Ads Powered By ClixSense


Saturday, October 30, 2010

Zul Nordin exposed secret pact for Chinese domination!

KUALA LUMPUR, Oct 28 — Zulkifi Noordin alleged today that there was a “secret contract” between PKR and DAP that will ensure Chinese dominance should Pakatan Rakyat (PR) take over Putrajaya.

The Kulim Bandar-Baharu MP, an ex-PKR MP turned independent critic of the opposition, claimed that even PAS was not aware of the contract in an inflammatory speech in Parliament today.

“The contract promises that Chinese leaders in DAP will be given autonomy in Penang,” said Zulkifli told Parliament during the debate on Budget 2011.

The independent MP who was once closely associated with Datuk Seri Anwar Ibrahim lashed out at DAP, calling it a “chauvinist-infected party” and accused the party of being responsible for the May 13 riots in 1969.

“[Should PR take power] Malay candidates will be put in Negeri Sembilan and Perak. And if they win (in the states), they will pick a menteri besar from DAP to head the states,” he said.

Zulkifli and other independents in Parliament, who were former PR lawmakers, have denied claims that they are Barisan Nasional (BN) supporters, but his speech today echoes the oft used Umno line when attacking PR.

The Kulim-Bandar Baharu MP, however did not provide any details to his accusations as his speech was abruptly cut short by Deputy Speaker Datuk Wan Junaidi Jaafar.

Earlier on in his speech, Zulkifli said that Malaysians needed to be re-educated on the details of the May 13 riots so that they couls be “exposed to the truth” of the DAP.

What the party is doing, is they are playing up the same pattern of inciting racial hatred against the Malays despite being warned by Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj against doing so,” said Zulkifli.

According to him, the country’s first prime minister had warned DAP back then to not “question” Article 153 of the constitution as well as Malay rights.

“And this is exactly what DAP is doing now,” said Zulkifli.

The independent MP also defended Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s recent alleged inflammatory statements during the Umno general assembly, saying that Najib was “misquoted” by opposition.

Najib has come under heavy fire from the opposition for saying that he wanted to defend Putrajaya at all costs, as PR lawmakers have even brought up the matter in Parliament earlier this week.


Tunku: Actually, it is an open secret that DAP will be given autonomy in Penang if they wins the GE. Anwar is willing to do that and some PAS leaders are aware of that. That is why Karpal is all out to defend Anwar in his sodomy case although he knows very well that Anwar is a sodomizer.

The Malays should realized that DAP will ruin them if they come to power with the help of PKR and PAS. They will be sidelined forever. Wake up and together we unite and fight DAP's evil agenda.

Baca Utusan Malaysia hari ini berikut:

1. Perjanjian PKR-DAP bukan main-main
2. Perjanjian PKR-DAP: Orang Melayu diminta buka mata
3. Pendedahan Zulkifli tidak mengejutkan - Fairus

Tuesday, October 26, 2010

ETP tidak sama pelan terdahulu - PM

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan kerajaan sebelum ini malah tidak menyamai mana-mana pelan pembangunan terdahulu.

Perdana Menteri yang menyifatkannya sebagai satu titik gemilang dalam keluk pembangunan negara menjelaskan, ETP adalah satu program dan bukannya satu pelan.

"Perbezaan yang ketara di sini adalah ETP mengandungi projek spesifik dan tindakan khusus siap dengan tempoh masa, pemilik projek dan pengukuran prestasinya.

"Program ini mengandungi 131 Projek Permulaan (EPP), 12 laporan makmal dan 60 peluang perniagaan kesemuanya untuk mewujudkan 3.3 juta pekerjaan tambahan," katanya sewaktu melancarkan Buku Hala Tuju ETP di sini hari ini.

ETP yang menjadi pelengkap agenda transformasi pentadbiran Najib menggariskan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk menggerakkan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, turut membezakan ETP dengan inisiatif kerajaan yang lain adalah ia berasaskan pada Pendapatan Negara Kasar (GNI) dengan sasaran per kapita RM46,500 (AS$15,000) pada 2020.

Katanya, dalam tempoh 10 tahun akan datang, sebanyak 131 EPP dan 60 peluang perniagaan yang terkandung dalam ETP masing-masing akan menjana GNI tambahan sebanyak RM427.8 (AS$138) bilion dan RM347.2 (AS$112) bilion.

"Apabila disatukan dengan pertumbuhan organik hasil daripada NKEA dan bukan NKEA, jumlah GNI pada 2020 dianggarkan mencapai RM1.62 trilion (AS$523 bilion)," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, ETP merupakan satu program yang dibentuk bersama sektor swasta melalui pendekatan terbuka serta telus selain mesra pasaran dan berdasarkan merit serta keperluan.

Beliau berkata, bagi memperkukuhkan ketelusan dan mengambil kira pandangan rakyat, butiran dan program ETP telah dipamer dan dibincangkan bersama lebih 13,000 rakyat menerusi Hari Terbuka yang telah dianjurkan.

"Hala tuju ETP boleh didapati dengan mudah oleh rakyat dan jika ada kontrak kerajaan diberi, kita akan menyiarkannya di laman web kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ETP juga akan mengubah peranan kerajaan daripada menjadi pembiaya kewangan kepada pemudah cara bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam.

Malah kata beliau, 92 peratus daripada pelaburan untuk ETP adalah daripada sektor swasta dengan 73 peratus daripadanya disumbangkan oleh Pelaburan Terus Domestik (DDI).

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan, ETP bersifat inklusif bagi membolehkan setiap rakyat merasa impak positif pelaksanaan projeknya walau sedikit mana sekalipun.

"Kesemua 131 EPP ini merentasi seluruh pelosok negara dengan 68 EPP akan memberi manfaat kepada Sarawak manakala 71 EPP lagi akan memberi manfaat kepada Sabah.

"Sebanyak 106 EPP akan membawa manfaat kepada komuniti bandar manakala 25 EPP http://www.amazon.com/Adventures-Sherlock-Holmes-ebook/dp/B000JQU1VSakan memberi manfaat terus kepada masyarakat luar bandar selaras dengan nisbah penduduk bandar dan luar bandar," katanya.

Saturday, October 23, 2010

Malaysian Investors Association: ETP Set to Steer Malaysia to Greater Heights

KUALA LUMPUR, 24 OCTOBER, 2010: On Monday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will launch the Economic Transformation Programme: A Road Map for Malaysia.

The ETP, says the Malaysian Investors Association, is set to steer Malaysia towards greater heights of economic development, thus putting the country firmly on the road to becoming a high income economy.

MIA president Datuk Dr P.H.S Lim said :"We are now only a decade away from reaching the new frontier of Vision 2020, as envisaged by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

"It will make Malaysia a fully developed nation with high capita income, well educated, cultured, healthy, highly civilized and affluent citizens."

Najib, who is also Finance Minister will unveil details related to the 131 Entry Point Projects (EPPs) and 60 Business Opportunities (BOs) under the Roadmap, which covers 12 National Key Economic Areas (NKEAs) at the launch.

"Certainly, these projects will cost Malaysia trillions of ringgit, many times more than the market capitalisation of Bursa Malaysia at RM1.1 trillion.

"The private sector is also envisaged to be the main driver of growth with international investors’ support," Lim told Bernama here today.

He said the government has identified several key and strategic development projects, including the Mass Rapid Transport project (RM40 billion), Kuala Lumpur International Finance District (RM26 billion), Development of the Rubber Research Institute land at Sungai Buloh (RM 10 billion) and Warisan Merdeka (RM5 billion).

Other projects include construction of highways, medical centers and teaching hospitals, revitalization of rivers, biotech and pharmaceutical industries and medical tourism.

Lim pointed out that Malaysia must achieve a gross domestic product (GDP) of seven percent annually to achieve a high income nation status.

"This factor will greatly depend on the global economic environment as Malaysia is still an export oriented nation," he said.

He also said, most important is, the demand factor in utilizing supply capacities.

"Supply and demand must be evenly matched. Otherwise, there will be a painful bubble burst, as what we experienced during the Asian financial crisis of 1997-1998. Development too, will not be sustained," he explained.

Lim also pointed that to achieve the status of a high income, the country needs a strong currency, as it can make Malaysians richer through a higher value for their assets.

"The Malaysian ringgit at present, is still undervalued, though it has strengthened from RM3.80 to RM3.04 while appreciating 11 percent," he said.

- Bernama

UMNO, Najib dan mesej

Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam meninggalkan kesan yang bukan kecil kepada parti itu bahkan kepada masyarakat Melayu.
Awang bersyukur kerana perhimpunan tersebut memperlihatkan UMNO semakin kukuh. Rata-rata perwakilan pulang dengan semangat dan keyakinan baru. Sama ada disedari atau tidak, perpaduan dan penyatuan UMNO kian kental.
Itulah mesej utama daripada perhimpunan kali ini biarpun ketika banyak pihak terutama pembangkang terus mengasak UMNO.
Awang ingin mengucapkan tahniah kepada Presiden UMNO, Mohd. Najib Tun Razak, timbalannya, Muhyiddin Yassin dan para pemimpin serta seluruh perwakilan kerana dapat menjana keyakinan masyarakat Melayu terhadap parti tersebut.
Segala keresahan bahawa UMNO sudah lesu agenda Melayu dan bumiputera kerana terlalu berhati-hati dalam landskap politik terkini, terjawab. Ia sama sekali menyangkal persepsi bahawa kepimpinan UMNO tidak lagi ke hadapan untuk membela kepentingan kaumnya.
Dalam perhimpunan tersebut, seruan agar UMNO terus memperjuangkan untung nasib bangsa, masih kuat bergema dan dominan. Ramai pembahas tidak teragak-agak menyentuh hal tersebut meskipun beberapa kerat pemimpin UMNO mula terikut rentak pembangkang - takut dilabel rasis kononnya.
Yang menjadi kemuncak ialah amanat Presiden. Ramai yang melihat ucapan beliau pada perhimpunan kali ini, terbaik. Beliau dengan lantang dan hujah konkrit, membuktikan komitmen sebagai peneraju UMNO untuk terus membela kepentingan bumiputera.
Jika ada yang menjangka Najib akan mengambil jalan tengah, mereka tersilap. Sebaliknya, beliau telah memberi ledakan untuk membuka mata semua pihak bahawa anak mantan Perdana Menteri Kedua, Tun Razak Hussein itu jangan diambil mudah.
Naik mendadak semangat Awang. Ucapannya yang menyentuh Perlembagaan, mengejutkan banyak pihak. Beliau memberi peringatan tegas agar semua kaum tidak mempersoalkan hak dan kedudukan orang Melayu. Kedudukan istimewa itu sudah terkunci kemas dan tidak boleh diubah. Mana-mana pihak yang mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja- Raja Melayu. Begitu juga kedudukan bukan Melayu termasuk status kerakyatan, sudah terpelihara.
Langkah Najib membangkitkan isu itu adalah suatu keberanian. Nada tegas dan lantang menekankan perkara itu dalam ucapannya turut mencerminkan beliau serius. Ia memberikan mesej yang jelas kepada Melayu supaya jangan terlalu bimbang.
Kepada kaum lain pula, berhentilah mempersoal kontrak sosial.
Awang berharap peringatan Presiden UMNO berhubung Perlembagaan itu setidak-tidaknya meredakan polemik mengenainya. Malah ia tamparan hebat kepada gerakan yang diatur oleh pembangkang dan pihak tertentu untuk menulis semula Perlembagaan.
Seperti biasa, pembangkang bingkas bertindak mengelirukan pemikiran ramai kononnya Najib telah memberikan isyarat yang salah. Hujah yang digunakan ialah jika kedudukan Melayu sudah terjamin maka tiada salahnya orang Melayu menyokong pembangkang dan UMNO tidak lagi relevan.
Pada Awang, jawapannya mudah. Melayu mesti terus menyokong BN terutama UMNO yang berpaksikan Perlembagaan negara kerana kedudukan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu akan lebih terjamin. Setakat ini, UMNO sahaja yang terbukti paling komited untuk mempertahan dan menterjemahkannya dalam semua keadaan.
Sedangkan pembangkang terutama DAP dan PKR telah melakukan pelbagai usaha untuk menafikan kepentingan ketiga-tiga tunjang itu dalam Perlembagaan. Untuk apa menyokong parti politik yang matlamat akhirnya diketahui untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik suatu hari nanti.
Awang tidak terkejut dengan apa sahaja putar belit yang dimainkan oleh pembangkang. Itu memang budaya mereka. (Seperti kata wakil Kelantan, Md. Alwi Che Ahmad, usaha pembangkang untuk menumbangkan BN yang diterajui oleh UMNO umpama sejarah Perang Ahzab apabila Nabi Muhammad SAW diperangi satu pakatan besar-besaran dan dahsyat, yang diketuai musyrikin Quraisy.)
Lebih-lebih lagi pembangkang takut UMNO akan memperhebatkan agenda Melayu. Selagi UMNO kental dalam perjuangan untuk orang Melayu, selagi itulah ia sukar digugat kerana akan terus menjadi sandaran utama.
Awang lega sesungguhnya para pemimpin utama UMNO dalam perhimpunan kali ini responsif kepada suara orang Melayu dan ahli UMNO di akar umbi. Agenda Melayu tetap subur biarpun parti itu perlu lebih bijak mengurus aspirasi kaum lain dalam landskap politik lebih mencabar. Ucapan Muhyiddin pada perasmian persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri juga cukup baik dan sendat dengan mesej. (Cuma anehnya, buat pertama kali, ucapan Timbalan Presiden tidak mendapat liputan siaran langsung daripada RTM)
Sebarang kelesuan UMNO dalam pembelaan Melayu akan dihukum oleh orang Melayu. UMNO tidak boleh terperangkap dengan muslihat politik parti pembangkang dan komponen lain dalam BN menerusi konsep sama rata dan keadilan tafsiran politik mereka. Mengapakah UMNO tidak boleh mempertahankan kepentingan Melayu sedangkan parti-parti lain makin agresif melonjakkan perjuangan kaum masing-masing. Untuk kaum Cina sahaja, setidak-tidaknya ada tiga parti utama yang sedang berlumba-lumba iaitu DAP, MCA dan Gerakan.
Maka UMNO mesti menjadi pergerakan politik yang menyakinkan dalam apa keadaan sekalipun. Keyakinan itu semakin dirasakan di bawah kepimpinan Najib. Dalam ucapan penggulungannya semalam, nada Najib lebih pedas dan tajam yang menyerlahkan lagi karisma beliau. Namun Najib perlukan masa dan sudah tentu juga lebih pengertian, untuk memberi impak lebih besar. Janganlah hanya membaca yang tersurat daripada segala tutur kata dan gerak tindaknya. Banyak juga yang tersirat perlu diamati. Awang sentiasa yakin Najib ada cara untuk memperkasa UMNO sambil melakar keharmonian untuk semua kaum. Sejak dulu lagi, UMNO atas sifat kemurahan hati Melayu menjadi penaung yang baik dan selamat buat bukan Melayu. Malah kaum Cina terus menguasai ekonomi negara di bawah kepimpinan UMNO.
Apa pun, percayalah UMNO mempunyai keupayaan untuk terus berkuasa asalkan orang Melayu bersatu dan UMNO terus kuat. Inilah tuntutan sebenar UMNO apatah lagi pada era kritikal ini. Seperti kata Dato' Onn Jaafar pada Kongres Melayu pertama, 4 Mac, 1946. ''Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha'.' Perhimpunan Agung UMNO 2010 sudah memberikan petunjuk dan semboyannya termasuk mempertahankan kerajaan pusat. Ayuh, apa lagi ...

