sokongan orang lain. Lama-kelamaan penyokong sendiri sedar bahawa parti yang mereka sokong, pemimpin yang mereka dokong, tidak boleh melaksanakan cita-cita mereka. Parti itu menjadi lemah kerana penyokong tidak lagi bersama mereka. Untuk mempertahankan kuasa yang sedikit, mereka semakin bergantung kepada sokongan parti lain. Tiada lagi roh perjuangan. Yang ada cuma sekelumit kuasa yang kehilangan makna. Pokoknya, parti ini menjadi hamba kepada kuasa.

11.    UMNO tidak begitu. UMNO tetap istiqamah dengan sumpah perjuangan. UMNO tidak pernah tergelincir daripada landasannya. Benar, perubahan politik membawa pembaharuan dalam pendekatan; tetapi ianya sama sekali tidak mencabut roh perjuangan dari jasad dan sanubari UMNO. Roh perjuangan tetap mekar dalam sanubari UMNO; dan terpancar dalam setiap tindakan dan pendirian parti. Bagi UMNO, kuasa hanyalah alat untuk mencapai matlamat perjuangan parti yang murni.

12.    Kuasa tidak bermakna jika jiwa perjuangan tercabut dari jasad dan sanubari parti. Apabila UMNO menegaskan tentang kepentingan mempertahankan kuasa politik, ianya tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk menegakkan perjuangan parti. Yakinlah, bahawa UMNO tidak akan berganjak daripada landasan perjuangannya yang asal, yang difahami oleh keluarga besar Barisan Nasional. Kita tidak mahu menjadi parti yang lemah semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada kehendak orang lain. Bagi UMNO, mempertahankan perjuangan membela agama, bangsa dan negara adalah prinsip awlawiyat (keutamaan) yang paling besar. Pokoknya, UMNO tidak pernah dan tidak akan menjadi hamba kepada kuasa.

UMNO Cerita Kejayaan

Saudara dan Saudari,

13.    Sepanjang usianya, UMNO tidak pernah diam sebagai parti politik yang statik dan jumud. UMNO telah melalui proses perkembangan dan kematangan sebagai sebuah wadah politik yang sentiasa relevan dengan semangat zaman dan citra rakyat. Sebagai parti yang menerajui pemerintahan, UMNO telah berjaya membawa Malaysia melalui pelbagai fasa pembangunan sosio-ekonomi yang telah memberi manfaat besar kepada rakyat. Sejarah 53 tahun UMNO menerajui negara sarat dengan bukti-bukti kejayaan. Dari segi pembangunan ekonomi, Malaysia telah bangkit daripada sebuah negara bekas jajahan yang berteraskan ekonomi pertanian untuk berdiri megah sebagai negara perindustrian yang berkembang pesat. Kini, kita telah bersedia untuk mengorak langkah menuju ke ambang negara maju. Bukankah ini satu kejayaan?

14.    Berkat kegigihan dan wawasan jauh kepimpinan UMNO, Malaysia juga telah berjaya mengatasi masalah kemiskinan tegar dan mewujudkan golongan kelas menengah yang besar. Anak-anak desa yang dahulunya dibelenggu kemiskinan, kini menetap di kota-kota besar dengan pendapatan yang lumayan. Anak-anak mereka hari ini tidak lagi dibelenggu kemiskinan malah mendapat peluang pendidikan dan ekonomi yang jauh lebih baik berbanding apa yang mereka terima dahulu. Bukankah ini satu kejayaan? UMNO juga telah berjaya mengekalkan kestabilan politik dan keharmonian kaum di Malaysia. Di beberapa buah negara majmuk yang lain, konflik kaum mudah meletus dan biasanya berakhir dengan pertumpahan darah. Namun, Alhamdulillah, berkat kebijaksanaan pimpinan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional dalam mengurus perbezaan, kita telah menerima perbezaan ras, budaya dan agama sebagai sumber kekuatan, bukan kelemahan. Bukankah ini juga satu kejayaan?

15.    Pencapaian ini bukanlah ibarat “yang pipis datang melayang, yang  bulat datang bergolek”. Ianya adalah hasil kesediaan UMNO untuk menerima taklif kepimpinan negara sebagai satu pertanggungjawaban yang besar. Dalam sebuah negara pelbagai kaum, tanggungjawab UMNO yang paling utama ialah untuk memastikan formula politik yang diamalkan dapat menjamin kestabilan, keamanan dan perpaduan yang berkekalan.

Politik Melayu Inklusif

16.    Atas dasar ini, UMNO sejak dari awal lagi telah memilih landasan perjuangan sebagai parti nasionalis Melayu yang inklusif. UMNO menerima hakikat kepelbagaian ras sebagai sesuatu yang fitrah dan sahih. UMNO mengakui bahawa dalam sebuah negara majmuk, kerukunan hidup hanya boleh dicapai sekiranya semua kaum mendapat jaminan hak yang sah dan berpeluang mengecap nikmat kemakmuran secara adil. Justeru itu, UMNO berjuang membela nasib bangsa Melayu dan memartabatkan agama Islam tanpa mengabaikan hak dan kepentingan kaum-kaum lain. Melalui Jawatankuasa Perhubungan Kaum (Community Liaison Committe) yang ditubuhkan sebelum merdeka, para pemimpin UMNO terdahulu, bersama dengan pemimpin MCA dan MIC, telah berunding untuk menentukan hak dan kedudukan kaum-kaum di negara ini selepas merdeka. Mereka berbincang secara jujur dan telus dengan satu tujuan iaitu untuk mencapai kesepakatan dalam membina sebuah negara majmuk yang merdeka dan bersatu padu.

17.    Hasil daripada kesepakatan inilah maka terbentuk terma-terma kemerdekaan yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain. Terma-terma ini, yang dirujuk oleh Allahyarham Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim sebagai “kontrak sosial dan perjanjian keamanan” antara kaum, adalah hasil kesepakatan dan jiwa besar pemimpin-pemimpin terdahulu untuk membentuk formula politik kerjasama kaum yang inklusif. Hak dan kepentingan kaum diperjuangkan dalam kerangka kefahaman bahawa semua kaum akan mendapat jaminan hak dan layanan yang adil dalam sebuah negara yang merdeka.

18.    Dalam konteks ini, politik berasaskan kaum yang diamalkan oleh UMNO bukanlah satu bentuk politik perkauman atau politik rasis. Politik rasis bermaksud kita hanya mengutamakan kepentingan kaum sendiri dan menzalimi kaum-kaum lain. Parti yang mendakwa tidak berasaskan kaum boleh jadi amat rasis jika ianya zalim kepada kaum lain. Hakikatnya, sepanjang sejarah perjuangan UMNO, parti keramat orang Melayu ini tidak pernah menjadi parti yang rasis. UMNO sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan hak Melayu sepertimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan pada masa yang sama menghormati hak dan kepentingan kaum-kaum lain. UMNO tidak pernah membolot kekuasaan politik dan nikmat ekonomi untuk kaum Melayu sahaja. Pemimpin-pemimpin UMNO sedar bahawa berkongsi kuasa politik dan nikmat ekonomi dengan kaum-kaum lain adalah jalan terbaik untuk mewujudkan kemakmuran dan keamanan dalam sebuah negara majmuk.

19.    Ini berbeza sekali dengan andaian pelbagai pihak luar dan dalam negara sejurus selepas merdeka, yang telah meramalkan kehancuran negara kita akibat kepelbagaian kaum, agama dan taraf ekonomi. Berkat kepemimpinan UMNO yang dinamik dan toleran, ramalan buruk ini tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, negara-negara jiran yang tidak semajmuk kita telah mengalami dan masih mengalami ketegangan kaum dan agama yang membawa kepada pertumpahan darah. Salah satu punca kejayaan kita ialah kita menyedari bahawa kesejahteraan ekonomi memainkan peranan penting untuk menjamin keamanan. Inilah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO apabila mereka mengilhamkan Dasar Ekonomi Baru bagi memecahkan belenggu ekonomi penjajah. DEB berupa dasar pembangunan ekonomi yang menggabungkan penciptaan kekayaan dan pembahagian yang adil.

20.    Berteraskan falsafah dan nilai politik Melayu yang inklusif ini, UMNO telah mencipta kejayaan besar dengan membawa negara kita keluar daripada belenggu ekonomi kolonial yang mencengkam masyarakat pribumi, kepada ekonomi nasional yang mementingkan pembangunan yang mapan dan pengagihan yang adil untuk semua kaum. Sejak dari awal lagi, pemimpin UMNO mengakui bahawa kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk amat bergantung kepada kewujudan satu model pembangunan ekonomi yang inklusif di mana semua kaum dapat menikmati limpahan rahmat kemakmuran secara adil. Malah, pemenang Anugerah Nobel, Joseph Stiglitz dalam bukunya “Making Globalization Work” telah mengiktiraf bahawa kejayaan Malaysia mengekalkan keharmonian kaum selama ini adalah hasil kewujudan model pembangunan ekonomi yang komprehensif di mana semua kaum mendapat jaminan hak ekonomi yang adil.

21.    Lantaran itu, kita tidak perlu apologetik apabila memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan Bumiputera. Sejarah menjadi saksi bahawa apabila UMNO memimpin, bukan sahaja orang Melayu yang mendapat nikmat, malah semua kaum beroleh manfaat. Kita juga tidak perlu apologetik untuk mempertahankan identiti bangsa Melayu, bangga menjadi seorang Melayu, menjunjung adab dan tatasusila Melayu, mempertahankan warisan budaya Melayu, selagi mana kita berlaku adil kepada semua. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hujrat, Ayat 13:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

Yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

22.    Jelas dalam ayat ini manusia itu secara fitrahnya dijadikan berbagai keturunan dan berbangsa-bangsa. Tetapi ukuran sebenar kemuliaan seorang insan bukanlah ketaksuban kepada bangsanya, tetapi ketakwaan kepada Allah s.w.t. Dan sesungguhnya, berlaku adil kepada semua adalah tanda ketakwaan bagi orang-orang yang beriman. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ma’idah, Ayat 8:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ (٨)

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

23.    Alhamdulillah, berkat wawasan kepimpinan UMNO selama ini, Malaysia bukan sahaja telah mengukir sejarah sebagai negara yang berjaya mengekalkan keharmonian kaum, kestabilan politik dan keamanan negara, tetapi juga telah berada dalam kelompok teratas dalam kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi. Hari ini, di bawah kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri, Malaysia sedang tekun meletakkan asas-asas yang kukuh untuk melangkah ke era baru kemajuan ekonomi, iaitu untuk muncul sebagai negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Berdasarkan pencapaian inilah rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk memerintah. Dengan mandat ini juga, UMNO telah berjaya meneruskan agenda perjuangan politik inklusif yang menjadi kunci kepada kestabilan, kemanan dan kemakmuran negara. 

Memperkukuhkan Perpaduan

Saudara dan saudari,

24.    Cabaran yang dihadapi oleh UMNO seterusnya ialah bagaimana untuk mengekalkan kejayaan dan memperkukuhkan perpaduan. Kunci kepada kejayaan UMNO selama ini ialah kebijaksanaannya dalam mengurus hubungan kaum dan mengekalkan kestabilan politik. Namun hakikatnya, kita tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum. Walaupun secara umumnya hubungan kaum di Malaysia berada di tahap yang baik, namun masih kedengaran suara-suara yang mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, serta hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain. Sekiranya tidak diurus dengan baik, keadaan ini akan menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum bahawa kedudukan dan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan semakin terhakis.

25.    Debat perkauman dalam masyarakat juga semakin merumitkan keadaan. Perdebatan tentang isu perkauman tanpa batasan boleh menimbulkan provokasi yang membakar sentimen perkauman. Kita tentu sekali tidak mahu percikan api kemarahan akhirnya menjadi letusan yang memusnahkan segala nikmat keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah kita bina. Sanggupkah kita menggadaikan segala nikmat yang kita kecapi semata-mata kerana amarah perkauman? Hakikatnya, tiada siapa yang beruntung sekiranya perbalahan bermaharajalela. Kalah jadi abu, menang jadi arang.


26.    Justeru, perasaan curiga antara kaum mesti dibendung segera. Debat perkauman mesti dihentikan, bukan esok atau lusa, tetapi sekarang. Jangan ada mana-mana kumpulan yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, serta hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Hormatilah dan terimalah keluhuran Perlembagaan yang telah meletakkan asas-asas bagi negara kita. Saya yakin dan percaya, bahawa rasa curiga antara kaum akan dapat diatasi sekiranya semua kaum mendapat jaminan bahawa hak-hak mereka yang telah termaktub dalam Perlembagaan akan dipertahan dan dihormati dalam apa jua keadaan sekalipun.