Rakyat rasa sentuhan UMNO


MUHYIDDIN Yassin ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.


Marilah kita dahului dengan sembah tahmid kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas nikmat kurnia-Nya yang telah membolehkan kita mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2010.
Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para perwakilan yang terus setia mengikuti persidangan kita pada tahun ini, yang merupakan satu persidangan yang amat penting bagi memperkukuhkan agenda perjuangan UMNO.
Sepanjang persidangan ini berlangsung, usul-usul mengenai Ucapan Dasar Presiden, ekonomi, pendidikan dan agama telah dibahas secara tuntas oleh para perwakilan.
Menurut amalan UMNO, usul-usul ini telah pun melalui proses perbahasan di peringkat cawangan dan bahagian, yang seterusnya dibawa ke Perhimpunan Agung. Maknanya, usul-usul yang telah diluluskan dan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para pembahas sebenarnya mewakili suara lebih tiga juta ahli UMNO di seluruh negara.
Bagi pihak Jawatankuasa Pengurusan parti, kita akan memperhalusi cadangan-cadangan ini bagi memastikan suara akar umbi dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan program yang akan memperkukuhkan parti. Ia juga akan menjadi panduan kepada saf kepimpinan parti tatkala merumuskan dasar-dasar dan pendekatan yang akan memastikan kelangsungan perjuangan UMNO, sesuai dengan hasrat yang telah dilontarkan oleh Presiden dalam ucapan dasar beliau.
Malah, saya akan mencadangkan kepada Presiden dan Majlis Tertinggi parti agar kita dapat membuat satu laporan yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung akan datang, mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil dan pencapaian-pencapaian yang terhasil daripada cadangan-cadangan yang dikemukakan pada Perhimpunan Agung kali ini.
Perhimpunan ini nyatanya membuktikan dua perkara penting. Pertama, UMNO sentiasa serius dalam membicarakan hal-hal yang memperkasakan bangsa Melayu, dan pada masa yang sama menjamin keadilan kepada semua kaum di negara kita. Kedua, dalam membicarakan hal-hal penting ini, UMNO sentiasa mengambilkira pandangan akar umbi yang mewakili suara hati rakyat yang menyerlahkan sifat UMNO sebagai parti yang demokratik, parti yang sentiasa relevan dan yang sentiasa mendahulukan rakyat.
Mempertegaskan Asas Perjuangan UMNO
Dalam persidangan ini, jelas suara hati ahli-ahli UMNO mahukan UMNO terus istiqamah dalam mempertahankan hak-hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Islam sebagai Agama Persekutuan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan.
Namun perkara yang dibangkitkan ini jelas berada dalam kerangka falsafah wasatiyyah, atau keseimbangan dan keadilan, seperti yang dipertegaskan oleh Presiden dalam ucapan dasar beliau. Dalam ketegasan kita, sementara kita mempertahankan hak-hak Melayu dan bumiputera, kita sentiasa mengambil tanggungjawab untuk memelihara dan menghormati hak-hak kaum-kaum lain yang telah termaktub dalam Perlembagaan.
Hak-hak ini, yang merupakan asas pembinaan Malaysia sebagai negara bangsa yang berdaulat, tidak boleh dipertikai dan dirungkai dalam apa jua keadaan sekalipun.
Namun, kita juga sedar bahawa jaminan Perlembagaan ini tidak boleh memberikan manfaat kepada orang Melayu dan bumiputera, tanpa diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh kerajaan yang memerintah. Dalam hal ini, hanya UMNO lah satu-satunya parti yang telah terbukti serasi dengan semangat dan tujuan Perlembagaan ini. Jika parti lain yang memerintah, masih belum pasti mereka akan melaksanakan tuntutan Perlembagaan ini secara tuntas. Ini kerana mereka caca- marba, sering bertukar warna, merubah citra dan matlamat, semata-mata untuk berkuasa. Tidakkah kita terfikir bahawa mereka juga boleh memperdagangkan asas-asas Perlembagaan ini demi kepentingan kuasa masing-masing?
Penegasan-penegasan yang dilontarkan oleh Presiden dalam soal pembentukan negara bangsa ini bukanlah sesuatu yang retorik atau nostalgik. Sebaliknya, ia adalah satu pertanggungjawaban sebagai seorang pemimpin untuk sentiasa mengingatkan kita tentang kepentingan mempertahankan asas-asas kewujudan negara kita.
Dan, asas-asas kewujudan ini, yang termaktub dalam Perlembagaan mesti sentiasa disebut, sentiasa diulang, sentiasa diingatkan, sentiasa dipertegaskan, supaya kita tidak lupa dari mana asal-usul kita.
Ingatlah, apabila kita lupa kepada asal usul kita, maka sebenarnya kita merintis jalan ke arah merungkai teras kewujudan kita sebagai sebuah negara bangsa; teras persefahaman dan kerukunan hidup antara warga.
Peringatan ini selaras dengan firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Asr: Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Konsep Wasatiyyah
Saudara saudari sidang perwakilan,
Sesungguhnya, falsafah wasatiyyah yang dilontarkan oleh Presiden amat bertepatan dengan budaya dan tradisi UMNO sebagai parti teras, yang sejak dahulu lagi sentiasa mempertahankan keseimbangan dan keadilan dalam pemikiran dan pendekatan politiknya.
Dalam konteks pendekatan politik UMNO, wasatiyyah bererti kebijaksanaan mengambil jalan pertengahan, bukan ekstrem dalam mewujudkan kesepakatan politik untuk menerajui sebuah negara majmuk. Pendekatan jalan tengah ini, yang mencari keseimbangan dalam memenuhi hak dan kepentingan semua kaum, adalah pendekatan yang telah terbukti berjaya, sepertimana kota Madinah dibina oleh Rasulullah SAW atas prinsip wasatiyah ditengah-tengah kepelbagaian budaya dan agama, serta kemajmukan warganya.
Bahkan, sabda Rasulullah SAW: “Khairul Umuri Awsatuha” Bermaksud: Sesempurna urusan adalah yang ditengah-tengah” - iaitu yang adil bukannya melampau, tidak terlebih atau terkurang; syumul dan sempurna.
Sesuai dengan tuntutan ini, UMNO sentiasa berusaha menzahirkan falsafah wasatiyyah dalam merealisasikan penyatuan hati, fikrah, amalan dan matlamat bangsa Melayu dan bumiputera, yang tidak meminggirkan hak-hak kaum lain.
Melangkah ke hadapan, UMNO perlu sentiasa memperkukuhkan falsafah wasatiyyah dengan melakukan yang terbaik, berusaha mencapai kesempurnaan, dan menterjemahkan idealisme UMNO sesuai dengan tuntutan zaman. Bagi mencapai kesempurnaan ini, UMNO perlu melahirkan pejuang-pejuang sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Ali-Imran, ayat 110: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang mungkar serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Transformasi Politik
Menyemangati firman Allah SWT ini, kita mesti menjayakan transformasi politik UMNO, sepertimana ditekankan oleh Presiden, mengenai peri pentingnya UMNO melakukan tiga fasa pemulihan:
Pertama, keberanian untuk menerima kelemahan. Kita perlu mencari apa kelemahan kita? Cuba lihat cawangan kita? Bahagian kita? Diri kita sendiri? Beranikah kita menerima kelemahan-kelemahan ini? Soal perpaduan sesama kita? Kelemahan di peringkat organisasi, jentera parti dan soal integrit. Apakah kita bersedia untuk mengakui dan memperbaikinya?
Juga, soal persepsi masyarakat terhadap UMNO. Seolah-olah UMNO tidak pernah berjasa, seolahnya tiada kebaikan yang dilakukan oleh UMNO selama ini. Malah wujud fenomena demonization of UMNO atau UMNO-bashing, serta fitnah yang bertujuan membangkitkan kebencian rakyat terhadap UMNO. Istilah-istilah seperti UMNOPutera; UMNO rasis; UMNO zalim; UMNO asabiyyah, sengaja dicipta.
Harus ada keberanian untuk memperbaiki kelemahan. Harus ada keberanian untuk memperbetulkan persepsi buruk terhadap UMNO. Jangan kita jadikan persepsi negatif ini sebagai sesuatu yang melemahkan perjuangan kita. Yakinlah, apabila muncul yang hak, maka lenyaplah yang batil.
Dan katakanlah: Telah datang kebenaran dan hilang lenyaplah perkara yang salah, sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (Al-Isra’: 81)
Kedua, Presiden menekankan keperluan bermuhasabah dan mencari penawar yang mustajab. Dengan itu, kita harus memulakan muhasabah diri dengan memurnikan niat, lisan dan tindakan kita. Niat mesti ikhlas; tutur kata mesti benar; dan tindakan mestilah menjadi cerminan keikhlasan hati dan kebenaran tutur kata.
Ketiga, memulakan gerak kerja. Transformasi UMNO mesti dilakukan sekarang, bukan esok atau lusa. Bukan hanya di ambang pilihan raya. Ubah sikap kita untuk bekerja dengan lebih gigih. Perkemaskan jentera bagi menghadapi PRU 13. Perhebatkan program sentuhan parti dengan masyarakat, termasuk mereka yang dilihat tidak bersama dengan UMNO. Ambil pendekatan “Kami Prihatin” dengan menekankan kepedulian sosial UMNO di tengah-tengah masyarakat. Kita mahu masyarakat merasakan keberadaan UMNO, merasakan sentuhan UMNO.
Jawapan Isu Pendidikan
Saudara saudari sidang perwakilan,
saya mengucapkan terima kasih di atas usul-usul yang telah dikemukakan oleh para perwakilan mengenai pendidikan. Sebagai Menteri Pelajaran, saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan maklum balas mengenai usul-usul tersebut.
Transformasi Pendidikan
Seperti dibangkitkan oleh jurucakap Perak, Sabah dan Pergerakan Pemuda, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dari Tahun Satu mulai 2011. Ia akan diikuti oleh Tahun Dua dan seterusnya sehingga lengkap satu pusingan pada tahun 2016. Kurikulum baru ini adalah penambahbaikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). KSSR akan memberi penekanan kepada pendekatan hands-on learning, inkuiri penemuan, keupayaan berbahasa, pembelajaran berasaskan projek dan pelbagai lagi jenis pembelajaran yang menyeronokkan. Matlamatnya ialah melahirkan murid yang holistik dan berupaya menghadapi cabaran masa depan. Ia juga bersesuaian dengan pelaksanaan sistem penilian baru Ujian Pelajaran Sekolah Rendah yang dijangka dilaksanakan mulai 2016.
Pendidikan Teknik dan Vokasional
Mengenai pendidikan teknik dan vokasional seperti yang dibangkitkan oleh jurucakap Perak, Wanita, Pemuda dan Puteri, KPM memang sedang mengarusperdanakan pendidikan teknik dan vokasional. Melalui dasar ini, KPM berhasrat meningkatkan penyertaan murid mengikuti Pendidikan Voctech daripada 10 peratus (40,706 orang murid) kepada 20 peratus (81,000 orang murid) menjelang tahun 2015. Bagi mencapai hasrat ini KPM telah merancang dan akan melaksanakan perkara-perkara berikut, iaitu:
i. Menyediakan peruntukan pembangunan dalam RMKe-10 sebanyak RM340 juta;
ii. Membina empat Sekolah Menengah Vokasional yang baru dalam RMKe-10 dan sebuah lagi dalam pembinaan RMKe-9;
iii. Mengoptimumkan penggunaan kemudahan sedia ada untuk memperluas pendidikan VocTech. Antaranya ialah menjadikan Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) dan kemudahan di sesetengah sekolah harian sebagai Sayap Vokasional. Sebagai langkah permulaan, dua buah KIP telah dikenalpasti dijadikan Sayap Vokasional pada tahun 2012;
iv. Menambah dua buah sekolah menengah pendidikan vokasional untuk golongan murid kurang upaya pendengaran, penglihatan dan masalah pembelajaran;
v. Menambahbaik mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah harian supaya setaraf dengan Sekolah Menengah Vokasional sedia ada dan diiktiraf oleh industri atau badan profesional;
vi. Meningkatkan kompetensi guru vokasional dan kemahiran sedia ada secara berterusan. Seramai 4,764 guru akan dilatih dan ditauliahkan kemahiran sekurang-kurangnya mencapai minima kemahiran Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia mulai tahun 2011;
vii. Mengambil guru baru vokasional dan kemahiran dari pasaran terbuka mengikut kelayakan yang diiktiraf. Langkah ini termasuk mempertimbangkan Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada Tahap 4 atau setara dengannya dan calon yang terpilih akan dilatih oleh KPM sebelum ditauliah dan disahkan sebagai guru kerajaan; dan
viii. Mewujudkan persekitaran inovasi di sekolah, penerapan dan pelaksanaan perniagaan akan dilaksanakan melalui program School Enterprise.
Penilaian UPSR dan PMR
Kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan supaya anak-anak dapat dibangunkan secara holistik, kreatif dan inovatif. Justeru, KPM memutuskan supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ditambahbaik kaedah penilaiannya dan akan dilaksanakan mulai tahun 2016. Manakala bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula, diganti dengan pentaksiran berasaskan sekolah, dan kita bersetuju untuk memulakannya pada tahun 2014 iaitu dua tahun lebih awal seperti yang diumumkan sebelum ini. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para jurucakap yang telah menyokong keputusan KPM.
Memperkasa Sekolah Kebangsan
Banyak pandangan berkaitan dengan mewujudkan sistem satu aliran telah dibangkitkan. Sistem satu aliran diharap dapat mewujudkan perpaduan yang lebih kukuh dalam kalangan murid. Kementerian mempunyai dasar memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) untuk menjadi SK pilihan utama ibubapa pelbagai kaum. Antara usaha KPM ialah mata pelajaran bahasa Mandarin dan bahasa Tamil di SK akan diperluaskan. Tetapi kita tidak melupakan keperluan lain seperti terus memperkukuhkan pendidikan moral dan matapelajaran Agama Islam. Namun, dalam memperkasa sekolah kebangsaan ini, komitmen, sokongan padu serta keyakinan daripada ibu bapa terhadap keupayaan sekolah kebangsaan amat penting.
Status Mata Pelajaran Sejarah
Seperti yang dibangkitkan oleh wakil Perak dan Kedah, di peringkat sekolah rendah, pada masa ini, elemen sejarah diajar melalui mata pelajaran Kajian Tempatan. Manakala bermula tahun 2014, di bawah Kurikulum dalam KSSR, mata pelajaran Sejarah akan dijadikan sebagai mata pelajaran teras.
Pada masa ini di peringkat sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua murid. Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa KPM memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM.
Dalam hal ini, Kementerian akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan perlembagaan negara, dengan tujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini.
Memartabatkan Profesion Keguruan
Untuk makluman wakil Wanita, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah menambahbaik sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan dan memperluas laluan kerjaya serta kebajikan guru.
Penempatan Guru
Berhubung penempatan guru, Kementerian akan mengkaji semula dasar berkaitan secara komprehensif dengan menempatkan guru-guru di mana-mana sekolah sama ada di SK, SJKC, SJKT dan sebagainya mengikut opsyen kepakaran mereka dan bukan mengikut kaum atau lokasi. Ini amat penting untuk memastikan matlamat dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Mamperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dapat dilaksanakan dengan jayanya mulai tahun 2011.
Insentif kepada Yayasan Guru Malaysia
Mengenai fungsi Yayasan Guru Malaysia Berhad seperti yang ditimbulkan oleh perwakilan Sabah, ia akan diperkasakan dengan memperhebatkan kempen untuk menggalakkan guru-guru menjadi ahli yayasan. Kita sedar bahawa Yayasan Guru Malaysia ini memerlukan suntikan kewangan kepada dana sedia ada. Justeru, kita akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membiayai aktiviti-aktiviti yayasan tersebut, untuk kebajikan guru-guru. Yayasan Guru Tun Hussein Onn, satu lagi yayasan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan guru telah diluluskan oleh Kabinet. Rang undang-undang mengenainya akan dibentangkan di Parlimen dalam jangka masa terdekat. Harta dan wang milik kerajaan dalam Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) berjumlah kira-kira RM 200 juta akan dipindahkan ke yayasan ini sebagai permulaan.
Penglibatan Guru Dalam Politik
Berhubung dengan kebenaran guru terlibat dalam politik yang ditimbulkan oleh wakil Sabah, kerajaan berharap kelonggaran ini digunakan sebaik mungkin oleh guru untuk menyumbang kebolehan mereka membantu kerajaan, bukan untuk menentang kerajaan.
Penutup
Saudara saudari sidang perwakilan sekalian,
Tiga hari kita berkampung di Dewan Merdeka ini, marilah kita kembali semula ke tempat asal kita dengan satu tekad, satu semangat untuk menzahirkan sokong padu kepada Presiden demi meletakkan UMNO di atas landasan perjuangannya.
Berikan kepercayaan penuh kepada Presiden dalam memimpin UMNO, di saat parti kita sedang berhadapan dengan realiti baru politik dan ekonomi, yang akan menentukan masa depan keindukan bangsa Melayu dan bumiputera dalam menerajui sebuah negara yang sentiasa menjamin kedilan untuk semua kaum.
Rapatkan saf untuk menjayakan transformasi parti, sesuai dengan tekad untuk pertahankan Putrajaya sebagai lambang perpaduan, lambang kejayaan bangsa dan lambang kesatuan negara!
Marilah kita bangkit membina kekuatan bangsa.
Di atas runtuhan Melaka lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari
Bukan kuminta jambatan emas
Tapi nasihat hendak kuberi
Kenang-kenangan zaman yang lepas
Iktibar cucu kemudian hari
Sebelum engkau mengambil simpulan
Sebelum Portugis engkau kutuki
Inggeris Belanda engkau cemarkan
Ketahui dahulu salah sendiri
Janjian Tuhan sudah tajalli
Mulialah umat yang teguh iman
Allah tak pernah mungkirkan janji
Tarikh riwayat jadi pedoman
Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkatung
Berpeluk lutut berputus asa
Malang dan mujur nasibnya bangsa
Turun dan naik silih berganti
Terhenyak lemah naik perkasa
Bergantung atas usaha sendiri
Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan nasib jadi kenangan
Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, iman pun teguh
Zaman hadapan, penuh harapan
Dengan semangat nukilan Pak Hamka ini, marilah kita bersama jayakan transformasi UMNO!