27.    Kepada orang Melayu dan Bumiputera, saya menegaskan bahawa UMNO sebagai parti teras Melayu, akan terus mempertahankan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kedudukan agama Islam, kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan memastikan orang Melayu dan Bumiputera mendapat pembelaan sosial dan ekonomi yang seadil-adilnya.

28.    Kepada kaum-kaum lain, UMNO sebagai parti teras kenegaraan tetap mengormati hak kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebagai sebuah parti politik Melayu yang inklusif, dan berdasarkan rekod perjuangan UMNO selama ini, UMNO akan terus memastikan bahawa, di bawah teraju UMNO, tidak ada satu kaum pun yang akan ketinggalan dalam menikmati rahmat pembangunan dan kemajuan negara.

29.    Saya sedar, ada pihak yang menjanjikan bulan dan bintang kepada kaum-kaum di negara ini. Mereka hanya berjanji. Sedangkan UMNO telah mengotakan janji. Kita telah buktikan selama ini bahawa di bawah teraju UMNO, semua kaum mendapat jaminan hak yang adil. Di banyak negara bekas tanah jajahan, bangsa majoriti mendominasi kaum minoriti dengan memaksa mereka mengasimilasi, di mana mereka tidak dibenarkan mengamalkan bahasa, budaya dan agama mereka. Sebaliknya, di Malaysia, melalui UMNO, para pengasas negara kita telah memilih dasar yang inklusif, yang menerima dan memberi layanan yang adil kepada semua kaum. Inilah bukti keadilan dan keterangkuman UMNO.

Gagasan 1Malaysia

30.    Selaras dengan pendirian inilah, kita menjunjung Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh YAB Presiden sebagai satu gagasan perpaduan yang memberi jaminan hak kepada semua wargenagara berlandaskan prinsip-prinsip Perlembagaan dan Rukunegara. Gagasan ini akan mencetuskan kekuatan kita sebagai sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Dalam konteks ini, Gagasan 1Malaysia tidak menolak fitrah kepelbagaian identiti dan budaya kaum yang ada di negara kita, malah menegaskan kepentingan untuk menerima kepelbagaian sebagai sumber kekuatan. Gagasan 1Malaysia yang berlandaskan Perlembagaan dan prinsip penerimaan ini tidak membawa maksud penghakisan identiti atau hak mana-mana kaum, tetapi merupakan satu penegasan terhadap pengukuhan rasa kebersamaan dalam kalangan masyarakat majmuk dengan menerima kepelbagaian sebagai satu fitrah yang murni. Saya yakin dan percaya, gagasan berpandangan jauh YAB Presiden ini akan menangkap imaginasi rakyat pelbagai kaum dan membawa kita ke hadapan sebagai sebuah negara majmuk yang maju dan bersatu padu.

31.    Kita juga sedar bahawa perpaduan Melayu adalah prasyarat kestabilan politik Malaysia. Perpaduan Melayu tidak boleh dilihat secara terpisah daripada perpaduan nasional. Perpaduan Melayu itu sendiri merupakan teras perpaduan nasional. Untuk itu, UMNO akan terus menerajui perjuangan untuk menyatupadukan bangsa Melayu dan umat Islam. UMNO akan berganding bahu dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan Islam untuk memperkukuhkan perpaduan, menyemarakkan syi’ar Islam dan memastikan kestabilan politik terus terjamin.

Melangkah Ke Hadapan Dengan Keyakinan

32.    Melangkah ke hadapan, orang Melayu juga perlu mengatasi segala kelemahan yang ada. Manakala UMNO tetap membela hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera,  generasi Melayu dan Bumiputera hari ini dan masa hadapan tidak lagi boleh bergantung semata-mata kepada jaminan politik dan perundangan untuk maju. Ini kerana landskap politik dan ekonomi dunia sudah berubah. Ledakan maklumat dan teknologi komunikasi telah meruntuhkan sempadan politik dan ekonomi, dan menjadikan dunia semakin global. Dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini, kesejahteraan ekonomi, sosial dan politik bangsa Melayu amat bergantung kepada kemampuan diri untuk bersaing dalam dunia tanpa sempadan. Transformasi ekonomi yang lebih terbuka bukanlah satu proses yang boleh diundur. Mahu tidak mahu, bangsa Melayu perlu lebih dinamis dan bersedia untuk melakukan anjakan minda yang signifikan. Bangsa Melayu mesti bermujahadah untuk meningkatkan kemampuan diri.

33.    Dalam menghadapi realiti ekonomi berasaskan pengetahuan, yang dipacu oleh kekuatan modal insan, pembinaan modal insan Melayu yang berilmu dan berkemahiran tinggi adalah satu tuntutan. Gerakan kesedaran pendidikan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera mesti diperhebatkan. Hanya dengan pendidikan orang Melayu dapat mengasah minda dan menggarap kemahiran untuk bersaing dalam dunia yang semakin mencabar hari ini. Pembudayaan ilmu akan menjadi kunci kepada kejayaan orang Melayu hari ini dan masa depan.

34.    Tindakan afirmatif akan diteruskan dalam pelaksanaan Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi untuk memastikan orang Melayu dan Bumiputera mempunyai tempat dalam proses transformasi negara ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi. UMNO tidak akan berpaling daripada landasan perjuangannya untuk memajukan ekonomi Melayu dan Bumiputera. UMNO tidak akan ragu dan apologetik untuk memperjuangkan pengagihan ekonomi yang adil untuk orang Melayu dan Bumiputera. Namun saya tegaskan bahawa dimensi baru dasar tindakan afirmatif yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada keperluan dan kelayakan. Hanya mereka yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja akan dibantu. Begitu juga, peluang-peluang ekonomi akan terbuka luas buat mereka yang gigih berusaha. Sebaliknya, tidak ada ruang buat pengamal rent-seeking yang haloba untuk mengaut laba yang sementara.