UMNO dahulukan rakyat


NAJIB ketika memberi ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di PWTC semalam.


Bismillahirrahmanirahim
Sidang perwakilan, sidang pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, Syukur Alhamdulillah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi taufik dan inayahnya kepada kita semua sehingga Perhimpunan Agung kali ke-61 ini dapat dirangkum dan disempurnakan dengan selamat sampai kepada penghujungnya.
Seperti mana yang saya sebut dalam ucapan dasar saya bahawa Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka ini dilangsungkan sebanyak 25 kali. Pada kali ini perhimpunan ini mencatat beberapa perkembangan yang amat signifikan lagi bersejarah.
Yang pertama ialah buat kali pertama dalam sejarah UMNO solat Jumaat telah diadakan di dalam bangunan UMNO sendiri. Moga-moga petanda ini akan membawa keberkatan yang berkekalan. Insya-Allah.
Dan saya ucap terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha memberi kebenaran untuk solat Jumaat diadakan di dalam bangunan UMNO yang keramat lagi bersejarah ini.
Yang kedua ialah buat kali pertama sebelum perhimpunan ini diadakan satu forum antarabangsa yang bertajuk ‘Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru’ yang melibatkan 400 peserta dari dalam dan luar negara. Sekaligus kita telah dapat mengetengahkan UMNO, usaha-usaha murni UMNO memimpin negara kita, memaju negara kita dan membawa perubahan yang besar kepada negara kita. Biar dunia lihat bahawa kejayaan ini kerana kemajuan UMNO selama ini.
Saudara saudari sekalian,
Pada awal ucapan, saya nak menyelesaikan urusan yang biasa saya buat pada penghujung ucapan saya. Saya ucap terima kasih pada Datuk Pengerusi Tetap Persidangan UMNO yang telah mempengerusikan persidangan ini dengan gayanya tersendiri dan amat menarik.
Dan saya nak mengesahkan, saya turun bawah tadi jumpa dengan reporter akhbar Cina, saya tanya, “Betul ke Pengerusi Tetap kita cakap bahasa Hokkien?”’ Dia kata betul. Walaupun bahasa Hokkien pasar tapi betul. Tahniah juga kepada Timbalan Pengerusi Tetap yang cekap membantunya.
Saya juga ucap terima kasih kepada urus setia ibu pejabat, Setiausaha Agung (Datuk Tengku Adnan Mansor). Terima kasih kepada Setiausaha Kerja yang sihat walafiat, tak berhenti bekerja. Dan kepada semua kakitangan ibu pejabat, semua pihak, media, segala-galanya yang telah membantu persidangan kita berjalan dengan baik.
Saudara saudari sekalian,
Saya berasa begitu terharu bahawa ucapan Presiden saya pada kali ini mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan para perwakilan.
Saya ucap terima kasih kepada Timbalan Presiden yang telah menyatakan bahawa ucapan itu ucapan yang tegas dan berani.
Ada dua reaksi yang agak menarik perhatian saya. Yang pertama bila saya sedang ambil gambar dengan Exco Wanita, ramai wanita yang kata, ‘‘Datuk, kami wanita puas dengar ucapan.’’ Dia punya puas panjang sikit. Puas....Ini isteri saya tak marah. Bab ini dia tak marah. Bab lain jangan cuba.
Yang kedua bila saya balik rumah, ada seorang teman lama dari Pahang tunggu tercegat di luar pagar rumah saya. Jadi saya gamit dia bila saya masuk. Saya kaji apa hajatnya. Tak ada. Dia kata selama ini dia bimbang masa depan anak cucu dia. Tapi bila dengar ucapan saya dia kata dia yakin masa depan anak cucu dia terbela.
Dan itulah sebenarnya hakikatnya bahawa peruntukan-peruntukan yang menyangkut tentang kepentingan orang Melayu, bumiputera, yang melibatkan soal keistimewaan orang Melayu sudah pun terpateri kemas, telah terkunci, tersimpul mati dalam Perlembagaan negara kita. Yang tak boleh dipinda melainkan dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan saya tak nampak Raja-Raja Melayu akan pinda peruntukan Perlembagaan ini.
Namun ada juga pihak, inilah kata kumpulan yang sebelah sana, dia pakar pusing. Dia pusing bab itu, dia pusing. Orang putih kata spinning. Dia very good at spinning. Dia kata kalau sudah terkunci, tersimpul mati, jadi tak perlulah UMNO berkuasa sebab orang Melayu kalau ada kuasa pun orang lain boleh pertahankan sebab sudah ada peruntukan dalam Perlembagaan.
Ini adalah satu pandangan yang tidak benar sama sekali. Ini kerana walhal peruntukan itu sudah terkunci kemas tapi kuasa politik perlu di dalam tangan UMNO untuk menterjemahkan prinsip semangat peruntukan Perlembagaan. Sebab itulah dalam ucapan saya, bab kedua ketiga penghujungnya sekali saya tutup ucapan saya dengan mengatakan dalam apa juga keadaan, mesti kita pertahankan apa mesej itu.
Jangan sampai dia benak. Dia benak ataupun orang Negeri Sembilan kata bangang. Saya tanya isteri saya, bangang itu apa. Bangang itu paling teruk sekalilah ataupun dia faham sengaja tak nak buat faham. Inilah masalah kita berdepan dengan pembangkang yang selalu memutar sesuatu kenyataan untuk mengelirukan rakyat jelata. Kita beritahu bahawa UMNO akan menyelamatkan masa depan Melayu dan negara kita yang tercinta. Tak ada orang lain boleh, nak kata dia boleh? Dulu sibuk dengan reformasi, sekarang ini sibuk baling kerusi. Saya tak sebut, dia tau, dia faham.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Dalam perhimpunan ini, soal Perlembagaan tak usah bangkit pada sesiapa lagi, habis tutup cerita, kita mara ke depan. Orang putih kata let’s move on. Dalam perhimpunan ini saya lihat memang hasrat kita, hasrat saudara-saudara sekalian bahawa soal agenda Melayu, kedudukan bumiputera akan terus diperjuangkan oleh pimpinan UMNO dan kerajaan.
Saya nak beritahu bahawa hal ini memang akan terus diperjuangkan oleh kita. Malah dalam persidangan MCA baru-baru ini, bila saya rasmikan, sebelah saya semua pimpinan MCA. Apa saya kata? Saya kata sekiranya majoriti dalam sebuah negara itu memiliki sebahagian kecil daripada kekayaan, itu tidak adil dan tidak menyumbang kepada kestabilan politik tanah air kita.
Saya kata depan Presiden MCA, depan pimpinan MCA saya terangkan dengan jelas. Dalam UMNO, MCA dan MIC, dalam apa jua keadaan, kita mesti menegakkan keadilan sosial di dalam negara kita. Terima kasih perwakilan mengingatkan siapa pencetus Dasar Ekonomi Baru. Takkan saya, anakandanya, darah yang mengalir dalam badan saya, tidak akan meneruskan semangat dan prinsip perjuangan itu.
Dalam majlis ini, saya nak bagi tahu, bahawa hasrat saudara-saudara sekalian supaya kita tubuhkan apa yang dikatakan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera atau pun MTAB. Saya nak beritahu bahawa pada hakikat sebenarnya, Majlis Tertinggi mengangkat agenda bumiputera sudah pun diwujudkan oleh kerajaan. Malah mesyuarat pertama telah diadakan sebulan yang lalu. Saya jadi Pengerusi, Timbalan Perdana Menteri jadi Timbalan Pengerusi, menteri-menteri yang berkenaan menganggotai termasuk tiga-tiga Naib Presiden, hak Jawa, hak Turki, hak lanun, semua ada. Ketiga-tiga ini sekarang saya tak panggil nama dia. Saya panggil dia Jawa, Turki, lanun, biar lekat triple ini, semua ada.
Kami akan pastikan agenda bumiputera terus diperjuangkan. Malah ada satu perkembangan yang saya nak terangkan. Ini juga kaitan dengan program kita untuk menambah lagi penyertaan bumiputera yakni Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJJB) yang sekretariat dia bawah Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Saya nak beritahu bahawa pada tahun sudah dan tahun 2010, empat buah syarikat bumiputera yang market capitalisation berjumlah RM411 juta sudah pun disenaraikan di Bursa Saham. Syarikat-syarikat ini kami tak kenal siapa dia. Syarikat-syarikat ini diproses berdasarkan kepada kebolehannya untuk disenaraikan.
Tetapi untuk disenaraikan dia mesti ada rekod baik lima tahun keuntungan dan Suruhanjaya Sekuriti nak tengok dari segi keuntungan akan datang. Jadi, apa yang diperlukan oleh syarikat-syarikat bumiputera ini bantuan sedikit oleh kerajaan, dalam bahasa Inggeris disebutkan The Last Mile, ini penghujungnya. Jadi, kita bantu, bila kerajaan bantu penghujungnya syarikat-syarikat ini boleh disenaraikan di Bursa Saham dan tahun sudah RM411 juta.
Tahun akan datang insya-Allah 11 buah syarikat bumiputera dijangka disenaraikan dengan pasarannya hampir RM2 bilion. Memang seperti mana perwakilan kata, kita tak marah orang lain dapat keuntungan, kita tak marah orang lain kaya malah yang kaya itu pun kerana UMNO juga mereka kaya. Betul tak? Siapa bagi lesen beras? Siapa bagi lesen gula? Siapa bagi lesen IPP (projek loji tenaga bebas)? Siapa bagi lesen satelit? Tidakkah UMNO yang bagi. Kalau kita nak tolong bumiputera, jangan pula mereka marah kita nak tolong bumiputera, ini baru adil. Hak orang lain dapat dia senyap, hak kita nak bagi dia komplen, tak bolehlah macam itu, adilkah semua ini?
Ini yang kita hendak, itu satu 1Malaysia. Terima kasih semua kerana sudah terima 1Malaysia sekarang ini sampai ada seorang perwakilan pakai 1Malaysia dekat songkok dia, ada keluar dalam gambar, ini jelas.
Saudara-saudari sekalian,
Kita pun ada program lain macam Ekuinas. Kita sudah labur dalam tiga syarikat bumiputera dengan nilai sebanyak RM350 juta. Malah dalam
Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan RMK-11, kerajaan memperuntukkan RM5 bilion untuk Ekuinas. Kalau ada syarikat bumiputera yang berpotensi jadi lebih besar, sampai ke peringkat persada antarabangsa, kita akan bantu Melayu Ekuinas. Ini supaya syarikat bumiputera bukanlah syarikat yang kecil, kerdil tapi syarikat besar bertaraf dunia global. Ini hasrat kita supaya Melayu berjaya, bumiputera berjaya di persada antarabangsa.
Kita tidak lupa. Bukan sahaja orang usahawan, bukan sahaja golongan korporat tetapi perjuangan kita bak kata pemimpin-pemimpin tadi berbentuk inklusif, keterangkuman. Jadi, hak yang bawah pun kita mesti jaga sebab itulah kita perkenalkan gaji minimum. Siapa untung? Yang pertama posmen dah untung. Posmen dahulu hampir dekat paras kemiskinan. Sekarang ini dapat RM1,300, RM1,400 sebulan. Perjuangan siapa? Perjuangan UMNO. Bukan orang lain, UMNO.
Siapa lagi? Imam masjid pun terkejut, tersentak, tidak terfikir-fikir boleh dapat RM750. Sebab itu ada imam yang dah letak jawatan hendak ambil semula itu. Datuk Seri Jamil Khir Baharom kata ada, ada dia hendak minta balik jadi imam.
Siapa lagi? Guru-guru KAFA dapat, ketua kampung pun dapat, siapa ketua kampung? Separuh daripada ketua cawangan. Ketua Bahagian kena jaga ketua cawangan betul tak? Kalau tidak dia tidak sokong undi.
Mulai tahun depan siapa lagi, pengawal-pengawal keselamatan yang kebanyakannya bekas tentera, ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dapat gaji RM700 insya-Allah dapat RM1,000 ke atas. Ini perjuangan UMNO. Ini kena beritahu, jangan sebab nak bagi air 20 milimeter padu percuma, besarnya punya cerita. Macam wakil Pulau Pinang sebut nak bagi RM50 guru KAFA pun macam nak tenggelam Pulau Pinang punya ceritalah. Tapi kita mesti tahu, mesti beritahu, mesti uar-uarkan bahawa segala-galanya adalah kerana hasil perjuangan UMNOlah memungkinkan perkara ini jadi kenyataan, bukan orang lain.
Wakil Pemuda cadangkan supaya golongan muda yang baru keluar, baru nak kahwin, tak sabar nak kahwin tapi nak rumah (tetapi) tidak mampu, kerajaan telah isytiharkan bahawa kalau beli rumah bawah RM220,000 ke bawah tak payah bayar wang pendahuluan, dapat pinjaman 100 peratus.
Wakil Pemuda cadangkan supaya hak RM3,000 itu jangan kira pendapatan sekeluarga, tapi kalau seorang RM3,000 ke bawah pun tak apa. Boleh saya nak kata, saya setuju dengan syor Pemuda.
Inilah yang kita kata inklusif. Jangan jaga orang di atas sahaja, jaga di bawah, jangan main di atas sahaja, hak belakang pun jangan (Pengerusi Tetap mencelah), jangan itu, tak boleh lalu, tak boleh. Inilah yang kata UMNO ini keindahan. Cuma kita ini UMNO tidak pandai nak bawa cerita. Itu saja, tak pandai nak jual cerita, kurang sikit mahir, sebab apa? Kita ini mesti uar-uarkan di kampung, di bandar, di semua tempat, beritahu ini semua perjuangan UMNO. Bukan orang lain.
Saudara saudari sekalian,
Ramai yang sebut tentang transformasi UMNO. Jadi, saya nak sebut di sini bahawa model transformasi UMNO apa temanya. Saya fikir waktu persidangan ini, jurucakap, pensyarah semua saya menghayati hujah-hujah mereka. Saya tilik-tilik dan saya rasakan bahawa tema yang sesuai model transformasi UMNO ialah ‘UMNO Dahulukan Rakyat’. Ini dia. Jadi sebenarnya, proses transformasi ini dah mula. Dia mula seperti yang Datuk Hishammuddin (Hussein) kata tadi dari waktu kita meminda Perlembagaan pada tahun sudah. Kita tidak tahu sangat signifikannya. Tapi dalam sejarah UMNO, ada tiga peristiwa yang sangat besar ertinya iaitu penubuhan UMNO, UMNO diharamkan dan pindaan Perlembagaan UMNO pada tahun sudah. Ini tiga. Sebab apa? (Kerana) ia menukar sama sekali asas pemilihan, proses menentukan pemilihan UMNO yang lebih demokratik dan lebih inklusif termasuk jawatan Presiden UMNO pun. Nasib Presiden UMNO di tangan 140,000 perwakilan tidak boleh bersandar lagi kepada kuota. Dulu ada kuota. Ada 58 bahagian mencalonkan baru layak lawan Presiden. Tuan-tuan ingat senang dapat 58 bahagian. Berani 58 bahagian calon orang lain lawan Presiden? Tak ada, tak jadi. Saya betul-betul menyerah nasib saya, Tan Sri Muhyiddin (Yassin), naib-naib Presiden pada saudara-saudara sekalian.
Untuk menentukan ini, kita kembalikan kepercayaan kepada ahli supaya ahli akan menentukan dia boleh buat kerja atau tidak boleh buat kerja. Kalau tidak boleh buat kerja, dia akan hantar signal. Kami tidak mahu terus berkuasa tanpa dilihat, dinilai sebagai pemimpin yang boleh berjasa dan berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air.
Saya nak sebut sekali lagi, empat tonggak utama kemenangan kita. Satu, kepimpinan Barisan Nasional dengan dasarnya dan hala tujunya mesti diterima rakyat. Kedua, kepimpinan di peringkat negeri pun penting juga. Ketiga ialah parti sama ada parti kita dalam keadaan disenangi, diterima oleh rakyat. Keempat ialah calon, saya kata minta ‘winable candidate’. Empat ini mesti. Ingat, kalau keempat-empat ini jadi positif macam bah besar di Pekan, Pahang. Tuan-tuan dan puan-puan tahu bila bah besar di Pekan, Pahang? Tahu? Tak tahu? Ia jadi besar bila air turun dari hulu bertembung dengan laut air pasang, ia jadi limpahan banjir besar. Kalau kita nak menang besar, keempat-empat ini mesti menjurus kepada yang positif, baru kita menang besar macam bah besar di Pekan. Saya tahulah, saya ahli Parlimen Pekan.
Air naik berapa kaki? (Pengerusi Tetap mencelah): Naik tinggi...(ketawa) banyak kaki... Datuk. Belah Yan (Kedah) dulu, air naik empat kaki saja. Pahang lagi besar.
Jadi, kita mesti lihat dan saya cuba fikir apa dia elemen-elemen model transformasi. Saya tak nak kata ini Presiden punya idea atau Timbalan Presiden sama dengan Presiden punya idea.
Jadi kita mesti lihat dan saya cuba fikir apa agaknya elemen-elemen model transformasi. Saya tak nak kata ini Presiden punya idea atau Timbalan Presiden sama dengan Presiden punya idea.
Saya nak cantumkan, adunkan dengan perwakilan kerana kawan saya wakil Melaka kata, percayalah kepada kami. Betul tak? Betul.
Saya nak percaya pada perwakilan dan ahli UMNO. Saya nak gariskan berdasarkan pada intipati ucapan saudara-saudari dalam perhimpunan ini.
Yang pertama, nilai elemen yang pertama ialah tentukan bahawa maruah parti, kepentingan parti lebih besar, lebih tinggi daripada maruah kepentingan diri.
Wakil Kelantan contohnya katanya Tok Pa (Mustapa Mohamed) Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan, tapi bila kita ambil keputusan lantik Tengku Razaleigh sebagai pengarah Pilihan Raya DUN Galas, Tok Pa jadi timbalan kepada Tengku Razaleigh, kerana apa? Kerana dia nak menang.
Maknanya bukan soal maruah diri. Bukan soal status diri, bukan soal kepentingan diri tapi diutamakan parti mesti menang.
Nilai elemen kedua, saya ambil wakil dari Sabah, sahabat saya juga. Dia kata bahawa dalam parti ini yang penting bukan kumpulan tapi pasukan. Banyak beza kumpulan dan ‘team’. Makna bila ada team adalah pemain, posisi kita tahulah, bola sepakkan. Semua orang tahu macam mana kita nak menang dalam bola sepak, cuma pasukan kita tak boleh nak menang. Itu saja.
Maknanya kita mesti ada penyerang, menyerang. Jangan sumbat gol sendiri. Ada orang dia ‘score’ gol sendiri. Pilihan raya (umum) ada, pilihan raya kecil ada. Ada setiausaha bahagian, pilihan raya tak jadi calon pukul 10 malam dah tidur. Ada yang tak ada di kawasan pun ada. Betul tak? Betul. Tak jadi calon tak nampak muka. Langsung tak nampak. Cari, hilang. Ada yang sponsor pergi Medan.
Itulah kata ada yang bentes kaki. Orang Kelantan kata ‘cah keting’. Kalau tidak kita menang di Manek Urai. Belum masuk bab Datuk Seri Shafie (Apdal) kata banyak yang tak daftar. Yang tak daftar inilah bentes kaki, cah keting. Yang hilangkan diri, yang merajuk semua ada. Sebab itulah kita belum ada lagi aspek ‘esprit de corps’ yang kuat. Dalam transformasi model ini kita mesti memperkukuhkan ‘esprit de corps’ dalam parti kita di semua peringkat.
Janganlah kalau kerja dalam kumpulan kalau tidak ikut rentak, geng atau ‘clique’ kita, kita nak cantas dia. Walhal dia boleh buat sumbangan pada parti, betul tak? Ini jadi perangai kita. Jadi transformasi model politik jangan pakai lagi perangai macam ini.
Yang ketiga, saya ambil daripada perwakilan juga. Memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat. Sebab itu kita buat program Juara Rakyat. Kita nak bersifat inklusif. Juara rakyat jangan kita sama kita geng kita. Ada satu bahagian buat kejohanan boling sesama dia. Tak jadi juara rakyatlah. Jadi juara boling saja. Tapi claim pada UMNO. Jadi macam mana rakyat?
Kita mesti macam perwakilan kata jangan menunjuk-nunjuk. Dia kata jangan nak buat sekelip mata tukar rumah besar, kereta besar, cuma isteri tak nak besar. Ini perwakilan cakap. Bukan saya cakap. Jadi inilah yang mesti kita buat. Biar rakyat pandang dia suka tengok pemimpin UMNO. Kita dapat memenangi hati dan pemikiran rakyat.
Keempat, zaman ini zaman moden. Kita mesti jadi juara dalam media baru juga. Jangan puak-puak sana saja. Kita mesti ada facebook. Mesti ada Twitter. Macam-macam mesti buat. Sebab itu saya kata kerajaan Melaka tumbang pada Portugis kenapa? Kerana dia dengan dia punya tombak, keris dan kapak. Portugis dengan meriam, senapang. Kalahlah kita.
Zaman sekarang ini kita pakai facebook sebagai social network. Kita mesti jadi juara social network.
Saya pun cubalah walaupun tak mahir sangat. Alhamdulillah facebook saya sudah setengah juta. Tun Dr. Mahathir (Mohamad) yang veteran pun dah mahir blog, facebook. Dia buat transformasi juga.
Yang kelima, orang muda. Empat juta pengundi baru. Yang lama dah masuk dalam kotak, dalam bakul UMNO, bakul Pas atau bakul apa. Yang baru empat juta ini mesti jadi sasaran kepada UMNO menjurus kepada PRU-13. Itulah kita hendak. Bila Ketua Pemuda cadang buat think tank, saya setuju dan kita bantu.
Yang keenam, UMNO mesti menuju sifar masalah. Ada masalah lagi? Ada. Dalam perhimpunan ini pun ada. Ramai. Ada juga bahagian yang datang jumpa saya sebab masalah bahagian. Sebab apa? Sebab ada dua kumpulan. Bahagian yang boleh kita menang. Kerusi yang boleh kita menang. Tapi kita kalah. Sebab apa? Sebab UMNO tidak dapat menyelesaikan masalah dalaman di peringkat bahagian itu. Jadi, saya mintalah kita semua bantu cari penyelesaian. Yang kaki hantuk, kaki batu ‘ronson’, jawatankuasa mandi, tak usah buat kerja ini.
Dan yang ketujuh, UMNO mesti dahulukan rakyat, saya sebut tadi. Ini penting sangat, dahulukan rakyat. Tengoklah, kalau kita buat apa-apa bantuan, nak bagi saham Felcra di bahagian ini pun tengoklah, jangan bagi anak saudara kita.
Anak saudara kita yang dah jadi peguam nak saham Felcra, nak buat apa? Bagi kepada orang yang memerlukan bantuan, biar UMNO dilihat parti yang adil dan inklusif, dahulukan rakyat, rakyat sentrik. Insya-Allah, UMNO akan berjaya kalau kita letakkan rakyat yang kita dahulukan rakyat sepanjang masa.
Saudara-saudari sekalian,
Saya dah cuba gariskan bahawa transformasi politik amat perlu kita lakukan. Mulai tahun hadapan, saya ambil keputusan, sama-sama dengan Timbalan Presiden, kami akan turun ke negeri-negeri. Kami akan berjumpa dengan UMNO dan rakyat. Saya hendak UMNO sediakan yang sebaik-baiknya. Sediakan untuk lawatan kami berdua supaya mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Boleh ke tidak? Balik ini buat persiapan. Kita nak tengok persiapan yang diberi. Saya nak belek, saya nak tilik, saya nak tengok.
Saya nak beritahu bahawa dalam masa yang terdekat ini, saya akan buat perubahan kepada kepimpinan UMNO di peringkat tertentu. Mula dengan susunan yang akan datang ini, akan lengkaplah persediaan kita. Saya akan runding dengan Timbalan Presiden, runding dengan Jawa, Turki, lanun apa formula yang sebaik-baiknya. Saya nak kita bekerja kuat, sebab orang Melayu dan negara tak boleh harap pada orang lain melainkan UMNO sahaja. Jadi, kita turun padang dan sentiasa berada atas padang.
Jadi rajin, jangan malas,
Boleh menang kita di Galas.
Jangan jadi batu api,
Boleh menang di Batu Sapi.
Bersusah-susah mendaki bukit,
Tanah yang kontang digali lembah,
Walau berkecai bumi di langit,
Hak Melayu takkan dirubah.
Nyiur gading puncak mahligai,
Ketupat pulut berisi inti,
Biar bergoncang dihentam badai,
Bahtera UMNO tak kan berhenti.
Demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Angka 13 membawa bencana politik?