35.    Kita juga sedar bahawa perubahan landskap politik telah meletakkan nilai dan etika politik di suatu tempat yang amat disanjung tinggi oleh rakyat. Rakyat amat berharap agar pemimpin dapat mengamalkan nilai-nilai politik luhur seperti kejujuran, keihlasan, kebertanggungjawaban dan kesungguhan dalam melaksanakan amanah kepemimpinan. Bahkan, masa depan sesuatu organisasi politik akan ditentukan oleh sejauhmana nilai-nilai yang baik ini dapat diamalkan oleh para pemimpin dan ahli-ahlinya. Justeru, selaras dengan tekad kita untuk melakukan perubahan dan pembaharuan, dan untuk melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, marilah kita pupuk dan suburkan nilai-nilai luhur ini dalam perjuangan politik kita, dan marilah kita lahirkan pemimpin-pemimpin yang berketerampilan, beretika dan berakhlak mulia. Saya pasti, jika setiap lapisan pemimpin dan ahli UMNO menjunjung nilai-nilai murni ini, UMNO akan dipandang mulia dan disanjung tinggi oleh rakyat. Ayuhlah:

Kita junjung amanah kepemimpinan
Kita selusuri haluan perjuangan
Kita tekad melakukan perubahan
Kita bawa sinar harapan

Peranan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara dan saudari,

37.    Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO adalah sayap-sayap parti yang sentiasa setia kepada perjuangan parti, sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada parti. Saudara dan saudari tidak pernah jemu menjulang panji-panji parti di setiap medan perjuangan. Dalam setiap pilihanraya, dalam setiap program parti, saudara dan saudari sentiasa menjadi jentera penggerak utama. Pemuda dengan Jelajah One Malaysianya; Wanita dengan Jalinan Rakyatnya; Puteri dengan Voguenya; kesemua program ini telah digerakkan di atas kudrat dan iltizam saudara dan saudari. Untuk itu, tidak sempurna ucapan saya jika saya tidak mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejituan semangat dan daya juang saudara saudari sekalian.

37.    Saya juga percaya, dengan jumlah melebihi 2 juta orang, atau dua pertiga daripada ahli UMNO, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah sumber kekuatan parti yang mesti diakui. Dengan jumlah sebesar ini, saudari dan saudari adalah masa depan parti yang menjadi harapan rakyat. Justeru, di samping melaksanakan tugas-tugas tradisi dan rutin dalam parti, saudara-saudari mesti lebih agresif dalam mengisi harapan rakyat yang lebih besar. Ini termasuklah harapan rakyat dalam bidang ekonomi, pendidikan, agama, kebudayaan, kesukanan, khidmat sosial, pembangunan keluarga, pemeliharaan alam sekitar dan hubungan kaum. Memang benar, selama ini saudara saudari telah melaksanakan sedikit sebanyak aktiviti dan bakti dalam bidang-bidang tersebut. Begitu juga, memang benar, ini adalah tanggungjawab kerajaan yang sedang pun dilaksanakan. Tetapi rakyat hari ini mahukan sentuhan parti dalam bidang-bidang tersebut. Inilah yang menyebabkan kita harus meningkatkan penglibatan sebagai pemimpin akar umbi dalam bidang-bidang ini.

Kad Skor

38.    Untuk memastikan sentuhan parti dalam bidang-bidang ini dapat dirasai oleh masyarakat, maka ia perlu dilaksanakan dengan lebih tersusun dan sistematik. Lebih daripada itu, ia perlu dinilai untuk memastikan impaknya yang sebenar. Oleh yang demikian saya mencadangkan satu sistem Kad Skor diperkenalkan untuk menilai prestasi setiap lapisan kepemimpinan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. Kad Skor ini akan menilai keterlibatan dan prestasi saudara saudari dalam bidang-bidang utama yang saya sebutkan tadi.

39.    Dengan adanya Kad Skor ini, setiap pemimpin akan dapat dinilai prestasi masing-masing untuk tempoh dua tahun yang akan datang. Mereka yang menunjukkan prestasi tinggi akan diberikan pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya.  Anggaplah inisiatif ini sebagai salah satu daripada usaha ikhlas kita untuk meningkatkan imej parti dan memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap parti.

40.    Saya yakin sekiranya sistem ini dilaksanakan sepenuhnya, kita akan menyaksikan satu lonjakan baru dalam tahap keaktifan dan keberkesanan gerakerja saudara saudari. Saya yakin apabila ini berlaku, bukan sahaja sayap-sayap yang akan mengalami lonjakan, malah keseluruhan parti akan menerima kesan yang positif. Dan saya yakin saudara saudari mampu melaksanakannya!

41.    Sesungguhnya, sayap-sayap parti mesti memainkan peranan yang lebih aktif dalam mendokong perjuangan parti. Lebih-lebih lagi, dalam suasana politik yang semakin mencabar hari ini, peranan sayap-sayap parti menjadi lebih penting lagi. Isu-isu dan segala tanggapan negatif yang dilemparkan terhadap UMNO perlu segera ditangkis. Malah, sayap-sayap parti mesti sentiasa berperanan secara lebih agresif untuk memperkukuhkan UMNO, dan membentuk pandangan positif rakyat terhadap UMNO. Saudara saudari bukan sekadar berada di barisan pertahanan, tetapi di barisan hadapan perjuangan parti.
       
42.    Tugas kita besar dan cabarannya pun banyak. Pastinya, tugas besar ini boleh dilaksanakan dengan mudah dan berkesan jika kita semua bersatu hati dan berpadu tenaga dalam wadah yang utuh.

Kalau ke bukit sama mendaki
Kalau ke laut sama berenang
Kalau kita bersatu hati
Kerja yang berat menjadi senang

43.    Justeru, saya menyeru kepada saudara saudari supaya merapatkan saf dan memperkukuhkan sayap-sayap parti. Jangan ada walau sekelumit perasaan amarah sesama kita. Jangan ada walau sedikit perasaan iri yang membinasakan. Jangan ada walau setitik perasaan dendam yang memusnahkan.

44.    Yakinlah, bahawa saudara saudari berada pada landasan perjuangan yang benar. Yakinlah bahawa orang Melayu dan Bumiputera menaruh harapan yang tinggi kepada saudara saudari sebagai pelopor perjuangan UMNO. Yakinlah dengan sumpah setia kita bahawa UMNO tidak akan berganjak daripada landasan perjuangan membela agama, bangsa dan negara. InsyaAllah, jika kita terus istiqamah berada pada landasan perjuangan ini, kita akan sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menjulang misi perjuangan suci UMNO.