Tiada lagi esok untuk kita! Kuasa politik kita yang dominan yang diwarisi sejak zaman Melaka dan dipegang kuat selama 54 tahun akan hilang. Berdasarkan realiti dan sentimen politik pengundi sekarang, bencana politik ini akan terjadi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Paling lama, dua tahun saja lagi! Ada orang percaya dan hampir percaya, angka 13 membawa bencana.

Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching, ketika melawat pejabat Harakah mengatakan, beliau "yakin dan percaya UMNO tidak akan mendapat undi masyarakat Cina pada PRU ke-13." Beliau diundang berceramah dan beri bantuan di dalam surau. Banyak benar kita bercakap tentang Islam tetapi bantuan untuk surau pun, kita minta daripada orang bukan Islam. Di mana maruah kita?

Mungkin Teo terlupa memberitahu Harakah, "Penyokong Pas akan tetap mengundi DAP, kerana mereka percaya DAP lebih baik daripada UMNO. Mereka lebih percaya orang Cina daripada orang Melayu." Pemimpin DAP sudah diundang memberi ceramah dan bantuan dalam surau dan masjid.

Orang Pas sangat bangga. "Tengoklah, Pas berjaya bawa Cina masuk ke dalam surau. Bagi duit pula".

Pemimpin dan penyokong Pas megah kerana pemimpin DAP baca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya. Beri sumbangan untuk majlis berkhatan. DAP tak sokong negara Islam, tetapi menyokong Pas, sebab Pas sekarang bukan lagi 'Parti Islam', tetapi 'Parti untuk Semua'.

Teo mungkin terlupa, "Majlis Syura Pas telah bersetuju dan membenarkan orang bukan Islam bertanding di bawah lambang Pas. Zaman dulu, Pas tuduh UMNO kafir kerana berpakat dengan MCA untuk memerintah, tetapi sekarang 'Pas baru' pimpinan Tok Guru Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz boleh ikut memerintah dengan DAP. Di Pulau Pinang, khatib pun mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat. Banyak lagi alasan mengapa pengundi Cina tak akan undi UMNO, tetapi pasti akan undi DAP.

Maka kehilangan kuasa Melayu ini bukan suatu dongeng. Ia telah terjadi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Petaling Jaya sekarang. Hal ini terjadi disebabkan majoriti pengundi bukan Melayu berada di kawasan bandar.

Kita boleh kira berapa kerusi yang akan dimenangi DAP dan Pas. Seperti yang pernah berlaku di Perak, Pas pun boleh duduk dengan megahnya di bawah bayangan kuasa DAP. Fakta ini, semua tahu. Lebih daripada tahu! Tak payah diulang-ulang. Tak payah diperingatkan oleh Teo Nie Ching "Orang Cina tidak akan undi UMNO."

Akan tetapi masih ramai orang Melayu, termasuk pemimpin politik dan generasi muda, tidak menganggap perubahan ini suatu kecelakaan besar. Orang seperti Datuk Nazri Aziz mungkin tak kisah, sebab beliau "rakyat Malaysia terlebih dulu, barulah orang Melayu". Tok Guru Nik Aziz pun "tak bangga jadi Melayu".

Bagi orang yang sama sikap dengan mereka ini, siapa perintah negara dan jadi Perdana Menteri pun sama saja. Akan tetapi bukankah Datuk Nazri seorang menteri dan Ketua Bahagian serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO? Beliau tak wajar lagi memegang semua jawatan itu mewakili parti kebangsaan Melayu. Betullah ramai pemimpin kita yang bercelaru, lantas Melayu pun bercelaru.

Kata Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin, umat Islam di negara ini sudah "tenggelam punca". Tun Mahathir telah banyak kali sangat memberi amaran.

Beliau memerintah negara dan menjadi Pengerusi BN selama 22 tahun. Mengepalai BN bertarung dalam lima pilihan raya. Ada pilhan raya yang BN menang besar dan ada yang hampir hilang kuasa. Beliau kalah di Kelantan, Terengganu dan Sabah. Mengalami dua krisis UMNO yang sangat besar. Pada zamannya, UMNO pecah dua dan diharamkan di mahkamah.

Beliau turut berhadapan dengan raja-raja kerana meminda Perlembagaan. Ada orang Melayu menggelar beliau "Maha Firaun" dan ada orang UMNO kata, dia "diktator". Beliau menangani krisis kewangan yang gawat. Dan macam-macam krisis dan cabaran lagi. Dihadapi dan diselesaikan satu persatu.

Apabila mengundurkan diri tanpa terpaksa atau dipaksa, dan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; BN, UMNO dan negara berada dalam keadaan yang kukuh dan stabil. Bukan dalam masa kekalahan! Maka pemerhatian politiknya tajam dan berdasarkan pengalaman dan fakta yang nyata. Amarannya bukanlah wayang politik dan suka-suka.

Tan Sri Harussani, Mufti Perak, seorang ulama dan bukan orang politik yang telah cuba memperkukuh politik Melayu, akhir-akhir ini ikut prihatin dan mengingatkan: "Jika UMNO dan Pas tidak bersatu, Melayu akan hilang kuasa pada PRU ke-13" dan "Akan berlaku satu bentuk penjajahan baru." Lebih daripada itu, dalam masa dua tahun terakhir ini, beberapa orang Raja Melayu pun, sudah berkali-kali memberi nasihat dan amaran. Tidak pernah Raja-Raja Melayu bercakap politik seperti sekarang. Tidakkah ini alamat keruntuhan kedaulatan institusi Raja Melayu sudah bermula?