45.    Marilah kita memperkukuhkan kesatuan hati, memperteguhkan kesatuan minda, memperkuatkan kesatuan amal dan membulatkan kesatuan matlamat dalam wadah perjuangan suci UMNO. Marilah kita memberikan sokongan padu kepada YAB Presiden untuk menjayakan pembaharuan di dalam parti dan kerajaan. Marilah kita berikan keyakinan, kepercayaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk memperkukuhkan parti dan mengangkat martabat perjuangan UMNO.

46.    Saya menyeru saudara dan saudari:

Bangkitlah pertahankan parti!
Bangkitlah menjulang idealisme kita yang murni!
Bangkitlah memerangi segala fitnah dan pembohongan keji yang dilemparkan kepada parti!

47.    Maralah ke barisan hadapan perjuangan! Julanglah panji-panji parti dengan penuh kemegahan dan keazaman! Jangan takut, jangan gentar. Allah bersama kita. La takhaf wa la tahzan, innaLlaha ma’ana.

48.    Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2010.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.  

Demokrasi Apa Yang Kita Cari?

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Tidak wujud globalisasi sebenar sekiranya diskriminasi dan sekatan selektif masih dikenakan terhadap sesetengah negara, kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata sekiranya interpretasi semasa mengenai dunia tanpa sempadan dan global adalah merujuk kepada pergerakan bebas modal, teknologi dan keupayaan untuk mengeksploitasi sumber; negara-negara miskin juga seharusnya dibenarkan melabur di negara-negara kaya.
"Keadaan sekarang nampak berat sebelah kerana interpretasinya hanya merujuk kepada satu pihak. Kita diberikan idea, mereka menginterpretasinya dan kita terpaksa melaksanakannya. Begitu juga keadaannya dengan politik dunia. Seseorang kemuka idea, memperkenalkannya, dan kita dimestikan untuk menerimanya tanpa apa-apa bantahan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Forum Antarabangsa mengenai "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik" yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 di sini hari ini. "Kita perlu beritahu diri, apabila timbul satu idea dan konsep baru, mari kita duduk dan berbincang mengenai interpretasi keseluruhan idea itu, supaya ia memberi manfaat kepada setiap negara," katanya.
"Kita perlu memiliki hak yang sama untuk berbincang mengenai idea-idea baru. Setiap orang seharusnya dibenarkan memiliki interpretasi sendiri sebarang idea baru," katanya. Merujuk kepada demokrasi, Dr. Mahathir berkata banyak hipokrasi merupakan aspek yang dicetuskan oleh realiti politik baru dalam perkara ini.
"Hari ini ada pihak yang sanggup membunuh orang demi demokrasi, itulah yang berlaku di Iraq, untuk menjadi lebih demokratik, anda terpaksa membunuh orang terlebih dahulu. Ia adalah pemahaman mengenai betapa hebatnya demokrasi sehingga anda perlu membunuh orang bagi memaksa demokrasi ke atas mereka.
"Tapi demokrasi bukan agama, ia bukan datangnya dari Tuhan. Ia datang dari ahli falsafah yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjadikan keadaan lebih baik. Namun begitu ia biasanya baik buat mereka sahaja, bukan untuk setiap orang," tambahnya. "Kenapa (jajah) Iraq? Saya rasa China tidak demokratik, tapi kenapa tidak berperang dengan China? Itu adalah gambaran idea dan realiti keadaan. Kebanyakan orang demokratik merasakan mereka yang kuat itu selalunya di pihak yang benar," katanya.
Beliau berkata hari ini dunia semakin tidak demokratik, di mana sesetengah negara mengamalkan demokrasi dalam negara, tapi bukan antara negara. Dr. Mahathir berkata inilah realiti hari ini dalam dunia politik, di mana ada persaingan antara kata sepakat Washington, dan kata sepakat Beijing. "Ada sebuah negara miskin, tapi dengan mengamalkan kata sepakat Beijing dengan betul, ia menjadi negara kedua terkaya dalam dunia dengan AS$2.3 trilion simpanan. Ini membuktikan bahawa negara bukan demokratik juga boleh memberikan kehidupan yang baik kepada rakyatnya," katanya.
"Tidak ada demokrasi di China, bukan jenis demokrasi sebagaimana yang kita faham, tapi cuba tengok kepada kemajuan yang dibawa oleh sistemnya. Walaupun ia kerajaan authoritarian, mereka menukar pemimpin mereka secara aman. Dalam jangka masa panjang, Beijing mungkin menang," kata Dr. Mahathir.
Katanya sesetengah demokrasi tidak dapat dijayakan kerana rakyat tidak dapat menetapkan pendirian mereka. "Kita lihat banyak negara demokratik, di mana pemimpin bertukar setiap dua tahun, tiada kemajuan langsung. Di sesetengah negara, demokrasi sebenarnya menghalang kemajuan dan menjadikan negara tidak stabil," tambahnya.
Demokrasi juga gagal di beberapa negara kerana ia tidak dapat menunaikan apa yang dijanjikan. "Sistem pilihan raya contohnya, jika anda mahukan 100 peratus majoriti sebelum anda bentuk sebuah kerajaan, akhirnya anda tidak akan ada kerajaan," kata Dr. Mahathir. Katanya itu sebabnya negara perlu berpuas hati dengan kerajaan majoriti, di mana walaupun kerajaan majoriti pastinya tidak dapat memuaskan hati minoriti, namun peruntukan khusus buat kaum minoriti tetap disediakan. - Bernama
"Jangan fikir dengan menukar kerajaan segalanya akan berubah. Sudah tentu semasa pilihan raya anda buat banyak janji, terutama sekiranya anda tidak menjangka untuk menang. Pembangkang sebenarnya akan berbuat perkara yang sama dengan apa yang dilakukan kerajaan sekiranya mereka berkuasa," tambahnya.

Sunday, October 17, 2010

HUMAN DEVELOPMENT SEMINAR, MELBOURNE

By
Dr. Mahathir Mohamad
1. I would like to apologise to the students and others for failing to turn up to give the talk I had agreed to.

2. I would also like to thank those who sent get well messages, fruits and flowers while I was in hospital in Melbourne.

3. Honestly I feel I have lost an opportunity to meet and talk to what may be the future leaders of Malaysia. For this reason I am writing down here what would have been the contents of my talk.