Raja Dr. Nazrin bimbang masa depan umat Islam di negara ini yang katanya berada "dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca". Katanya lagi, "Penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam sendiri."

Justeru baginda mengingatkan: "Pencerobohan besar bermula daripada perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari surau, madrasah, masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, tazkirah atau doa.

"Ia bermula daripada pencerobohan kecil, ketika orang Islam masih belum insaf, berdegil dan sombong mempertahankan ego serta memilih untuk bertelagah. Mereka sebenarnya memberi petanda yang salah, seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat dan institusi Islam."

Antara perubahan utama yang akan dilakukan apabila pakatan Pas-DAP-PKR memerintah adalah meminda Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, mengubah pengagihan jawatan menteri, ketua-ketua jabatan kerajaan, polis dan tentera dan ketua eksekutif GLC, PNB, TNB, dan Telekom Malaysia. Menambah kawasan pilihan raya di kawasan bandar. Mereka juga akan mengadakan semula pilihan raya untuk Dewan Bandar Raya, Majlis Bandaran dan Kerajaan Tempatan. DBKL pasti akan berubah wajah. Maka bermulalah "penjajahan baru" yang disebut Tan Sri Harussani.

PRU ke-12 adalah tsunami politik dan amaran Allah. Malangnya pemimpin politik Melayu-Islam masih terus bertelagah merebut kuasa, jawatan, pangkat dan kekayaan. Sejarah kejatuhan Empayar Rom, Empayar Islam dan kemusnahan kuasa kerajaan-kerajaan Melayu, nampaknya tidak mampu mengajar kita.

Justeru, kecelakaan politik yang akan menimpa kita bukanlah kerana 'nasib' tetapi kerana perbuatan kita sendiri. Maka janganlah kita selalu sedih 'mengenangkan nasib' kerana ini sikap orang yang mengaku tewas sebelum berjuang.

Hakikatnya, asas dan kunci kekuatan Melayu berada di tangan Melayu. Jangan kita lupa bahawa pertubuhan-pertubuhan Melayulah yang menubuhkan UMNO dan sepanjang perjuangan UMNO, di belakangnya bergerak secara konsistan pelbagai macam pertubuhan Melayu, termasuk pertubuhan pegawai kerajaan, penghulu, penulis, wartawan dan guru.

Meskipun adakala mereka tidak sekata dengan UMNO, tetapi mereka tetap setia bersama UMNO. Di situlah kekuatan UMNO. Kekuatan sebenar yang telah terbukti selama setengah abad, bukan kekuatan dalam pesta makan minum berbaju batik aneka warna.-UM

Suara Politik
Taminsari

Thursday, October 21, 2010

MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN


Najib Tun Razak berucap semasa perasmian Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.
UCAPAN YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK SELAKU PRESIDEN UMNO SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI KE-61, 2010 DI DEWAN MERDEKA PWTC
 
Bismillahirrahmanirrahim
Rabbi ish-rah-li sadri wa-yassir-li amri wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,
YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah Ali,
YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi & Tun Jeanne Abdullah,
Naib Presiden-Naib Presiden,
Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Ketua-Ketua Komponen Parti BARISAN NASIONAL,
Dif-dif Kehormat, Para Tetamu dan Para Jemputan,
Para Perwakilan dan Pemerhati,
MUKADDIMAH

Meng-awali ucapan, marilah kita bersama-sama merenung dua firman Allah SWT.
Dalam surah al-Baqarah, ayat 143,berbunyi:

“Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul yakni Muhammad menjadi saksi atas perbuatan kamu”.
Dalam surah a-li Imran, ayat 159 pula terkandung firman yang menyebut:
“Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan ber-musyawarah dengan mereka dalam urusan itu”.
Saudara dan Saudari sekalian,
1.Alhamdulillah, kita merafakkan sepenuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita berkumpul sekali lagi dalam dewan yang penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW selaku pemimpin yang dimuliakan dan sentiasa diambil pengajarannya.
2.Jika dihitung dan dicongak, Perhimpunan Agung kali ke-61 menandakan Dewan Merdeka yang bertuah ini, telah menyaksikan persidangan dilangsungkan sebanyak 25 kali semenjak tahun 1985. Begitulah, UMNO telah bertatih dan berjalan begitu jauh didewasakan oleh waktu.
3.Dalam pada itu, secara sedar atau tidak, selama lebih enam dekad UMNO telah berada di lapangan, menyalakan obor kebangkitan orang-orang Melayu dan membela untung nasib bangsa. Sehubungan itu, dengan tegas kita mahu menyatakan bahawa sepanjang 64 tahun ini, United Malays National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO, adalah satu-satunya, suluh yang terang-benderang, kepada citarasa dan nurani orang-orang Melayu.
4.Kerana itulah, tidak ada seorang pun dapat menafi apatah lagi menidakkan betapa besarnya pengaruh dan peranan parti keramat ini yang sejak turun-temurun kepimpinannya telah menongkah arus, menghilir pasang, sebagai teraju perubah tanahair.
TALI-TEMALI WAWASAN NEGARA
Saudara dan Saudari sekalian,
5.Apa yang kita perjuangkan hari ini, bukanlah sesuatu yang baru. Sebaliknya ia adalah penerusan kepada aspirasi bangsa Melayu serta rakyat Malaysia di kala kita membuat keputusan untuk menuntut kemerdekaan. Begitulah, semenjak dahulu, tiga prinsip dan pegangan utama kita yang sentiasa konsisten yakni pertama, kesatuan Melayu sebagai teras perpaduan nasional. Kedua, Islam sebagai Addin dan ketiganya kemakmuran negara bertonggakkan keadilan sosial.
6.Jika diimbau sebenarnya, pada awal tahun 50-an, Presiden UMNO ketika itu, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah mengenengahkan idea untuk membuka pintu keahlian parti kepada orang bukan Melayu kerana beliau melihat realiti, bahawa kemerdekaan, tidak mampu dicapai tanpa kaum-kaum yang ada bersetuju berkongsi kuasa.

7.Namun, rancangan Dato’ Onn pada masa itu adalah terlalu progresif bagi ahli UMNO yang merasakan kedudukan bangsa Melayu masih belum kuat. Hasilnya, ia telah ditentang oleh majoriti ahli dan pemimpin UMNO. Akibat dari itu, Dato’ Onn telah keluar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu bagi meneruskan cita-citanya.
Kendatipun begitu, kita orang-orang UMNO ini bak kata pantun:

Hidup sebumbung, di bawah teratak,
Berlain bantal, satu hati,
Bercerai kasih, bertalak tidak,
Ibarat rambut, bersimpul mati.

8.Di sudut lain, sekalipun idea Dato’ Onn pada masa itu tidak dapat diterima UMNO, penggantinya, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah dipilih menggantikan beliau, menyedari peri pentingnya kerjasama politik pelbagai kaum untuk mencapai kemerdekaan. Tunku kemudiannya mengambil strategi yang pada pandangannya adalah lebih realistik dan mampu diterima majoriti orang-orang Melayu serta pelbagai ras dengan mempelopori satu gabungan bitara antara kaum.

9.Kerjasama ini, telah dizahirkan buat kali pertama pada tahun 1955, melalui perkongsian kuasa Parti Perikatan yang mengumpulkan UMNO, MCA dan MIC, masing-masing, mewakili kaum Melayu, Cina dan India. Kemudian pula, pasca tragedi 13 Mei 1969, kepimpinan negara menyedari bahawa, perpaduan tidak mampu dipupuk dengan hanya menggunakan mekanisma politik tanpa disertai asas sosioekonomi bertunjangkan keadilan sosial.
10.Oleh kerana itu, selanjutnya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah menggubal dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat membaikpulih ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang sebelum itu hampir memusnahkan keutuhan perpaduan nasional. Pendekatan baru ekonomi ini, sebetulnya telah dimungkinkan dengan kedinamikan sistem pasaran yang dibina oleh Almarhum Tunku sebelum itu.
Saudara dan Saudari,
11.Di sini, suka saya menarik kembali perhatian sebahagian daripada kita dah pihak-pihak yang barangkali terlepas pandang bahawa, matlamat Dasar Ekonomi Baru sebenarnya, adalah, untuk membina perpaduan nasional. Cumanya, alat dasar yang telah digunapakai bersifat sosioekonomi, bukannya politik semata-mata sepertimana yang dilakukan pimpinan terdahulu melalui penubuhan Parti Perikatan.
12.Dalam helaan nafas yang sama, Tun Razak tidak melupakan kepentingan mekanisma siasah sebagai alat memupuk perpaduan. Beliau, telah memperbesarkan Parti Perikatan dan membentuk tapaknya melalui penubuhan Barisan Nasional. Menerusi landasan kerjasama serta perkongsian kuasa antara kaum, ia diperluaskan melalui negeri-negeri Sabah dan Sarawak.
13.Hendaklah jangan kita lupa, jambatan pertama yang dibina antara negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merentasi Laut China Selatan adalah jambatan politik Barisan Nasional, yakni 11 tahun selepas penubuhan Malaysia. Ia dimantapkan lagi kemudiannya, dengan kehadiran UMNO di Sabah, bumi di bawah bayu, pada tahun 1991.
14.Sejurus, apabila Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990, Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu, telah memperkenalkan penyataan arah tuju kebangsaan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Melalui kertas kerja bertajuk “Malaysia; Melangkah ke Hadapan” yang disampaikannya semasa melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, beliau mevisikan bahawa, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dalam tempoh tiga dasawarsa.
15.Pada saat itu, diimpikan menjelang tahun 2020, Malaysia akan menikmati taraf hidup yang sama dengan Amerika Syarikat. Pendapatan per kapita Amerika Syarikat pada masa itu adalah kira-kira dua puluh ribu dolar. Sungguhpun kita tahu, ada pihak yang mengatakan matlamat ini adalah angan-angan Mat Jenin, alasan Tun Dr. Mahathir adalah begitu kemas sekali. Beliau menyatakan dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru, pukul rata pertumbuhan tahunan negara adalah 6.7 peratus. Jika dalam tempoh tiga puluh tahun hingga 2020, pertumbuhan boleh ditingkatkan kepada tujuh peratus yakni perpuluhan tiga peratus lebih tinggi daripada pukul rata tahun-tahun 1971 hingga 1990, maka wawasan yang dicitakan tidak mustahil untuk dicapai.
16.Di samping aspek ekonomi, beliau telah menggariskan sembilan lagi cabaran sosio-politik yang perlu dihadapi sebelum Wawasan 2020 boleh direalisasikan. Paling utama adalah, mengukuhkan perpaduan nasional atau matlamat untuk membentuk bangsa Malaysia. Pengalaman Dasar Ekonomi Baru menunjukkan bahawa pengagihan saksama hanya akan berlaku dalam ekonomi yang teguh.
17.Apa yang sangat jelas di sini, bagi memastikan perpaduan nasional, kedua-dua mekanisma, politik dan sosioekonomi harus diguna dan dipertemukan. Ertinya, perpaduan nasional tidak akan ampuh tanpa keadilan sosial manakala keadilan sosial pula tidak mampu dicipta tanpa kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi yang berteraskan perpaduan nasional. Ringkasnya, ketiga-tiga elemen tersebut adalah saling melengkapi, saling berkait dan saling mengukuhkan antara satu sama lain.
Saudara dan Saudari,
18.Setelah diamanahkan untuk memimpin parti dan negara kira-kira lapan belas bulan yang lepas, dengan penuh tradisi harmoni kesinambungan kepimpinan UMNO yang diserahkan oleh Tun Abdullah, saya telah membuat keputusan untuk tidak mencipta semula roda tetapi untuk mengambil teladan akan kebijaksanaan dan pandangan jauh pendahulu kepimpinan parti dan negara melalui formula yang dicuba serta telah teruji oleh zaman.
19.Maka, lahirlah falsafah induk 1Malaysia yang merupakan penerusan kepada wawasan pragmatik bapa-bapa kita dalam parti dan kerajaan. Perpaduan nasional adalah sesuatu yang dinamik. Ia harus sentiasa dibajai dan dijaga, jika tidak, ia akan hancur berkecai. Parti Perikatan terbentuk diambang Merdeka bertepatan waktunya, namun pasca tragedi 13 Mei 1969, menyaksikan model ini perlu dipulih rawat melalui Barisan Nasional dan elemen keadilan sosial melalui Dasar Ekonomi Baru.
20.Kesimpulannya, susur galur dan tali-temali usaha yang dipasak oleh Almarhum Tunku disambung oleh Allahyarham Tun Razak melalui Barisan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru. Allahyarham Tun Hussein pula dikenali sebagai Bapa Perpaduan yang tegas dan tulus dalam melaksanakan khidmatnya. Kemudiannya Tun Dr. Mahathir meneruskannya dengan konsep Bangsa Malaysia. Disusuli Tun Abdullah yang membina usaha memantapkan modal insan dan mengolah Misi Nasional dalam meneraju negara.
Saudara dan Saudari,
21.Sekiranya perpaduan nasional, kemakmuran dan keadilan sosial adalah saling mengikat dan berpilin, maka, selain 1Malaysia, kita memperkenalkan inisiatif Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan 6 NKRAnya serta Pelan Transformasi Ekonomi atau ETP untuk membina kemakmuran demi kesejahteraan rakyat.
22.Seperti yang telah dibentangkan sebelum ini, ETP adalah satu pelan yang komprehensif, merangkumi garis-garis besar Model Baru Ekonomi dan lapan prakarsa strategik. Ia juga mengandungi arah tuju yang jelas dengan 12 NKEAnya serta mekanisma pelaksanaan jitu melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.
23.Dalam hubungan ini lagi, Gagasan 1Malaysia juga adalah selaras dengan nilai-nilai Islam dan semangat yang ditunjukkan sirah Rasulullah SAW dalam pembentukan negara dan ketamadunan Islam terawal di Madinah. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh rukun lagi harmoni, berasaskan Perlembagaan yang mengutamakan serta mempertahankan agama serta keadilan kepada semua pihak. Perlembagaan itu juga melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada orang-orang bukan Islam.
Saudara dan Saudari,
24.Jelasnya, ini bukanlah impian baru. Inilah impian abadi negara dari dahulu dan selamanya. Ia adalah gagasan Allahyarham Dato’ Onn, cita-cita Almarhum Tunku Abdul Rahman, harapan Allahyarham ayahanda saya, kemahuan Allahyarham Tun Hussein, aspirasi Tun Dr. Mahathir dan kehendak Tun Abdullah Badawi. Pastinya, ia kini menjadi wawasan saya, bersama Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakan dalam UMNO, Barisan Nasional dan juga kerajaan.
25.Saya penuh yakin dan percaya, ia adalah hasrat murni didokong tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam dewan dan di luar dewan, serta semua rakyat negara tercinta ini. Pendek kata, biar siapapun kita, di mana jua berada, kita adalah 1Malaysia.
KEPIMPINAN DALAM BUDAYA MELAYU DAN UMNO
Saudara dan Saudari sekalian,