4. The suggested topic for my talk was, "Are we ready for 1 Malaysia: Does Race Still Play a Part?"

5. I will be frank but factual. My only interest is the country we all love. I am past self-interest.

6. First let me refer to the slogan "1 Malaysia".

7. Without the Government spelling out the precise meaning of 1 Malaysia, different people are giving their own interpretations which not only differ from each other but are in conflict with each other.

8. The Malays generally interprete 1 Malaysia to mean real adoption of the national language as the home language by every citizen as happens in other multiracial countries. They also expect the abolition of Chinese and Tamil schools and ensuring the private sector has a fair participation of Malays and other Bumiputeras.

9. The Chinese and Indians interprete 1 Malaysia to mean amendments to the constitution to eliminate provisions for the special treatment of the Malays and their protection by the Rulers, removal of the quota for Malays in the Civil Service, termination of the NEP, termination of the 30 per cent quota for Malays and indigenous people in business, termination of the quota for awards of licences, contracts and Aps. All awards to be on a competitive basis and open to all irrespective of race. They also expect perpetuation and maintenance of Chinese and Indian schools by the Government.

10. These two interpretations of 1 Malaysia admittedly are by the more extreme groups. The more moderate ones from both sides are milder in their expectations but their minimum intetrpretations still provide irreconcilable conflicts. 1 Malaysia clearly means different things to the different races.

11. This is the present position and it is obvious that race still play a very important role.

12. Question: It is now more than 50 years since independence. For how long do the Malays expect to be treated as special and different from the other citizens?

Answer: For as long as the Chinese and Indians prefer to be identified with their countries of origins. For as long as they want to keep their home languages and their schools.

13. Question: The so-called social contract were made a long time ago. We were not involved and we cannot be bound by it forever. When can we ignore the social contract and draw up our own social contract?

Answer: When everyone agrees to throw out the old social contract and replace it with a new one.

This will take a long time. As the new contract will be between races, racial factors would be included. Unless both sides agree to give up their races' own rights as spelt out in the first contract i.e. the preservation of own home languages and schools etc. the rights of the indigenous races to their special position etc must remain a part of the new social contract.

It is not certain that each would not demand for more than what they got under the old contract. It is likely there would be no agreement and no contract. Ths would lead to perpetual conflicts.

14. Question: So there will be no solution. The racial divisions and conflicts will remain.

Answer: In Vision 2020 one of the objectives is to create a bangsa Malaysia.

The belief at that time was that if Malaysia becomes a fully developed country, it would become very prosperous.

This prosperity would be fairly shared between the races. There would be less jealousy between them. There would also be less fear of any race being dominated by any other race.

The political cooperation between the races would also be made more meaningful as loyalty to the country would override other loyalties. In fact non-racial parties would be the trend.

It would take a long time perhaps - depending on fair wealth distribution. But once it takes off the pace will increase.

Malaysians of all races would be so proud of their country and its great achievements that the desire to be linked with other countries would be much diminished if not disappear altogether (as happens in prosperous multi-racial countries like the US - where the German, Eisenhower led the war against Germany. Eisenhower was American first and his country of origin was irrelevant to him).

The Malaysians at that stage would be Bangsa Malaysia first and always. The thing to do now is to ensure prosperity for the country and its fair distribution. Removing current rights of any of the races at this moment will only lead to racial conflicts which would obstruct prosperity.

15. Question: There are Malays in the opposition who condemn the NEP as unfair discrimination.

Answer: There are also Chinese and Indians who appreciate what the Malays have done and support the NEP. They are not so vocal for obvious reasons.

One should look at the Malays who condemn the NEP. If they are politicians or supporters of certain parties their views are motivated by a desire to get Chinese support. They assume that they themselves would lead the nation and enjoy power and opportunities through Chinese support. But there will be a pay-back period. The support is not for free. The Malay leaders will be like Nizar (Jamaluddin) when he was Menteri Besar of Perak - mere puppets.

The non-politically educated Malays feel ashamed that they have to be helped. They would like to be recognised as people who succeeded on their own. If we study these people almost invariably they have benefited from the NEP. They appear to be ashamed of this.

They are ashamed to admit that they were unable to compete with the other races. I am not ashamed to admit that I cannot compete with the Chinese and Indian students when studying medicine. They had much better results than me and the other six Malay students for entry into the Medical College. Even at that time the British promised to the Rulers to help educate the Malays. I had my chance because of the affirmative action then. On pure merit I would not be a doctor today, not because I was not qualified, but my qualification was lower than others.

One has to remember that the Chinese civilisation is more than 4000 years old. No other civilisation has lasted that long. Naturally they have developed a culture better able to survive under all conditions. It is my belief that if the percentage of Chinese in the United Kingdom for example is the same as in Malaysia, UK would be better developed than it is now. It is not surprising that the Chinese excel in developing Malaysia (for which they are amply rewarded).

It is not shameful to lose out against them. Simply to catch up with them we need handicaps. To be given handicaps is to ensure fairness, not discrimination. That is why in golf you have handicaps. That is why in all contests there must be equality between the contestants.

It is selfish if having benefited from the handicaps you want to deny others from having them.

But when all is said and done, those who are given the benefits of handicaps must make honest efforts to use them properly. If they don't then they must forfeit the handicaps in the future.

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011 : Transformasi ke arah negara maju