26.Di atas semua ini, jika diteliti, dalam budaya Melayu, hal kepimpinan amatlah pelbagai. Mulai daripada kepimpinan rumah tangga, dusun dan kampung sampailah kepada kepimpinan bangsa dan negara. Oleh sebab besar dan pentingnya pengaruh dalam kehidupan, maka para pemimpin diberi kepercayaan dan tanggungjawab memandu umat sepertimana tercermin dalam ungkapan "adat memegang kepercayaan orang, jangan sekali-kali menikam belakang, adat memegang kekuasaan, jangan sekali-kali merosakbinasakan, adat memegang kebebasan, jangan sekali-kali lupa batasan".

27.Makanya, di saat ini, biar apa sekalipun suka duka, pahit maung, kritik cela yang dihadapkan lawan kepada UMNO, tawarikh jelas memperlihatkan bahawa, kita sudah bertahan lebih daripada enam puluh tahun dengan khidmat, jasa dan bakti yang mendalam kepada pembangunan umat Melayu juga negara. Tambahan lagi, kebolehan dan kewibawaan UMNO telah tersanjung tinggi bukan sahaja dirantau sebelah sini malah menjangkau ke seantero dunia.
28.Sememangnya lagi, sejak puluhan tahun, apa yang diperkatakan bukanlah omongan kosong. Terakam jelas dalam catatan negara, parti inilah yang telah menukar perpecahan kepada perpaduan, daripada pemikiran terjajah kepada pemikiran merdeka, daripada tidak percaya kepada kebolehan masing-masing kepada keyakinan mandiri yang membanggakan, daripada berputus asa kepada penuh harapan.
29.Jangan kita lupa, parti inilah yang berperanan merubah orang Melayu daripada bangsa yang tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu pihak British.
30.Tidak cukup dengan itu, tersusun kemas dalam rekod negara, parti UMNO-lah yang telah menggerakkan kesedaran nasionalisma, semangat patriotisma dan demokrasi politik. Dalam gambaran besarnya, terbukti utuh bahawa, kepimpinan UMNO telah berjaya sebagai teraju ulung yang mentransformasikan Malaysia dengan begitu pantas seperti apa yang kita kecapi hari ini.
Saudara dan Saudari sekalian,
31.Menyongsong kisah-kisah pencapaian itu, kita ingin bertanya, apakah jenis bangsa yang berjaya menunjangi perjuangan hebat ini? Apakah sistem nilai yang dipegang? Persoalannya di sini, bukanlah kita ingin termanggu dengan kejayaan-kejayaan lalu, namun, marilah kita menyingkap apakah kekuatan dan apakah faktor yang menjadi asas kepada keutuhan pertubuhan yang bermakna ini.
Dalam konteks ini, sesuai jika saya mengungkap beberapa baris puisi indah oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang serta bait-bait coretan gurindam daripada seorang tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan tentang Melayu.

Pertama sekali dari segi usul dan asalnya disebut:
Melayu itu, kaya falsafahnya
Melayu itu, orang yang bijaksana
Akal budi bersulamkan daya

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,

Saudara dan Saudari,
Tidak lengkap lagi senarai ini sebenarnya:
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muallaf bertakrif Melayu

Mendakap realiti semasa Malaysia pula:
Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
Kita bersama dalam serumpun,

Di sudut perpaduan dan agama dinyatakan bahawa:
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Seterusnya dari perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:
Menjadi pemimpin sifatnya agung
Syarak dipakai adat dijunjung

Hidupnya mengabdi kepada rakyat
Taat setia membela umat

Akhirnya, disimpulkan Melayu itu:
Dijadikan induk kuat berdiri
Umat sentosa bertuahlah negeri.

Saudara dan Saudari sekalian,
32.Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni. Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat.
33.Terbukti, di sudut leluhurnya, bangsa Melayu itu, sejak sekian lama telah merentas ujian waktu. Keperibadian inilah juga yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk. Sikap inilah juga menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.
34.Lebih indah pula, ciri kepimpinan Melayu yang saya utarakan ini, telah dimurnikan dengan tibanya ajaran Islam yang menyeru, mendidik dan mendokong pendekatan wasatiyah. Wasatiyah, adalah suatu kaedah mengamalkan kehidupan individu mahupun masyarakat secara berimbang dan syumul dalam segenap bidang terutamanya dalam soal-soal yang menyangkut perpaduan dan kenegaraan.
35.Sesudah itu, dari masa hingga masa, ajaran Al-Quran serta sunnah disulam dan dijalin kemas dalam anyaman hidup seharian orang Melayu. Sejak itulah juga hingga kini, nilai orang Melayu, padat diwarnai dengan hala cara wasatiyah atau pertengahan. Merujuk para ulama tafsir, disyarahkan bahawa, umat wasatiyah secara tuntasnya adalah umat yang adil lagi berdaya maju, bekerja keras untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
KEPIMPINAN UMNO – SATU TANGGUNGJAWAB MORAL DALAM PENGURUSAN KAUM

Saudara dan Saudari sekalian,
36.Lanjutan dari itu, seperkara yang amat mustahak untuk diingat adalah, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah negara, kita memerlukan corak kepimpinan yang betul dan pemahaman jujur pada wacananya, apatah lagi dalam sebuah negara bitara seperti Malaysia.
37.Sehubungan itu, bersyukurlah bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kekal stabil serta bebas daripada sebarang konflik besar. Sayugia, setiap orang perlu menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum adalah satu rahmat dan aset anugerah dari Allah SWT.
38.Sesungguhnya, kemajmukan adalah sumber kekuatan kita selama ini. Begitulah dunia tercipta dan akan kekal selamanya begitu. Apa yang mustahak adalah, bagaimana kita memanfaatkan aset ini bagi menunjangi kejayaan negara.
39.Berkait perkara itulah, semua pihak perlu mengambil sikap berlapang dada, kerana sekalipun kita mengamalkan tindakan afirmatif untuk menjamin keadilan sosial, kejayaan seseorang nyatanya, hanyalah dihadkan oleh kreativiti, inovasi dan kesanggupan individu itu sendiri, untuk bekerja keras serta mengambil risiko.
40.Misalnya, kaum bukan Bumiputera, setelah 39 tahun dasar afirmatif dilaksanakan, masih lagi merupakan kaum yang memiliki kekayaan terbesar. Kita menyedari, ada pihak mendakwa tindakan afirmatif itu sendiri yang mendatangkan kesusahan, akan tetapi, bukti empirikal menunjukkan sebaliknya. Sebenarnya, sikap penerima bantuan, cara pelaksanaan dan landskap di mana tindakan itulah yang menjadi punca masalah.
Saudara dan Saudari sekalian,
41.Sementelahan itu, apabila ada pihak yang mula mempersoalkan tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang dilindungi dengan hak-hak tertentu, ianya telah menimbulkan kegusaran serta rasa tidak puas hati, kepada kita yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya. Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu.

42.Sayang seribu kali sayang juga, setelah lima puluh tiga tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini. Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

43.Sebab itulah, saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum. Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa, mahupun ikhtiar ekslusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif.

44.Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila, sejarah dienteng, atau, dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga, apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.
45.Kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan. Mereka tidak layak digelar pemimpin.
Saudara dan Saudari sekalian,
46.Awaslah, awaslah kita, terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya.
Saudara dan Saudari sekalian,
47.Bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali. Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain.

48.Serentak dengan itu, penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasikan landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya.

49.Dek kerana itu, kita tidak boleh lagi hidup terpenjara kisah nan lalu tanpa melihat ke hadapan. Pokoknya di sini, sepertimana prinsip keutuhan sebarang kontrak yang dibuat di bawah lembayung kedaulatan undang-undang, jika tidak dihormati, maka tiadalah kepastian, walaupun bagi perkara-perkara asas yang telah dipersetujui bersama. Analoginya di sini, jika ia berlaku dalam bidang perniagaan, maka pihak yang berbuat demikian akan mendapati diri mereka, tidak lagi dipercayai oleh sesiapapun, apabila memungkiri janji.
50.Seterusnya lagi, jika ikrar setia yang telah diwaad, dilanggar sewenang-wenangnya apabila tidak sesuai dengan selera atau kepentingan tertentu, akan hancurlah kepercayaan dan rapuhlah rasa penghormatan di antara kita, kerana, masing-masing akan dihidapi penyakit kesangsian terhadap motif, kejujuran serta keikhlasan terhadap satu sama lain. Hal yang membarah sebegini berbahaya, saya ulang, amat berbahaya kepada sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia kerana ia berpontensi menghancurkan segala apa yang dibina sejak lebih lima puluh tahun yang lalu.
51.Satu hal yang pasti, timbal balas dipersembahkan bukan sahaja oleh bangsa Melayu, tetapi juga oleh kaum lain. Ia dimanifestasi melalui muafakat murni iaitu bagi memperoleh kerakyatan, orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional.
Saudara dan Saudari sekalian,
52.Inilah sebenarnya asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bapa-bapa pengasas mewakili kaum masing-masing di ambang kemerdekaan. Ia kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan.
53.Kini pula, sebagai generasi kepimpinan mutakhir, kita telah diamanahkan untuk menghadapi tuntutan zaman monumental ini sebagaimana generasi kepimpinan pertama yang telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina asas kepelbagaian. Oleh itu, adalah amat tidak bertanggungjawab jika kita memilih jalan berpeluk tubuh dan duduk bersimpuh tanpa berbuat apa-apa. Lebih teruk lagi jika ditanggungkan pula beban ini kepada generasi kepimpinan akan datang.
54.Demikian itulah, kita harus membina landasan baru perhubungan kaum di Malaysia dengan mengambil kira dua prinsip penting. Pertamanya, ia haruslah berasaskan masa depan yang dikongsi bersama dan kedua, ia harus mengambil kira faktor sejarah tanpa mengenepikan realiti hari ini serta potensi masa depan.
Saudara dan Saudari sekalian,
55.Sememangnya, manusia tidak wujud dan hidup dalam sebuah utopia. Manusia tidak dapat lari dari realiti dan persekitaran. Malaysia adalah sebuah negara berasaskan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sepertimana ideologi kebangsaan yang ternukil dalam panca prinsip Rukun Negara.
56.Seperti yang kita maklum, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.
57.Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181.
58.Sehubungan hal ini, hendaklah kita mengetahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini, sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik. Ini kerana, dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas.
59.Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu. Dalam kata laim, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.
60.Di sebalik semuanya, suka tidak suka, ada sebab yang amat kuat mengapa perkara-perkara ini tidak dibenarkan untuk dipinda kecuali dengan perkenan Majlis Raja-Raja. Hikmahnya, adalah supaya peruntukan-peruntukan tersebut di letakkan luar daripada forum perbincangan. Jika dibuka juga kepada perbahasan, maka kita bimbang, kita khuatir, ia akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan “primordial instinct” atau naluri asal wujud antara etnik.

61.Di atas segalanya, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sejarah telah menunjukkan tidak kira betapa majunya sesebuah ekonomi, betapa berevolusinya sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia dan betapa tinggi tahap toleransi, seandai dan sekiranya naluri asal wujud ini tidak diurus dengan baik, kesannya kelak, kita mungkin menyaksikan kezaliman yang sangat dahsyat bakal terjelma, dinyalakan oleh sikap dan disemarakkan sifat tabie manusiawi itu sendiri.

62.Apa yang saya perkatakan ini tidak menghairankan. Di abad ke-20 kita telah dipampangkan dengan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda. Jadi, bayangkanlah, apakah kesudahannya, jika setiap generasi rakyat Malaysia mengambil pendirian untuk mempersoal kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.

63.Akibatnya, akan lebih pantas terutama dalam dunia tanpa sempadan dengan kecanggihan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berkembang. Pucuk pangkalnya, saudara dan saudari, mengapa mahu diubah apa yang telah berjalan dengan begitu baik. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus.

Saudara dan Saudari sekalian,

64.Merentasi situasi ini, sebagai orang Melayu yang merupakan kaum majoriti, kita mempunyai tanggungjawab kepimpinan untuk ditunaikan. Satu tanggungjawab moral kepimpinan yang melangkaui kepentingan kaum kita sendiri. Tanggungjawab ini secara alami telah tertakdir dan tertanggung ke atas orang-orang Melayu disebabkan kita adalah dalam rumpun majoriti yang membentuk 67 peratus daripada penduduk Malaysia. Seperti yang telah saya bicarakan di awal ucapan tadi, ketentuan ini disahihkan lagi oleh faktor sejarah serta sikap dalaman bangsa itu sendiri.
65.Begitulah, suratan satu bangsa yang terpilih menerajui kemajmukan. Kepercayaan yang terus-terusan diberi oleh kaum-kaum lain sewajibnya menjadi perangsang agar orang-orang Melayu sentiasa memperbaiki diri dan terkedepan sebagai pemudahcara antara kaum.
66.Dalam pengertian lain, di arus kemodenan dan kerancakan globalisasi, soal hak, harga diri dan asal-usul tidak lagi membawa apa-apa makna jika bangsa kita mundur dan ketinggalan. Secara otomatis, rasa hormat, rasa menaruh harap oleh pihak lain kepada kita juga akan luntur. Dek yang demikian, pada saat ini juga kita perlu bingkas bangun dan berlari deras bagi menggapai justifikasi peranan umat Melayu dengan penuh berhemah lagi profesional.
GERAK KERJA UMNO
Saudara dan Saudari sekalian,
67.Menjengah ke hadapan, sebermula Perhimpunan Agung Mac 2009, pelbagai rencana dan perancangan rapi serta strategi telah disusun. Jadinya, kita tidak boleh lagi berlengah-lengah dan membuang masa. Mengatasi semua perkara, tumpuan kita sekarang ini adalah terhadap gerak kerja parti. Gerak kerja UMNO sebagai sebuah parti siasah mesti berubah. Kendati begitu, UMNO harus kekal berpegang teguh kepada tujuan asalnya, sebagai sebuah parti Melayu massa yang mampu mengungkap aspirasi bangsa.
68.Laksamana Hang Tuah menyebut, takkan Melayu hilang di dunia. Begitulah, bangsa Melayu terutamanya dirantau ini, telah menjelajah zaman dan menempuh rangkaian suka duka. Ketahuilah, tahun 2011 yang bakal menjelang bukanlah sembarangan. Ia menandakan genapnya tempoh lima ratus tahun, semenjak kejatuhan empayar Melayu Melaka. Di sini, kita harus mengambil pengajaran kenapa sebuah empayar begitu hebat di Kepulauan Melayu yang menjadi persinggahan perdagangan dua benua telah rebah dijajah Portugis.
69.Ironisnya, banyak pihak hanya menumpukan kepada runtuhnya empayar Melayu ini kerana pengkhianatan dari dalam. Ya, memang benar ini sebahagian sebabnya. Tetapi fakta yang tidak kurang penting untuk diambil iktibar ialah ehwal tentera kedua-dua pihak, masing-masing ternyata memperlengkap persenjataan peperangan untuk era yang berlainan.
70.Maksud saya, pihak Portugis menggunakan senjata yang moden untuk zamannya, dengan senapang dan meriam sedangkan pertahanan Melaka waktu itu masih menggunakan senjata yang sesuai dengan zaman yang telah berlalu. Walaupun keris, tombak dan lembing menjadi lambang kepahlawanan, namun ia ternyata tidak mampu menewaskan bedil dan meriam. Begitulah resam dan ketetapan, sunnah putaran alam.
Saudara dan Saudari sekalian,
71.Oleh yang demikian amatlah mustahaknya Melayu alaf ke-3, Melayu abad ke-21 dipersediakan untuk eranya. Dari begitu obsesi terhadap hak, sebaliknya Melayu abad ke-21 wajib mempersiap siagakan dirinya untuk memanfaatkan hak yang ada. Apa gunanya kuota, rizab dan permit jika segalanya dipersiakan. Apa gunanya peluang jika ia digadai demi keuntungan jangka pendek.
72.Lalu, Melayu abad ke-21 harus gigih membina keupayaan dan kemampuan, bukannya sekadar mendabik perabung-perabung dada bahawa mereka harus berjaya kerana ia adalah hak mereka untuk berjaya. Mahu tidak mahu, Melayu abad ini harus berdepan realiti untuk meraih kejayaan.
73.Kita harus menjadi Melayu yang glokal. Saudara dan saudari, saya ingin bertanya, apa kurangnya bangsa Melayu? Melayu...... seharusnya mampu bersaing dengan yang terbaik. Melayu...... seharusnya mampu bertarung dengan yang paling kuat. Melayu...... mesti menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa.
74.Justeru, saya sebagai Presiden UMNO...... tidak mahu..... menerima alasan bahawa anak Melayu masih lemah kesan penjajahan hampir lima kurun. Saya sebagai Presiden UMNO beserta rakan-rakan pimpinan dalam parti juga tidak rela...... melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang meminta-minta, kita tidak mahu...... melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang berpuas hati dengan momokan rezeki secupak tak kan jadi segantang.
75.Dengan tegas, saya ingin ingatkan semua bahawa, pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya.
Saudara dan Saudari sekalian,
76.Kepada semua pihak hendaklah menyedari, bukankah apa yang Malaysia capai selama lima puluh tiga tahun kemerdekaan adalah juga hasil usaha dan penerajuan bangsa Melayu? Lantas, kita menjadi lemas dan rimas dewasa ini, apabila kedengaran suara-suara sumbang yang cuba memperlecehkan pencapaian orang Melayu. Benar sekali, amat mudah bagi lidah tidak bertulang membuat nista. Mereka dengan suka-suka menuduh perkhidmatan awam sebagai lubuk ketidakcekapan.
77.Walhal, jika perkhidmatan awam negara tidak kompeten, sudah lama kita menjadi negara gagal, tidak mungkin pula akan berjaya berkembang sebegini dari negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden.
78.Terbukti lagi selama ini, kita telah berjaya tanpa perlu ada pengkalan tentera asing dibumi bertuah ini untuk memberi payung keselamatan. Kita juga berjaya..... tanpa perlu keabsahan sebagai negara bangsa yang merdeka dan berdaulat dipertikaikan. Kita juga telah berjaya.... bersama pelbagai kaum membina tanah air keramat ini.
79.Diperakui, kita ada kelemahan, namun kita tetap mampu pada setiap masa bangkit mengatasi cabaran kelemahan yang dihadapkan dengan kudrat, acuan dan cara kita sendiri tanpa bergantung kepada negara lain.
Saudara dan Saudari sekalian,
80.Mendepani segalanya, UMNO akan tetap menunaikan amanahnya untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Kita melakukannya bukan sahaja semata-mata melalui kata puitis yang muluk-muluk bahkan dengan inisiatif, program dan dasar yang konkrit.
81.UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut ditepi gantang, bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri. Kita komited untuk melakukan bukan sahaja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi untuk rumpun Melayu. Kita tidak mampu untuk tenggelam dalam keasyikan lampau. Nyatanya, kita bukan sahaja berhadapan dengan cabaran luar tetapi juga cabaran segelintir anak-anak bangsa yang nampaknya sanggup menggadai segala demi kuasa.
82.Sebagai pengajaran dari semua ini, orang UMNO tidak boleh hilang harapan atau bergundah gulana. Ajaran agama Islam juga sangat melarang kita berputus asa. Kita sebagai ahli parti dan orang UMNO tidak mampu untuk terumbang-ambing di kubang kecewa dalam kekalahan, malah kita juga tidak semudah-mudah nak membiarkan UMNO musnah.
83.Demi, membina masa depan, demi terus mendaya bangsa ini, kita harus melalui tiga fasa pemulihan. Fasa pertama dan terpenting adalah memperakui kelemahan dan masalah yang kita hadapi. Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab memperbaiki kekurangan-kekurangan itu. Fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja. Apa yang penting, ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui dengan penuh ketertiban. Jika tidak, rencana perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya.
PENUTUP
Saudara dan Saudari sekalian,
84.UMNO bukanlah sebarang parti, UMNO lahir daripada suara hati dan aspirasi orang Melayu. Menelusuri perjalanannya, UMNO telah dilanda rentetan dugaan yang besar. Tahun 1951, Presiden dan Pengasas UMNO telah meninggalkan parti. Kemudiannya, PAS telah ditubuhkan oleh salah seorang calon Presiden yang tewas kepada Almarhum Tunku dalam pertandingan menggantikan Dato’ Onn sebagai pemimpin baru UMNO.
85.Menjelang 1969, UMNO dan rakan-rakannya telah hilang buat kali pertama majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, sekaligus kita dihadapkan dengan rusuhan kaum dan demokrasi terpaksa digantung. Dunia ketika itu, sudah seperti melambai selamat tinggal kepada UMNO. Detik cemas 1987 pula menyaksikan parti berpecah dua dan negara menghadapi insiden ketegangan kaum.
86.Setahun kemudian, pada 1988, kita berasa amat pilu dan begitu bersedih hati, bagai kilat turun menyambar, bagai garuda datang menyerang, hilang sudah tempat berteduh, patah ranting tempat berpaut, dengan sungguh rasa berhiba-hiba dan pilu, kita terpaksa menerima keputusan dan berita, bahawa, parti UMNO yang sangat berjasa dan menggala baktinya ini telah diharamkan.
87.Selanjutnya, di akhir tahun 90an, kita bukan sahaja menghadapi krisis kewangan antarabangsa, kita turut mengalami kemuraman politik apabila ramai orang Melayu telah tidak lagi memberi sokongan. Kita kemudiannya dilintangi oleh tsunami politik pada tahun 2008 yang amat mendebarkan.

Saudara dan Saudari,
88.Alhamdulillah, walau apa pun jua rintangan, walau apa pun jua dugaan, pada setiap yang terus berusaha, tabah dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Kuasa, kemenangan pasti tiba. Syukur, dalam setiap krisis, UMNO telah berjaya bangkit kembali dan pulih dalam keadaan di mana segala faktor yang ada seolah-olah tidak langsung berpihak kepada kita.
89.Semuanya ini kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO terus berpijak di bumi nyata. Semuanya ini juga dimungkinkan kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak pernah sedetik pun pudar keyakinannya terhadap perjuangan benar ini, tidak pernah pula sesaat pun luluh harapan kepada pucuk pimpinan. Pokoknya, pegangan mulia UMNO telah memanfaatkan bukan sahaja orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.
90.Hakikatnya, kitalah parti politik pertama yang berani meluaskan medan pemilihan sehingga melibatkan 140,000 orang ahli. Sebelum kita meminda perlembagaan pun, kita terkenal dengan parti politik yang amat kompetitif pertandingannya.
91.Demikianlah murninya impian kita. Demikianlah tulusnya langkah keramat UMNO. Demikianlah menggunungnya harapan orang-orang Melayu.
92.Makanya, bolehkah kita percaya kemakmuran Malaysia akan terus terpelihara sekiranya parti-parti lawan yang kelam kabut, babrak dan goyah memegang tampuk kuasa? Bolehkah rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan terhadap mereka ini yang saban waktu dan saban masa hanya mengidam menduduki pusat pemerintahan? Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada penkhianat bangsa dan tanahair?
Sesungguhnya,
93.Kepada saudara dan saudarilah nasib parti kita dipertaruhkan. Dalam genggaman saudara dan saudarilah pembelaan UMNO kita dambakan. Di bahu saudara dan saudari sekelianlah, tergalas, warisan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini.
94.Ayuh..
Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi..
Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi..
Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi..
Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi..

95.Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!
Demi Islam, Demi Melayu dan Demi Malaysia.
Bersamalah Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-61, tahun 2010.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.

Ads


Followers