BAJET 2011 adalah belanjawan pertama Rancangan Malaysia Ke-10 dan yang kedua dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Di atas sifat itu,
pembentangannya amat dinantikan oleh ramai penganalisis ekonomi kerana ia akan menetapkan rentak dan nada aktiviti ekonomi negara sejajar dengan visi nasional untuk menggapai negara maju yang berpendapatan tinggi, berpaksikan kepada prinsip keterangkuman dan kemapanan sejajar dengan roh Model Ekonomi Baru.
Untuk menjayakan Bajet 2011 yang bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi, pihak kerajaan telah menggariskan empat strategi, iaitu merancak pelaburan swasta; mempergiat pembangunan modal insan; menambah baik kualiti hidup; dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam.
Untuk mencapai kadar pertumbuhan enam peratus pada tahun 2011, pelaburan sektor swasta perlu ditingkatkan semula daripada tahap 10 peratus daripada KDNK yang dialami dalam tempoh sedekad yang lalu. Namun begitu, pelaburan FDI tidak akan mula mengalir ke bumi Malaysia sekiranya kita masih miskin dari segi modal insan mahir, tahap kreativiti dan produktiviti yang rendah serta lemah dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Bagi tahun 2011, pihak kerajaan mensasarkan pelaburan swasta akan berkembang pada kadar 12.5 peratus kepada RM86 bilion. Sebahagian besar daripada jumlah tersebut membabitkan pembangunan hartanah kerajaan di sekitar Lembah Kelang dan pelaksanaan MRT untuk Greater KL sebagai penjana utama aktiviti ekonomi negara. Projek pembangunan hartanah seperti KLIFD [Kuala Lumpur International Financial District]; pembangunan tanah milik Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh dan projek bersepadu Warisan Merdeka mampu menarik pelaburan swasta dari dalam dan luar negara. Limpahan nikmat ekonomi yang dapat dicapai melalui pembangunan hartanah yang dilaksanakan seiring dengan penambahbaikan sistem pengangkutan awam sudah tentu berkali ganda.
Projek projek hartanah dan MRT tidak mungkin dapat dibiayai semata mata dengan tabungan dalam negara. Oleh itu, adalah dijangka lebih banyak syarikat luar negara yang akan memainkan peranan penting dalam beberapa projek pembangunan strategik berimpak tinggi. Sebagai contoh, projek MRT mungkin memerlukan pembiayaan melalui bon yang memberikan peluang syarikat pelaburan luar negara untuk menumpang mengecapi pulangan modal yang lumayan kalau dibandingkan dengan tahap keuntungan modal di negara asal.
Saya menjangka tentu ada suara nakal yang mempersoalkan strategi kerajaan untuk mencipta pembangunan ekonomi melalui pembangunan hartanah kerajaan. Namun kita perlu sedar bahawa pembangunan hartanah memberikan limpahan nilai ekonomi yang berlipat ganda kerana banyak sektor hiliran yang akan turut terlibat dalam rantaian nilai pembangunan hartanah. Industri pelombongan agregat, simen, pasir, serta berbagai barangan dan perkhidmatan yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dengan pembangunan hartanah akan turut berkembang.
Sememang nya pembangunan hartanah kerajaan sudah lama dibincangkan untuk dilaksanakan. Perbezaaan-nya kali ini adalah corak pelaksanaan, di mana pihak swasta diberikan peranan yang lebih meluas untuk membangunkan projek hartanah kerajaan.
Tumpuan turut diberikan kepada usaha merancakkan pasaran modal domestik dengan memperkenalkan beberapa langkah baru yang sudah sampai masanya untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerahaan [GLIC] disarankan untuk mengurangkan pegangan saham dalam syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dan sebaliknya menggunakan modal yang ada untuk meningkatkan pelaburan di luar negara. Beberapa syarikat GLIC seperti PNB dan KWSP sudah mula mengorak langkah menubuhkan syarikat pelaburan di luar negara untuk tujuan tersebut. Namun kini, pihak kerajaan mahu peningkatan berganda dari segi pelaburan aset di luar negara.
Pengurangan pegangan saham di dalam syarikat tersenarai di Bursa Malaysia sememangnya dialu-alukan oleh banyak pihak, namun usaha mendapatkan pulangan yang setimpal atau lebih baik di luar negara mengundang risiko yang perlu diteliti oleh pihak GLIC. Apabila membuat pelaburan di luar negara beberapa faktor risiko khusus [contoh: risiko matawang, risiko repatriation of funds, risiko kadar faedah] perlu diberi perhatian untuk memastikan pulangan atas modal yang dilaburkan adalah setimpal.
Penyenaraian Petronas Chemical Sdn Bhd dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Sdn Bhd bakal menceriakan aktiviti pasaran di Bursa Malaysia. Memandangkan kebelakangan ini sudah banyak syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang telah diswastakan, amatlah sesuai bagi kerajaan mengapongkan beberapa syarikat milik kerajaan di pasaran saham untuk mempelbagaikan saham pilihan yang secara langsung akan mengundang pelaburan yang lebih inklusif dari dana tempatan mahu pun luar negara.
Dua inisiatif kerajaan yang perlu diberikan perhatian ialah penubuhan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dan Dana Pencen Swasta. Kedua -dua inisiatif ini pernah disentuh didalam beberapa bajet yang lalu dan kini sudah sedia untuk dilancarkan pada tahun 2011. Skim Amanah Hartanah Bumiputera adalah satu idea yang baik untuk menambah penyertaan yang lebih bermakna dan mapan oleh golongan bumiputera dalam sektor hartanah komersil. Manakala Dana Pencen Swasta akan memberikan pilihan kepada rakyat bagi melabur tabungan mereka. Sehingga kini, KWSP adalah satu satunya syarikat yang boleh menerima caruman pekerja untuk tabungan hari tua. Pengenalan Dana Pencen Swasta adalah langkah proaktif kerajaan supaya tabungan rakyat diberikan pulangan yang kompetitif oleh KWSP mahupun Dana Pencen Swasta.
Strategi kedua Baget 2011, iaitu membangunkan modal insan amatlah sesuai diberikan penekanan pada ketika ini. Ini adalah kerana untuk bersaing dengan negara lain bagi mendapatkan FDI mahupun pelaburan ekuiti, negara kita perlu menyediakan tenaga kerja yang cekap, celik IT, mahir dalam berbagai bahasa, inovatif dan kreatif.
Menarik
Salah satu langkah awal untuk menarik dan mengekalkan modal insan yang berkemahiran dari dalam dan luar negara adalah penubuhan Talent Corporation yang dijangka beroperasi pada awal tahun 2011. Melalui agensi ini, adalah menjadi harapan agar berbagai program dapat dirancang untuk menangani fenomena brain drain. Walaupun sudah ada beberapa inisiatif Brain Gain yang diusahakan di beberapa kementerian, namun usaha yang lebih komprehensif dan tersusun perlu diketengahkan agar kita dapat membawa pulang anak watan atau mengekalkan perkhidmatan mereka di Malaysia supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Kerajaan memperuntukkan lebih daripada RM700 juta untuk mempergiat program latihan dan kemahiran manakala Program Latihan 1Malaysia pula akan dilaksanakan dengan peruntukan RM 500 juta. Ini bermakna lebih daripada RM1.2 bilion akan dibelanjakan untuk meningkatkan kemahiran siswazah, lepasan sekolah, belia dan para pekerja. Sememangnya saban tahun kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar untuk latihan dan kemahiran, namun bagi menyahut cabaran Perdana Menteri untuk bersedia ke arah negara maju, peruntukan bagi tahun 2011 dan seterus-nya perlu diperincikan dengan jelas agar peruntukan tersebut dibelanjakan sejajar dengan NKEA dan inisiatif yang diberikan penekanan oleh pihak kerajaan.
Satu langkah berani yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani rungutan rakyat tentang kadar gaji dan upah yang agak rendah pada ketika ini adalah penubuhan Majlis Konsultansi Gaji Negara. Majlis tersebut akan menjadi wadah bagi semua pihak yang berkepentingan untuk duduk semeja bagi menggubal kadar dan mekanisme penetapan gaji mininum dan isu- isu yang berkaitan. Langkah awal telah diambil oleh pihak kerajaan sebelum ini dengan menaikkan gaji posmen daripada RM610 kepada RM710 sebulan.Bajet ini turut menguatkuasakan gaji pokok minimum untuk pengawal keselamatan.
Strategi ketiga Baget 2011 adalah mensejahterakan hidup rakyat.Pihak kerajaan telah menyediakan berbagai program untuk memastikan dalam menghambat taraf negara maju, segmen rakyat yang tertentu terus menerima pembelaan dan diberikan bantuan dan galakan yang setimpal. Namun begitu, kita perlu memberikan penghormatan kepada pihak kerajaan kerana memperkenalkan berbagai program pemilikan rumah yang mesra rakyat dan keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tol PLUS Expressway Berhad bagi tempoh lima tahun akan datang.
Skim Rumah Pertamaku yang diterajui oleh Cagamas akan membolehkan pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan untuk mendapatkan pinjaman seratus peratus. Ini bermakna, pembeli rumah pertama yang terdiri daripada golongan belia, tidak lagi perlu meminjam dari saudara mara dan ibu bapa untuk mendapatkan 10 peratus wang pendahuluan seperti yang diamalkan oleh institusi kewangan pada masa sekarang. Skim ini akan memberikan peluang kepada golongan belia dan siswazah untuk membeli hartanah daripada terus menyewa daripada pihak ketiga. Inisiatif ini juga dilihat dapat melonjak permintaan bagi berbagai projek hartanah yang akan dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.
Strategi keempat Baget 2011 adalah memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam. Penekanan telah diberikan terhadap usaha untuk memudahkan sektor swasta berurusan dengan agensi kerajaan. Sebagai contoh, proses pendaftaran hartanah akan dipendekkan daripada 30 hari kepada sehari sahaja. Pihak kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif dengan memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan atau PTK yang akan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih inklusif dan komprehensif, menjelang Jun 2011.
Secara keseluruhannya, Baget 2011 telah menyerlahkan keazaman Perdana Menteri untuk membawa Malaysia ke gerbang negara maju. Beliau dengan jelas telah memperincikan berbagai inisiatif yang perlu diusahakan bagi menarik perhatian pelabur dalam dan luar negara untuk mengambil peluang perniagaan yang terkandung didalam NKEA dan Baget 2011. Pemantapan penyampaian perkhidmatan awam juga jelas sekali menjurus kepada menjadi enabler kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan pelaburan FDI dan juga pelaburan ekuiti di dalam negara.

Sin Chew: Many Chinese here more loyal to China than Malaysia


A blasphemy to world peace
Opinion⁠  2010-10-14 19:02 ⁠
By TAY TIAN YAN
Translated by DOMINIC LOH
Chinese Malaysians are funny.
If you criticise the Malaysian government, everyone will be elated, saying that you are right, just and courageous.
But if you criticise the Chinese government, you will be slammed as wrongful, ignorant and jeopardising.
I made the above conclusion from my own experiences.
For instance, after I wrote A Nobel prize China is not proud of, I received plenty of e-mails and faxes from the readers. They lashed out at Liu Xiabo as a criminal, and said I was anti-China. As if that was not enough, they even didn't spare Norway and Western "imperialism."
A reader wrote in: This article goes particularly well with Mr Tay's pro-Western democracy stance, ... human rights, democracy, freedom etc advocated by the West... He is not able to liberate himself from the confines of all these, and has been writing things that do not make sense yet still excessively conceited. I think he needs a brain swap."
What a lovely reader, with a string of well conceived adjectives!
I think it is good that some readers would seriously and diligently defend what they believe, or imagine.
But why do they always separate things into Oriental and Western when it comes to issues about China? China is unique in its own ways and does not need to emulate the West.
And when it comes to issues about Malaysia, they will invariably base their arguments on Western standards and specifications. Anything that deviates from Western values are unacceptable.
It appears to me that only China deserves to have its own ways, not Malaysia or any other nation on Earth.
Take for example, to China, human rights, democracy and freedom are all things belonging to the West, which are not only unsuitable for China, but are potentially detrimental.
But when it comes to Malaysia, human rights, democracy and freedom are all cherished as acceptable and essential, as these attributes have been successfully proven in the West.
Confucius said this was "own wish": a person can hold double standards towards the same thing. It is called hypocrisy in the West: You think you have your own set of values but in actual fact you don't, as you decide based on nothing but you personal liking.
As Liu Xiabo is a convict, he does not deserve the Peace Prize, but how about Alexander Solzhenitsyn during the Soviet era, who won a Nobel Peace Prize in prison and was lauded by the world as the Conscience of Russia?
Liu Xiaobo's Charter 08 was said to jeopardise stability in China, but the Charter 77 of Czech Peace Laureate Václav Havel, who was later elected the Czech president, was hailed as the Voice of Civilisation.
Right, those people only have one standard answer: China needs "stability."
Why is it that only China needs stability? Don't Malaysia or the United States need that same stability too?
In the name of "stability," anything ranging from autocracy, corruption, persecution, human rights violation, income gap, etc. will become rationalised, acceptable and tolerable.
Perhaps these people should team up to form an alliance and openly call for single-party politics in Malaysia by abolishing the electoral system, suppressing freedom of speech and advocating unlawful detention, all in the name of "stability."
Sin Chew Daily
MySinchew 2010.10.14

Ads


Followers